Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 147
Ahli: 0
Jumlah: 147




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 14 hari yang lalu
the_brOtherz: 41 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: sila baca!MESSAGE DARI STUDENT Universiti Putra Malaysia.


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» sila baca!MESSAGE DARI STUDENT Universiti Putra Malaysia.

Please Mendaftar To Post


Oleh sila baca!MESSAGE DARI STUDENT Universiti Putra Malaysia.

shouqi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.05.2005
Ahli No: 16243
Posting: 32
Dari: bumiAllah

blank  


posticon Posting pada: 28-09-05 01:51


ASSALAAMUALAIKUM semua.

Sahabat-sahabat sekalian! Berikut adalah berita terkini tentang suatu
isu tergempar yang dapat kami ceritakan secara ringkas.

Isu tergempar ini adalah berkenaan apa yang sedang berlaku di UPM
tentang gerakan Missionaries (Kristianisasi) yang begitu giat bergerak.
Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke UPM, pastinya anda akan sedar
bahawa di pintu masuk UPM tersergamnya sebuah gereja! Inilah
satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang
mempunyai gereja. Apa yang lebih menyakitkan hati, lagi membimbangkan,
gereja tersebut bakal diperbesarkan.

Pada mulanya, gereja itu menerima peruntukan bernilaiRM 1 juta, namun
mengikut perkembangan terbaru, peruntukan tersebut telah dinaikkan
kepada RM3 juta! Inilah isu yang sedang kami tentang habis-habisan!

Namun, sebaliknya pihak gereja sedang mengumpulkan tandatangan sebagai
justifikasi terhadap gerakan yang kononnya dilakukan atas dasar ingin
membantu golongan miskin, mangsa rogol, anak yatim dan sebagainya.
Inilah salah satu perkara yang amat kami gusarkan..Kami sedang
memikirkan penyelesaian yang terbaik buat waktu yang terdekat ini.

Setakat ini, sudah terdapat lima kes pelajar Matrikulasi UPM menukar
agama kepada Kristian! Dan apa yang malang, ke semuanya adalah pelajar
Siswi. Apa yang lebih menyakitkan hati, para Missionariesyang
menyebarkan dakyah Kristian ini menggunakan taktik kotor.

Mereka menyelinap masuk ke dalam bilik asrama dan mencampurkan "holy
water" ke dalam sebarang bekas air pelajar seperti jag air, flask, dan
seumpamanya. Perkara di atas begitu serius, dan dilaporkan terdapat satu
kes di mana sehingga ke semua anggota sebuah dorm tidak dapat mengucap
dua kalimah syahadah akibat terminum air yang di jerang di lobi (yang
telah dicampurkan "holy water" oleh Missionaries laknatullah ini).

Lantaran itu, para pelajar Islam di UPM ini sentiasa perlu berwaspada
serta berasa amat cemas dan tidak selamat berdasarkan perkembangan
terbaru ini. Kami, sesetengah pelajar UPM, terpaksa membuat rondaan
malam, bagi mengesan dan menjejaki kegiatan Missionariesini dan
seterusnya mengambil tindakan sendiri sekiranya pihak UPM tidak berbuat
apa-apa bagi menangani hal ini. Berdasarkan pemantauan kami, terdapat
satu kejadian di mana terdapat sebuah kereta Kancil berwarna merah,
meronda kawasan Kolej beberapa kali sekitar tengah malam. Kereta
tersebut dipandu lelaki tua berbangsa Tionghua berkepala botak, manakala
di sebelahnya pula duduk seorang perempuan tidak bertudung kepala. Jika
tidak memikirkan akan berlakunya huru-hara, mahu sahaja kami bakar
gereja tersebut (jika diturutkan hati kami yang marah ini).

Kepada para pembaca, tolonglah doakan sekali akan keselamatan kami dan
para pelajar Islam UPM yang lain. Dan doakanlah pelajar-pelajar yang
telah memeluk agama Kristian itu kembali ke pangkal jalan.Baru semalam
kami mengadakan program solat hajat secara beramai-ramai di Kolej. Namun
begitu, apa yang lebih menyedihkan, kami tidak mampu berbuat apa-apa
bersifat "offensive" terhadap perkara ini. Kesemua pelajar yang telah
menukar agama itu sudah pasti telah melebihi had umur 18 tahun.

Jadi, mengikut undang-undang negara kita, mereka bebas memilih agama
masing-masing dan sebaliknya orang yang memaksa mereka kembali kepada
agama Islam boleh didakwa! Ikhtiar kami yang terakhir ialah dengan
berbanyak-banyak berdoa kepada Allah SWT agar Allah menyelamatkan kami
daripada fitnah besar ini. Kami tidak sanggup melihat pada sesi
pengajian akan datang, para pelajar junior kami terdiri daripada Melayu
Kristian!

Doa kalian juga amat-amat kami harapkan. Sedih benar rasanya apabila
mengenangkan ini.

Semoga berjumpa lagi.


P/S: Tolonglah "forward"kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita.

Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun
dakyah Kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita
sendiri.

INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati!


_________________________________________________________
Assalamualaikum wbt

Ana dapat ini dari seorang sahabat.terkejut jugak bila baca.betul ke seperti apa yang dikata?ada sesiapa ahli keluarga ukhwah dari UPM?..tapi seperti yang kita tahu,isu murtad ini bukan isu lama.makan menjadi2..

Apa usaha kita dalam isu ini?usaha menjaga diri,keluarga,insan2 di sekeliling kita?glgn2 ini makin rancak ,makin semangat menyebarkan dakyah agama mereka...tapi yang sedih nya,umat Islam semakin jauh dari Islam.semakin memandang asing pada agama sendiri..dan kadangkala mengambil jalan penyelesaian dan rujukan bukan dari Islam itu sendiri..mmm..Moga Allah tetapkan dan pelihara iman kita semua..Ameen

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Segala puji 2 bagi Allah, Rabb semesta alam Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan .Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan .Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (Al-Fatihah:1-7)

Bookmark and Share

    


  Member Information For shouqiProfil   Hantar PM kepada shouqi   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 07:44


laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

nurrul85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.08.2005
Ahli No: 18245
Posting: 85
Dari: gombak

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-09-05 09:34


ASTAGHFIRULLAHALAZIM.............
pihak universiti sendiri(upm) perlu campur tangan dalam hal ni!!
bagi student2 islam upm, teguhkan keimanan anda!!!
semoga isu murtad ini dapat kita banteras habis-habisan!!!!!
INSYAALLAH.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurrul85Profil   Hantar PM kepada nurrul85   Quote dan BalasQuote

jeemiau
Warga Rasmi
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15900
Posting: 8
Dari: kl

Perak  


posticon Posting pada: 28-09-05 10:34


dalam pada itu...kena berhati2 juga...kalau nak makan ke minum ke baca lah bismillah dan minta perlindungan pada allah dari ditimpa perkara buruk....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jeemiauProfil   Hantar PM kepada jeemiau   Quote dan BalasQuote

puteribongsu1306
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17648
Posting: 291
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-09-05 11:07


assalamualaikum.....
saya rasa isu ni dah lama...
saya dah dapat masej ni tahun lepas lagi...
apa pun bersama kita membenteras gejala ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteribongsu1306Profil   Hantar PM kepada puteribongsu1306   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-09-05 11:09


YA ALLAH...
selamtkan kami ini...dari segala.. kejahatan dan kecelakan..kami takut..kami harap..kepadaMU...suburkanlah iman kami...tehadapMU...amin..


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 11:19


marilah kita berdoa bersama2 agar mereka dijauhkan daripada perkara sebegini

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

musafirsepi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 11:45


Assalamualikum..

salam perjuangan buat siswa siswi upm,semoga kalian sedar dan bangkit memerangi usaha dan dakyah mereka itu.Rapatkan ukhwah sesama warga kampus.dan suarakan pada pentdbirn universiti.Langkah lebih drastik,paparkan di akhbar akan nasib pelajar melayu kita..Allahuakbar!semakin menjadi jadi missionaries ni..Doa pada Allah agar dipelihara iman kita semua..dan yang paling penting,ukhwah akan melahirkan ikatan yang kuat..salam perjuangan..ikutkan ana..Allah!melampau sungguh..siswi kita kian terdedah dengan dakyah mereka..Allahuakbar..beilah hidayah dan perlindunganMU Ya Allah pada semua umat Islam...dan pada sahabat sahabat di UPM..Allahuakbar!!!


-----------------
insan yang paling tenang adalah insan yang paling redha..
[ Telah diedit oleh: musafirsepi pada 28-09-05 11:46 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For musafirsepiProfil   Hantar PM kepada musafirsepi   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 11:57


Innalillahiwainnalillahirojiun....
Sedihnye bila ana baca tentang hal ini...
Apa yang dapat ana nasihatkan kepada para pelajar supaya
lebih berhati-hati dalam segala hal,terutamanya dalam bab makan minum.

Dalam situasi begini para pelajar janganlah meninggalkan Al-Quran
Banyaklah melakukan solat hajat dan bacakan doa penolak bala...

Ingatlah walaupun orang cuba menggunakan taktik kotor tetapi tanpa
keizinan dari Allah perkara tersebut tak akan terjadi pada diri kita
so dekatkan lagi diri kita dengan Allah s.w.t....

Wallahhua'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 12:01


Ya Allah, betapa lemahnya iman gadis2 melayu sekarang ni... mungkin kurangnya didikan agama yang secukupnya...

kita sama2 berdoa,insyaallah terhindar daripada hasutan dakyah Kritianisasi ini amin.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 12:06


kawal Iman!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

ellina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12348
Posting: 129
Dari: bumi ijau

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 14:44


kuatkan iman. bertawakkallah kepada Allah.insya Allah selagi Allah bersama kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ellinaProfil   Hantar PM kepada ellina   Pergi ke ellina's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 15:07


apa lagi yang boleh dibuat? semua student upm yang beragama islam kenala buat dakwah. kalau dakwah tak dijalankn, so tak ada apa-apa penyelesaian dah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-05 16:09


sama-sama lah kita berdoa untuk keselamatan umat islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 05:45


!!! QUOTE !!!

assalamualaikum.....
saya rasa isu ni dah lama...
saya dah dapat masej ni tahun lepas lagi...
apa pun bersama kita membenteras gejala ini...


Assalamualaikum,
aah betul. memang berita ini sbenarnyer tahun lepas nya berita. namun begitu saya harap ukhwah semua dapat check balik tentang kesahihan berita tersebut.

ana tak pasti lah..tapi ana ada dengar yang cerita pasal holy water ini cerita palsu. dan banyak juga ana dengar kerana cerita holy water ini, penganut christian memandang serong pada islam kerana menfitnah agama mereka.

ana pun pernah tanya kat kawan2 di UPM, dan mereka pun tatau pasal ini. and tak ada church kat sana. chappel ada lah. wallahu'alam

harap sesiapa ukhwah dari UPM tu..boleh sahihkan cerita ini. atau sesiapa yang tau berkenaan holy water.. harap dapat kongsi

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 06:23


!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum,
aah betul. memang berita ini sbenarnyer tahun lepas nya berita. namun begitu saya harap ukhwah semua dapat check balik tentang kesahihan berita tersebut.

ana tak pasti lah..tapi ana ada dengar yang cerita pasal holy water ini cerita palsu. dan banyak juga ana dengar kerana cerita holy water ini, penganut christian memandang serong pada islam kerana menfitnah agama mereka.

ana pun pernah tanya kat kawan2 di UPM, dan mereka pun tatau pasal ini. and tak ada church kat sana. chappel ada lah. wallahu'alam

harap sesiapa ukhwah dari UPM tu..boleh sahihkan cerita ini. atau sesiapa yang tau berkenaan holy water.. harap dapat kongsi


Assalamualaikum

mungkin kita ni dalam menyebarkan sesuatu perlu juga amalkan method2 mustholah hadis. check balik semua=)
[ Telah diedit oleh: Al-Faisal pada 04-10-05 06:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 08:44


ish ish ish...takut sungguh kat holy water tu...seolah-olah air itu menyebabkan kalimah "tiada Tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah" hilang.
Astaghfirullah.......

hentikanlah sebar-sebarkan perkara ini.kalau tak pasti, JANGAN SEBAR.apa yang dapat kat email main sebar saja.sama saja lah dengan budak belajar kat sekolah agama pun.setakat belajar saja,tapi bagaimana dengan pengamalan dan penghayatan..??suka sebarkan benda macam ni..takut sangat kalau tiba-tiba missionary kristian datang dakyah kepada kita.kalau mereka datang dakyah,maka bukankah itu satu peluang untuk berdakwah kepada mereka pula.tanya balik,kenapa dalam bible Tuhan buat matahari last selepas buat tumbuhan.macam macam lagi boleh tanya...carik lah ilmu tu.jangan lah memomokkan minda dengan perkara yang bodoh dan bangang ini.Kenapa tak mahu tanya orang yang murtad tu,macam mana boleh murtad sedangkan dari kecil dah diajar dengan segala benda tentang Islam....err..segala benda ke..??

suatu ketika dahulu,ketika perang antara Islam dengan Kristian berlaku di kepulauan Maluku, benar-benar telah mengubah persepsi terhadap holy water ini.terlintas difikiran,Kenapa orang kristian di kepulauan Maluku bersusah payah melawan tentera Islam.?bukankah lebih senang kalau kristian ini hanya meletakkan atau memberikan holy water secara percuma kepada orang Islam?(barang free sapa tak nak).maka tidak perlu berlaku pertumpahan darah kerana minum,terus murtad.......

minda disesakkan sangat dengan masalah hati yang tidak pernah tidak ada masalah kemudian dipostkan kat portal ukhwah ni.minda disesakkan juga dengan topik-topik yang bodoh serta tidak munasabah menyebabkan para ahli lebih sibuk mengutamakan khayalan daripada memikirkan realiti.saya nak tanya,apa bestnya bincang topik "lelaki suka perempuan manje",kentut...??"dia suka atau tak suka" serta banyak lagi.topik yang bodoh pun nak bincang ke.itu semua masalah hati,jadi mengapa tak boleh nak settlekan sendiri.kalaulah masalah hati pun nak bincang sampai 20 page(maybe),maka di manakah kekuataan seseorang itu untuk mengatasinya..??setakat posting benda tak berfaedah kemudian mengharapkan ingin menegakkan "bandaraya Islam" dan juga "negara Islam"....pergi mampuihhhhhhh macam tu.dalam website TKO pernah tertulis,"walaupun kelantan mundur tetapi negeri kelantan diredhai Allah kerana tidak ada rasuah,tempat maksiat blablabla........"negara Arab Saudi,Qatar,Iraq semua tidak diredhai Allah ke..???

nak bagi tau sikit...berita UPM tu bukannya dari tahun lepas ke apa ke..tapi dari saya form 1 lagi sudah dapat berita yang bangang macam ni.tahun 1998 ketika itu.tak tahulah sebelum itu sudah ada atau tak.kemudian di tahun yang sama jugak minda dimomokkan dengan kononnya singapore nak attack malaysia time SUKOM itu..di sekolah agama pula tu mendapat berita macam ni..???!!!!apakejadahnya ini....?????

saya cukup pantang kalau ada orang mengatakan "kita tidak ada kekuatan nak lawan balik,doalah semoga mereka selamat",sedangkan sudah lah minda diperbodohkan dengan isu yang bodoh,kemudian tanpa mahu berusaha hanya tahu berdoa.contoh peristiwa Amerika serang Iraq,tanpa sebarang usaha dari negara "Islam" yang lain,terus sahaja mengharapkan keajaiban akan berlaku umpamanya desas-desus yang mengharapkan Allah menghantar tentera Ababil...??bagaimana bantuan hendak diterima kalau kita masih ditakuk lama.setiap malam jumaat buat baca yaasin,kemudian letak air pasal nak buat air yaasin,air penerang hati dan apa-apa lagi lah.tanpa usaha,minum lah air yaasin satu kontena pun,tetap macam tu jugak...

bukannya tidak ada kekuatan tapi sengaja tidak mahu mencari kekuatan dan mengharap bantuan Allah semata-mata tanpa berusaha.sama lah jugak,kalau tengah lapar,tetapi malas nak beli nasi,kemudian mengharapkan bantuan orang tanpa mahu pergi sendiri.untuk menghalalkan perbuatan malas tu,sesenang pula kata,tak mengapa...dapat pahala tolong orang.hehhhhh...sesenang macam tu kan...alangkah tak gunanya hidup....

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-10-05 09:13


Pada 04-10-05 08:44 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!


hentikanlah sebar-sebarkan perkara ini.kalau tak pasti, JANGAN SEBAR.apa yang dapat kat email main sebar saja.sama saja lah dengan budak belajar kat sekolah agama pun.setakat belajar saja,tapi bagaimana dengan pengamalan dan penghayatan..??suka sebarkan benda macam ni..takut sangat kalau tiba-tiba missionary kristian datang dakyah kepada kita.kalau mereka datang dakyah,maka bukankah itu satu peluang untuk berdakwah kepada mereka pula.tanya balik,Kenapa dalam bible Tuhan buat matahari last selepas buat tumbuhan.macam macam lagi boleh tanya...carik lah ilmu tu.jangan lah memomokkan minda dengan perkara yang bodoh dan bangang ini.Kenapa tak mahu tanya orang yang murtad tu,macam mana boleh murtad sedangkan dari kecil dah diajar dengan segala benda tentang Islam....err..segala benda ke..??

suatu ketika dahulu,ketika perang antara Islam dengan Kristian berlaku di kepulauan Maluku, benar-benar telah mengubah persepsi terhadap holy water ini.terlintas difikiran,Kenapa orang kristian di kepulauan Maluku bersusah payah melawan tentera Islam.?bukankah lebih senang kalau kristian ini hanya meletakkan atau memberikan holy water secara percuma kepada orang Islam?(barang free sapa tak nak).maka tidak perlu berlaku pertumpahan darah kerana minum,terus murtad.......


nak bagi tau sikit...berita UPM tu bukannya dari tahun lepas ke apa ke..tapi dari saya form 1 lagi sudah dapat berita yang bangang macam ni.tahun 1998 ketika itu.tak tahulah sebelum itu sudah ada atau tak.kemudian di tahun yang sama jugak minda dimomokkan dengan kononnya singapore nak attack malaysia time SUKOM itu..di sekolah agama pula tu mendapat berita macam ni..???!!!!apakejadahnya ini....?????



....first time saya baca cerita macam ini pun tahun 1999... waktu itu pas habis spm... memang mula┬▓ pas baca itu rasa sedih...geram... perasaan bercampur-baur juga lah....

saya setuju lah dengan pandangan bro trouver_99... cerita ini memang dah lama dah ditulis dan tersebar ke puluhan ribu emel.... kesahihan nya tak dapat kita pastikan..... memang selalu nya isu┬▓ macam ini kerajaan tak akan heboh┬▓kan.... tapi sebagai muslim...dah menjadi tanggungjawab kita..... kena pastikan dulu cerita┬▓ macam ini ada kebenaran atau tidak sebelum kita posting kat ukhwah.com.....

dan 1 lagi.... sejak akhir┬▓ ini portal kita dah terlampau banyak membincangkan isu┬▓ yang remeh-temeh.... atau mungkin kah ahli┬▓ ukhwah kini lebih terbuka hati mereka untuk menerima isu┬▓ seperti ini.... dan apakah kepentingan nya kepada kemajuan diri kita sebagai orang Islam... bertambahkah Iman kita dengan perbincangan isu┬▓ tersebut???.....

wallahua'lam.....



/
[ Telah diedit oleh: czarcam pada 05-10-05 05:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 00:09


sebenarnya kisah momokan holy water ni bermula bila seorang 'ustaz' yang kononya bekas paderi yang giat menjalankan ceramah2 menghentam Christian membangkitkan isu holy water.(artikel beliau pernah disiarkan di sebuah majalah masa tu ana form 3 tak silap, kini dipost kembali di http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1492 ) jadi kalau nak pastikan kesahihan sesuatu kita kenalah check kredebility orang yang timbulkan cerita itu. dibawah adalah link kepada satu artikel dari sahabat ana yang menerangkan serba sedikit kedhaifan 'ustaz' tersebut.

http://f40.blogs.friendster.com/my_blog/2005/10/hakikat_holy_wa.html

wallahua'lam bisawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

nurul_islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8027
Posting: 38
Dari: BUMI ALLAH

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 05-10-05 07:51


Huih...dasyat....ini lah terjadi....
ilmu tanpa amal sia-sia...
amal tanpa ilmu gila.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_islamProfil   Hantar PM kepada nurul_islam   Quote dan BalasQuote

narutomaster
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.09.2005
Ahli No: 19202
Posting: 46
Dari: Damansara

Johor  


posticon Posting pada: 05-10-05 11:35


lah cerita betul ke tak betul ni????????? jangan jadikan kitoorang yang tak tau menau ni jadi lagi konpius..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For narutomasterProfil   Hantar PM kepada narutomaster   Quote dan BalasQuote

imin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2005
Ahli No: 15878
Posting: 56
Dari: malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 05-10-05 12:49


holy water ni cuma rekaan semata-mata, namun malang, amat malang sekali, majoriti orang melayu percaya akannya..

wallahualam
[ Telah diedit oleh: imin pada 05-10-05 12:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For iminProfil   Hantar PM kepada imin   Pergi ke imin's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 14:46


UNDANG2 yang MEMBELIT MARUAH ISLAM SENDIRI DI NEGARA ISLAM.. :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-05 15:28


> emmm...itulah yang perlu dipersoalkan...undang2 negara kita..
> kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan mengatasi segala undang2 termasuklah undang2 syariah.
> undang2 Islam tidak terbela sepenuhnya!
> moga Allah memberi kekuatan untuk kita sama-sama menegakkan undang2 islam...

;-) islam itu indah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

cairo
Warga Rasmi
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 6746
Posting: 16
Dari: uum

Kedah  


posticon Posting pada: 05-10-05 22:45


semoga siswa siswi teruskan perjuangan dengan menegakkan islam dimuka bumi ini,,sudahlah umat islam semakin kurang didunia in,,inikan pula telah menukar agama.

nauzubillahhiminzalik...berwaspadalah dengan dakyah kristian yang menyesatkan umat islam secara halus...kuatkan iman dan perbyakkan amal ibadat kepada Allah...sempena bulan puasa ni tingkatkan amal...

semoga kita dapat membendung gegala murtad yang semakin menjadi2

Bookmark and Share

    


  Member Information For cairoProfil   Hantar PM kepada cairo   Pergi ke cairo's Website   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-10-05 01:18


dah nak akhir zaman ni, dah tak selamat..


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 06-10-05 08:52


Terkenang peristiwa macam ini..pernah terjadi kat UNIMAS Sarawak suatu ketika dulu.... Geram juga.....!!!! gerakan Missionaries ini terlalu licik... WASPADA....!!!!!!!!


-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...


Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

ucu_nuriman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6663
Posting: 59
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 06-10-05 13:54


pasal penyebaran berita macam ini ucu rasa semua orang perlu berhati-hati. amalkan etika dalam penyampaian berita. selidik dulu kebenarannya sebelum berita macam ni disebarkan. cuba rujuk surah al hujraat ayat 6 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan. " Sadaqallahul Azim.
ini menunjukkan betapa kita mesti berhati-hati dalam menerima berita sebelum disebarkan. apa kata kita tanya sendiri pada warga upm kesahihan cerita ini. kalau benar mustahil pihak pentadbiran membiarkannya. ucu bukan apa takut takut kalau ada salah paham. nanati susah pula nak berdakwah pada orang kristian sebab mereka anggap kita orang islam suka salah sangka. apa pun sama-samalah kita usahakan dakwah islam agar terus berkembang dalam cara yang paling dihormati. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ucu_nurimanProfil   Hantar PM kepada ucu_nuriman   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 07:19


assalamualaikum,

bagi pendapat ana.. cerita ini palsu. sebab dari dulu lagi cerita ini macam tak logik. lepas tu di tambah pula cerita paderi thomas laiden yang banyak salah fakta. dan kalau kita seacrh dalam internet..ada edited version pula. dia claim yang holy water yang boleh buat kita tak boleh nak mengucap tu, bukan holy water biasa..tetapi holy water yang dibuat khas. ni dah contradict dengan artikel pertama dia yang kata semua orang christian kena baptist dengan holy watter yang jika air itu di minum oleh seorang yang tak kuat aqidahnya akan murtad.

mungkin paderi thomas laiden tu dah tau orang dah jawab artikel dia dulu agaknya. tu yang tukar statement. dan kalau ukhwah nak tau..sekarang ini, bukan sahaja 'ustaz' bekas paderi thomas laiden saja bawak cerita ini, malahan beberapa orang ustaz lain pun sama. baru-baru ini, kawan saya ada pergi dengar ceramah ustaz tu, cerita lebih kurang sama juga. dulu bekas paderi lah apa lah. tapi cara buat holy water tu lain pula.

kat sini saya senaraikan beberapa cara nak buat holy water yang saya pernah dengar dari beberapa ustaz yang bekas paderi.
1. paderi dan sister akan mengadakan hubungan dan janin hasil perhubungan mereka akan di campur dengan air dan di sulingkan.
2. holy water dibuat campuran air sirap dan lemak bab*

ada beberapa agi..tapi ingat pula. tapi rasanya setiap dari kita pernah dengar crite2 yang berlainan.

apa pendapat ukhwah semua? cerita ini cerita betul ke palsu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-10-05 22:31


ana sudah berdepan dengan seorang non-muslim yang bertanya direct pada ana Kenapa orang Islam suka sebar berita2 yang pelik2, takmasuk akal dan menyinggung sahabat2 agama lain suatu masa dahulu. ana agak terkedu ketika itu. dan ana rasa isu holy water ni takkan habis.sebab? orang Islam yang agamanya mengajar kebenaran lebih seronok foward mesej2 berbaur penipuan dan mengapi2kan pergaduhan daripada mesej yang mengandungi kebenaran. berapa ramai yang akan foward link ini http://f40.blogs.friendster.com/my_blog/2005/10/hakikat_holy_wa.html berbanding link ini http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1492 ? berapa ramai yang akan berfikir berkali2 dan dari perlbagai sudut pandangan sebelum foward benda bukan2? seolah-olah sudah hilang kemampuan berfikir. semua benda yang disuap dihadam bulat2. sepotong ayat Quran yang ana rasa releven hari ini bukan saja pada orang2 nasara dan yahudi tapi juga untuk orang Islam sendiri adalah firman Allah

وَقَالُواْ لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَن كَانَ هُوداً أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar".(al-Baqarah 2:111)

dan seperti yang disampaikan saudara ucu_nuriman. firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(al-Hujurat 49:6)

ana juga ingin berkongsi satu ayat yang mungkin boleh direnung2kan tentang cara sepatutnya kita berdakwah kepada non-muslim malahan kepada muslim itu sendiri. firman Allah:

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(an-Nahl 16:125)

wallahua'lam bisawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 22:20


astaghfirullah.. terkejut bercampur bimbang hati saya dengan kenyataan ni..
apapun terime kasih atas pesanan ni..smge ia dapat menyedarkn umat2 islam khususnye student upm..
kuatkan iman..ingatkan Allah..smge kita dapat dijauhkan bende2 tersebut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 08-10-05 23:47


sbenarnya ada satu benda yang saya tak faham...ianya tentang holy water!adakah holy water termasuk dalam sihir puak missionary atau terdapat bahan2 kimia atau.....
sebagai pelajar yang dididik dengan sains dan logik sukar untuk saya menerima kenyataan yang menyatakan apabila meminum holy water tidak dapat mengucap....saya tertarik dengan kisah seorang paderi di sabah yang memeluk islam.seorang paderi besar yang sejurus selepas lahir terus menjalani proses pembabtisan dengan holy water tetapi tetap menemui syahadah...saya rasa bukanlah sebab holy water tu sangat tetapi akidah itu sendiri yang rapuh....apabila hubungan dengan allah diabaikan dan jarak dengan sejadah pun jauh maka tidak memeranjatkan apabila murtad berlaku..
ingin saya memberi amaran jika tuntutan IRC diterima oleh parlimen maka kita akan menyaksikan orang islam berduyung2 akan murtad.....saya berharap student muslim UPM dapat bersabar dan ikatkan diri dengan jamaah dan dekatkan diri dengan allah...giatkan usrah dengan lebih giat dari missionary punya program... gunakan segala ruang yang ada dan berserah lah kepada allah selepas berusaha...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 05:31


dalam persoalan usaha dakyah missionaries christian, bagi saya apa yang membuat umat islam murtad untuk menganut agama christian bukanlah kerana Holy Water, Bible atau konsep ketuhanan mereka. dari pengalaman saya dalam mengikuti kawan2 Christian, mereka sendri masih kabur2 dan tidak dapat fahami dengan sebenar2nya berkenaan konsep Trinity. Jadi Kenapa masih ada orang islam terpengaruh dengan dakyah Christianity? dalam pengamatan saya dan pengalaman saya, apa yang menarik mereka adalah akhlak dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka. "God is Love"..itulah antara ungkapan yang sering diungkap. mereka sangat mengasihi kanak2 dan sangat bermurah hati untuk membantu orang lain walaupun beragama selain dari Christianity. Inilah apa yang menarik hati orang-orang islam yang kenal islam daripada masyarakat islam yang berpecah belah, hukum menghukum, mengasingkan antara yang 'alim' dengan yang 'jahil' dll. mereka mungkin terasa terasing dari kita semua tetapi diterima oleh missionaries Christian. sebanyak dosa mana pun yang mereka buat, missionaries akan berkata "God is Love"...

sedangkan kita lupa akan sifat lah-Rahman (Maha Pengasih) dan lah-RahimNya (Maha Penyayang) adalah lebih hebat maknanya dari perkataan "Love" itu sendiri. tetapi kita tak pernah melafazkan perkataan ini dengan sepenuh jiwa kita sebagaimana mereka (Christian) melafazkan perkataan "Love" itu sendiri.

ini la pendapat saya tentang kejayaan dakyah Christian. Bukannya melalui Holy Water, Bible atau konsep ketuhanan mereka. tetapi akhlak dan pendekatan 'dakwa' mereka.

p/s: bagi orang yang ingin menyebarkan sesuatu yang dipercaya sebagai kebenaran tidak mungkin akan menggunakan cara yang kotor mahupun sihir. tambahan, di dalam malaysia ni, kaum apa yang paling kuat mengamalkan sihir? (jumpa bomoh, pawang dll ) :P

sebagai renungan untuk diri saya dan kalian

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

Al-Faisal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18728
Posting: 22

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 07:00


kalau holy water tu merupakan air sihir then ia takla digelar holy water lagi(mungkin air jampi). tapi bangsa mana pun yang suka jampi serapah ni...

setuju dengan Peacemaker, pengalaman bergaul dengan penganut Christian menampakkan di mana senjata 'dakwah' mereka. iaitu menggambarkan kasih sayang dan kemesraan. sesuatu yang sepatutnya merupakan sikap umat Islam. dalam islah kita, kita mudah hukum orang ni salah orang tu salah tapi tak banyak kita tekankan Allah tu pengasih dan penerima taubat.apabila Muslim datang melawat gereja, mereka sambut dengan senyuman dan tepukkan. apa pula orang Islam buat bila seorang bukan Islam duduk menghampiri masjid? anda semua tentu lebih arif.

kekadang saya lihat isu holy water ni secara psychology seolah-olah taget untuk dipersalahkan sebab tak nak mengakui kita gagal memantapkan akidah umat Islam sendiri, kita gagal dalam melaksanakan dakwah kita sendiri. masa untuk memperbaiki manhaj dakwah kita mungkin. moga Allah bantu kita.

wallahua'lam bisawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaisalProfil   Hantar PM kepada Al-Faisal   Quote dan BalasQuote

nahdatul_adawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5697
Posting: 79

Selangor  


posticon Posting pada: 09-10-05 10:09


astaghfirullahalazim..semoga Allah selamatkan sahabat-sahabat kita semua.
[ Telah diedit oleh: nahdatul_adawiyah pada 09-10-05 10:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nahdatul_adawiyahProfil   Hantar PM kepada nahdatul_adawiyah   Quote dan BalasQuote

tru_frnshp
WARGA SETIA
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 09-10-05 10:19


Pada 28-09-05 12:06 , cheekmate posting:

!!! QUOTE !!!

kawal Iman!!!!!!!!!!!!!


apa yang kau tau cheekmate? cuma letak tanda seru macam nak tengking orang lepas itu Kalau boleh nak ditulis dalam capital...memang tak pernah diajar betul budak ni...

Kalau orang yang tak dapat kawal perasaan marah tu orang yang kawal iman ke ye? :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For tru_frnshpProfil   Hantar PM kepada tru_frnshp   Quote dan BalasQuote

tru_frnshp
WARGA SETIA
Menyertai: 27.04.2005
Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 09-10-05 10:23


Pada 09-10-05 07:00 , Al-Faisal posting:

!!! QUOTE !!!


setuju dengan Peacemaker, pengalaman bergaul dengan penganut Christian menampakkan di mana senjata 'dakwah' mereka. iaitu menggambarkan kasih sayang dan kemesraan. sesuatu yang sepatutnya merupakan sikap umat Islam. dalam islah kita, kita mudah hukum orang ni salah orang tu salah tapi tak banyak kita tekankan Allah tu pengasih dan penerima taubat.


memang dah nampak yang orang islam sendiri condemn orang islam yang lain,tak reti nak kawal marah,etc...

pasal apa yang faisal dan yang lain kata...memang betul..kawan saya adalah convert muslim..dia dulu kristian..dia kata kat gereja,tak pernah ada orang yang bermasam muka atau yang unwelcome dia dari datang ke gereja...mereka memang mesra,itulah yang menjadi penarik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tru_frnshpProfil   Hantar PM kepada tru_frnshp   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 09-10-05 10:43


pihak UPM patut mengambil berat pasal perkara ini... ini dah mencabar kedaulatan ISLAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

azri86
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.07.2005
Ahli No: 17683
Posting: 50
Dari: Tumpat kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 13:02


ermmm...sama2 kte doakn...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azri86Profil   Hantar PM kepada azri86   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 13:21


:-o :-o betul ke semua niii.... :-o :-|


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 14:37


Assalamualaikum..

emm...ana dari UPM juga...
memang tak dinafikan,gereja tu betul di pintu masuk ke kolej2....
kolej ana terdepan..kolej Canselor...

kalau ada di tingkat atas,akan nampaklah gereja tu!EEiiii...memang geram!ingatkan tak jadi,rupa2nya jadi jugak nak besarkannya...

Ana dan kawan2 masa tu rasa takut dengan apa yang berlaku...
tapi tawakkal sajalah...

dah ada kes2 mahasiswi murtad...
kami berjaga2 masa tu....

InsyaAllah,sama2lah kita solat hajat dan berdoa moga2 Allah memberi bantuan-Nya kepada mahasiswa mahasiswi di UPM yang beragama Islam..
dan menetapkan iman di dada....
amiin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 09:00


nak tanya... memang church ke chapel eh? sebab untuk membuka sebuah church bukanlah perkara yang mudah. perlu ada penganut christian seramai sekian2 (dan bilagannya yang saya tau agak besar) baru dapat bukak.

walau bagaimanapun, antara church dan chapel, pembukaan chapel adalah lebih bahaya. ini kerana, church perlu di daftar kepada kerajaan, dan akan ada pegawai dari jabatan agama yang akan mengawasai pergerakan mereka. account, activiti dan lain2. tetapi kalau chapel, ia tidak perlu di daftarkan dan tidak mempunyai sebarang syarat. dan di sini, pergerakan mereka adalah agak bebas.

#p/s: tau ke bagaimana nak bezakan church dan chapel?

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

diana_ADA
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.07.2005
Ahli No: 17121
Posting: 34

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 11:00


digantung kita tinggi
dibakar kita hangus
namun tinggalkan Islam tidak sekali...

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_ADAProfil   Hantar PM kepada diana_ADA   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 05-03-06 13:35


tunjukkan akhlak yang mulia pada penganut agam lain..biar paderi kat situ tertarik dan peluk islam yang sememangnya indah lagi benar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 05-03-06 13:38


biar la gereja tu besar mana sekalipun...kalimah syahadah kita lagi besar.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 05-03-06 13:39


salam perkenalan dan salam ukhwah...
Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki........ Baca, sebut lepas tu forward... Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" tak 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan dan fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
ę Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149125 saat. Lajunya....