Oleh |
Pantun Insan Kecewa ... |
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 05-09-05 14:12
Pak Abbas buat kenduri, Tetamu disaji gulai tempoyak, Cuba ku sunting mawar berduri, Baru ku sedar diriku tak layak. Panjat pokok menebas dahan, Jatuh terkena kepala si Mumtaz, Cikgu ustazah jadi pilihan, Tapi ku ditolak kerana bukan ustaz. Pak Abu berehat di laman, Lamannya penuh dengan tumbuhan, Si dia yang solehah itulah idaman, Tapi rupanya dia dah ada pilihan. Naik basikal ke kedai Mak Zizah, Hendak mencari kayu sugi, Niat di hati nak pinang ustazah, Tapi ustazah citarasanya tinggi. Baju ku buka nak periksa tubuh, Patutlah tak selesa tubuh ku berdaki, Hati terpikat pada si tudung labuh, Malang nasibku hatinya dah dimiliki. Belakang rumah ada pokok sena, Baunya harum di waktu pagi, Bertudung berjubah aku terpesona, Ada cincin di jarinya melepaslah lagi. Nasi impit kuah kacang, Mana sataynya. Aku terlupa, Ustazah jelita jantungku bergoncang, Tapi dia tak rasa apa-apa. Bawa cangkul nak tanam keladi, Benih dibeli dari tokey Cina, Kurisik ustazah dia tak sudi, Tak cukup ditolak aku dihina ....
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 15-09-05 12:24
Simpan sayur, sayur layu, Simpan daging, daging beku, Melihat muslimah hatiku sayu, Kerna ku tahu kau dicipta bukan untukku ....
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 15-09-05 12:49
pantun dua kerat .. nampak macam berat... pantunempat kerat.. mendekut wak-wak di tengah malam wak-wak hadir rezeki kita.. usah gundah hati yang kelam.. kalau dah jodoh pusing agaknya mana dia akan mai juga...
|
yan4485
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2005 Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL
|
Posting pada: 15-09-05 13:09
mengintai cinta si tudung labuh tapi diri bukan kopiah harap dapat iman yang teguh di SANA kita tak susah payah
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 15-09-05 15:16
mengira ngira duit belanja adakah cukup bagai dikata jangan risau jangan diteka sampai masa terjawab jua hanya mata dapat memandang tapi dihati sukar mendapat jangan lah suka membayang-bayang kelak nanti bimbang tersesat dari mata turun ke hati bisa di rasa meronta jiwa jangan memandang sesuka hati menundukkan pandangan lebih utama
|
srikandisutera
WARGA SETIA Menyertai: 11.04.2005 Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu
|
Posting pada: 15-09-05 21:04
pergi kedai membeli paip, paip dibeli buruk rupanya, lelaki yang baik,untuk perempuan yang baik. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik adanya..
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 15-09-05 21:36
Tetiap petang menggoreng bertih, Jagong dimakan sambil menonton, hatiku rasa begitu sedih, sebab saya tak reti nak berpantun.... hehehe
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 16-09-05 09:09
Pisang emas pisang berangan, Makan bersama lauk tauhu, Dulu dah puas ku jaga pandangan, Tapi itu pun tak ada yang mahu ....
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 16-09-05 09:17
Maidin jual serbuk kari Babas, Serbuk disukat menggunakan gelas, Yang cantik-cantik semuanya ustaz-ustaz dulu yang kebas, Adakah itu namanya ikhlas ???????
|
yan4485
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2005 Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL
|
Posting pada: 16-09-05 09:20
Dulu dah puas ku jaga pandangan, Tapi itu pun tak ada yang mahu hati terbuka untuk pasangan mungkin belum sampai seru tidur malam memakai gebar wajah ayu datang bertamu empunya diri harap bersabar kerna DIA dah tetapkn untukmu
|
tru_frnshp
WARGA SETIA Menyertai: 27.04.2005 Ahli No: 16128
Posting: 539
Dari: Selangor
|
Posting pada: 16-09-05 09:27
naik feri ke sungai Gelita, nampak pak Ali bergayut didahan, Kenapa semua stress pasal cinta? Kenapa tak stress pasal diri yang mungkin tak diterima Tuhan...??
|
mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.10.2003 Ahli No: 4592
Posting: 119
Dari: k.lumpur
|
Posting pada: 16-09-05 09:57
gundah jiwa bila jatuh hati mandi sekolahpon rasa macam tak mandi apa di harp pada yang tak sudi yang lain kan ramai lagi... he....he....
|
yan4485
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2005 Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL
|
Posting pada: 16-09-05 10:05
Pada 16-09-05 09:17 , transmissionline posting:!!! QUOTE !!! Maidin jual serbuk kari Babas, Serbuk disukat menggunakan gelas, Yang cantik-cantik semuanya ustaz-ustaz dulu yang kebas, Adakah itu namanya ikhlas ??????? tak ada ustazah cikgi pun boleh untuk jadi permaisuri hati dah jadi hak orang jangan ditoleh tak pasal-pasal lebam kat pipi
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 16-09-05 13:03
pembuka bicara izinkan saya untuk turut serta sekadar nak menghibur hati yang lara salah silap maaf dipinta luas terbentang sawah padi tempat bermain si ikan keli usah diharap pada yang tak sudi kelak diri sendiri yang rugi budak-budak pergi mengaji pergi mengaji di gunung daik bukankah Allah telah berjanji lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? kain basahan di atas tangga kain batik di ceruk dapur bukankah benar kata pujangga, bunga bukan sekuntum kumbang tidak seekor? pergi mengail di pinggir kali malangnya nasib kaki tercucuk duri serahkan hati mu pada Illahi Insyaalah kan kau temui cinta sejati.. ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!" [ Telah diedit oleh: SHAMR pada 16-09-05 13:22 ]
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 17-09-05 12:31
limau mandarin dari china dihantar orang berkotak-kotak janganlah rasa diri dihina niat yang baik kan dibalas kelak tudung labuh dan tudung tirus dijual orang merata -rata tetapkan jiwa berhati lurus InsyaAllah nanti dibalas jua...
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 17-09-05 12:44
pergi kedai beli kelapa, balik kedai pergi sekolah, bukan ada niat apa-apa, saja-saja suka nak mencelah... pergi kedai beli kelapa, dibeli bersama si saun pandan, perbanyakkanlah anda berdoa, moga mendapat pasangan yang sepadan...
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 19-09-05 09:17
Pada 16-09-05 09:27 , tru_frnshp posting:!!! QUOTE !!! naik feri ke sungai Gelita, nampak pak Ali bergayut didahan, Kenapa semua stress pasal cinta? Kenapa tak stress pasal diri yang mungkin tak diterima Tuhan...?? Tiada elektrik gelap gelita, Dengar suara tak nampak muka, Sengaja dibicarakan pasal cinta, Pasal kat sini semua jiwang-jiwang belaka...
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 19-09-05 11:31
Pada 15-09-05 21:36 , ridwan_daie posting:!!! QUOTE !!! Tetiap petang menggoreng bertih, Jagong dimakan sambil menonton, hatiku rasa begitu sedih, sebab saya tak reti nak berpantun....
hehehe kita share lah pantun ni ye...hehehe.. ps: berbakat ghupe2nye..sahabiah ukhwah kita ni..
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 19-09-05 11:43
Pada 19-09-05 09:17 , transmissionline posting:!!! QUOTE !!!
Tiada elektrik gelap gelita, Dengar suara tak nampak muka, Sengaja dibicarakan pasal cinta, Pasal kat sini semua jiwang-jiwang belaka...
Cantiknya anak kucing bulunya kelabu, Tapi sayangnya banyak lah kutu, Topik cinta yang jawabnya beribu, Topik ilmiah yang baca satu ......
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 19-09-05 14:31
fuh..best jugak pantun anda ini.. lepas ini boleh lah join pertandingan berbalas pantun... gerenti menang...
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 12-01-06 19:57
tak payah keciwa....yang hilang akan tumbuh bergantii,.....tak begitu...mesti ada hikmah disebaliknya
|
ilahkisas
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.01.2005 Ahli No: 13966
Posting: 50
Dari: kedah
|
Posting pada: 29-06-08 14:54
fuhhh...pandai betul berpantun....percaya lah
|
cikgu84
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 19-07-08 00:04
Pada 05-09-05 14:12 , transmissionline posting:!!! QUOTE !!! Pak Abbas buat kenduri, Tetamu disaji gulai tempoyak, Cuba ku sunting mawar berduri, Baru ku sedar diriku tak layak.
Panjat pokok menebas dahan, Jatuh terkena kepala si Mumtaz, Cikgu ustazah jadi pilihan, Tapi ku ditolak kerana bukan ustaz.
Pak Abu berehat di laman, Lamannya penuh dengan tumbuhan, Si dia yang solehah itulah idaman, Tapi rupanya dia dah ada pilihan.
Naik basikal ke kedai Mak Zizah, Hendak mencari kayu sugi, Niat di hati nak pinang ustazah, Tapi ustazah citarasanya tinggi.
Baju ku buka nak periksa tubuh, Patutlah tak selesa tubuh ku berdaki, Hati terpikat pada si tudung labuh, Malang nasibku hatinya dah dimiliki.
Belakang rumah ada pokok sena, Baunya harum di waktu pagi, Bertudung berjubah aku terpesona, Ada cincin di jarinya melepaslah lagi.
Nasi impit kuah kacang, Mana sataynya. Aku terlupa, Ustazah jelita jantungku bergoncang, Tapi dia tak rasa apa-apa.
Bawa cangkul nak tanam keladi, Benih dibeli dari tokey Cina, Kurisik ustazah dia tak sudi, Tak cukup ditolak aku dihina .... andai berkenan dengan anak Mak Jah, minatlah nasyid tinggalkan jazz, kalau nak isteri akhlak ustazah, sebatikan diri dengan akhlak ustaz. ----------------- diriku...hamba ALLAH banyak kekurangan & kelemahan...
|
puteribayu
Warga Rasmi Menyertai: 13.04.2008 Ahli No: 33204
Posting: 18
Dari: Negeri Bawah Bayu
|
Posting pada: 20-07-08 09:32
lama tak berpantun, bersama leman pergi ziarah ziarah keluarga atuk sangga mencari jodoh buatlah solat istiharah kelak selamat rumahtangga insya'allah
|
maestra_dila
WARGA SETIA Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31514
Posting: 404
|
Posting pada: 20-07-08 17:30
... terbang bebas si rama-rama hinggap sebentar di sanggul nyonya ke jinjang pelamin harapan bersama ketentuan Allah menentukan segalanya.. lebat berbuah si pohon sawa tempat berteduh segelintir manusia patahlah hati hamba kecewa mencurah kasih pada yang tak setia asam pedas dimasukkan cuka adakah keenakkannya akan lebih terasa? kiranya hati jauh terluka doa kupanjat pada yang Maha Esa benar sungguh bagai dikata tiada jodoh untuk kita bersama cinta sejati tiada nilaian harta ianya abadi terpatri lama...
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 21-07-08 07:24
newbie bab pantun ni...let me try... menitis airmata membasahi pipi, berlinangan disapukan pengesat,, hancur luluh jiwa dihati, melihat si idaman sudah dirembat..
|
puteribayu
Warga Rasmi Menyertai: 13.04.2008 Ahli No: 33204
Posting: 18
Dari: Negeri Bawah Bayu
|
Posting pada: 21-07-08 08:35
pu3 jawab ye enak sungguh tauhu sumbat masak bersama dengan mek seri kalau idaman hati sudah dirembat pujuk yang lain bawalah lari gurau saja
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 21-07-08 09:56
membawa ikan hantar ke kedah lori pula rosak kat kuala kedah ana nak tanya pada warga ukhwah ada tak kat sini pakai purdah???
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 21-07-08 13:08
Beli tiket ke Shah Alam, Bas bertolak pukul tiga, Hidup hamba makin suram, Kerna orang asyik menghina. Keluar rumah awal pagi, Kerna tak mahu ketinggalan bas, Apalah nasib diri ini, Dilayan orang bagai hampas. Sakit kepala bukan kepalang, kerna jem di tengah pekan, Sudah nasib hamba malang, Tiada siapa yang merasa kasihan. Aduhai malang terlepas bas, Walaupun lewat lima minit, Jikalau ada ihsan belas, Itu cukup hilangkan sakit. -----------------
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 21-07-08 14:22
Pada 19-07-08 00:04 , cikgu84 posting:!!! QUOTE !!! andai berkenan dengan anak Mak Jah, minatlah nasyid tinggalkan jazz, kalau nak isteri akhlak ustazah, sebatikan diri dengan akhlak ustaz.
fuh .. panjang quote tu ... macam nak 'menjawab' saja ... ini isu lama ni .. 3 tahun lepas punya cerita ... sesiapa yang berkuasa tu saya minta kunci saja benda ni ... kadang-2 belum tentu ustaz boleh dapat ustazah .... banyak jugak kes ustazah kawin dengan org biasa-2 ... dan kadang-2 org yang akhlak ustaz tapi bukan ustaz pun belum tentu dapat ... tak mengapa lah ... saya pun dah malas nak layan benda-2 macam ni ... ni benda 3 tahun lepas masa zaman boring kerja, tak tau nak buat apa .. tu yang banyak fikir benda bukan-2 tu ... buka topik ilmiah tak ada yang layan ... tu lah yang sesaja saya buka topik bodoh-2 macam ni .... sekarang nak bagi komen dan buka topik pun dah malas .. dah tak ada semangat macam dulu lah .... sebab bila buka topik ilmiah tak ada yang berminat ... yang baca pun sikit-2 .. tapi bila buka yang kontroversial, jiwang-2 sikit punya lah ramai yang masuk ...
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 23-07-08 13:32
salam en trans...erm.. lama dah buka topik ni.. tak apa lah.. ada sahabat yang nak update lagi..ok.. ana pun nak bagi pantun ni.. haaa.. siapa berani.. jawab... Pergi ke tesco beli beras cap JAti Dapat pula hadiah misteri Andai ada hajat dihati Kenapa masih berdiam diri.. Eheheh.. Sedih pilu jiwa bergolak Mengenang nasib golongan nan faqir Diam bukanlah tanda menolak Tapi masih kondisi berfikir … Hihihhi.. Orait tak.. wah.. ayatss.. ecehcehhh… ups.. Tiada kaitan dengan penaip mahupun yang hidup atau yang telah pass away… rekaan semata-mata.. rekaan tipu-tipu..hihihi
|
emarn_boy
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.08.2007 Ahli No: 30618
Posting: 53
Dari: egypt
|
Posting pada: 23-07-08 13:57
ingatlah selalu kepada tuhan title 'ustazah' hanya gelaran rasulAllah juga pernah berpesan empat ciri itu pilihan andai tuan hiba dihati panjatkan doa kepada illahi warga ukhwah ramai menanti pilihlah satu jadi permaisuri tak begitu?
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 31-07-08 21:15
jatuh si buta tertampang batu jari luka susah nak sembuh jatuh chinta memang begitu jadi buta juga bodoh
|
puteribayu
Warga Rasmi Menyertai: 13.04.2008 Ahli No: 33204
Posting: 18
Dari: Negeri Bawah Bayu
|
Posting pada: 04-08-08 08:08
kalau tuan ke kg keramat singgah sebentar kedai mak iti belikan saya sebuku roti jatuh cinta satu rahmat punya perasaan punya hati berdoa moga dirahmati
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 04-08-08 10:33
Pada 23-07-08 13:32 , simpLe_sHida posting:!!! QUOTE !!! Pergi ke tesco beli beras cap JAti Dapat pula hadiah misteri Andai ada hajat dihati Kenapa masih berdiam diri.. Eheheh..
Sedih pilu jiwa bergolak Mengenang nasib golongan nan faqir Diam bukanlah tanda menolak Tapi masih kondisi berfikir … Hihihhi..
ana try membeli pantun cik ss 2 eh pergi ziarah ke rumah rani dapat pula sirambutan gading bukan berdiam tanda tak berani tapi rasa diri tak setanding cantik anggun si kurung merah dipakai pula oleh cik siti sairah jangan sedih ataupun marah jangan lupa kekuatan istiqharah aoe punya pantun ni????
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 04-08-08 11:49
assalamualaikum... baca pantun ni gelak pun ada.. sedih pun ada.. lain waktu ana berpantun eh.. wassalam ----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 22-11-08 16:45
salam..ehehe.. nak update topik ni..ok daeng.. ss nak jual ni.. beli.. siapa nak beli..ehehe.. 3 sepuluh riyal..ehehe.. ups.. tak ada harga pantun ni.. jual-beli saja.. nanti ss akad hihi pergi ziarah ke rumah rani dapat pula sirambutan gading bukan berdiam tanda tak berani tapi rasa diri tak setanding ----------- buah duku buah ciku hampir sama tapi memang lain lah alahai jangan laah rasa begitu belum cuba manakan tahu daa hihii..orait lah tu.. ;0 cantik anggun si kurung merah dipakai pula oleh cik siti sairah jangan sedih ataupun marah jangan lupa kekuatan istiqharah ------------- gundah gelana rasa di hati seakan petanda dah nak jadi hehe.. yumkin itu tanda di hati Allah dah tentukan jadi upss.. sama saja ayat belakang tu.. bolehlaaa..hihi.. ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-11-08 18:49
Simple Shida menjual: pergi ziarah ke rumah rani dapat pula sirambutan gading bukan berdiam tanda tak berani tapi rasa diri tak setanding Hamba membalas: Hebat tuan hamba mengait pantun. Ibarat serikandi Teja berbengkung sutera. Tangkas berpencak, padat langkahnya. Wahai serikandi, disini hamba membeli; Benang emas jarum suasa Menjahit songket samping separuh Pandai bijak indah bahasa Walaupun diam kuat pengaruh Diam seribu kata...Diam-diam ubi tandanya berisi... -----------------
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 23-11-08 19:26
enak sungguh sambal peria di tambah sidikit gula nira biar hidup bersulam ceria apa di layan duka dan lara udah-udah lah...........jangan sedih-sedih hidup ni terlalu singat untuk bersedih lama-lama.... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
Maricella
Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 23-11-08 19:46
Pada 22-11-08 16:45 , simpLe_sHida posting:!!! QUOTE !!! salam..ehehe.. nak update topik ni..ok daeng.. ss nak jual ni.. beli.. siapa nak beli..ehehe.. 3 sepuluh riyal..ehehe.. ups.. tak ada harga pantun ni.. jual-beli saja.. nanti ss akad hihi
pergi ziarah ke rumah rani dapat pula sirambutan gading bukan berdiam tanda tak berani tapi rasa diri tak setanding
-----------
buah duku buah ciku hampir sama tapi memang lain lah alahai jangan laah rasa begitu belum cuba manakan tahu daa
hihii..orait lah tu.. ;0
cantik anggun si kurung merah dipakai pula oleh cik siti sairah jangan sedih ataupun marah jangan lupa kekuatan istiqharah
-------------
gundah gelana rasa di hati seakan petanda dah nak jadi hehe.. yumkin itu tanda di hati Allah dah tentukan jadi
upss.. sama saja ayat belakang tu.. bolehlaaa..hihi..
eh kak shida..kata tak tahu berpantun...hehehe...ni boleh anta kat ikim.fm...segmen pantun... ----------------- Cinta dunia ibarat madu yang beracun, cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 23-11-08 23:12
Pada 23-11-08 19:26 , awan_biru85 posting:!!! QUOTE !!! enak sungguh sambal peria
hmm..saya suka pulak makan sayur peria kebelakangan ni..sedap tuuu..hehe p/s : off topik sat...
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 23-11-08 23:17
Pada 23-11-08 23:12 , Strawberry_Ungu posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-11-08 19:26 , awan_biru85 posting:!!! QUOTE !!! enak sungguh sambal peria
hmm..saya suka pulak makan sayur peria kebelakangan ni..sedap tuuu..hehe
p/s : off topik sat... kelmarin saya baru makan sambal peria.......huhu.. tu yang termasuk dalam pantun ni...huhuhu ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 23-11-08 23:19
Pada 23-11-08 23:17 , awan_biru85 posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-11-08 23:12 , Strawberry_Ungu posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-11-08 19:26 , awan_biru85 posting:!!! QUOTE !!! enak sungguh sambal peria
hmm..saya suka pulak makan sayur peria kebelakangan ni..sedap tuuu..hehe
p/s : off topik sat...
kelmarin saya baru makan sambal peria.......huhu.. tu yang termasuk dalam pantun ni...huhuhu
oohh..i see..bagaimana ye sambal peria tu? selalunya peria ni di goreng..goreng pun sodappp...
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 23-11-08 23:25
nak resepi ke? PM saya lah ye...... tapi nak kongi siket lah..... kalau tak mahu peria pahit remdam saja sat dalam air garam nanti pahit tak boleh telan pulak.... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 23-11-08 23:43
Pada 23-11-08 23:25 , awan_biru85 posting:!!! QUOTE !!! nak resepi ke? PM saya lah ye...... tapi nak kongi siket lah..... kalau tak mahu peria pahit remdam saja sat dalam air garam nanti pahit tak boleh telan pulak....
pernah dengar juga petua tu..tapi strawberry ni suka yang pahit semulajadi..jadi tak rendam2 dalam air garam..ok! i will
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 24-11-08 21:50
aik.. adikku maricella.. oo.. spy ek pantun kak.. ehehe.. ni pantun on the sepot saja..hihi nanti kak hantar.. sabaq naaa.. kena banyak berfikir lagi ni..
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 24-11-08 22:22
Pada 23-11-08 23:25 , awan_biru85 posting:!!! QUOTE !!! nak resepi ke? PM saya lah ye...... tapi nak kongi siket lah..... kalau tak mahu peria pahit remdam saja sat dalam air garam nanti pahit tak boleh telan pulak....
bukan nak sambung patun cuma nak menyibuk kat sini pasal petua nak hilangkan pahit peria..selain letak garam tuan2 dan puan2 boleh rebus seketika peria yang telah di hiris-hiris bersama asam jawa (sekejap saja tau jangan sampai masak pula peria tu).. InsyaAllah peria tersebut akan menjadi lebih enak..selamat mencuba.. ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
sadiqah
Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya
|
Posting pada: 25-11-08 07:41
amboi cik SS, dah makin ligat berpantun ek.. apa diharap kasihnya orang, entahkah sungguh entahkan tidak.. anak tawau jauh diperantauan, diiringi doa restu keluarga, walau hati pernah dikecewakan, namun kasih ILAHI pengubat lara.. **pantun dia atas tak ada kena mengena dengan si pemantun ek.. hehehe ----------------- hIdUP mEsTi TeRuS..
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 25-11-08 08:46
, Kunyah sirih mandi bunga, Jodoh tidak sampai lagi; Rayu emak pujuk sedara, Carikan calon yang baik budi. Jodoh tidak sampai lagi, Makan tak kenyang tidur tak lena; Carikan calon yang baik budi, Manis rupa indah agama. Makan tak kenyang tidur tak lena, Terbayang-bayang di dalam mimpi; Manis rupa indah agama, Dunia akhirat Allah redhai. Wallahua'lam
|
nima
Warga Rasmi Menyertai: 24.11.2008 Ahli No: 36054
Posting: 13
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 25-11-08 10:15
embun pagi udaranya nyaman sejuk sekali bagai ditusuk usah dirayu bunga bertuan mohon Allah beri petunjuk datang hamba datang berteman, untuk memikat bunga kemboja, kasih disemai diharap jangan jika hati sudah berpunya pantun sekupang dari saya.... heheehe
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 27-11-08 16:30
ehehe.. sadiqah.. ehem..ehem macam ada kaitan he dengan penaip tu..kih..kih.. ila akhi abdullah.. wah sahabat lama kembali menjengah,, ahlan wasahlan.. nak pantun apa lagi ye.. 3 4 5 dan enam 7 8 9 lepas tu sepuluh daa pembuka topik lama berdiam ke mana menghilang daa.. ?? ehehe. boleh lah tu.. pantun 15 sen..hihihi
|
hid_uniten
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.09.2005 Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::
|
Posting pada: 29-11-08 22:46
amboi..pandainya kak shida bpantun..tapi hid xpandaila nak balas,hehe..
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 30-11-08 00:08
Pada 24-11-08 22:22 , shimaku posting !!! QUOTE !!!
tuan2 dan puan2 boleh rebus seketika peria yang telah di hiris-hiris bersama asam jawa (sekejap saja tau jangan sampai masak pula peria tu).. InsyaAllah peria tersebut akan menjadi lebih enak..selamat mencuba..
rebus? rebus ke celur ni...... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 30-11-08 23:53
masuk hutan cari buah petai awat tak penat petai tu nak kait tinggi salahkah diri ingin menyintai apakan daya di tinggal pergi hehe....layan saja lah....siapa nak beli silakan...... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 01-12-08 08:40
, awan_biru, Abdullah beli, berapa ringgit ya? Anggerik biru, bunga melati, Diisi dara di dalam raga; Bukan dirimu ditinggal pergi, Si dia cuma memendam rasa. -->Ukhti Shida, jazakillah.
|
NoZaBiZz
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.10.2006 Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai
|
Posting pada: 01-12-08 08:51
hehehe... tak pandai lah nak berpantun. tapi lucu sungguh pantun en pembuka topik ini...
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 02-12-08 01:07
hajat hati nak beli produa kelisa cari punya cari terbekenan kat mayvi sudahkah puas memendam rasa hancur di hati ku ubat sendiri Abdullah saya balas ni(main taram saja)....jawab jangan tak jawab....hehe ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 02-12-08 01:26
wah.. awan biru berpantun.. lepas ni pakat hantar pantun Nasihat dalam IKIm.. dengar hari Ahad jm10malam.hihi.. hajat di hati nak sambung study international tapi macam nak ke bangi ( UKM ) tahu lah cik awan biru kerja di hospital ubat lah hati dengan BAM serai wangi.. hihiih. ehem..ehem..
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 02-12-08 02:11
gunalah losyen safi kalau nak wangi losyen di beli di kedai Ramli bukan senang nak dapat bam serai wangi kak shida punya pasai saya cari beli pernah juga hantar sajak kat ikim.fm tapi masa zaman students dulu sekarang dah tak buat dah kerja macam tu... yang best bila Dj tu baca artikel kita.... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 02-12-08 04:48
, Eh apada bam serai pun masuk hehehe Kumpul sekam waktu senja, Kayu nyatuh akar bertunggul; Usah muram berduka lara, Sampai jodoh rombongan menyusul.
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 02-12-08 09:26
anak punai anak merbah terbang tinggi buat sarang anak sungai kan berubah inikan pula hati orang,,, mengapa di kenang????isk3x....
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 02-12-08 10:22
ooo ke sini ye hang pa semua berkumpui. nak join jugak. ngeheheh sempena JK Kembara Ukhwah di Perak.. sipi2 lah dengan tema Pantun Insan Kecewa ni. huhu hajat di hati mahu bersua bersua dengan kekasih setia sakit di kaki masih terasa lenguh tangan terganggu kerja (2 rangkap awal tu tak ada kaitan dengan saya. saja buat sebab nak kasi ngam) terdengar berkokok si ayam serama ayam serama di luar jendela gembira terasa berkelana bersama akan kukenang sampai bebila sila2 beli sesiapa yang nak. -----------------
|
sadiqah
Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya
|
Posting pada: 02-12-08 10:45
shai, akak nak beli boleh tak?..hehe hajat dihati telah terlaksana, syukur alhamdulillah tidak terkata, walau sakit kaki terganggu kerja, online di UC tetap tak ku lupa.. jauh berkelana musafir bersama, JK ke perak mengukir kenangan, pengajaran yang baik jadikan panduan, moga tautan ukhwah terjalin selamanya.. insyaallah ----------------- hIdUP mEsTi TeRuS..
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 02-12-08 11:18
saya nak beli pantun Abdullah hihihi....... Pergi ipoh naik bas mara Sandar-sandar hingga terlena Halus manis menyusun bicara Cukuplah sekali ku terkena ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 02-12-08 13:35
Pada 02-12-08 10:45 , sadiqah posting:!!! QUOTE !!! shai, akak nak beli boleh tak?..hehe
hajat dihati telah terlaksana, syukur alhamdulillah tidak terkata, walau sakit kaki terganggu kerja, online di UC tetap tak ku lupa..
jauh berkelana musafir bersama, JK ke perak mengukir kenangan, pengajaran yang baik jadikan panduan, moga tautan ukhwah terjalin selamanya..
insyaallah
tak ku sangka kak yati seniorku d sama tekniik tawau ni pandai berpantun.. ----------------- "InDaHnYa IsLAm"
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 02-12-08 14:53
, Awan, Karang manik batu terpilih, Benang kasa dari Jawa; Jangan serik bertimang kasih, Badan merana jiwa meronta.
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 02-12-08 17:51
Pada 02-12-08 11:18 , awan_biru85 posting:!!! QUOTE !!! saya nak beli pantun Abdullah hihihi.......
Pergi ipoh naik bas mara Sandar-sandar hingga terlena Halus manis menyusun bicara Cukuplah sekali ku terkena
balik dari ipoh ke pokok sena singgah sebentar beli kebaya nyonya janganlah berduka bila terkena bukankah itu pengalaman namanya sabar lah,,,,tiap bicara manis bagai selumbar bisa janganlah sedih jangan berduka MA kat hospital kan ada hehehehehe,,,,,,
|
PerMataHiJau
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2007 Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA
|
Posting pada: 02-12-08 22:45
... melepas penat di tepi kuala, terbang rendah si burung tempua, kupujuk hati redha sajalah, bila teringat terkilan jua. Bina rumah di tanah yang landai, tepi rumah ada perigi, oklah saya tahu awak pandai, tak mengapa sem depan saya cuba lagi. Emak menggoreng pucuk paku, Abah pulang membawa toman. Ya.ALLAH KAU kuatkanlah hatiku, Moga tabah menempuhi dugaan. Kucing Pak Mat mengejar tikus, Dikejar hingga ke pohon meranti, Usaha,Jujur,ikhlas,fokus, Moga kejayaan tetap menanti. Di dunia ini tiada yang kekal, Ingatlah selalu ALLAH yang Berkuasa,. Doa,usaha,ikhtiar.,tawakal, Jangan cepat berputus asa.
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 03-12-08 14:55
Pisau raut hilang di rimba Pakaian anak raja di Juddah Karam di laut boleh ditimba Karam di hati bilakah sudah? Buah berangan masaknya merah Kelekati dalam perahu Luka di tangan nampak berdarah Luka di hati siapa tahu? Banyaklah orang menanam pulut Saya seorang menanam padi Banyaklah orang karam di laut Saya seorang karam di hati Anak punai anak merbah Hinggap ditonggak mencari sarang Anak sungai lagikan berubah Inikan pula hati orang Apa diharap padi seberang Entahkan jadi entahkan tidak Apa diharap kasihnya orang Entahkan jadi entahkan tidak Entahkan jadi entahkan tidak Entah dimakan pipit melayang Entahkan jadi entahkan tidak Entah sudahkan milik orang Cahaya bulan diliput awan Dipuput bayu awan berlalu Hasrat hatiku padamu tuan Malang diriku tuan tak tahu Dari Arab turun ke Aceh Naik ke Jawa berkebun serai Apa diharap pada yang kasih Badan dan nyawa lagi bercerai Selasih di Teluk Dalam Datang kapas Lubuk Tempurung Saya umpama si burung balam Mata terlepas badan terkurung Chau Pandan, anak Bubunnya Hendak menyerang kota Melaka Ada cincin berisi bunga Bunga berladung si air mata Anak buaya terenang-renang Anak kunci dalam perahu Hanya saya terkenang-kenang Orang benci saya tak tahu Masuk hutan berburu musang Musang mati dijerat orang Macam mana hati tak bimbang Ayam di sangkar disambar helang Sakit menebang kayu berlubang Kayu hidup dimakan api Sakit menumpang kasih orang Daripada hidup baiklah mati Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang lepas usah dikenang Sudah menjadi hak yang lain Apa guna pasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apa guna bermain mata Kalau tidak dengan sungguhnya Biji saga nampaklah merah Bawa segenggam pergi ke kota Hati kecewa amatlah parah Tidur bertilam si air mata Dari Jawa ke Bengkahulu Membeli keris di Inderagiri Kawan ketawa ramai selalu Kawan menangis seorang diri Kusangka nanas di tengah padang Rupanya pandan yang berduri Kusangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengah hari Akar nibung meresap-resap Akar mati dalam perahu Terbakar kampung nampak berasap Terbakar hati siapa yang tahu Orang Aceh sedang sembahyang Hari Jumaat tengah hari Pergilah kasih pergilah sayang Pandai-pandailah menjaga diri Seri Mersing lagulah lama Lagu dikarang biduan dahulu Hatiku runsing gundah gulana Dimana tempat hendak mengadu? Sri Mersing lagulah melayu Dikaranglah oleh biduan dahulu Hatiku runsing bertambah pilu Mengenangkan nasib yatim piatu Apa diharap kepada tudung Tudung saji terendak Bentan Apa diharap kepada untung Untung nasib permintaan badan Penatlah saya menanam padi Nenas juga ditanam orang Penatlah saya menanam budi Emas juga dipandang orang Sirih kuning di batang pauh Sayang beluluk beruang-ruang Putih kuning carilah jodoh Saya buruk biar terbuang Padi jangan dicampur antah Melukut tinggal sekam melayang Hatiku jangan diberi patah Meskipun saya dagang terbuang Kayu cendana di atas batu Sudah diikat dibawa pulang Adat di dunia memang begitu Benda buruk tidak dipandang Payang retak tali bersimpul Kendi lokan airnya tumpah Hidup tidak kerana kaul Mati bukan kerana sumpah Anak ayam turun satu Mati seekor habis hilang Tiada untung modal tak tentu Perahu tersadai di atas galang Pukul gendang tiup nafiri Anak Keling mandi minyak Saya umpama rumput di bumi Rendah sekali pada yang banyak Orang Jawa pulang ke Jawa Membawa pulang tiang bersambung Badan terletak putuslah nyawa Nyawa tidak dapat dihubung Sarawak sungainya sempit Buah nenas lambung-lambungan Hendak kubawa perahunya sempit Tinggal emas tinggal junjungan Pecah belah batu di gunung Seri dewa berjalan malam Ya Allah, tidak tertanggung rasa tidak dikandung alam Tidak salah bunga lembayung Salahnya pandan menderita Tidak salah ibu mengandung Salahnya badan buruk pinta Kalau begini tarah papan Ke barat juga kan condongnya Kalau begini untung badan Melarat juga kesudahannya Hujan turun badan pun basah Patah galah haluan perahu Niat dihati tak mahu berpisah Kehendak Allah siapa yang tahu? Nyiur muda luruh setandan Diambil sebiji lalu dibelah Sudah nasib permintaan badan Kita dibawah kehendak Allah Tuan puteri tersadung batu Ambil ubat di atas para Alangkah sedih cinta tak restu Jiwa merana hati sengsara sumber; http://penyair.wordpress.com/2007/03/30/pantun-kekecewaan/
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 06-12-08 21:16
wah..wah.. umar khalil.. hang dok explore cari pantun kiciwa ye.. (issh.. tak ada kijo ke kat opis..ehehe.. ) nak pantunn apa ek? tak ada moood lagi ni.. kini tiba cuti sekolah ramai pula yang nak kenduri aduhai mana satu nak kuredah menyusun strategi untuk pergi.. ehehe.. naik ktm hingga ke bangi ada rezeki ss sampai lah nanti
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 07-12-08 02:27
Abdullah, Pucuk kaduk daun sireh Tumbuh menghijau di bawah titi bukan serik bertimang kasih kasih yang ku cari menyubur iman di hati umar_khalil, Jalan-jalan di kebun kekwa Tak sedar dah mogrib rupanaya saat sedih kerana kecewa normal lah tu namanya kenapa tetiber sebut MA ni? umar ni ada-ada saja.... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 11-12-08 13:03
janganlah sedih jangan berduka MA kat hospital kan ada ni kan pantun 2 kerat....tak apa saya try tambah jadi 4 kerat makan mangga dcicah buka Kenapa dok termenung dihujung beranda janganlah sedih jangan berduka MA kat hospital kan ada hehehheehhee........jangan marah...
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 11-12-08 13:33
Bijak pendita bermain kata Di sana sini nama bersemadi Cinta manusia ciptaan kita Cintakan Allah kekal abadi Harum semerbak bunga kemboja Ditanam orang atas pusara Harap transmissionline tak mengikut rasa Bimbang diri yang akan sengsara Kutanam-tanam padi seladang Malang nasibku lalang yang jadi Andai ada masa yang terluang Salam hormat berjumpa lagi Berita Puteri jadi sebutan Bagai kan kuntum kembang menyinar Andai benar ku buat telahan Padamu transmissionline banyakkan sabar
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 05-01-09 16:27
Pada 11-12-08 13:33 , Jue_Effendy posting:!!! QUOTE !!! Bijak pendita bermain kata Di sana sini nama bersemadi Cinta manusia ciptaan kita Cintakan Allah kekal abadi
Harum semerbak bunga kemboja Ditanam orang atas pusara Harap transmissionline tak mengikut rasa Bimbang diri yang akan sengsara
Kutanam-tanam padi seladang Malang nasibku lalang yang jadi Andai ada masa yang terluang Salam hormat berjumpa lagi
Berita Puteri jadi sebutan Bagai kan kuntum kembang menyinar Andai benar ku buat telahan Padamu transmissionline banyakkan sabar wah..terernya jue berpantun....respect lah.. ----------------- http://www.dapatwang.com/?id=laila82
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 07-01-09 14:52
, Awan, Bunga cempaka disunting dara, Warna merah berseri-seri; Sepurnama tiada berita, Sudahkah ketemu kasih di hati?
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 08-01-09 00:57
Abdullah, Pergi ke pekan membeli peta Buat menuju arah ke songkla Bukan diam tanpa berita Ku biarkan waktu menentukan segala........hihi.....
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 09-01-09 11:49
Keningau seri kepingin orang, patih berlabuh hilaian hati; kenangkan hari kelak mendatang, patah tumbuh hilang berganti.
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 09-01-09 12:05
!!! QUOTE !!! wah..terernya jue berpantun....respect lah.. alahai kak sue, lama juga tu nak perah otak baru keluar ilham....hehehe..... alifmimyanun, kasihan kijang terkena panah kerana panah kijang dah mati kalau sungguh ia dah patah belum terfikir nak cari ganti
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 10-01-09 22:48
kasihan kijang terkena panah, kerana panah kijang dah mati, usah diturut hati yang patah, patah tumbuh hilang berganti.
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 10-01-09 23:39
Pulang petang berjalan kaki, Singgah membeli si buah manggis, Andai transmissionline susah hati, Jangan dibiarkan nanti menangis... Setahun sudah patah hati, Menyemai kasih pada yang tak sudi, Andai hati belum terpujuk lagi, Dekatkan lah diri pada Ilahi...
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 11-01-09 03:27
Pada 09-01-09 12:05 , Jue_Effendy posting:!!! QUOTE !!! alifmimyanun,
kasihan kijang terkena panah kerana panah kijang dah mati kalau sungguh ia dah patah belum terfikir nak cari ganti
hih hi cuma boleh dielokkan lagi tu. kerbau jat uh dipangkal getah datang fakir tolong ubati walau sungg uh sudah patah belum terfikir nak cari ganti ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 29-01-09 08:48
kaki kerbau perlu di ubati, supaya mudah untuk bekerja, macam mana fakir nak ganti, kalau malas nak berusaha..
|
akhdanie
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.07.2008 Ahli No: 34099
Posting: 28
|
Posting pada: 29-01-09 09:58
pergi ke kedai beli sejadah, sejadah dibeli untuk cik siti, usaha sudah doa pun sudah tapi kasih tetap tak jadi... huhu
|
MencariSinar
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam
|
Posting pada: 04-02-09 09:13
salam alah sedih nya... indah mawar bau nya harum cantik pemandang bila di jadikan dekor bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor eh macam tak kena saja tapi ok lah itu eh.. hehehhe salam ----------------- Islam itu Indah
|