Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 5 hari yang lalu
Daeng_Jati: 12 hari yang lalu
skater: 14 hari yang lalu
HIKAL: 33 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Satu kisah cinta biasa


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Satu kisah cinta biasa

Please Mendaftar To Post


Oleh Satu kisah cinta biasa

khazinatul_asrar47
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16936
Posting: 308
Dari: .::diMana ada keBerkatanNYA,disitu ana::.

Selangor  


posticon Posting pada: 27-08-05 18:10


Assalamualaikum wbt...

****************************************************************

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan
saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang
menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis
seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah
dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya
jauh berbeza dari yang saya harapkan. rasa sensitifnya kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam
perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta
yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya
inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan
komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,
padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya
merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti,
Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum
bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika
Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang
akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya
esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar
kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi
izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu
menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program
didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk
memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar
dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi,
Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang
lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang
setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit
dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan
menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita
tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri
pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan
warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi
kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti.Untuk itu sayang, jika semua yang telah
diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang
tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang
dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal
di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk
untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan
menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu
saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan
pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan
roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih
dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu
telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia
tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan,
maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah
kita bayangkan sebelum ini...


-----------------



    


  Member Information For khazinatul_asrar47Profil   Hantar PM kepada khazinatul_asrar47   Pergi ke khazinatul_asrar47's Website   Quote dan BalasQuote

Aneeqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.10.2004
Ahli No: 11976
Posting: 151
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 10:56


ishk..ishk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AneeqahProfil   Hantar PM kepada Aneeqah   Pergi ke Aneeqah's Website   Quote dan BalasQuote

cinta_madinah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15937
Posting: 172
Dari: ardhuLLAH

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-08-05 11:33


...mengharagai dan menlai cinta insan..mana mugkin akan ditemukan denagn kesempurnaan yang hakiki...

hargai setiap yang ada kerana mungkin itu adalah yang terakhir buat kita...

...........:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_madinahProfil   Hantar PM kepada cinta_madinah   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 12:34


> cinta yang hakiki...
> hya kepadaNya yang Maha Esa...
> .........

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

yan4485
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 30-08-05 14:00


harap sangat dapat suami sebegini...
tapi cinta padaNYA yang utama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yan4485Profil   Hantar PM kepada yan4485   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 30-08-05 14:24


taat lah pada suami andai sudah bergelar isteri...

ada hikmah itu.... petunjuk terbesar yang Allah nak bagi lihat pada manusia yang suka buat fitnah so, Allah tunjukkan erti curang yang sebenar. Ambillah iktibar dari setiap kejadian di muka bumi ini. Alhamdulillah Cek siti Allah berikan petunjuk yang jelas/terang kepadamu... Kasih Allah tiada bertepi... Hargai lah insan yang menghargai anda!!!

wassalam... ;)

Sabarul minal iman
[ Telah diedit oleh: farhanna pada 30-08-05 14:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 30-08-05 14:52


Biasa lah .. perempuan kan makhluk perasaan .. hanya tau nak dicintai dan dihargai saja tanpa memikirkan pengorbanan suami yang lebih dari cinta ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 13007
Posting: 88
Dari: cheras

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 10:29


terharunya kisah ni...
hargailah kasih sayang....tiada kata yang dapat menjelaskan kasih sayang yang melimpah ruah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

nuraqmar
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17977
Posting: 24
Dari: uia gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 11:10


.............salam'laiki...kekuatan suami terletak pada kekuatan isteri juga...
                alam rumahtangga,alam yang penuh keberkatanNYA


-----------------
Membangun Bersama Islam
[ Telah diedit oleh: nuraqmar pada 01-09-05 11:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraqmarProfil   Hantar PM kepada nuraqmar   Quote dan BalasQuote

jamilah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4031
Posting: 33
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 01-09-05 11:30


assalamualaikum...
sedihnya baca cerita ini...
hargailah kasih sayang dan hargai apa yang kita ada....
hanya Allah saja yang tahu setiap kabaikan dan kelebihan sesuatu...
wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jamilahProfil   Hantar PM kepada jamilah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 12:00


perempuan-2 seperti inilah yang cenderung untuk berlaku curang pada suami .. Nau'zubillahi min zalik ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

durah
Warga Rasmi
Menyertai: 21.02.2004
Ahli No: 7438
Posting: 5
Dari: budak kampung

burma   avatar


posticon Posting pada: 01-09-05 14:08


salaammm.. terharu ana membacanya.. anyway, para pembaca kita kena hargai antara satu sama lain.. wsalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For durahProfil   Hantar PM kepada durah   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 02-09-05 09:29


assalamualaikum
terima segala kekurangan dan kelebihan pasangan..
berikan kepaercayaan yang tidak bernoktah padanya dalam waspada
syurga isteri di telapak kaki suami..
isteri diciptakan untuk melengkapi suami dan suami tercipta untuk melengkapkan kekurangan isteri..

ana: bahagia bila ada yang menghargai..dan menyayangi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-05 10:09


assalamualaikum

tersentuh hati bila baca cerita tu..
beroleh cinta murni suami..kejarlah cinta sejati Illahi

wassalam


-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-05 11:24


waa...terharunya ana membaca kisah ni
seorang mukmin yang baik diciptakan untuk mukminah yang baik

Bookmark and Share

    


  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 02-09-05 16:24


Pada 01-09-05 11:30 , jamilah posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...
sedihnya baca cerita ini...
hargailah kasih sayang dan hargai apa yang kita ada....
hanya Allah saja yang tahu setiap kabaikan dan kelebihan sesuatu...
wassalam...



Assalamualaikum....
tabahlah dalam hidup kita...
syukurlah dengan apa yang kita ada...
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 16:31


touching habis....
barulah perempuan tau, apa yang lelaki buat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

mastermind03
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17770
Posting: 58
Dari: Di bawah lembayung RAHMAT ILAHI

Selangor  


posticon Posting pada: 07-09-05 16:42


bukan senang nak dapat CINTA yang suci....
memang bertuah kalau dapat suami yang begitu...
cintanya tak terzahir...tapi sentiasa tersemat dihati...
paling utama dalam hidup kita...CINTA YANG HAKIKI...
hanya pada ILAHI...
buat insan2 lelaki, cintailah wanita sepenuh hatimu...ikhlaslah mencintai kerana NYA...
buat insan2 wanita, terimalah dirinya seadanya...jangan diragui cintanya kerana ia mungkin akan membinasakan hubunganmu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mastermind03Profil   Hantar PM kepada mastermind03   Quote dan BalasQuote

adikbongsu
Warga Rasmi
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17866
Posting: 8
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 12:29


terharunya..adik berdoa supaya mendapat suami yang mencintai adik seperti suami siti mencintai siti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adikbongsuProfil   Hantar PM kepada adikbongsu   Quote dan BalasQuote

zatie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 17:05


Pada 30-08-05 14:52 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Biasa lah .. perempuan kan makhluk perasaan .. hanya tau nak dicintai dan dihargai saja tanpa memikirkan pengorbanan suami yang lebih dari cinta ...

'
tak semuanye begitu..............


-----------------
bantulah aku mencari sinar yang lebih terang


Bookmark and Share

    


  Member Information For zatieProfil   Hantar PM kepada zatie   Quote dan BalasQuote

af_zubaiti
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2005
Ahli No: 18828
Posting: 107
Dari: Gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 08:35


Belajar untuk menilai atau mencari kesilapan diri sendiri seblm kita menilai dan mencari silap orang lain...cinta yang hakiki, hanya padaNYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For af_zubaitiProfil   Hantar PM kepada af_zubaiti   Quote dan BalasQuote

sakura_shinguji
Warga Rasmi
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13569
Posting: 16
Dari: BuMi ALLAH

japan  


posticon Posting pada: 12-09-05 08:49


aduh......sedih banget...tersentuh sungguh hatiku....tak tahan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_shingujiProfil   Hantar PM kepada sakura_shinguji   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-09-05 09:27


cinta itu terltak pada iman,
sayang itu terletak pada hati,
kasih itu terlerak pda taqwa.

prempuan yang baik adalh perempuan yang menerima suami sebagai jambatannya ke syurga.

dunia ini penuh dengan perhiasan
dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

musafirsepi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17831
Posting: 110
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 09:44


Assalamualaikum..

ana rasa ana pernah baca cerita ni..tapi,Allahu 'a'lam,confius,bila ana baca.tapi,memang sedih juga...dalam hidup ni,banyak suka duka,yang paling penting,bila dah berumahtangga,hadaf utama adalah mendapat redha Allah dan saling melengkapi..wanita yang baik untuk lelaki yang baik...

salam perjuangan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafirsepiProfil   Hantar PM kepada musafirsepi   Quote dan BalasQuote

anis_najihah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16459
Posting: 439
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-09-05 09:59


sabda RASULULLAH S.A.W....
'TIDAK MASUK SYURGA SESEORANG ITU MELAINKAN SALING SAYANG MENYAYANGI ANTARA SESAMA INSAN'

:-)


-----------------
'love for all_hatred for none'
..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR..


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_najihahProfil   Hantar PM kepada anis_najihah   Quote dan BalasQuote

sea-tea
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-05 14:33


assalamualaikum...
toiyibat untuk toiyibun dan toiyibun untuk toiyibat...
kalau ana dapat suami yang sanggup menjadi kaki,tangan dan mata untuk ana, alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sea-teaProfil   Hantar PM kepada sea-tea   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 16-09-05 21:17


tak sangka saya menitiskan air mata sewaktu baca posting ni..bahagia nya seorang wanita bila dikurniakan seorang suami sebegitu rupa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-09-05 00:46


jika ada lelaki begitu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

huda_wafana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17784
Posting: 144
Dari: port dickson

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-05 01:40


terharu nya.....ishk...ishk

Bookmark and Share

    


  Member Information For huda_wafanaProfil   Hantar PM kepada huda_wafana   Quote dan BalasQuote

in_saff
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18774
Posting: 35
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-09-05 13:20


......sikap yang ditunjukkan oleh si suami harus dipuji dan dicontohi. bayangkan kita berada di situasinya, apa yang akan lakukan? mungkin makan penumbuk isteri kita tadi. apa yang penting, kendurkan ego dan berfikir dengan cara yang penuh berhkmah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For in_saffProfil   Hantar PM kepada in_saff   Quote dan BalasQuote

afizam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14810
Posting: 82
Dari: negeri indera kayangan

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-05 23:18


mamapukah ana untuk jadi sebegitu...????

Bookmark and Share

    


  Member Information For afizamProfil   Hantar PM kepada afizam   Quote dan BalasQuote

ieymannz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2005
Ahli No: 19131
Posting: 47
Dari: ::sKuDai...joHor::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-09-05 03:44


assalamuaikum...
terharunya bc kisah ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ieymannzProfil   Hantar PM kepada ieymannz   Quote dan BalasQuote

ieymannz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2005
Ahli No: 19131
Posting: 47
Dari: ::sKuDai...joHor::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-09-05 03:48


mampukah saya menemui cinta sebegini...apa pun saya masih mencari dan mengharap cinta dari ILAHI
semoga cinta yang diharapkan berlandaskan cinta pada NYA..bukan cinta nafsu semata-mata

Bookmark and Share

    


  Member Information For ieymannzProfil   Hantar PM kepada ieymannz   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-09-05 06:45


emmm ana tak berapa nak paham lah cerita ini...? kisah pengorbanan si suami kepada isteri ke, kisah nak bagi khasiat dan kebaikan susu, :):) haiii dilema2....

ps: emm atau saja buat2 tak paham ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-09-05 10:33


:-( :-( sedih nyeer cerita niii....terharu pun adee..

seorang suami yang baik ;-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 11-04-07 20:28


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129384 saat. Lajunya....