Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 8 hari yang lalu
al-biruni03: 37 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Jenazah tak reput.. subhanallah...!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Jenazah tak reput.. subhanallah...!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Jenazah tak reput.. subhanallah...!!!

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-08-05 22:03


!!! QUOTE !!!


Edisi Selatan: Jenazah tak reput

KOTA TINGGI: “Inilah pengalaman pertama saya sebagai penggali kubur selama lebih 30 tahun menyaksikan jenazah dalam bentuk hampir sempurna ditemui semasa kerja menggali semula,” kata Mohamad Sharif, 56, yang terbabit dalam kerja menggali semula 43 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, di sini.

Mohamad atau dikenali sebagai Hussein di kalangan penduduk tempatan berkata, beliau membantu kerja memindahkan kubur bersebelahan Masjid Sultanah Rogayah itu untuk membolehkan kerja membina masjid baru dijalankan.

Katanya, kerja menggali semula 43 kubur yang terbabit untuk dipindahkan bermula pada petang selepas solat Jumaat lalu.

“Kerja menggali semula dan memindahkan kubur lama itu diketuai Iman Masjid Kampung Makam, Tarpani Sulaiman dibantu sembilan petugas lain.

“Pada petang selepas solat Jumaat sejumlah tiga kubur berjaya digali dan dipindahkan, manakala sebelah malamnya lima lagi kubur dialihkan,” katanya.

Menurut Hussein, deretan pertama kubur yang digali adalah mereka yang meninggal dunia antara 1979 hingga 1988 dengan disaksikan waris masing-masing, penduduk tempatan dan wakil Technocrat Resources Sdn Bhd, kontraktor yang diberi amanah membina masjid baru yang bernilai RM2 juta.

“Kerja menggali dengan bantuan sebuah jengkaut dan menggunakan cangkul itu berjalan lancar bermula selepas solat Jumaat.

“Jenazah mereka yang meninggal dunia lebih 17 hingga 26 tahun itu kebanyakan hanya tinggal sedikit tulang termasuk cebisan tengkorak, tulang punggung dan tulang lengan kerana keseluruhannya sudah dimamah tanah.

“Cebisan tulang disusun bersama tanah dimasukkan semula dalam kain kafan sebelum dikebumikan di liang kubur baru yang digali tidak jauh dari situ,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun pada kubur kelapan yang digali kira-kira jam 11 malam pada Jumaat lalu, semua yang hadir tidak kurang 30 orang menarik nafas panjang apabila mendapati jenazahnya dalam keadaan hampir sempurna dengan masih bersalut kain kafan.

“Walaupun kain kafan itu hampir reput tetapi bentuk jenazahnya hampir sempurna termasuk ikatan di hujung dan pangkalnya.

“Kami terpaksa menggali lebih luas kawasan tebing kubur bagi membolehkan dimasukkan kain kapan baru dari bawah jenazah itu untuk mengkapannya semula sebelum mengusungnya ke atas untuk dikebumikan di liang baru,” katanya ketika ditemui pagi semalam.

Menurut Hussein, jenazah itu adalah Imam Kedua Masjid Sultanah Rogayah, iaitu Haji Yusuf Kampong yang pulang ke Rahmatullah pada 4 April 1979 ketika berusia 99 tahun.

Sejumlah 43 buah kubur lama berusia antara 15 hingga 80 tahun diarahkan dipindahkan ke bahagian utara tanah perkuburan kampung itu yang bersebelahan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Sehingga petang semalam sejumlah 28 kubur sudah dipindahkan.


Alangkah bahagianya orang2 soleh dan solehah ni...


-----------------

Koleksi Busana
[ Telah diedit oleh: Amrizal pada 15-08-05 22:07 ]



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ifti_hanan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-08-05 22:13


kekuasaan yang maha ESA... untuk menginsafkan kita yang masih hidup ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ifti_hananProfil   Hantar PM kepada ifti_hanan   Quote dan BalasQuote

Juhaida
Warga Rasmi
Menyertai: 19.07.2005
Ahli No: 17376
Posting: 16
Dari: sarawak

Kedah  


posticon Posting pada: 15-08-05 22:47


SUBHANALLAH.....Maha Suci Allah Tuhan yang Maha Agung..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuhaidaProfil   Hantar PM kepada Juhaida   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 16-08-05 22:43


Subhanallah..KeEsaan Allah mengatasi segalanya..


;;;;;;;;;;;;;;;;;;

ana: layakkah aku menghadapMu YA Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-05 22:53


gambar tak ada ke?

ps: kasi gambar baru lah percaya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

uwaisalqarni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2005
Ahli No: 15513
Posting: 147
Dari: Ardhul Kinanah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-08-05 23:48


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum

Sesungguhnya Allah tiada susah membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu pula banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik..al-Baqarah-26

!!! QUOTE !!!

»» Posting pada: 16-08-05 22:53


gambar tak ada ke?

ps: kasi gambar baru lah percaya.


Adakah kita menjadi seperti kaum musyrik, mempercayai apabila dapat dilihat dengan mata kita??..jika tidak dapat dilihat, kita tidak percaya..

berapa banyak contoh sejarah yang boleh diambil...siksa kubur itu benar, neraka itu benar, syurga itu benar, pengadilan ALLAH di padang mahsyar itu benar, TAPI semua itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar?..adakah itu bermakna kita tidak perlu mempercayainya...!!!!

sahabat2!!
ada perkara yang kita wajib percaya tanpa melihat, dan ana rasa sahabat tentu arif tentang perkara2 ghaib ini, berkenaan dengan mayat tidak reput tu, dah selalu kita dengar, apakah kita masih meragui Maqam orang2 yang dekat kepada Allah...Allah tunjukkan kita KEKUASAANNYA supaya kita ini berfikir dan mengambil pengajaran dari kisah yang berlaku..
tentu sahabat2 ada terbaca kisah Saidina Hamzah yang juga apabila kubur ahli Badar hendak dipindahkan, dan jasadnya masih berkeadaan elok dan bersih, darah seakan masih mengalir..mereka meninggalkan kita hampir 1400 tahun dahulu..sahabat Rasulullah, Abu Ayyub al-Ansari r.a yang dikebumikan di konstantinopel (Istanbul), mayatnya masih elok, dan bergerak apabila mahu dikucup oleh Panglima merangkap Sultan ketika itu, Sultan Muhammad al-Fateh...perlukah gambar ditunjukkan baru kepercayaan itu wujud..!!

"Dan kepunyaan Allahlah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan"..Huud


-----------------
PeRjuAnGaN iTu GeRuN dAn MeNgEriKaN
HeBaT dAn DaHsYaT mEnGgErUnKaN hAtI
BaGi MuKmIn Di SiNi HaRgA dAn NilaInYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For uwaisalqarniProfil   Hantar PM kepada uwaisalqarni   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-05 01:36


ekeke.. :-)
wahai saudaraku uwaisalqarni. tak perlulah nak dihuraikan panjang2. cerita sebegini memang ada berlaku. jangan disamakan orang musyrik dengan orang fasik. jangan disamakan orang fasik dengan munafik. walaupun balasannya neraka, namun peringkatnya berbeza.

harap anta faham apa yang ana maksudkan disini.

ps: kalau tak paham..buat2 paham sajalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-08-05 03:05


ya Allah... cerita ni ana ambil dari berita hari ni.... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 11-04-07 20:18


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 11-04-07 20:46


Pada 16-08-05 22:43 , sufti_ilham posting:

!!! QUOTE !!!

Subhanallah..KeEsaan Allah mengatasi segalanya..


;;;;;;;;;;;;;;;;;;

ana: layakkah aku menghadapMu YA Allah..



:) pernah juga tengok masa uruskan jenazah akhawat Singapore kat sini..

betapa manusia sering lupa dengan kekuasaan Illahi apabila terlalu gembira dan alpa dengan keindahan duniawi..

tepuk dada, tanyalah iman.. apakah sama selera hati diantara hidangan di dunia dengan makanan di akhirat nanti?


-----------------
"..::peliharalah mata, kata dan hati kerana semuanya kan ditanya::.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104602 saat. Lajunya....