Oleh |
apa tujuan anda belajar sampai ke menara gading ni......IPTA/IPTA dan so on...? |
shitiey
Warga Rasmi Menyertai: 03.08.2005 Ahli No: 17804
Posting: 4
Dari: pahang
|
Posting pada: 11-08-05 20:05
saya just nak tahu saja.. blhk'?.so......gv your opinion ok.... ----------------- smile always
|
yuiummi
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.05.2005 Ahli No: 16610
Posting: 58
Dari: Jay Bee
|
Posting pada: 11-08-05 20:11
saje2 suke2 main2 hobi....... :|o|: emmm tentula..untuk masa depan untuk mendapatkan kerjaya yang profesional dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup dan yang seumpamanya...boleh begitu..jawapan standard lah...kan
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 11-08-05 20:12
menuntut ilmu dunia... tapi tak bermaksud tinggalkan akhirat... kalau tak ada ilmu dunia.. takkan nak biar musyrikin yang kuasai dunia ni... kitakan khalifah... so bertanggungjawablah... wallahua'lam...
|
islamic_princess
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI
|
Posting pada: 13-08-05 23:56
assalamualaikum.. tujuan ke?kalau tujuan mira...mira nak tuntut ilmu di dunia untuk bekalan di dunia dan akhirat...insya-Allah wassalam ----------------- HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..
|
Ghufranallah
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.06.2005 Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir
|
Posting pada: 14-08-05 00:22
assalamualaikum wbt.. ana belajar semata2 nak balas jasa mak ayah. dan juga nak dapat keredhaan Allah swt..ilmu untuk kehidupan dunia dan bekalan untuk akhirat yang kekal abadi.. wallahu'alam
|
itsme
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 14-08-05 00:27
belajar tu jihad. semakin tinggi kita belajar semakin banyak ilmu yang kita dapat.kalau tanya tujuan, semua orang ada tujuan tersendiri. ada kawan saya yang datang ke ipta smata2 nak sebarkan agama ALLAH, di samping melengkapkan diri dengan ilmu dunia. bersyukurlah kerana masih ada pejuang2 agama yang ingin menegakkan kembali keunggulan agama kita ini. tapi ada juga yang datang ke ipta/ipts kerana nak cari pakwe,makwe,nak enjoy,nak jadi manusia berguna dan macam2 lagi. tapi satu saja kena ingat, hidup di ipta/ipts ni banyak dugaannya.dahla jauh dari keluarga, plaktu macam2 jenis kawan yang akan kita jumpa. ada yang baik dan ada yang sebaliknya. yang penting, ingatlah tujuan utama kita,untuk berjaya dunia dan akhirat, insyaALLAH semua godaan dapat ditepis.
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 14-08-05 00:27
assalamualaikum.. Em ada juga topik ini..best jugak topik ini...betul juga sure kita belajar tinggi2 ada makna kan..takkan saje2 nak buang masa bertahun2 kat cnie..contoh macam saya kawan2 dah kerja dah kawin tapi saya juga xabis2 belajar lagi..tapi teringat pesanan imam syafie.."orang yang menuntut ilmu perlu korbankan masa tuk ilmunya"so tahan saja lah..em tujuan utama saya pada masa ini untuk mecari ilmu saja..meneroka sikit ilmu dunia daripada Pencipta kita yang menguasai seluruh ilmu di dunia ini...lgpon menjadi orang yang berilmu membuatkan diri kita berasa dekat pada Allah dan macam saya yang terase kos saya susah terpikir mcmana Allah boleh buat sesuatu benda yang terlalu complicated sedangkan saya pula nak fikir benda itu selama berhari2...pun still rasa susah lagi..so kehebatan dan kekuasaan Allah memang tiada bandingannya... Pasal pekerjaan saya xkesah sangat...belajar tinggi2 tuk dapat kerja???ahahaha...orang ada kelayakan SPM sahaja pun boleh pakai BMW dengan bukak worksyop cuci kereta..member saya ada master pun idup sederhana sahaja...so rezeki Allah macam2 lah...yang penting niat kena betol...kalau niat xbetol ada title professor pun xguna..betul tak?? wallahualam ----------------- Yang Mencari Keredhaan ALLAH
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 16-08-05 10:22
Tujuan Belajar ek ini bagi saya 1.Menyelami ilmu...ilmu dalam course kita, ilmu ngurat,ilmu kewangan di samping ilmu nakal 2.Mencari pengalaman baru di dalam kehidupan baru.. 3.Dapatkan Degree,hadiah pertama untuk ibu bapa yang dah berabis beribu untuk kita 4.Jadi manusia berguna..bukan menganggur dan masih tak tau nak buat apa 5.Mengisi kekosongan otak dengan pengetahuan yang unggul .. Tak tahulah kalau orang lain..maybe Dapat degree,apply cikgu..noktah....
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 16-08-05 12:20
Ana nak belajar lagi lepas tu, sampai ke liang lahad...
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 16-08-05 17:40
assalamulaikum... Tujuan belajar nak tambah ilmu,jadi orang berilmu.Sebenarnya makin banyak belajar makin banyak benda tak tahu.kalau tengok professor atau pun doktor dekat Universiti ini,semua benda dia tahu.Seronok bila mereka cerita. Mereka tahu banyak benda yang kadang-kadang tak related dengan ilmu yang mereka belajar.Kagum sangat..........
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 16-08-05 18:08
gained knowlwdges... laksanakan harapan peren...sanggup bergolok berrgadai untuk masa depan kita... ps: amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat... ceah..hehehe...
|
nurazyyati_83
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.07.2005 Ahli No: 17466
Posting: 125
Dari: dunia yang fana
|
Posting pada: 16-08-05 19:46
dengan satu tujuan.............MARDHOTILLAH,INSYAALLAH.... kalau dapat tambah ilmu @ pekerjaan yang baik tu, itu hny lah bonus yang ALLAH bagi
|
ashraf
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.12.2003 Ahli No: 5427
Posting: 89
Dari: selangor
|
Posting pada: 16-08-05 21:00
hanya 1 tujuan saja saya belajar...dengan ilmu, saya boleh dapat segalanya... kemewahan&kebahagian,,,rasanya tak ada shortcut untuk mengecapi semua tu melainkan dengan adenye ilmu [ Telah diedit oleh: ashraf pada 16-08-05 21:00 ]
|
mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.10.2003 Ahli No: 4592
Posting: 119
Dari: k.lumpur
|
Posting pada: 16-08-05 22:06
belajar untuk kesenangan di dunia dan akhirat...kalau tak belajar nak buat apa lagi?
|
Franz
Warga 1 Bintang Menyertai: 31.01.2005 Ahli No: 14009
Posting: 26
Dari: rumah Sewa @ Kolej 13..uhuks
|
Posting pada: 19-08-05 01:27
Saya sokong jika matlamat kat ni semata-mata nak mencapai MARDHATILLAH... wlpun kat nak mencapai kerjaya yang terbaik sekalipun..Jika kat yakin dengan ketentuan Allah dan bersedia untuk menghadapi mehnahNya, Insyaallah.. kalau kat berjaya kita mendapat balasan untuk matlamat kat dan ganjaran dari Allah.. kalau gagal.. kat kena sabar kerna setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya..dan cari kelemahan.. semoga kat jadi insan yang mendapat berkat dan redha Ilahi... Cuba kat muhasabah diri kat..Adakah Allah redha dengan setiap perbuatan kat yang telah dilakukn dan bakal dilakukan...? renungkan...
|
puteriayahanda
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.03.2005 Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 19-08-05 02:39
Pada 14-08-05 00:27 , itsme posting:!!! QUOTE !!! belajar tu jihad. semakin tinggi kita belajar semakin banyak ilmu yang kita dapat.kalau tanya tujuan, semua orang ada tujuan tersendiri. ada kawan saya yang datang ke ipta smata2 nak sebarkan agama ALLAH, di samping melengkapkan diri dengan ilmu dunia. bersyukurlah kerana masih ada pejuang2 agama yang ingin menegakkan kembali keunggulan agama kita iniyang penting, ingatlah tujuan utama kita,untuk berjaya dunia dan akhirat, insyaALLAH semua godaan dapat ditepis. setuju sangat-sangat....
|
sitishuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.10.2004 Ahli No: 11861
Posting: 132
Dari: terengganu
|
Posting pada: 19-08-05 13:36
betul tu,saya pun setuju matlamat keranaMu Ya Allah..bukan keranamu malaysia.. yang ptg ilmu yang kita dapat dapat dekatkan diri kita dengan Allah dan dapat mmbentuk diri menjadi manusia yang berguna dan bermanfaat untuk orang lain.. semua ilmu yang terdapat dalam dunia ni milik Allah..jika Allah tak ilhamkan sesuatu perihal ilmu tersebut kepada seseorang,tak mgkn wujud ilmu2 yang ada sekarang. jadi hormati segala ilmu..wallahu'alam
|
success
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.08.2005 Ahli No: 17768
Posting: 50
Dari: bumi penyu
|
Posting pada: 19-08-05 13:42
saya pun setuju..tapi,manusia sekarang ramai masuk u..tapi,still tak ada kesedaran..mereka hanya nak lulus exm saja..yang tak ber'tamadun' pun ada..nme saja student u tapi..sanggup mencuri,berzina,berkhalwat...apa nak jadi??bagaimana nak dapat berkat?? [ Telah diedit oleh: success pada 19-08-05 13:42 ]
|
shouqi
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.05.2005 Ahli No: 16243
Posting: 32
Dari: bumiAllah
|
Posting pada: 19-08-05 14:37
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Pengasih ehem..ehemmm..nak jugak lah menjawab=) kalau ana,niat belajar... yelah untuk cari ilmu..tapi ilmu untuk apa? 'kalau kami inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,kalau kamu inginkan akhirat juga dengan ilmu,jika kamu ingin kedua2nye..juga dengan ilmu" -(lebih kurang maksudnye)...ni hadith ke?ana tak ingat dah Apapon niat kita,iklaskan kerana Allah..Niatkan untuk tunaikan tggjawab kita sebagai muslim...tggjawab menuntut ilmu.. Sapa nak usaha dia menuntut ilmu jadi ibadah,sila berdiri!! =) Bestkan kalau setiap benda kita buat..kita jalan,naik turun bus pergi kelas..berhujan,berpanas,pening2 dok memaham dan mengingat satu perkara..semua tu Allah kira sebagai ibadah..so kena lah check dan betulkan niat kita selalu Sabda Rasulullah S.A.w "hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap2 seseorang apa yang ia niatkan"- (untuk huraian lengkap,sila rujuk hadith 1,buku Hadith 40,Imam Nawawi) kalau niat tersasar..cepat2 kita betulkan balik..ibarat bawak kereta lah..kalau tersenget ketepi,keluar lane,cepat2lah betulkan stereng itu ye tak?luruskan balik insyaAllah,jika niat kita kerana Allah,semua susah senang kita,penat lelah kita menuntut ilmu akan dikira sebagai ibadah.insyaAllah..bila kita buat kerana Allah,yang susah pun boleh rasa senang..susah cana pun kita gagahkan diri jugak..susah pun terasa nikmat perjuangan itu.. ameen..ni kira jihad lah jugakkan..insyaAllah maaf..banyak pulak berceloteh.. Apa2pun..bila dah ada ilmu itu,fikir2kan.. apa sumbangan ilmu tu pada Islam..pada perjuangan agama Allah?..takkan manfaat untuk diri sendiri saja? ustaz ana pernah kata...apa-apa yang kita buat..kita fikir dulu apa faedah dan manfaat nya pada Islam..Wallahualam peringatan untuk diri sebenarnye ..yang selalu lupa..banyak berkata2 tapi tak buat seperti yang dikata..mmm..moga Allah beri kekuatan dan kesempatan mengubah diri..Ameen p/s Maaf kalau selama berceloteh ini ada salah silap dimana2..bahasa or gaya tak sesuai ke..minta di maafkan ye=) SELAMAT BERJUANG MENUNTUT ILMU PADA SEMUA!!...SEERU 'ALA BARAKATILLAH "Ya Allah,Tiada daya untuk ku melakukan taat tanpa izinMu,dan tiada daya untuk ku menjauhi maksiat tanpa bantuan dariMU"..lemahnye dirii
|
srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2005 Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan
|
Posting pada: 27-09-05 22:35
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 27-09-05 22:45
cari ilmu dan tambah ilmu yang belum cukup...
|
emi
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.10.2003 Ahli No: 4053
Posting: 139
Dari: Alor Setar, Kedah
|
Posting pada: 04-06-06 02:28
Saya harap bidang yang saya ceburi sekarang akan mendekatkan diri saya kepada Maha Pencipta kita iaitu Allah s.w.t. Mudah-mudahan di kabulkan amin....
|
cinta_madinah
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.04.2005 Ahli No: 15937
Posting: 172
Dari: ardhuLLAH
|
Posting pada: 04-06-06 09:29
....belajar untuk mencari keredhaanNya... ..melembutkan hati-hati yang keras... agar tidak payah untuk amat dan hati kita tersentuh bila mana mendengar, menghayati,..kekuasaan dan peringatan dari Nya. air mata yang menitis disebabkan takutkan azab Allah..terhindar dari disentuh api neraka...subhanaallah... dengan ilmu ..kita menharapkan hidayat dari Allah untuk semua ini.... wallahua'alam,..
|
puteriayahanda
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.03.2005 Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 04-06-06 10:33
assalamualaikum... Saya selalu bertanya pada sepupu-sepupu saya yang masih kecil. "Dah besar nanti nak jadi apa?" Macam-macam jawapan yang saya terima. Adakalanya tak masuk akal . Kalau tanya pada sepupu yang tengah tunggu result SPM lepas ni nak pergi mana, semua jawab nak masuk U atau sambung belajar. Biasanya, memang itulah jawapan yang popular. Secara tak langsung mewakili harapan dan impian keluarga.... Saya mula mendapat pendidikan formal sewaktu berusia 5 tahun. Pada waktu tu mak ayah hantar saya ke sekolah tadika. Kalau difikir-fikirkan semula, saya rasa niat saya pada waktu tu datang ke sekolah bukan untuk belajar, tapi lebih kepada untuk berkawan. yelah, masa kanak-kanak.... fikir pun benda yang riang lah.a saja... Start sekolah rendah, baru mula belajar dengan serius. Mak ayah pula jenis yang ambil berat. selalu tanya pasal homework. time tu kalau orang tanya pasal cita-cita, memang tak tau nak jawab apa.. . Belajar pun sebab nak dapat result bagus. Tapi, saya mula fikir pasal cita-cita lepas dapat result cemerlang dalam UPSR. Masuk sekolah menengah, saya mula nampak impian dan harapan mak ayah. Waktu ni, saya mula belajar dengan serius. Tambahan pula sekolah asrama penuh. Bersaing dengan kawan-kawan yang hebat. sewaktu sekolah menengah, saya nampak betapa tinggi harapan mak ayah. Tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pelajaran di IPT. Di sini, saya belajar kerana rasa cinta pada ilmu. Dalam masa yang sama, saya turut bawa harapan dan impian mak ayah. Sampai sekarang, saya rasa seronok setiap kali menghadiri kuliah. Sampai sekarang, saya selalu berdoa pada Allah agar dikurniakan daya ingatan yang baik dan kesihatan yang baik agar dapat terus belajar. InsyaAllah.... ----------------- ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 04-06-06 10:53
hmm..tentu nak capai apa yang kita nak jadi...if diizinkan nak sumbang bakti pada rakyat..ai..banyak perancangan masa depan...tercapai ke????kadang-kadang tak tercapai pun..kuliyah...huhu..hmm...kawan-kwan semua ok..masg-mesej mahu berjya....
|
nimble_one
Warga Rasmi Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15305
Posting: 14
|
Posting pada: 04-06-06 12:11
mak ana kata...belajar bebetol... sebab...mak nak tengok anak2 mak pandai2...cerdik2...bijak2.. sebab..bila besa nanti...boleh hidup senang...boleh pakai kereta besa..boleh beli rumah besar...boleh dapat semunya,., tu mak ana kata time ana darjah 5 la.... and now, dah besar pun..dah lah pkir sendiri.. kita belajar sampai menara gading..salah satu sebabnya..adalah tuntutan islam..sebab..nabi kita tak nak tengok umat dia ketinggalan...macam sekarang,.,orang kafir yang lagi maju kedepan....
|
cahaya_kelembutan
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.04.2005 Ahli No: 15578
Posting: 67
Dari: UKM KKL
|
Posting pada: 23-06-06 14:06
Pada 04-06-06 10:33 , puteriayahanda posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...
Saya selalu bertanya pada sepupu-sepupu saya yang masih kecil. "Dah besar nanti nak jadi apa?" Macam-macam jawapan yang saya terima. Adakalanya tak masuk akal . Kalau tanya pada sepupu yang tengah tunggu result SPM lepas ni nak pergi mana, semua jawab nak masuk U atau sambung belajar. Biasanya, memang itulah jawapan yang popular. Secara tak langsung mewakili harapan dan impian keluarga....
Saya mula mendapat pendidikan formal sewaktu berusia 5 tahun. Pada waktu tu mak ayah hantar saya ke sekolah tadika. Kalau difikir-fikirkan semula, saya rasa niat saya pada waktu tu datang ke sekolah bukan untuk belajar, tapi lebih kepada untuk berkawan. yelah, masa kanak-kanak.... fikir pun benda yang riang lah.a saja...
Start sekolah rendah, baru mula belajar dengan serius. Mak ayah pula jenis yang ambil berat. selalu tanya pasal homework. time tu kalau orang tanya pasal cita-cita, memang tak tau nak jawab apa.. . Belajar pun sebab nak dapat result bagus. Tapi, saya mula fikir pasal cita-cita lepas dapat result cemerlang dalam UPSR.
Masuk sekolah menengah, saya mula nampak impian dan harapan mak ayah. Waktu ni, saya mula belajar dengan serius. Tambahan pula sekolah asrama penuh. Bersaing dengan kawan-kawan yang hebat. sewaktu sekolah menengah, saya nampak betapa tinggi harapan mak ayah.
Tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pelajaran di IPT. Di sini, saya belajar kerana rasa cinta pada ilmu. Dalam masa yang sama, saya turut bawa harapan dan impian mak ayah. Sampai sekarang, saya rasa seronok setiap kali menghadiri kuliah. Sampai sekarang, saya selalu berdoa pada Allah agar dikurniakan daya ingatan yang baik dan kesihatan yang baik agar dapat terus belajar. InsyaAllah....
Lebih kurang la dengan saya tapi saya belum masuk universiti lagi, cuma bakal masuk universiti bulan 7 ni....dulu masa sekolah rendah memang asyik main saja....bila dah sekolah menengah, saya tau saya perlu berusaha mendapat result cemerlang dalam setiap exam....time itu memang dah nampak harapan ayah dan ummi....namun, bila dah masuk ke kolej, baru saya faham erti sebenar menuntut ilmu....bukan sekadar untuk memenuhi harapan ayah dan ummi serta mencapai cita-cita....menuntut ilmu juga boleh dijadikan sebagai jihad....kalau dulu cita-cita saya untuk menjadi doktor pediatrik kerana saya suka kanak-kanak...namun kini saya akan berusaha untuk menjadi doktor pakar sakit puan....kerana itulah yang diharapkan oleh kawan-kawan seagama dengan saya serta saya sendiri supaya lebih ramai pakar sakit puan perempuan....saya berharap agar apa yang saya cita-citakan berjaya dicapai....doa dari ayah dan ummi serta kawan-kawan dan guru-guru amat bernilai bagi saya....terima kasih semua di atas nasihat, tunjuk ajar dan segalanya.... ----------------- Mulakan langkahmu dengan Bismillah, Teruskan usahamu dengan Doa dan Tawakkal, Terimalah pemberianNya dengan Alhamdulillah. [ Telah diedit oleh: cahaya_kelembutan pada 23-06-06 14:07 ]
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 23-06-06 15:24
jadi orang berilmu supaya tak di tindas.....cari kerja yang best.........naikkan taraf hidup keluarga.......dan impian utama saya nak hantar mak ayah ke mekah
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 23-06-06 15:27
untuk bantu agama.diri sendiri,keluarga,negara ,bangsa dan sewaktu dengan nya,,, tinggi cita² tu...insyaAllah...
|
hafiz86
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2006 Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah
|
Posting pada: 23-06-06 17:33
Untuk menjadi insan yang berguna
|
comel21
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22777
Posting: 90
|
Posting pada: 23-06-06 17:44
ya salam.. untuk mencari ilmu menunaikan hasrat agama dan keluarga mencapai cita2
|
nisha
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17502
Posting: 27
Dari: kelantan
|
Posting pada: 23-06-06 18:08
saya, niat sya belajar untuk memartabatkan maruah agama, bangsa dan negara. belajar itu satu ibadah, kawan-kawan semua doakan kejayaan kita semua ya......... ----------------- InDaH HiDuP bErSaMa ILAHI, ReDhAMu KuHaRaPKaN
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 23-06-06 18:28
belajar kerana Allah..keluarga...memartabatkan undang2 Islam..insyAllah, ingin sambung syariah. salam mardhatillah..! ----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..
|