Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 16 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kado solat


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kado solat

Please Mendaftar To Post


Oleh Kado solat

awa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15078
Posting: 136
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 22:25


assalamualaikum....

Saya nak bertanya kepada sapa2 yang arif dalam hal ini. Macam mana kita nak solat kado?
contohnya saya tertinggal solat zohor,asar dan mangrib. Di waktu isyak saya kena solat isyak dulu ke? lepas itu kado solat zohor,asar dan magrib. Saya nak kepastian yang betul,

lepas itu apa yang membolehkan kita kado dan apa hukum kado solat itu sendiri yang membolehkan kita kado

Contoh kita pergi shoping lepas itu tertinggal solat, boleh ke kita kado atau sudah berdosa namanya.kadang-kadang tak ada tempat disediakan tu yang saya tak solat bila keluar pergi shoping dengan kawan2. Balik rumah baru kado? Boleh ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For awaProfil   Hantar PM kepada awa   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 23:54


hemm..awwaln..solat tu ada waktu2nya tertentu..dan cubalah jangan sampai terlepas waktu tersebut..hem mengenai pertanyaan d atas..qada..boleh saja..dan memang wajib qada pun..kalau lewat solat asar atau maghrib..kita nak qada dalam waktu isyak boleh..cuma kena solat isyak dulu..lepas itu asar lepas itu maghrib..itu yang terlebih baik..wasslam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 00:29


Waalaikumussalam...

kepada saudari yang bertanya...

awwalan, solat wajib amat perlu diutamakan dari semua perkara lain, sehinggakan di dalam perang sekalipun Rasulullah saw mengajar kita cara bersolat, amalan pertama dihisah adalah sembahyang, baik sembahyang baiklah amalan2 lain..

Solat boleh dilakukan di dalam waktu (ada') dan di luar waktu (qada'), solat didalam waktu lebik baik dari luar waktu apatah lagi di awal waktu, solat jemaah lebih baik dari solat sendirian...jadi sudah tentu solat perlu dilakukan di dalam waktu melainkan ada sbb2 yang boleh diqada'kan....

merujuk soalan saudari...
Kita perlu solat isyak dahulu kerana isyak adalah tuan waktunya, kemudian diikuti secara tertib solat yang hendak diqodo... sprt zuhur, asar, maghrib dsbgnya....

kedua, sebenarnya jawapan agak panjang tetapi ringkasnya, ...pendapat jumhur mengatakan sebab yang membolehkan qodo ialah jikalau solat itu tidak dilakukan di dalam waktunya maka ia boleh dilakukan qada, sama ada tertidur, terlupa dan sekalipun sengaja..sengaja tinggal solat adalah dosa besar dan ia perlu ditinggalkan..dan sebenarnya hukum adalah bergantung kepda permasalahan yang berlaku,

perlu diingat, jikalau kita dipaksa tidak solat, terlupa solat kerana tertidur (dan bukan selalu) atau tersalah solat asar dalam waktu zohor maka ia tidak berdosa dan kita perlu qada solat2 itu...

adapun jikalau kita sengaja tinggal solat maka ia berdosa dan sudah tentu wajib diqada.

bagi masalah saudari, tiada tempat bersolat ketika keluar bershoping adalah satu tindakan kurang bijak kerana kita tidak merancang masa bersolat dengan elok dan ia agak melekakan. sekalipun tidak ada tempat untuk bersolat Kenapa kita harus terus bershoping dan tidak mencari tempat solat.. sedangkan solat lebih wajib dan perlu diutamakan. Bayangkan kita wajib solat tidak berpakaian jikalau yakin waktu tidak mencukupi untuk membeli pakaian atau mencari pakaian. inikan pula kita sedang bershoping dan bersiar2..., jadi, rancang waktu solat dahulu sebelum ke mana-mana, pastikan di mana mudah solat dan di mana susah hendak solat,....:-) wallahua'lam..


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 00:44


Salam..

bagi contoh yang sis bagi tu.. tinggal solat kerana shopping itu berdosa.. solat jangan dilupakan.. memang shopping complex kadang-kadang tidak menyediakan tempat solat, so, kita kenalah cari tempat lain.. atau cari tempat yang sunyi dari orang serta bersih, dan solat di situ.. igt, walau di mana kita berada, solat jangan ditinggalkan..

Di sini ana sertakan penyelesaian bagi solat subuh ;
1 . Kalau anda tidak sedar pada waktu subuh, lalu anda mendapati waktu subuh sudah habis, maka bangunlah segera dari tidur, kemudian ambil wuduk dan sembahyang subuh tunai dan bukannya qadak kerana waktu subuh bagi orang yang tidak sedar ialah apabila ia sedar daripada tidurnya.

2 . Qada' solat hukmnya wajib bagi orang yang meninggalknnya dengan sengaja tidak kira samaada dia bermukim atau bermusafir.

3 . Ya.. Orang yang tidak sedar daripada tidurnya mestilah sembahyang dengan segera tunai dan bukannya qadak.

4 . Orang yang tidak sedar daripada tidurnya wajib menunaikan solat dengan segera. Tetapi mereka yang sengaja meninggalkan sembahyang, maka dia telah melakukan dosa besar dan hendaklah bertaubat dengan segera dan qadak solat-solat yang ditinggalkanya.
Dipetik dari : http://www.geocities.com/CollegePark/Campus/8690/klinik/klinik2.htm

Lainnya;
Sungguh besar dosa bagi orang yang meninggalkan solat, kerana solat merupakan tiang agama. Betapapun banyak perbuatan baik yang lain kita kerjakan namun tidak melaksanakan solat maka sia-sialah amalan baik tersebut. Bersumpah atau berjanji untuk mengerjakan solat kemudian memungkiri janjinya kepada Allah disamping ia memikul dosa meninggalkan solat ia juga memikul dosa permainan janji-janjinya itu. Oleh sebab itu hanya dengan bertaubat kepada Allah serta memulai hidup baru dengan sentiasa mengerjakan solat dan jangan meninggalkannya walau dalam keadaan bagaiamana sekalipun. Qada lah solat-solat yang sengaja telah ditinggalkan semampu kita agar kita tergolong insan yang bersyukur dan diselamatkan Allah di kemudian hari. Insya Allah.
Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Amaran Mengabaikan Solat dan 097
2. Taubat - Amalan dan Penghayatannya dan 186
Dipetik dari : http://homebisnes.com/minyaklintah/article/solat1.html

p/s : Solat adalah urusan yang paling besar bagi seorg muslim..jagalah solat kita..ingatan buat diri yang sering lalai.. Astaghfirullah..

WaLLahua'LaM


-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++
[ Telah diedit oleh: SyAhEeDa pada 09-08-05 00:46 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-08-05 00:52


memelihara solat adalah salah 1 ciri2 mukmin yang sejati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 09-08-05 07:51


huisy....mana boleh macam tu...antara shopping dengan solat tentula solat lagi utama..mana boleh main qada`-qada` saja....kalau tak ada tempat solat berhentila shopping then cari tempat solat,takpun rancang awal2 sebelum shopping bagaimana? nak solat...contoj smayang dulu baru pergi or somethin....

solat adalah hak allah...kita kena tunaikan hak allah mengikut waktu2 yang ditetapkan

wallahu a`lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-05 23:11


untuk syaheda....
hukum mereka tidak melakukan solat kerana tidak sedar dari tidur ialah pada semua solat dan tidak hanyak khusus pada solat subuh sahaja, solat yang dikerjakan itu ialah solat kada dan bukannya solat tunai kerana ia telah dilakukan di luar waktu asalnya,

jadi saya harap jangan mudah kita mengambil dan copy secara rambang dari mana-mana web di dalam internet ini kerana kita tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan hukum itu,

tentang laman web itu saya rasa ia tidak tepat dengan apa yang tertera di dalam kitab2 muktabar syafie,...

wallahua'lam.


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!
[ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 10-08-05 23:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-08-05 01:01


Asif li..

!!! QUOTE !!!

3 . Ya.. Orang yang tidak sedar daripada tidurnya mestilah sembahyang dengan segera tunai dan bukannya qadak.

maksud di sini ialah, solat itu haruslah ditunaikan dengan segera.. dan bukannya tunggu hingga masuk zuhur baru solat subuh untuk qada'.. erm, sama ada niat qada' atau tunai, itu ana tak berapa pasti.. maaf jika timbul kekeliruan di situ..

Astaghifirullah...
WaLLahua'LaM


-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++
[ Telah diedit oleh: SyAhEeDa pada 13-08-05 01:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-05 09:31


lah baksa bihi, wa qad yakunu al-khata' bighairi ta'ammudin....

niat pun qada' juga...sebab solat dah dikira qada'.:-)


-----------------
Sesungguhnya Kesempurnaan Adalah Milik Allah Belaka..!!
[ Telah diedit oleh: Qalam_Akhdar pada 14-08-05 18:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-08-05 18:16


Saya sangat sedih keadaan umat islam hari ni. Kalau kat dalam aeroplane tu, ramai yang tak solat subuh, dengan niat untuk qada solat. Sedangkan mereka boleh solat dalam kapal terbang tu, tak ada excuse di sisi Allah. Kalau solat yang boleh dijamakkan tu takpalah jamak. Kapten kapal terbang tu pun paham kena solat walu dalam penerbangan. mereka siap sediakan habuk/debu untuk tayammum. Bukannya orang bisnes, jemaah umrah pun macam tu. Perkara macam ni tak sepatutnya berlaku.

Sedih saya nengok keadaan umat islam hari ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Qalam_Akhdar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.07.2005
Ahli No: 17109
Posting: 159
Dari: Petaling Jaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-05 18:46


saya setuju dengan ridwan_daie dengan fenomena semasa yang berlaku..., sebenarnya tidak solat di dalam aeroplane tidak timbul kerana sbhgn flight ada sediakan ruang untuk solat, sekalipun tidak ada ruang kita wajib solat walau di atas kerusi, sekalipun dengan tidak mengarah kiblat atas alasan menghormat waktu, jadi kita perlu qada' setelah sampai ke destinasi...., begitu juga dengan keadaan berwudhuk atau tayammum, sekalipun tidak ada air atau debu maka wajib solat, atau ada air tetapi kita lebih perlu kepada yang lain seperti minum dsbgnya...maka perlu solat dan qada'....

betul, kefahaman selok belok solat di antara umat islam terlalu lemah sedangkan solat adalah amalan penting dan utama di sisi agama.....antara kepentingan solat, ....ia membezakan antara muslim dan kafir, ia amalan pertama yang akan dihisab, dll....renungkanlah2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Qalam_AkhdarProfil   Hantar PM kepada Qalam_Akhdar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110618 saat. Lajunya....