Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: tahun 2005 yang gempar..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» tahun 2005 yang gempar..

Please Mendaftar To Post


Oleh tahun 2005 yang gempar..

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 08-08-05 04:25


email ni dah lama diforwardkan kepada saya..tapi saya baru tergerak hati untuk forwardkan ke portal ukhwah...sejak kematian raja fadh...
saya tidak pasti sama ada boleh dipercayai atau tidak..

baca dengan teliti dan fikirkan..

TAHUN 2005 YANG GEMPAR

Petikan KITAB bertajuk " HURU HARA AKHIR ZAMAN - Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam" karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-Azhar Kairo.

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN
            Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:

1.    Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2.    Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3.    Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).

4.    Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.
Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu.

                                                             ( muka surat 119)

Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam saja'afar Sadiq :
" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"


(Ikmal Al-Din m.s 361)

Maka saya telah membuat rujukan pada laman web NASA akan jangkaan gerhana yang tersebut. Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi dari lama web tersebut.



Annular Solar Eclipse of 2005 October 03

Fred Espenak, NASA's GSFC

On Monday, October 03, an annular1 eclipse of the Sun will be visible from within a narrow corridor which traverses the Iberian Peninsula and stretches across the African continent. A partial eclipse will be seen within the much broader path of the Moon's penumbral shadow, which includes Europe, western Asia, the Middle East, India and most of Africa.


Saya tukarkan tarikh 2005 Oktober 03 kepada kalendar Hijrah

Gregorian-Hijri Dates Converter




You entered: 3 / 10 / 2005

The conversion result is: Monday 29 Sha`baan 1426 A.H. *

*There is a small probability of one day error.

To learn more about the Hijri calender read the following introduction .

Begitu juga dengan kejadian gerhana bulan di Bulan Ramadhan 2005. Tercatit di laman web bahawa Gerhana bulan akan jatuh pada:

This is the 43rd eclipse of Saros series 134. The series began with the first of ten partial eclipses on 1248 Jun 22. The first eight central eclipses were total, which were then followed by sixteen hybrid events. The first purely annular eclipse occurred on 1861 Jul 08. After the last of thirty annular eclipses (on 2384 May 21), the series will produce seven more partial eclipses before ending on 2510 Aug 06. Complete details for Saros 134 may be found at Saros 134

2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse

The last event of the year is a rather shallow partial eclipse of the Moon. The penumbral phase begins at 09:51 UT, but most observers will not be able to visually detect the shadow until about 10:30 UT A timetable for the major phases of the eclipse is as follows:    

Saya tukarkan tarikh 2005 Oct 17 kepada calendar Hijrah yang bersamaan dengan:

Gregorian-Hijri Dates Converter




You entered: 17 / 10 / 2005

The conversion result is: Monday 13 RamaDHaan 1426 A.H. *

*There is a small probability of one day error.















Oleh yang demikian jelaslah hadis di atas akan terbukti kebenarannya pada bulan Ramadhan pada tahun 2005 ( tercatit pada calendar akan jatuh pada 5 hb Oktober 2005)

Terdapat seperti perselisihan 1 atau 2 hari dari tarikh yang dijangka oleh NASA. Perselisihan ini diterima sebagai kebarangkalian. Yang pastinya disahkan oleh NASA bahawa kejadian gerhana yang bakal berlaku pada tahun 2005 ialah seperti berikut:



Tarikh Miladiah                    Tarikh Hijrah                         Gerhana

3.10.2005                         29 SHAABAN 1426/                    Matahari
                                            1 RAMADHAN 1426

17.10.2005                        13 RAMADHAN 1426/                Bulan
                                         14 RAMADHAN 1426



Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.


Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.





Saudara kaum muslimin, segala yang tertulis di atas hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui akan kejadiannya. Namun sewajarnyalah ianya menjadi skrip panduan peristiwa tahun 2005 yang patut diperhatikan dengan teliti. Jadi tidaklah kita hairan jika peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Kemudian jika iannya terjadi, dengan selesa kita boleh mempersiapkan mental dan material menghadapi situasi cemas tersebut.


Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:

1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah
Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal.

2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas
    tahyat akhir dalam sembahyang sebelum salam.

3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas
    untuk setahun apabila ada terjadi sesuatu
    dipertengahan Ramadhan 2005.

4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai
    agar bersedia menghadapi situasi di atas.

5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang
    rumit dan genting itu.

Sekian. Wassalam.











KALENDAR 2005



TARIKH
HARI
PERISTIWA
10. 2.2005 = Awal Muharram
Khamis

21. 4.2005
Khamis
Maulud Nabi
5. 9. 2005 = 1 syaaban
Isnin

5. 10. 2005 = 1 Ramadhan
Rabu
Puasa Ramadhan


(kejadian gerhana Matahari)?
17.10.2005 = 12 Ramadhan
Isnin
(kejadian gerhana bulan)?


(Bunyi suara yang amat kuat)?
3. 11.2005 = 1 syawal
Khamis
Hari Raya Puasa
3.12.2005 = 1 Zualkaedah
Sabtu

2.1.2006 = 1 Zulhijjah 2006


11.1.2006

Hari Raya haji


(Pertumpahan darah di Jamrah)?





PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN




1.    Kematian Raja Fadh
2.    Suara kuat dalam bulan Ramadhan
3.    Gerhana matahari di bulan Ramadhan
4.    Gerhana bulan di bulan Ramadhan
5.    Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?)
     yang membawa kebinasaan di USA
6.    Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan)
7.    Peperangan dalam bulan Zulkaedah
8.    Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah










PERSIAPAN MATERIAL



Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan:



Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.





Beras
Gula
Susu
Garam
Lada
Gandum
Bawang
Gas memasak
Minyak tanah
Minyak masak
Minyak petrol
benih-benih sayur
Baja
Mancis
Sabun basuh
sabun mandi
Basikal/Motor + sparepart
Ubat-ubatan
Dan lain-lain yang difikirkan perlu.


Wallahualam

p/s:kepada yang muktabar...boleh tolong jelaskan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 05:08


Assalamualaikum..

Syukran jazilan kerana sudi berkongsi info terkini... Tetapi isu ini telah dibincangkan di dalam posting yang lepas.. Harap semak semula sebelum membuka topic baru yang isinya sama sahaja, ukhtie boleh memberi pendapat didalam posting terdahulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 08-08-05 05:59


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim..

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat.." (Luqman: 34)

ana paste semula jawapan akh. jundullah81 sebagai jawapan bagi artikel ini:

!!! QUOTE !!!

TAHUN 2005 YANG GEMPAR

Petikan KITAB bertajuk “ HURU HARA AKHIR ZAMAN – Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam” karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-Azhar Kairo.

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN

Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:

1.Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2.Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3.Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).
4.Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.
Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu. ( muka surat 119)


1. Siapa Amin Muhammad Jamaluddin? Dia tidak dikenali di Universiti Al-Azhar (namanya tidak masyhur). Jadi tidak diketahui sama ada dia ini seorang yang tsiqah ataupun tidak.

2. Ia penulis ini tidak menyebut sebarang hadith berkaitan tentang gerhana bulan. yang pasti, dalam sahih muslim menyebut:
dari Abdullah bin Umar RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah solah. (Riwayat Muslim)

---maksudnya, kematian seseorang tidak ada kaitan dengan gerhana bulan

!!! QUOTE !!!

Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam saja'afar Sadiq :
" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"


Ini merupakan hadith rekaan kaum syiah.

Ibn Qayyim Rh dalam kitabnya, Al-Manar Al-munif telah menerangkan secara terperinci tentang Imam Mahdi. Tidak ada satu hadith yang menerangkan tanda2 kedatangan imam al-mahdi. Jumhur ulamak mengatakan, beliau akan muncul pada akhir zaman pada ketika kezaliman melata. Definisi akhir zaman itu, wallahua’lam.

Dikatakan diriwayat oleh Daaraqutni : Abu Sa'ed al-Astakhri memberitahu kami, Muhammad ibn Abdullah ibn Nawfal memberitahu kami, Ubaid ibn Ya'eesh memberitahu kami, Yunus bin Bakar memberitahu kami, dari 'Amr ibn Shamr, dari Jaabir, dari Muhammad bin Ali telah berkata :

"Mahdi kita akan ada 2 alamat (tanda), Tidak terjadi semenjak langit dan bumi dijadikan, Bulan diawal malam Ramadhan akan gerhana, matahari akan gerhana di pertengahannya, dan ini tidak pernah terjadi semenjak Allah mencipta Langit dan Bumi"

Hadith bukanlah dari riwayat al-Daaraqutni didalam Sunannnya (2/65) dari perkataan Muhamamd ibn al-Hanifah (anak Ali bin Abi Taalib r.a.) dan bukanlah dari Sabda Nabi saw. Hadith ini MAWDHU' dan palsu kaitannya dengan Muhammad bin Ali (Ibn al-Hanifah).

dari. Abdul 'Alim Abdul Azim AlBistawi berkata didalam buku beliau Al-Mawsuu'ah fi Ahaadith al-mahdi Al-Dha'ifah wa Al-Mawdhu' ms 169 mengatakan bahawa kebanyakkan perawi-perawinya adalah pemalsu hadith (eg: Amr ibn Shamr al-saja'fi al-Kufi, Shi'i Abdullah)dan matrook al-hadith. Al-Hakim mengatakan bahawa terlalu banyak hadith yang mawdhu' yang diriwayatkan oleh Jaabir al-saja'fi. Abi Haatim mengatakan hadith ini Dha'if dan Munkar dan hendaklah tidak diambil pakai. Kesimpulannya Hadith ini khabarnya mawdhu' dan mempunyai masalah dengan isnadnya iaitu 'Amr al-saja'fi.

Bulan ramadhan 2003, juga berlaku gerhana bulan.

Di samping itu juga, Ibn Qayyim juga menerangkan salah satu tanda hadith maudhu’ (tanpa perlu melihat sanad) ialah matan menyebut tentang peristiwa secara terperinci tentang akan berlakunya sesuatu perkara. Sekiranya penceramah tersebut membuat telahan berdasarkan hadith tentang tanda2 kedatangan imam mahdi (bila, di mana, bagaimana etc dengan secara detail), maka ia adalah tertolak.

!!! QUOTE !!!

Nu’aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.


Ini bukanlah kata-kata dari Nabi. tidaklah seseorang mengetahui perkara ghaib. sedangkan nabi yang mengetahui perkara ghaib hanya kerana dia diberitahu oleh Allah S.W.T. Pun begitu, Nabi tidak memberitahu umatnya bila atau tips bila exactly qiamat berlaku.

Kedapatan juga ulama'-ulama' yang telah menulis dan mengesahkan mengenai kedatangan Al-Mahdi. Diantaranya adalah Nu'aim ibn Hamad didalam bukunya Al-Fitan. Akan tetapi Al-Dzhabi dan Ibnu Hajar menyebut bahawa terdapat juga status hadith yang dha'if dan maudhu' yang dilaporkan oleh beliau. Dikalangan mereka yang lain menulis mengenai al-mahdi ialah Abu Daud, Abu Kathir, Al-Shawkani, Ibn Khuldum (Al-Muqaddimah), Yusuf Ibn Yahya Al-Salami (Uqad Ad-Durar) dll.

Dalam kaedah ulumul hadith, tidak boleh menisbahkan sesuatu perkara yang bukan baginda s.a.w sebut walaupun bertujuan baik. nabi beri amaran, nerakalah tempatnya. ini hadith mutawwatir lafzi dan maknawi.

Wallahu a'lam

rujuk semula topik:

- Tahun 2005 yang gempar
- Berita gempar 2005
- Dunia berakhir tahun ini
- Kiamat Ramadhan ini

dan soal jawab di Islam Online

Allahu a'lam.. :-)


-----------------

[ Telah diedit oleh: alea13 pada 08-08-05 06:13 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-08-05 06:16


assalamualaikum..erm saya ada tanya pada usatz saya.. dia kata jangan percaya sangat khabar2 angin ini..kerana ia mungkin salah satu daripada usaha musuh kita untuk melemahkan umat islam..saya sokong juga kata-kata alea 13 tu..pasal gerhana berganda tu banyak kali dah berlaku sebenarnya. dan ia tiada kaitan dengan kelahiran atau kematian seseorang.. =)..

sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu hanya Allah saja yang tahu.. wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 10:09


ini ditulis sebelum kematian raja fadh dan sekarang raja saudi benar-benar meninggal dunia.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 10:21


kabar2 yang kita tidak pasti kesahihannya, apabila disebarkan boleh menimbulkan perkara2 yang tidak diingini. contohnya akan ada yang mengambil kesempatan mengaku sebagai imam mahadi dan menyesatkan umat islam..
sekarang pun sudah ada yang mengaku dirinya rasul dan ada umat islam yang percaya...
lepas ni mungkin ada yang mengaku dirinya Nabi Isa yang diturunkan. dan akan bertambah umat islam yang sesat..
jangan terlalu percaya dengan ramalan2
SEKADAR PENDAPAT

Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 29-08-05 10:38


thanks for that info...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 11:02


Apa pun, life goes on ... beribadatlah seolah-2 kamu akan mati esok dan berkerjalah seolah-2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi ... walau apa terjadi anggaplah ianya ujian dari Allah ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 12:16


assalamualaikum wbt...

alin ada baca tentang ini, dalam tahun lepas... p alin tak tahu betul @ tak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.422291 saat. Lajunya....