Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-01-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 48 hari yang lalu
Muslim1987: 55 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: .: FIKIR dan RENUNGKAN sejenak :.


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» .: FIKIR dan RENUNGKAN sejenak :.

Please Mendaftar To Post


Oleh .: FIKIR dan RENUNGKAN sejenak :.

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-08-05 09:50


Pada suatu hari yang damai, seorang gergasi bangun dari pembaringannya.Dengan hati yang kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas-kebas. Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok. Si gergasi ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yang masih lagi memberi kesan
kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yang baik bakal menyusul selepas kerja-kerja pemulihan dilakukan. dalam mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima-
lima jemari mula berbual sesama sendiri.

Si ibu jari ; tahukah kalian bahawa akulah yang paling penting kepada tuankita ini;

Tanya yang lain ; Kenapa pula kau berkata demikian?

; tanpa aku, segala urusan rasmi yang melibatkan pengenalan diri tuan kita, tidak sah, kan ke aku yang diambil copnya untuk pengesahan, kau semua mana layak!; jawab ibu jari

Dengan yakin jari telunjuk pula berang,Hoi. Aku lebih berkuasa dari kamu semua. Kalau tuan kita nakmengarahkan orang lain untuk buat kerja, dia cuma memerlukan aku sambil duduk saja, tak payah susah-susah&; dakwa sitelunjuk dengan bangga.

Ha! Ye lah kamu saja yang bagus, akulah yang paling tinggi kedudukan ku antara kamu semua, dan yang tengah diapit oleh
kamu semua, sudah tentulah aku yang paling istimewa, malah nama aku saja dah menggerunkan;bantah si jari hantu.

Hoi, dengar sini semua, kalau takat tinggi, boleh mengarah, dan diambil cop saja, tapi tak kaya tak guna juga, kamu semua tahu, akulah yang paling kaya diantara kamu, lihat tuan kita tidak pernah
menanggalkan cincin batu berlian ini dari badan ku, pastilah aku yang paling dia sayang dan dihargai; tukas sijari manis penuh bangga.

Sejak dari tadi, jari kelingking yang berdiam diri akhirnya bersuara
dengan lemah dan sayu.

Sudahlah, kamu semua, tak baik kita bercakaran, walau pun aku yangpaling kecil dan halus pula tu, tapi aku juga ada memberi kebaikan kepada tuan kita, yelah walau hanya tugas yang tidak mulia, setakat membuang kotoran dari lubang hidungnya, kalau
aku tak buat dan lubang hidungnya tersumbat dia tak bernafas, lalu mati .. kita semua dah tak e fungsinya lagi; terang sikelingking penuh sayu.

Begitulah kisahnya, moral :
Untuk saya, saya, saya dan kita semua,
Kita tidak akan mampu untuk mengatakan bahawa kitalah yang sebenarnyahebat dan paling bermakna dalam apa-apa jua keadaan. Walaupun mungkin orang lain yang mengangkat martabat kita. Malah sering terjadi yang diiktiraf tidak pula meninggi diri tapi para juak-juaknya pula yang terlebih senduk dari kuali. Akhirnya tempias busuk itu terpercik juga dalam piring hidang si terhormat!!!!!!

Sebenarnya KITA AKAN DIHARGAI bilamana KITA TAU MENGHARGAI insan lain, walaupun pada mata kasar sumbangan yang diberikan hanya setakat ;sebatang pensil kayu;.

Lihat pada orang gila yang bersepah di mana-mana dikota kita, renung ke sekujur tubuh dan setiap perbuatan mereka yang
kadang kala menjijikkan. Apakah yang kita dapat? Tiada? Hanya sekadar seorang manusia malang,yang tidak punya akal waras? Seorang manusia yang hilang maruah diri?Merempat? Mengutip dari tong-tong sampah?

Lihat lagi..Tidurnya dikaki lima.. bertemankan kotoran dan air
longkang busuk,nyamuk dan tikus.. eeeee kotornya.Kemudian lihat pada diri kita sendiri, ada apa-apa pengajaran yang
kita perolehi? Atau kita setakat menjeling sepi pada si gila tadi
ya Allah, bersyukur aku kehadrat mu kerana aku diberi peluang tidak jadi seperi itu. dengan segala kenikmatan yang aku kecapi

Moral dari sigila : Kita bersyukur kerana diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi kehidupan dan mengatasi masalah dengan baik, tidak sampai kita terlalu tertekan dan akhirnya hilang
kewarasan; walau ada KELUKAAN, atauKEGAGALAN,mengaku tewas dan lalu kita merasa sayu, tapi;BERANILAH UNTUK GAGAL; kerana kejayaan selepas kegagalan itu lebih hebat dari kita terus berundur;bangkitlah kerana KLCC tidak dibina dalam masa sehari;..

Ayuh teman-teman, bangkitlah memberi sumbangan kerana kau juga sebenarnya berharga; walaupun tidak ramai yang mngiktirafkannya;

Wallahua'lam... keredhaan Allah matlamat kehidupan.

**dari sahabiah ana...jazakillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

suz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2004
Ahli No: 13406
Posting: 122
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 17:03


Manusia dijadikan dari air mani yang hanyir..
dan akan
kembali menjadi bangkai yang busuk..
mengapa manusia perlu bangga diri !!!!
:-) :-)

Hati ini milik Allah
diciptakan oleh Allah
Hanya untuk menyintai Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For suzProfil   Hantar PM kepada suz   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 13007
Posting: 88
Dari: cheras

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 19:08


mulianya seorg manusia terletak pada nilai imannya........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094878 saat. Lajunya....