Oleh |
wanita? rogol? atau rela? |
farhanin
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2004 Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..
|
Posting pada: 05-07-05 10:36
JOHOR BAHRU: Penyelesaian di luar pengetahuan pihak berkuasa, enggan menanggung malu serta permintaan pasangan lelaki adalah antara alasan remaja, termasuk gadis bawah umur yang menjadi mangsa kerakusan nafsu atau terlanjur dengan teman lelaki, menarik balik laporan polis. Malah, kerana alasan berkenaan, kebanyakan mangsa sanggup menarik balik kes yang dilaporkan itu dalam tempoh masa sehari sehingga tiga hari selepas ia dilaporkan. Pendedahan itu dibuat sumber Bahagian Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang menyatakan semakin ramai golongan remaja perempuan terutama gadis bawah umur tempatan didapati menjadi mangsa kerakusan nafsu mahupun terlanjur bersama kekasih berikutan bersikap terlalu berani serta mudah percaya dengan janji manis teman lelaki masing-masing. Katanya, lebih mendukacitakan apabila remaja berkenaan hanya menyedari dan menyesali perbuatan itu selepas pasangan kekasih mereka enggan bertanggungjawab terhadap nasib yang menimpa mereka. “Sejak awal tahun ini, lebih 80 peratus kes rogol yang difailkan membabitkan remaja perempuan yang menjadi habuan seks teman lelaki sendiri. Lebih membimbangkan, hampir 70 peratus atau majoriti daripada mangsa rogol berkenaan terdiri daripada remaja bawah umur iaitu 16 tahun ke bawah. “Kebanyakan mangsa berkenaan mengadu menjadi mangsa kekasih masing-masing mahupun lelaki kenalan baru akibat terpengaruh dengan taktik kotor teman lelaki mereka. “Berdasarkan laporan yang dibuat, kebanyakan remaja berkenaan mengakui tersilap langkah apabila sanggup melayan kerenah teman lelaki masing-masing termasuk berani keluar bersiar-siar pada lewat malam walaupun lelaki itu hanya dikenali beberapa hari sebelum kejadian berlaku,” katanya. Sumber berkata, kekurangan kasih sayang dan pengawasan ibu bapa mahupun ahli keluarga selalunya dijadikan alasan remaja wanita yang menyimpang dalam masalah seks. Beliau berkata, ada antara mangsa mengakui terlanjur berikutan bersikap berani dan yakin kehadiran teman lelaki mampu mengisi ketenangan dan kasih sayang dalam kehidupan masing-masing. “Sekiranya kes membabitkan remaja wanita bawah umur, walaupun perbuatan berzina dilakukan dengan kerelaan kedua-dua pihak terbabit (suka sama suka), namun ia masih dianggap sebagai perbuatan merogol. “Kami dapati kesilapan kebanyakan mangsa ialah gagal melaporkan kejadian serta-merta berikutan mengalami tekanan jiwa selain trauma dengan nasib mereka,” katanya. “Bagaimanapun, yang pelik ialah kebanyakan mangsa tampil menarik balik kes yang dilaporkan itu dalam tempoh masa sehari sehingga tiga hari atas sebab-sebab tertentu,” katanya. Bagaimanapun, katanya, sudah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk merekodkan butir-butir yang penting termasuk tarikh dan waktu kejadian bagi membantu melakukan siasatan terperinci. “Walaupun sukar untuk seseorang mangsa rogol mengingati dengan tepat tarikh dan waktu kejadian, terutamanya kes membabitkan perogol lelaki yang baru dikenali dan perbuatan rogol itu dilakukan berulang kali, namun unsur baru dalam bidang kehakiman yang kini memberi penekanan terperinci terhadap ketepatan tarikh dan masa, terutama dalam kes rogol, sebagai asas pengadilan,” katanya. Sementara itu, seorang jurucakap pusat perlindungan sementara tahanan di Johor Bahru, berkata penyimpangan masalah seksual khususnya di kalangan remaja semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Menurutnya, sehingga kini pusat berkenaan memberi perlindungan sementara kepada remaja wanita bawah umur termasuk terlanjur dengan kekasih mahupun mangsa rogol teman lelaki sendiri. Beliau berkata, perlindungan yang ditawarkan di bawah Akta Kanak-kanak Tahanan 2001 berkenaan turut membabitkan remaja wanita bawah umur daripada 13 sehingga 16 tahun. “Berdasarkan beberapa kes yang dikendalikan pusat berkenaan, sesetengah remaja mengakui menjadi mangsa rogol teman lelaki mereka berulang kali. “Malah, kebanyakan kekasih kepada pasangan remaja perempuan yang melahirkan anak tak sah taraf juga mengabaikan dan tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam ----------------- BiaR rEbaH jaNgaN berUbaH... biar Terbuang TeruS berJuaNG bersama MenggApai cinTA Nya yang terAguNG
|
farhanin
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.08.2004 Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..
|
Posting pada: 05-07-05 10:39
malu jugak melihat kebodohan kaum sendiri
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 05-07-05 16:28
jangan salahkan kaum, salahkan iblis dan syaitan. ps: ana salahkan kerajaan.
|
Firdaus15
WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 06-07-05 00:05
salahkan bangau tak makan ikan
|
Ghufranallah
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.06.2005 Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir
|
Posting pada: 06-07-05 00:31
mukasyaf..Kenapa pulak nak salahkan kerajaan? salahkan diri sendiri lah..sendiri buat sendiri tanggung laa.. dah jadi tugas syaitan dan kaum kerabatnya menyesatkan manusia membuat kemungkaran.... jika kita punyai keimanan yag teguh insyaAllah dapat elak godaan syaitan... [ Telah diedit oleh: Ghufranallah pada 06-07-05 00:31 ]
|
Riyadhfannil
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah
|
Posting pada: 06-07-05 00:42
kerana kerajaan sahaja yang mesti disalahkan?
|
gooliez
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.11.2003 Ahli No: 5361
Posting: 65
Dari: negara atas angin...
|
Posting pada: 06-07-05 01:20
betul... slalunya..kelamahan memang datang dari manusia sendiri... cd lucah...baju seksi... pergaulan bebas...kondom dan jarum free... semua faktor ke arah perkara tak sihat...
|
hyunckel_asyraf
WARGA SETIA Menyertai: 12.01.2005 Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom
|
Posting pada: 06-07-05 01:40
orang perempuan mudah terpedaya dan mudah percaya orang laki pula ambil kesempatan apa lagi,macam enzyme dengan substrate lah...
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 06-07-05 09:37
hehehe...ana tetap nak salahkan kerajaan. apa kerajaan buat nak tegakkan islam selain buat masjid(itupun ada masjid dirobohkan dan SAR dibuli @ belum masuk kes JAWI dimalukan lagi)? ps:nak lihat masa depan negara, lihatlah anak muda sekarang.
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 06-07-05 11:09
mana ada orang yang menuding jari ke arah sendiri. mesti nak menyalahkan orang lain. diri sendiri sentiasa betul.
|
tuyup
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2004 Ahli No: 6548
Posting: 211
Dari: kota bharu & BTHO, Cheras~
|
Posting pada: 06-07-05 11:12
semua salah dalam hal ni..pk2 lah ye kwn2!!
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 06-07-05 11:52
kerajaan juga yang salah.  ps:tuyup pun salah jugak.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 07-07-05 09:26
betul cakap Jackie_uniten7. erm.. sahabat mukasyaf... jadi saja lah perdana menteri. buat semua benda yang rasa nak buat.  kita tengok bagaimana nanti.. ok? boleh..? ps: bukan serious.. gurau-gurau saja.  [ Telah diedit oleh: syahidatul pada 07-07-05 09:28 ]
|
umairah_47
Warga Rasmi Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16059
Posting: 2
|
Posting pada: 07-07-05 09:55
 saya cuma nak cakap lelaki dan perempuan sama saja bersalah bak kata pepatah "bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi" masing2 harus cuba kawal diri masing2 kerajaan juga must take this cases seriously so, sama2lah fikir ok
|
Nazri
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2003 Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis
|
Posting pada: 07-07-05 10:22
Ana bangkang 100% pendapat mukasyaf... Jangan salahkan kerajaan.. Salahkan diri sendiri seperti yang katakan oleh Ghufranallah... Jackie_Uniten pula cakap "mana ada orang yang menuding jari ke arah sendiri. mesti nak menyalahkan orang lain. diri sendiri sentiasa betul." Mukasyaf perlu kaji dan teliti, jangan hanya baca tajuk akhbar, lepas tu? buat pendapat sendiri... W.A.
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 07-07-05 11:48
ekeke.. ana tetap salahkan kerajaan. siapa tak setuju sila berikan hujah2 sekali ye. jangan main tak setuju saja. ps: hujah ana ada di atas.  [ Telah diedit oleh: mukasyaf pada 07-07-05 11:49 ]
|
eireeniz
Warga Rasmi Menyertai: 24.06.2005 Ahli No: 16837
Posting: 18
Dari: johor bharu
|
Posting pada: 10-07-05 05:50
kalau kerajaan melaksanakan tanggungjawab syariah dan undang undang islam 100% seperti yang termaktub dalam alquran dan hadis ...kemudian tarbiahkan bersungguh sungguh masyarakat islam supaya mereka ini bertaqwa dan mengamalkan apa yang allah suruh dan menjauhkan apa yang allah larang ...insyaalah masalah ini dapat di kurangkan....dan wanita kita terpelihara kehormatannya....masyarakat islam yang ada sekarang perlu di tarbiahkan...kerana...nama saja islam tapi pengamalan terhadap islam tak ada...contohnyer berkenaan perkara diatas nielah iaitu tentang aurat , ada yang tak tutup lansung , kalau pakai tudung ....yang kat bawah terbukak ,atau seksi ,pakai seluar ketat dan menampak bentuk tubuh dan kemudian bergaul bebas lelaki dan perempuan....kat sini ketua keluarga perlu di tarbiahkan supaya seluruh ahli keluarga dapat mengamalkan cara hidup islam yang tulin ( 100% )...bukan islam yang ambil 1/2 dan buang 1/2....sebenarnyer kesalahan terletak kepada pemimpin...tak kira dia pemimpin kerajaan ,masyarat atau pun keluarga...semuanyer kena bertanggungjawab...pemimpin kerajaan janganlah pula asik nak salah kan ketua masyarakat / keluarga....kalau diri sendiri tak mengikut dan mengamal contoh yang baik mengikut kehendak islam ...jangan haraplah masyarakat terutama yang berugama islam akan mengikut dan mengamal perintah allah...jangan saja bercakap pasal islam itu dan ini, hadhari lah dan macam2 label islam tapi dalam masa yang sama menganjur kan konsert yang berunsur maksiat sana sini...tak payah jauh ke luar negara...contoh nya konsert sure heboh yang kecoh di perkatakan mufti dan orang alim ulama kerajaan...senyap sekejap ...pas 2 sekarang makin galak lagi...tak kira menghormati waktu sembahyang....entah bape banyak yang tak sembahyang waktu itu...semua ini mengundang kepada pergaulan bebas dan maksiat termasuk rogol...tak kira lah samaada rela ,paksarela atau tak rela....samaajer arahnyer ----------------- sentiasa Allah di hati kita...kehidupan ini menjadi lebih bermakna....
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 10-07-05 06:00
Di Malaysia, mana-mana lelaki yang melakukan hubungan jantina dengan gadis (jika layak dipanggil demikian) bawah umur, perbuatan tersebut dikira rogol. Tidak kira rela atau tidak.
|
trigO
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.05.2005 Ahli No: 16362
Posting: 242
Dari: negaraku...
|
Posting pada: 10-07-05 08:30
entah lah..tapi kasihan..kat mak perempuan tu?.. kasihan jugak kat budak tu?..sebab tiada orang nak lead dia..
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 10-07-05 10:45
semuanya bermula dari diri anda...selebihnya pengaruh dan pengabaian.
|
puteriaina
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.12.2004 Ahli No: 13247
Posting: 37
Dari: Johor
|
Posting pada: 10-07-05 15:47
assalamualaikum. erm,saya setuju dengan pendapat jackie uniten dan umairah_47.janagan salahkan orang lain,sepatutnya lihat kesilapan diri dan keadaan sekeliling yang mana boleh dijadikan iktibar.janagn ingat keseronokan dunia semata-mata.bak kata umairah 47 kalau bertepuk sebelah tangan tak jadi juga,so perlu ada ketegasan dalam diri.so itu semua bersandarkan kepada iman.dalam dunia hari ini pandai-pandai lah memilih kawan.carilah kawan yang boleh membawa kearah kebaikan.insyaallah bila kita terleka dia pasti mengingatkan.apapun tepuk dada tanya iman kita di mana.
|
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 10-07-05 18:09
 ... Saya setuju dengan eireeniz...Tapikan kenapalah kita tak nak laksanakan Hukum yang dibuat oleh Allah (HUKUM HUDUD), kita takut ramai orang mati kena rejam, kita takut orang ramai putus tangan...tapi kita tak takut siksa neraka. Kita mengakui Allah Maha mengetahui Allah Maha Bijaksana....tapi Kenapa kita ragu-ragu nak guna Hukum yang dibuat oleh Yang Bijaksana tu???? Salah sapa sebenarnye....salah tupai ke??
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 10-07-05 19:37
kalau istilah rogol tu? biasanya..perempaun tu? d paksa..tapi kalau istilah berzina..ni sama2 nak..gatai sangat..tapi sekarang dah pelik..kalau mula2 suka..sama2 suka..serah semuanya..tetapi..bila dah si jantan tu? tak hendak kahwini dia..dia pun laporlah dia kena rogol..hemm kadang-kadang bodoh jugak manusia ni..
|
mukasyaf
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 11-07-05 19:24
yang merogol pastilah salah.. yang dirogol tak semestinya tidak salah.. tapi kerajaan confirm salah.  ps: ada bangkangan??? ana sedia menjawab.
|