Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 8 hari yang lalu
al-biruni03: 37 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Kenapa Kita Malas atau....


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Kenapa Kita Malas atau....

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa Kita Malas atau....

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 14:12


Kita Malas atau....]

Seringkali kita katakan mereka yang gagal itu kerana malas. Malas berusaha, malas berfikir, malas segala-gala hal dan perkara menjadikan mereka gagal. Dan apabila gagal, ramai yang akan menyalahkan diri orang yang gagal itu kerana dia malas.

Kenapa malas?? Malas ada pada semua orang tetapi kenapa kita malas? Tidak perlu pergi jauh (nanti kena tambang mahal). Cuba lihat ada di antara kita yang mana nak bangun dari tidur pun malas. Tetapi cuba pula kita tengok orang yang malas bangun tidur tidaklah malas sentiasa untuk bangun tidur. Adakalanya menjadi rajin malah tidak sabar-sabar nak bangun pun ada (sampai tak tidur-tidur). Kenapa??


-----------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 18:10


sifat malas tiada dalam kamus hidup orang yang cemerlang.
nak berjaya,jangan malas2..

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

mariana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12405
Posting: 148

Johor  


posticon Posting pada: 19-05-05 22:13


tapikan..ada tau org yg malas ne..quite berkualiti..tk semestinya yg malas akn gagal..ada org tuh..dia punya pemalas tuh..nauzubillah..skali time exam..dialah yg top..paling power..kalah yg bookworms..kalau malas uat kerja lak..bila once dia da uat..kerja dialah yg paling teliti..cuma yg menyedihkan..penyakit malas tuh jek..kalau rajin..sure lg gempak yer tak.?

Bookmark and Share

    


  Member Information For marianaProfil   Hantar PM kepada mariana   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-05-05 03:45


Quote:

On 2005-05-19 22:13, mariana wrote:
tapikan..ada tau org yg malas ne..quite berkualiti..tk semestinya yg malas akn gagal..ada org tuh..dia punya pemalas tuh..nauzubillah..skali time exam..dialah yg top..paling power..kalah yg bookworms..kalau malas uat kerja lak..bila once dia da uat..kerja dialah yg paling teliti..cuma yg menyedihkan..penyakit malas tuh jek..kalau rajin..sure lg gempak yer tak.?



maafkan ana mencelah..pada ana,untuk berjaya..perlu ada usaha yang diiringi tawakkal n doa,dengan izin ALLAH juga..
situasi yang ukhti mariana sebutkan,mungkin lebih tepat jika disifatkan sebagai istidraj.apa pendapat kalian??

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-05 04:58




istidraj? ana_muslimah fahamkah apa erti istidraj? jgnlah terlalu cepat menghukum.

ana tak setuju dgn pendapat ana_muslimah, sbb di kalangan rakan2 ana sendiri mmg ramai yg begitu. rasanya perkataan 'gifted' lbh sesuai & sopan. wallahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

hyunckel_asyraf
WARGA SETIA
Menyertai: 12.01.2005
Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 22-05-05 09:57


Quote:

On 2005-05-22 03:45, ana_MUSLIMAH2606 wrote:

situasi yang ukhti mariana sebutkan,mungkin lebih tepat jika disifatkan sebagai istidraj.apa pendapat kalian??



maaf,saya x setuju.
'genius','cepat tangkap','mudah faham','ingatan yg kuat' dan 'gifted' boleh memberikan alternatif yg lebih baik utk istidraj.mmg ada kes istidraj mcm tu,tapi kita xleh ckp mcm tu utk org yg mls tanpa mengetahui dgn mendalam ttg org yg disebutkan itu.

sekadar pendapat sy...

wslm

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyunckel_asyrafProfil   Hantar PM kepada hyunckel_asyraf   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 22-05-05 12:17



istidraj tu apa?.... tak faham la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

hidayatul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.04.2005
Ahli No: 15840
Posting: 42
Dari: Kulim

Kedah  


posticon Posting pada: 22-05-05 13:15


Allah pun tak suka orang malas. Nak cemerlang dunia akhirat kena rajin.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayatulProfil   Hantar PM kepada hidayatul   Pergi ke hidayatul's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-05-05 15:30


kenapa ek kita malas?

1.x de wawasan
2.berasa kita berada dalam 'zon selamat'
3.mengambil sikap 'tak apa'

-----------------
We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again



Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-05-05 16:05


Quote:

On 2005-05-22 04:58, n_farhanah wrote:


istidraj? ana_muslimah fahamkah apa erti istidraj? jgnlah terlalu cepat menghukum.

ana tak setuju dgn pendapat ana_muslimah, sbb di kalangan rakan2 ana sendiri mmg ramai yg begitu. rasanya perkataan 'gifted' lbh sesuai & sopan. wallahu a'lam.



istidraj pun betul, dan gifted pun betul.....

kadang-kadang ada seorang yang baik, apabila dibandingkan dengan rakannya yang kurang baik (solat tak lekat, x tahu baca Quran dsb, asal kata ISLAM pada Nama shj)....lebih berjaya dan senang hidupnya.....apakah ni satu kebaikan baginya? Inilah satu istidraj baginya.

Masalahnya skrg ni, minda kita dan di'tune' oleh media yg kata istidraj hanya utk orang kafir, walhal yang mengaku Islam pun Allah akan kenakan juga istidraj (mendapat nikmat yang menjauhkan dirinya dari Allah) ke atasnya.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-05 16:17


mmg betul, istidraj juga akan kena pd muslim yg kufur..

tp ana_muslimah menyebut 'istidraj' secara umum, sbb tu ana tak setuju.. seolah2 semua golongan yg kononnya 'malas berusaha' tu kufur.. tak adil kan, tanpa mengetahui latarbelakang seseorang tu? apa yg hyunckel_asyraf itu lbh tepat..

kita hidup dlm satu komuniti, jgn sampai kata2 kita mengguris perasaan org lain.. & jgn cepat buruk sangka pd org lain..

ana terasa bila dikatakan mendapat 'istidraj'.. & ana rasa rakan2 ana yg begitu kalau baca tulisan ana_muslimah pasti akan terasa juga.. wallahu a'lam..


[ Posting ini telah di edit oleh: n_farhanah pada 2005-05-22 16:18 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 22-05-05 23:19


Quote:

On 2005-05-22 12:17, SITIHAMIZAH wrote:

istidraj tu apa?.... tak faham la...



samer la...istidraj tue aper?

Bookmark and Share

    


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-05 23:28


Quote:

On 2005-05-22 16:05, MohdHanafi wrote:

istidraj (mendapat nikmat yang menjauhkan dirinya dari Allah)



Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-05-05 08:20


Quote:

On 2005-05-19 14:12, dakwah_ilahi wrote:
Tetapi cuba pula kita tengok orang yang malas bangun tidur tidaklah malas sentiasa untuk bangun tidur. Adakalanya menjadi rajin malah tidak sabar-sabar nak bangun pun ada (sampai tak tidur-tidur). Kenapa??



sebab adakalanya dia bersemangat.. adakalanya tak bersemangat..

bersemangat sebab ada tujuan..

dan tujuan itu membawa kebaikan bagi dirinya..



p/s : bersifat malas merugikan diri sendiri.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

NazRie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15491
Posting: 53

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-05-05 10:20


malas eh......
satu penyakit kronik yg majoriti manusia buat dek jer... walaupun tahu akan bahayanya, namun tindakan mengatasinya jarang skali diambil.
Entahlah, pk2 balik, bende2 yg ghaib mcm penyakit malas nie, boleh diibaratkan macam bende2 ghaib yg tersebut dlm al-Quran.
Contohnya, pasal dosa dan maksiat, neraka dan syurga. Nie sume bende2 ghaib. Ramai antara kiter yg tau, tapi, mentang2lah takde kat depan mate, mudah sgt kite alpa(nama pun manusia kan). Pasal dosa dan maksiat, umum tahu aper akibat kalau diri bergelumang maksiat dan hati diselaputi dosa, azab nerakalah akibatnya.
So, sepertimana kiter mengajak manusia menjauhi dosa dan maksiat, mcm tulah jugak kiter seru rakan2 kiter jgn memupuk sifat malas dlm diri. Allah sengaja uji kiter dengan MALAS nie, supaya kiter lebih matang, dan lebih berfikiran rasional.
InsyaAllah
Jadik, pada saye, bagi mereka yg malas nie, dorang tak sedar akan betapa pentingnya waktu dlm kehidupan, betapa pentingnya melakukan yg terbaik dlm setiap tindakan...
Pasal kes yg malas tapi tetap top. Pada saya, minoritnya, boleh dikelaskan sebagai malas, n majoritinya sebagai bijak or genenius.....Wallahu'alam.
Sebb, stakat nie, yg saya kenal, rakan2 saye yg dikatakan 'malas' nie, hakikatnya, dorang bukannya malas, tapi bijak dlm pengurusan waktu. Dorang cuba meminimumkan usaha dan penggunaan mase, tapi try memaksimumkan kemampuan diri. So, rajin atau malas tue, tak sewajarnya dinilai dari kaca mata luaran sahaja, yg penting, kalau berminat, kenali dulu individu tersebut. Mungkin, ader special item dlm diri mereka. Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazRieProfil   Hantar PM kepada NazRie   Quote dan BalasQuote

ana_MUSLIMAH2606
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.03.2005
Ahli No: 15240
Posting: 215
Dari: i`m proud to be MALAYSIAN..

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-05-05 20:07


assalamualaikum wbt buat warga ukhwah yang dikasihi kerana ALLAH swt..

maafkan ana kerana dalam tidak sedar,telah menimbulkan suasana yang agak 'tegang' dalam posting ni..
apa yang ana utarakan diawal posting,cuma pendapat peribadi ana yang mungkin salah atau benar.
antum semua bebas menerimanya atau menolak dengan memberikan yang lebih baik.

situasi yang benar tentang istidraj ni pada ana...bila kejayaan diraih bukan atas usaha sendiri+meninggi diri dengan nikmat yang diberi+tidak bersyukur kepada ALLAH+tidak pula mengembalikan kejayaan tersebut kepada NYA.

wallahu'alam.

-----------------
ISLAM is the perfect way to live..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_MUSLIMAH2606Profil   Hantar PM kepada ana_MUSLIMAH2606   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 23-05-05 20:43


tapi yang pastinyer...peganglah pada pepatah ini..
hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-05-05 20:05


Ana bukan nak beri komen..tapi setakat nak beri pendapat..kita jangan terlalu sensitif ngan satu pekara,mungkin seseorang itu ngan pendapat tersendiri..kalau ianya salah kita kaji n selidiik..sb kita ade akal utk menilai yg mna baik..yg mana buruk..mungkin muslimah2606 ngan pendaptnya..farhanah ngna pendpatnya...

untuk menjelaskn kekliruan ana terangkn serba sedikit tentang istidraj....

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia
yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat
bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya
yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah
bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah
SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan
Al-Baihaqi)

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun
berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.
Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia
tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.
Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.
Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku,
katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah
memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk
menghancurkannya.


-----------------
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,dia adalah orang yang beruntung.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-05-05 20:07


Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka
terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran
kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang

berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang
diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang
diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk
menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk
masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar,
istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya
untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan
istidraj. Dan jangan pula kita tidak

mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti
ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan
miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai
Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang
sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah
apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan
pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan
ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala
limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat
pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita
untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita
di dunia dan akhirat



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

nursyaqila
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13933
Posting: 32
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-05-05 20:21


malas..??
sebenarnya malas tu ada dalam setiap insan....orang yang paling malas pun ada rajinnya...orang yang paling rajin pun ada malasnya...cuma kita diberi akal untuk menilai yang mana satu memberi lebi manfaat atau mamberi mudharat....wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursyaqilaProfil   Hantar PM kepada nursyaqila   Quote dan BalasQuote

n_farhanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9856
Posting: 332
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-05 22:40




ana tak niat nak timbulkan ketegangan ataupun terlalu sensitif. cuma nak ingatkan, berhati-hatilah dgn apa yg kita tuturkan. pd kita nampak remeh, tp pd org lain belum tentu lagi. "lidah itu lbh tajam drp pedang"..

wallahu a'lam..

Baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dlm api neraka, kecuali krn hasil tanaman lidah-lidah mereka." (HR lmam at-Tirmidzi)

Bookmark and Share

    


  Member Information For n_farhanahProfil   Hantar PM kepada n_farhanah   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-05 00:32


Bagi ana lah...segala kekeliruan itu akan membuatkan kita berhati-hati dan akan mencari pergertian makna yg mendalam tentang sesuatu posting yg kita bincang....setiap orang ade pendpat tersendiri...

Ana bawa satu bab khilaf dalam islam...kenapa n mengapa ianya terjadi..mesti ada hikmahnya....

umar berkata kerana perkara khilaf lah manusia or ulama-ulama mencari dalil n mengkaji sesuatu hukum....

So..dalam perkara yg kita bincang...kita harus nilai bukan mudah melenting n mudah terasa...sbb kita ade akal utk memilih yg baik dan mengalihkn pendaapt yg tk baik ke tepi...tk gitu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-08 09:44


Terima kasih Encik dakwah_ilahi... Antara penerangan saudara yang
BEESS adalah mengenai Istidraj itu (rasanya sebelum PMR, ada dalam
syllabus niihh, form 3). Yaa... Sememangnya benar kita sering disogokkan
ISTIDRAJ itu hanya untuk orang kafir... Padahal orang yang mengaku
Islam juga tak terlepas dari Istidraj. Dan ada juga posting yang
di atas tuue mengaitkan genius / intelligent sebagai Istidraj yeerr...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122696 saat. Lajunya....