Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 246
Ahli: 0
Jumlah: 246




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Cinta Dipuncak Gunung


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Cinta Dipuncak Gunung

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta Dipuncak Gunung

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 18-05-05 00:10


3 Disember 2000
“Ok..”
“Jangan lupa tau. Aku tunggu kat umah.”
“Bye!”
Talian dimatikan. Lan bersandar di kerusi. Pandangan dihalakan ke sekeliling. Agak lengang. ‘Mana pergi agaknya orang-orang kat ofis ni. Tak abis raya lagi apa...’ dia berkata sendiri. Dia kemudian menoleh ke bilik Encik Kamal. ‘Yang ni lagi best. Bantai tido. Mentang dia bos, ikut suka dia nak tido bila. Yang kita merah-merah mata menahan ngantuk. Nak tido kang, takut kena sergah. Dia bole, kita tak bole. Bos..bos..!
Dicapai mouse di sebelah monitor. Klik pada MP3. Lagu dipilih. Berkumandang sayup-sayup suara Melly.

Entah mengapa perpisah
Saat mula menjalin
Suara hati seorang kekasih
Bagai nyanyian syurgai
Takkan berdusta walau ketamakan
Merajai diri yang penuh emosi..


Lagu ini...! Dipejam mata. Serentak hadir seraut wajah. Wajah cinta pertamanya. ‘Azian..! Hanya Tuhan yang tahu betapa aku merindui kau, sayang..’ bisiknya. Hari ini, 3 Disember 2000 Masihi. Cukup rasanya hampir dua tahun Yan pergi. Pergi yang takkan kembali. Walau begitu, hati Lan tetap tak berubah. Masih untuk Yan. Bukan tak ada gadis lain yang hadir, namun entah kenapa sukar benar hati Lan untuk terbuka. Memilih..? Tak. Lan tidak memilih. Cukuplah seseorang yang memahami dirinya. Dirinya yang berjiwa outdoor lunatic.
‘Ahh...belum ada lagi yang sesuai..sabar Lan..!’ Lan memujuk hatinya.
Dijeling jam di tangan. Pukul 5.00! Dia bingkas bangun. Deras langkahnya punch out keluar pejabat. Dengan Kriss SG yang dibelikan bonda, Lan mencelah dalam kesesakan kota besar Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah. ‘Bawak motor memang macam orang gila...kot masuk bawah lori...eeii...baru padan muka aku..!’ Dia bercakap sendirian sebaik tiba di Pasar Borong Selayang.
Sampai di rumah, segera Lan mengemas beg. Hari ini dia akan ke Gunung Liang. Mendaki. Tak sabar rasanya merasai angin puncak Liang. Dia tersenyum sendiri.
“Lan...! Cepat la weh...!” Metz keluar kepala dari tingkap kereta.
Lan angkat kepala. Disarung cepat-cepat kasut di kaki. Selesai, dia berlari masuk ke dalam kereta milik Metz.
“Lembab betul..!” suara Metz hampir tidak kedengaran.
Lan buat tak tahu. Metz terus memandu ke Terminal Putra, Gombak. Sekali sekala kedengaran suaranya mengikut rentak lagu di radio. Lan hanya membisu.
“Ni bila balik nanti ni?” Metz memandang Lan sekilas.
Senyap.
“Weh mangkuk..! Aku cakap dgn ko la...” jerkah Metz.
Tersentak Lan dibuatnya. Mujur tak naik tangannya ke muka Metz. Saje carik nahas.
Metz hanya menggeleng kepala memandang wajah Lan. Layan blues lagi...
“Ko ni kan, Lan..hai...entah la. Payah aku nak cakap.Termenung manjang..”
Tiada respons. Lan hanya melepaskan pandangan keluar tingkap.
“Lan..dah hampir 2 tahun si Yan tu takde. Ko still macam ni. Come on,man…
Life must goes on…”
Lan pandang Metz. Hairan. Macamana dia tahu ni?
“Jangan ingat aku tak tahu. Diari ko tu..ada segala-galanya..” Metz bagai menjawab soalan yang tidak terluah dari bibir Lan.
Lan mengeluh. ‘’Siapa lah yang faham hati aku, selain diri aku sendiri..’
“Sampai bila ko nak jadi macam ni.. dulu dengan si Zee tak sampai 3 bulan dah
putus, dengan si Illa tak sampai sebulan. Entah la. Semua yang dengan ko,
tak lama..” rungut Metz lagi.
“Aku bukan apa Metz. Aku nak cari yang betul-betul faham dengan aku,
dengan aktiviti aku..” jawab aku perlahan.
“Aktiviti ko yang naik turun gunung tu? Lan, tak semua yang kita nak
dalam dunia ni, kita akan dapat, Lan. Ko tau kan. Manusia ni hanya
merancang…”
Lan pandang jalan di hadapan.
“Aku tau. Memang manusia ni merancang. Tapi, aku bukan manusia
yang hanya sekadar merancang. Aku akan usaha sampai dapat apa yang
aku nak. Tak salah kan?”
Metz angkat kening.
“Lantak ko la Lan. Apa yang ko dapat dengan panjat gunung nih..?
Heran aku...”
Lan jeling Metz.
“Eeemmpphhh!” ringkas tapi cukup difahami Metz.

************************************************************
Sebaik sahaja Lan sampai di KL Central, Bin, Ane, Tom dan yang lain sudah kelihatan. Bin, otai projek kali ni, mengarahkan peserta berkumpul di sini untuk menaiki keretapi ke Tanjung Malim, pukul 8.00 malam nanti.
Perjalanan menaiki keretapi mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Tanjung Malim. Sampai sahaja di sana, Lan dan peserta lain singgah di Masjid Tanjung Malim untuk menunggu Bin yang datang dengan menaiki kereta. ‘Hai...rehat jap...’ Lan bersandar di salah sebuah tiang di masjid itu. Matanya merayap ke satu persatu wajah peserta ekspedisi kali ini. Sampai di satu wajah, dia terhenti. Tanpa sedar, wajah itu dipandang lama. ‘Cutenya..!’ tanpa sengaja juga perkataan itu terkeluar dari bibirnya. Entah kenapa matanya tidak berganjak menatap wajah yang comel keanak-anakan itu.
‘Hai…sayang la..muka comel macam ni, dibawaknya masuk hutan..’ hati Lan tiba-tiba tergerak untuk menegurnya.
“Weh...pandang apa tu..?” satu tepukan hinggap di bahunya.
Lan mendongak. Ciss...kaco betul Tom ni la..Tom tersengih memandang Lan yg dah berkerut dahi.
“Mana ada pandang apa-apa pun..”
Tom mencebik bibir. Konon..macam la aku tak perasan...
“Aku tau..”
“Dah..dah..! Aku nak lelap jap ni. Pegi jauh-jauh...” Lan tukar topik. Direbahkan badan di sebelah tiang itu. Mata dipejam rapat-rapat. Bila terasa Tom dah tak ada, mata dibuka perlahan-lahan. Sah. Tak ada. Lan senyum sendiri.
“Tidur ke?” satu suara hinggap di telinga sekali lagi.
Sape pulak yg ngacau lagi ni..! Lan pandang ke sisi. Mak...! Dia bingkas bangun. Serta merta duduk bersila. Gadis di hadapannya hanya tersenyum melihat reaksi Lan yang agak panik .
“aa...aa..a’ah..eh..tak..” isshh..gagap pulak tiba-tiba aku nih..gerutu Lan di dalam hati.
Senyum itu tambah lebar. Dia duduk.
“Dah lama ke follow Bin pegi trekking?” soal gadis itu.
“Nope..this is my first time..”
“Ooo..ok. By the way, saya Elli,” jari halus runcing itu dihulur ke arah Lan.
“Azlan..just call me Polar..” Lan menjawab ringkas sambil menyambut jemari itu. Lembutnya...Terus tak ingat muhrim ke, bukan muhrim ke. Belasah je.
“Nice to meet you, Polar. Emm..what a name..where do you get it?”
“Here..” Lan jawab sambil menunjukkan beg OnePolar 80Liter miliknya.
Dia angguk. Angkat kening. Kemudian perbualan terus bersambung sehinggalah mata masing-masing dah tak larat nak buka. ‘Ya..esok perjalanan akan bermula. Must be exiting. But just now...a really nice beginning..!’ Lan sempat tersenyum sebelum segala-galanya gelap.


4 Disember 2000.
Destinasi hari ini ialah Kg. Sungai Dara. Dari situ, trekking akan bermula menuju ke pintu masuk Hutan Simpan Kekal Behrang dan seterusnya ke check point pertama, hulu Sungai Liang. Untuk ke sana, mereka menaiki bas bernombor 166. Oleh kerana tidak biasa dengan tempat tersebut, Ogie meminta konduktor bas tersebut menekan loceng bila sudah sampai tempat yang dimaksudkan. Sampai di Kg Sungai Dara, mereka menanti kehadiran Bin yang datang dengan menaiki kereta. Entah ke mana Bin pergi. Hampir setengah jam menunggu, baru ternampak kelibat Bin dan Jeb. Tanpa membuang masa, mereka memulakan perjalanan.
Agak jauh perjalanan permulaan ini. Bosan dengan suasana yang statik, Lan mencari si pencuri pandangan. Tu dia...
“Hai..”
Elli angkat muka.
“Eh, hai...!” sebuah senyuman dihadiahkan.
Mak aii...manisnya senyuman dia..! Cair beb! Lan urut dada. Elli terus berjalan. Lan masih di sebelah. Isshh..takkan hai je kot..? Berputar otak Lan mencari idea nak berborak.
“Eh, tengok ada ulat bulu dekat kaki tu..!” Lan menunjuk ke arah kaki Elli. Suara sengaja ditinggikan dengan tujuan hendak menakutkan Elli.
` “Mana?” selamba Elli membelek seluarnya. Wajahnya tidak berubah sedikit pun. Bengang je mamat sebelah.
“Tak de pun. Biar la. Hai..takkan la dah besar panjang cenggini pun
takut ulat bulu, Polar..?”
Elli ketawa kecil. Lan hanya tersengih. Aku lak yang kena balik? Patut ke?
Hampir dua jam berjalan. Sekali sekala, mata Lan menjeling sekilas wajah Elli. ‘Macam Yan la dia nih...’ kata hatinya.
“Bila nak kawin?” Elli tiba-tiba bersuara.
Lan yang sedang khusyuk melangkah terberhenti. Kawin? Soalan apa tu? Macam tak relevan jek. Nampak tua ke muka aku nih?
“Saya takkan kawin selagi tak dapat jelajah semua gunung di Malaysia ni..” temberang weh...Lan senyum dalam hati. Hambik ko..tanya soalan membunuh lagi.
“Eh..sama la kita. Mak abah kita dah tak boleh nak kata apa..” pecah gelak Elli.
Ewah...dia serius la pulak...! Entah ye je nak abiskan gunung-gunung kat Malaysia ni sebelum kawin. Poyo..!
Setelah beberapa jam berjalan, akhirnya sampai di hulu Sungai Liang. Pemandangan yang terbentang di depan mata benar-benar menghilangkan lelah yang ada. Air sungai yang perlahan-lahan mengalir, jatuh dari satu tingkat ke satu tingkat menerbitkan satu panorama alam yang indah. Percikan air dan dingin hembusan angin hutan cukup mendamaikan. Lan menarik nafas puas. Suasana begini lah yang dicari.
Kira-kira jam mencecah 1.45 thgari, selepas siap makan tengahari, perjalanan disambung semula menuju ke Camp Site 7 Eleven. Mata yang pada mulanya cerah, dah mula terkelip-kelip menahan ngantuk. Ni kes malam tadi lah ni. Borak tak ingat dunia dengan Elli. Kena pulak Elli tu suka berceloteh. ‘Macam Yan..” ini kali yang keberapa ayat yang sama diulang. Lan angkat kening. Dipandang Elli yang sedang berjalan di belakang. ‘Mungkinkah yang patah, sudah mula tumbuh semula...?’ bisik hatinya. Ishh..betul ke aku ni dah mula minat kat dia nih..? Weh...jangan carik pasal...Elli tu pangkat kakak. Lan garu kepala yang tak gatal. Ala..age doesn’t matter. It just a number...Ehem..! Dalam kepala Lan, mula terbayang sesuatu yang indah..
Inikah ertinya cinta?..

************************************************************
Pukul 5.00 petang. Perjalanan ke Camp Site 7 Eleven masih diteruskan. Suasana sudah mulai redup dan beransur gelap.
“Jauh lagi ke, Jeb?” soal Lan.
“10 minit lagi sampai la..”Jeb yang sedang tekun berjalan, menjawab tanpa memandang muka Lan.
10 minit..ahh..jap lagi sampai la. Lan angguk sendiri. Suasana kembali seperti tadi. Senyap. Hanya kedengaran bunyi tapak kasut dan bunyi unggas hutan. Wajah Azian hadir lagi. Lan melayan perasaannya sambil sekali sekala mencuri pandang ke arah Elli. Elli yang terasa diri diperhati, membalas pandangan. Lan gamam. Issh..dia perasan la pulak! Lan memalingkan muka. Cover beb!
Tepat jam 6.00 petang, Camp Site 7 Eleven terbentang di depan mata. Jeb ni, pandai betul bergurau. Kata sepuluh minit konon. Setiap sepuluh minit, jam dikerling. Tak jugak sampai-sampai. Kali ke enam jam dipandang, baru lah nampak camp site ni. Di situ, semua orang mula buat kerja masing-masing. Lan buat-buat sibuk. Akhirnya, bila dah tak ada kerja nak dibuat, dicapai hammock dan sleeping bag. Tidur.
Tersedar Lan dari tidur, jam menunjukkan 8.09 malam. Makan malam sudah tersedia. Lan cuba mengingati, siapa yang mengejutkan dia dari tidur tadi. Elli ke? Rasa macam suara Elli tadi. Hehe..Lan senyum sendiri. Kalau dah angau tu, suara harimau dalam hutan pun dia ingat suara Elli.
Lepas basuh muka, Lan menyertai peserta lain makan malam. Pergghh..macam rakyat Somalia. Lapar gile beb! Nasi putih, tom yam campur daging, ayam goreng, telur dadar, ikan masin goreng dan sayur campur benar-benar menambat selera. Selepas makan, air kopi pula dihidangkan. Memang tak bergerak mana-mana la.
“Sedap pulak kopi ni. Cap apa agaknya..?” Lan bersuara perlahan.
Awie di sebelah hanya menjeling.
“Apa nak cap-cap pulak. Tu haa. Si Elli yang buat. Tu pasal ko rasa sedap..”
Hampir tersedak Lan dibuatnya. Awie buat-buat tak nampak. ‘Elli buat rupanya..patutla. Hai..dah la cantik, buat air pulak sedap. Kalau masak apatah lagi agaknya..Memang bagus betul Elli ni..isshh..ni yang buat aku jatuh cinta ni..’ bisik Lan sendiri.
‘Apa..? Cinta..?..Sudah...ni memang dah kes angau ni. Berat..! Berat..! Macam mana nih?’ Lan tepuk dahi.
Selesai makan, semua pakat berborak. Lan hanya duduk bersendirian di atas sebuah batang pokok yang sudah tumbang. Berada di ketinggian 1 300 meter dari aras laut memang menyejukkan. Lan mengenakan semula sweater ala-ala Army miliknya ke tubuh. Lega. Dipandang ke sekeliling. Kelihatan Elli seperti sedang mencari sesuatu. Sekali sekala nampak dia menggosok tapak tangan. Lan menghampirinya.
“Cari apa tu..?”
Elli angkat muka.
“Err..”
“Tak bawak sweater eh..” Lan meneka.
Dia senyum pahit.
“Rasa macam bawak. Tapi bila cari, tak jumpa pulak..” sayu kedengaran suara Elli.
Aiseh..sedih pulak dengar..! Lan simpati.
“Emm..nevermind. You can take mine..” Yakin Lan berkata. Ditanggalkan sweater yang baru disarung sebentar tadi dan menghulurkannya kepada Elli.
Malam itu, Lan tidur hanya memakai baju Hard Rock Cafe sahaja. Sejuknya...Tuhan saja yang tahu. Tu la. Baik hati sangat. Bagi sweater kat Elli konon. Tapi takpe. Kerana Elli, beku pun tak kisah. Lan senyum dalam diam. Mata pura-pura dipejam. Tak mengantuk pulak. Kira-kira pukul 3.30 pagi, terdengar langkah menghampiri hammock Lan. Lan buka mata. Elli? Ni mimpi ke apa nih? Lan gosok mata.
“Cannot sleep la. Boring pulak rasanya..”
Lan mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Elli. Elli memandang Lan yang hanya berbaju t-shirt.
“Sejuk ek? Tak pe la. Awak ambik balik la sweater awak ni.” Elli menghulurkan sweater kepada Lan.
“Eh, tak pe..! Saya tak kisah. Elli pakai je la...”
“Tapi nampak macam menggigil je. Betul ni?”
Lan angkat kening. Aik..nampak ke aku menggigil?
‘Tak de la. Ni saje buat-buat. Ha, tengok. Mana ada menggigil..” Lan mendepangkan tangan.
Elli tergelak.
“Ok..ok..”
Lan senyum. Bahagia pulak rasanya tergelak berdua-duaan dengan Elli di dinihari seperti ini. Elli melabuhkan punggung di sebelah Lan.
“Emm...ada girlfriend?”
Serta merta wajah Elli dipandang.
“Awak. Dah ada girlfriend ke? I mean..special girlfriend..?” Elli tanya Lan sekali lagi.
“Emm..ada. Tapi tu cerita lama. Malas la nak ingat benda yang dah lepas.” Lan menjawab.
Elli hanya mengangguk faham.
“How about you? Any boyfriend?” Lan menyoal Elli semula.
“Yes, i have..”
Lan kaku seperti terkena kejutan elektrik.
“But not the special one..” Elli menyambung.
Fuh.. lega! Lan menelan liur. Nakal jugak dia nih..! Lan melemparkan senyuman. Elli membalas. ‘Hai...luruh jantung aku! Tak tidur tujuh hari tujuh malam pun tak apa..’ Lan bisik sendiri.
Pagi itu, mereka berbual hingga jam menunjukkan pukul 4.15 pagi.


5 Disember 2000.
Hari ke 3 ekspedisi. Sebentar lagi mereka akan memulakan pendakian ke puncak Gunung Liang. Tom memasak sardin dan tuna untuk menggoreng bihun. Jeb goreng nasi. Anoy pula membancuh milo. Yang lain pun turut sibuk membantu. Lan? Dia hanya menunggu masa untuk menyuap makanan masuk ke dalam perut. Sekali sekala dia menjenguk mereka yang memasak. Daripada tak menjenguk langsung, baik dia buat-buat menyibuk. Hanya Bin yang liat hendak bangun pagi.
Selesai sarapan, dan bersiap apa yang patut, mereka memulakan pendakian. Keinginan untuk berada di puncak Gunung Liang membuat semua peserta tidak sabar-sabar hendak sampai ke sana. Akhirnya, jam 12.30 tengahari, Lan sampai di puncak. Bersama Elli. Memandangkan yang lain belum sampai, Lan mengambil peluang yang ada untuk mengenali Elli dengan lebih dekat. Bermacam-macam soalan yang ditanya kepada Elli. Kemesraan yang ditunjukkan Lan menjadikan gadis itu selesa bersamanya. Mereka berkongsi cerita sehinggalah yang lain mula sampai seorang demi seorang.
Hujan turun sewaktu perjalanan pulang ke camp site. Lan dan Elli yang menjadi orang terawal sampai di situ. Sebaik sampai, hujan pun berhenti. Mujur tak berapa lebat hujan. Kalau tidak, mahu menggigil Lan dibuatnya.
Selepas makan malam, masing-masing mengambil keputusan untuk terus tidur. Cuma beberapa orang yang kelihatan berbual. Itu pun tidak lama. Letih mendaki membuatkan keinginan untuk stay up tumpul.


6 Disember 2000
Pagi ini, pagi terakhir ekspedisi. Lan duduk di atas batu besar yang agak tinggi dari batu-batu yang lain sambil mendengar walkman. Niat di hati hendak sambung tidur. Tapi, bila dah kena sound dengan Tom, hilang selera nak tidur.
“Weh..kalau asyik nak tidur, baik tak payah datang camping. Dok rumah,
tarik selimut sampai malam lagi bagus laa...”
Dari sakit telinga dengar si Tom tu membebel, baik layan blues kat atas batu nih. Dari situ, dia dapat lihat dengan jelas kawasan perkampungan yang terletak jauh di bawah sana. Rumah-rumah yang tersusun nampak seperti susunan kotak mancis.

Hanya Dengan sedikit malu
Pahitnya aku harus tempuhi
Keberadaan cintamu dalam hatiku yang kau renangi
Rasa resah singgah hingga terjadi perang emosi kau dan aku
Jangan pernah menyanjung cinta
Jika kau tak mengerti makna nya cinta
Satu terindah dlm dirimu kini ada dijiwaku
Kuinginkan cerita cinta terindah bagaikan dalam dongeng


Lagu Melly yang didengar melalui Mp3 Sony Walkman miliknya itu membawa ingatannya kepada Elli. Pandangan dihala ke camp site. Kelihatan Elli sedang mengemaskan beg. Maklumlah, sebentar lagi, perjalanan pulang akan bermula. Bagi Lan, ekspedisi kali ini, memberi satu makna yang mendalam dalam hatinya. Dari sini, dia mengenali Elli. Dia sendiri tidak tahu, mengapa mudah benar hatinya terpaut dengan gadis itu. Kalau diikutkan, sebelum ini, bukan tidak ada perempuan yang lebih cantik daripada Elli yang pernah suka kepadanya. Satu pun tidak kena dengan hatinya. Tapi bila bertemu Elli, segalanya berbeza. Mengenali Elli bagaikan meruntuhkan tembok kesuraman hatinya yang tercipta semenjak kehilangan Yan.
Cuma, perbualan ketika di puncak Liang semalam membuatkan perasaan Lan sedikit hampa. Elli memberitahu bahawa hatinya sudah terpikat dengan seorang jejaka. Sudah lama disimpan perasaan itu. Hanya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Macamana tu?
Lan mengeluh. ‘Nasib baik dia bertepuk sebelah tangan. Sekurang-kurangnya aku still ada peluang..’dia berkata sendiri. ‘Tapi macamana kalau aku pun bertepuk sebelah tangan? Elli tolak aku mentah-mentah. Macamana?’ dahinya berkerut.Ishh..rumit jugak nih..! Otak Lan mula memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Yang pasti, bak kata cikgu sekolahnya dulu, kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya. Ya, betul tu. Tak kira ruyung tu tebal mana pun, Lan berazam akan memecahkannya. Biar dapat sagu yang diidamkan. ‘Cuma..kena fikirkan apa jenis alat yang nak digunakan untuk pecahkan ruyung tu laa...’ Lan mengangguk perlahan. ‘Don’t give up, Lan. Dalam hidup ni, segalanya berkemungkinan. Macam-macam boleh jadik..’ dipujuk hati sendiri. Mana lah tahu kan, satu hari nanti...ehem! Lan berangan.
Sarapan pagi itu hanya maggi goreng. Itu sahaja yang tinggal bersama nasi himpit yang diibawa oleh Erin. Selesai sarapan dan berkemas, mereka bertolak ke Kg. Sungai Dara. Jam 6.25 mereka sampai. ‘Settle ekspedisi kali ini..!’ Lan jerit dalam hati. Puas.
Di situ, masing-masing menukar pakaian bersih kerana mereka akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini. Bin menghantar Lan dan yang lain-lain ke stesen bas Tanjung Malim. Dalam pada itu, Lan sempat meminta nombor telefon Elli daripada Tom. Dengan alasan, ‘ala..saja..nak kacau-kacau..!’ Nasib baik Tom bagi. ‘Yes!!’
Maka berakhir lah ekspedisi yang penuh kenangan ini. ‘Moga ada sinar di depan sana..’ Lan memandang Elli sebelum berpisah. Mereka bertukar senyuman.

***********************************************************
Lan senyum sendiri. Kenangan lama itu sungguh mengusik hati. Hari ini, dia kembali ke Gunung Liang ini semula. Masih berdiri di atas batu yang sama kala hatinya kusut memikirkan Elli. Dipandang ke bawah. Kampung itu masih sama. Malah nampak makin indah waktu ini. Ciptaan Tuhan. Tak terlawan dek manusia.
...!”
Lan segera menoleh. Wajah dihadapannya tersenyum. Lan membalas.
“Waa’laikumussalam...”salam dijawab.
Dia menghampiri dan berdiri di sebelah Lan.
“Jauh menung. Teringat siapa?” soalan pertama dituju kepada Lan.
Lan senyum lagi.
“Teringat kat bakal madu ayang..” spontan Lan menjawab.
Perempuan itu angkat kening.
“Amboi....gatalnya..! Ada hati nak pasang lagi satu..” cemiknya. Lengan Lan dicubit.
“Kalau dapat izin ayang , apa salahnya. Nak jugak abang cuba..” Lan berseloroh.
Wajah itu masam tiba-tiba.
“Ha..pergi lah. Pergi cari. Tinggalkan ayang kat sini. Ayang tak kisah..” merajuk kedengaran suara itu.
“Ala..ala..merajuk pulak. Janganlah macam tu. Abang gurau je. Lie tahu
kan, Lie sorang je la yang ada dalam hati abang ni. ”
Lan memeluk bahu teman di sebelah.
“Tahu..” jawab Elli.
Serentak mereka tergelak. Terasa kebahagiaan ada di mana-mana.
“Nak dapat yang sorang ni pun susah...tau! ” bisiknya ke telinga Elli.
“Ye ke?” soal Elli manja.
“Iye, sayang. Nasib baik dapat akhirnya...” tangan Elli digenggam erat.
Elli senyum. Terharu dengan kata-kata lelaki di sebelahnya. Langit direnung. Sebentar lagi matahari akan terbenam. Malam akan tiba dan esok akan menjelang. Lan memandang wajah Elli. Gadis idaman akhirnya dapat dimiliki. Sesungguhnya anugerah Tuhan tidak ternilai untuknya. Seorang isteri yang baik, rumahtangga yang bahagia, apa lagi yang dimahukan? Kadang-kadang tu, Lan rasa tak percaya inilah jalan kehidupannya. Tapi inilah realiti. Alhamdulillah..


-----------------

Jom Pakat Naik GununG CEO Penguis



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 00:28


biasanya area gunung ni sejuk menggila... lagi laa kalau mandi sungai... perggggghhh...!! gigil tak ingat punye...

p/s: time malam laa..

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-08-05 21:22


best lah cerita ni....syok saja baca...hehehehe....

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087254 saat. Lajunya....