Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 234
Ahli: 0
Jumlah: 234




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: ditujukan khas kepada lelaki bujang


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» ditujukan khas kepada lelaki bujang

Please Mendaftar To Post


Oleh ditujukan khas kepada lelaki bujang

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 23:45


Di antara sunnahku adalah menikah, dan orang yang paling jahat di antara kalian adalah orang yang hidup membujang, dan mayat yang paling hina di antara mayat kalian adalah mayat orang yang membujang. teruskan membaca .....


Hidup bukanlah untuk bermain-main atau memiliki sikap ego. Islam
tidak pemah mengajar umatnya hidup seperti rahib yang menyepi di
dalam biara, dan begitu jua sebaliknya hidup yang bergelumangan
dengan dosa. Allah SWT tidak menciptakan hambanya untuk hidup sepi dan menyendiri serta hidup hanya untuk diri sendiri Akan tetapi manusia sengaja diciptakan supaya mereka hidup untuk bermasyarakat.

SIKAP LELAKI DAN WANITA YANG DIREDHAI ALLAH

Terdapat banyak perkara yang ditemui di dalam kehidupan sehari-hari. Ada kaum lelaki yang tidak mahu berkahwin dan mereka lebih senang hidup membujang. Kalaupun mereka mempunyai kekasih, tujuannya adalah untuk sekadar memuaskan nafsu seketika itu sahaja. Setelah nafsu syahwatnya terpenuhi iapun banyak berdalih dan berusaha untuk meninggalkan kekasihnya itu dan mencari kekasih yang lain. Padahal kalau diperhatikan dan kemampuannya, lelaki tersebut telah sanggup untuk bernikah tetapi semua ini dilakukan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.

Bagi lelaki yang tidak mahu benikah dan suka hidup membujang, perlu menyedari bahawa kehidupan di dunia ini memerlukan perjuangan dan pengorbanan, persaudaraan dan bekerjasama dan saling mengharapkan kehormatan serta kesucian.

Hidup bukanlah untuk bermain-main atau memiliki sikap ego. Islam
tidak pemah mengajar umatnya hidup seperti rahib yang menyepi di
dalam biara, dan begitu jua sebaliknya hidup yang bergelumangan
dengan dosa. Allah SWT tidak menciptakan hambanya untuk hidup sepi dan menyendiri serta hidup hanya untuk diri sendiri Akan tetapi manusia sengaja diciptakan supaya mereka hidup untuk bermasyarakat.

Islam menyuruh umatnya ikut bekerjasama membina satu umat yang luhur. Cara yang paling utama adalah dengan membina keluarga yang kuat, di mana anggota keluarga, khususnya anak-anak dididik menjadi orang yang soleh. Kemudian turut serta dalam membangunkan negara, meningkatkan kesejahteraan umat dan tolong-menolong dalam beramal soleh yang tujuannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Islam membenci sikap orang yang tidak mahu bernikah, malah
mengecamnya dengan keras. Pernah suatu hari Rasulullah SAW mendapat berita bahawa `Ukkaf Ibnu Wada'ah Al-Hilali tidak mahu beniikah, padahal ia mampu untuk berbuat demikian, maka Rasulullah menegurnya:

"Apakah engkau mempunyai isteri? Wahai `Ukkaf.

Dia menjawab: "Tidak..."

"Apakah engkau juga tidak mempunyai hamba sahaya?"

Dia menjawab: "Tidak"

"Padahal engkau seorang yang sihat dan berada?"

Dia menjawab: "Ya, Alhamdulillah."

Kalau begitu kamu ini adalah antara sahabat syaitan. Kamu boleh pilih apakah akan menjadi seorang rahib Nasrani atau seorang dari kami dengan mengikuti apa yang kami lakukan. Di antara sunnahku adalah menikah, dan orang yang paling jahat di antara kalian adalah orang yang hidup membujang, dan mayat yang paling hina di antara mayat kalian adalah mayat orang yang membujang. Celakalah engkau ya `Ukkaf. Bernikahlah!. "Ya Rasulullah, aku tidak akan kahwin kecuali dengan wanita yang engkau pilih, siapapun orangnya." "Aku telah kahwinkan engkau atas nama Allah dan keberkatan yang mulia dengan Kaltsum Al- Himyari."

Rasulullah SAW di dalam hal ini tidak segan-segan memberikan gelaran buruk kepada setiap orang bujang yang tidak mahu berkahwm. Hal ini disebabkan banyak berlaku kejatuhan nilai-nilai moral atau akhlak yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka yang hidup membujang.

Islam telah menentukan dasar bagi kaum wanita dalam memilih suami. Hal ini seperti yang telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya dalam Al-Quran:

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan bagi lelaki yang keji. Dan
lelaki yang keji diperuntukkan bagi wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula."(Surah An-Nur: 26)

Oleh kerana itu demi untuk kepentingan keluarga dan masyarakat, baik bagi wanita mahupun lelaki hendaklah menikah dengan orang yang sama dalam pengamalan agamanya. Kerana, walaupun wanita pada mulanya adalah seorang yang soleh, taat beragama, apabila bernikah dengan lelaki yang berperangai keji, maka wanita itu sudah pasti akan sukar untuk mempertahankan kebaikan serta ketaqwaannya.

Tidak ada fitnah yang lebih besar di permukaan bumi ini bagi seorang wanita yang soleh, seandainya ia hidup di tengah-tengah lelaki fasiq, yang tidak mengindahkan sama sekali erti perdamaian dan kesetiaan. Kalaupun ada seorang wanita yang ingin tetap bertahan dengan suami yang seperti itu, mungkin ia akan dipengaruhi oleh perangai suaminya, hingga lambat laun akan luntur ketaatan agamanya.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-05-05 23:52




Quote:

Rasulullah SAW di dalam hal ini tidak segan-segan memberikan gelaran buruk kepada setiap orang bujang yang tidak mahu berkahwm. Hal ini disebabkan banyak berlaku kejatuhan nilai-nilai moral atau akhlak yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka yang hidup membujang.



kahwinlah ye? apabila dah mampu dari segi kewangan tu sahabat2ku....





-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 00:03


Dilema Seorang Bujang
-------------------------------


Aku idamkan isteri yang solehah
Sedangkan aku nak solat pun susah

Aku idamkan isteri yang kiut miut
Sedangkan diriku tidaklah hensem

Aku idamkan isteri yang rajin sentiasa
Sedangkan masaku dihabiskan dengan berbungkus dalam selimut

Aku idamkan isteri yang bersosial bila perlu sahaja
Sedangkan kawan perempuanku tidak terkira banyaknya

Aku idamkan isteri yang berbudi bahasa
Sedangkan mulutku cakap ikut sedap saja

Aku idamkan isteri yang berakhlak mulia
Sedangkan hidupku bertuhankan nafsu seadanya

Aku idamkan isteri yang pintar
Sedangkan aku memang tak suka nak belajar

Aku idamkan isteri yang kaya dengan kesabaran
Sedangkan aku cukup mewah dengan marah berpanjangan

Aku idamkan isteri yang tak berkira
Sedangkan tinggi egoku melangit jua

Pendek kata,
Puteri yang diidamkan sempurna belaka sifatnya
Sedangkan aku serba tak cukup setiap inci dan sukatan
Kena belek balik cermin kenyataan
Jangan asyik hanyut dengan cermin keperasanan

Bujang-bujangan..apa tindakan?


"Who have believed and whose hearts have rest in the remembrance of Allah. Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest!" [13:28]


Shamsuddin Salleh
Sophomore Mechanical Engineering
Vanderbilt University

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 00:06


Quote:

Pendek kata,
Puteri yang diidamkan sempurna belaka sifatnya
Sedangkan aku serba tak cukup setiap inci dan sukatan
Kena belek balik cermin kenyataan
Jangan asyik hanyut dengan cermin keperasanan

Bujang-bujangan..apa tindakan?




siap siaga perkemaskan diri untuk jadi lelaki yang terbaik dan baik lagi soleh....

PS: Baik dengan soleh tu ada sedikit perbezaannya.

TQ

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-05-05 00:46


...

Quote:
Baik dengan soleh tu ada sedikit perbezaannya



benar kata sahabat tue.. setiap lelaki soleh adalah baik tetapi x semestinya lelaki baik adalah soleh.. sekadar pandangan.. teguran amat dialukan..semoga tergolong dlm kalangan lelaki soleh dan seterusnya ditemani wanita solehah...insyaAllah....

............................................

MasA meNGUbAH sEGAlanYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

ibnu_karim01
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.04.2004
Ahli No: 8146
Posting: 52
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 03:01


sumer....bagus gak idea ummi ttg lelaki bujang patut berkahwin jika mampu...tapi saya tak mampu...ishk3x....

-----------------
Membangun Bersama Islam...Islam perlu dihayati dan dipertahankan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_karim01Profil   Hantar PM kepada ibnu_karim01   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 07:54


bila nak kawin ekk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

Syahmushroom
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5132
Posting: 478
Dari: earth

japan  


posticon Posting pada: 17-05-05 09:01


bila seru dah smpai kot

-----------------
http://singabeng.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyahmushroomProfil   Hantar PM kepada Syahmushroom   Pergi ke Syahmushroom's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 10:58




This topic leads us back to the basic necessity : MONEY.

No Money, No Marry.



p/s : takde duit? takpe, doa selalu agar dimurahkan rezeki.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 11:01


Quote:

On 2005-05-17 10:58, syahidatul wrote:


This topic leads us back to the basic necessity : MONEY.

No Money, No Marry.




Agree 100%. No money no talklah.

tak ada duit nak bagi makan apa? Pasir boleh lah...
Insaf insaf.....so jika anda lelaki, jangan ngada-ngada @ mudah-mudah nak tackle seorang wanita sebelum anda ada kemampuan kewangan ye?

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 11:06


huhuhu.. pempuan lak.. kena cari duit gak le kot. takkan nak harap laki je.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sukri96
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15374
Posting: 598
Dari: Kepala Batas

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 11:11


bukan no money no talk saja..
kalau batin tak mampupun tak guna juga...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sukri96Profil   Hantar PM kepada sukri96   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 20:35


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah semoga Allah Azza wajalla mempermudahkan anak-anak lelaki yang ingin melaksanakan sunnah Rasulullah dalam bab perkawinan ini. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Sekiranya boleh menabung untuk yang lain mengapa tidak menabung untuk berkawin? Apa salahnya bekerja keras untuk melaksanakan satu sunnah yang amat dibanggakan oleh Rasulullah saw ini?

Sekiranya duit jadi masalah maka carilah duit dengan memohon pertolongan Allah SWT. Tak kiralah kerja apa asal halal dan boleh memberi tiga perkara asas kepada isteri, makan, pakaian dan tempat tinggal. Sekiranya isteri itu solehah maka dia bersyukur dapat menikah cepat dengan lelaki yang bertanggungjawab dan soleh.

Hinakah kerja kontrak?
hinakah kerja cuci pinggan di restoren?
hinakah kerja jadi cleaner?
hinakah kerja-kerja buruh itu?

InsyaAllah tepuk dada tanya iman anak-anak. Usahlah mengharap rezeki datang bergolek tapi usaha ke arah mencari rezeki insyaAllah hijab akan Allah buka dan cahaya keimanan akan bersinar menerangi hidup anak-anak biiznillah.

Bernikahlah ya kerana rugi kalau tak menikah sebab itu ada sunnah Rasulullah saw.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Allah akan tanya apa bila kita meninggal? Ada ke akan ditanya berapa hantaran?

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 20:38




masalahnya ummimq... kadang2 ibu bapa pulak yang memilih...

iye lah kan? takkan ibu bapa nak tengok anak mereka hidup susah sikit dengan suami yang tak mampu berikan kemewahan pada anak perempuan mereka.... betul tak?

hmm ttg perempuan yg baik macam tu, susah juga nak dicari sekarang ni...

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 22:16


ummimq boleh carikan untuk MohdHanafi...



hehe jgn marah ye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-05-05 23:09


Hmmm.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 00:37


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sabran wahai anakanda MohdHanafi. Sebenarnya bagi anak lelaki seeloknya biarlah ibu bapa cari dan sekiranya terdetik di hati menyukai seseorang maka dari detik pertama itu terus beritau ibu akan apa yang dirasai dalam hati tu. Dan meminta agar ibu bantu solat istikhorah sama disamping ikhlas dalam mentaarufkan diri si gadis pada ibu bapa terlebih dulu.

InsyaAllah keikhlasan dan juga ketulusan hati seorang anak lelaki terhadap ibu bapanya akan melahirkan satu suasana yang mendapat restu dan membuka ruang pada perbincangan secara elok.

Wahai anak lelaki usahlah membelakangi ibu bapa dalam soal jodoh ni ya kerana restu mereka itu barakah. Perhatikanlah keliling betapa peritnya kehidupan pasangan yang menikah tanpa restu ibu bapa ya.

Sekedar pandangan dari seorang yang bergelar ibu juga. Sentiasa mendoakan anak-anak agar bernikah secepat mungkin demi melihat Islam terus berkembang. Ameen ya Rabbal Alameen.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - "Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu duduk berdiam diri dan tidak mencari reseki, hanya pandai berdoa saja: "Ya Allah berilah aku rezeki!" walhal ia sudah mengetahui bahawa langit tidak akan sekali-kali menurunkan hujan emas ataupun perak." (Umar al-Khattab)

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 07:39


Quote:

On 2005-05-17 22:16, syahidatul wrote:
ummimq boleh carikan untuk MohdHanafi...



hehe jgn marah ye?



kesiannya.....

Mak ana dah carikan untuk ana lah....



-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 08:55


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tahniah ya anakanda MohdHanafi dan semoga hari bahagia ditempuhi dengan kesabaran dan ketabahan disamping jadi seorang suami mithali. Dan bantu rakan-rakan bujang lain untuk cepat bernikah juga ya kerana ini akan menambah kepada keberkatan dalam kehidupan para lelaki yang beriman untuk merealisasikan dan mengamalkan segala ilmu teori yang didapati sebelum ini. Semoga berjaya!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - "None of you is a true believer of Islam until and unless he loves for his fellow man what he loves for his own self."


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 18-05-05 09:00


info. yg baik ummimiq......

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 09:09


Quote:

On 2005-05-18 08:55, ummimq wrote:

Alhamdulillah tahniah ya anakanda MohdHanafi dan semoga hari bahagia ditempuhi dengan kesabaran dan ketabahan disamping jadi seorang suami mithali. ....Semoga berjaya!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - "None of you is a true believer of Islam until and unless he loves for his fellow man what he loves for his own self."




InsyaAllah....Ameen.... terima kasih ummimq

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 12:41


AMIN untuk saudara MohdHanafi..



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 18-05-05 13:28




harap2 yang bujang boleh jumpa jodoh yang sesuai... saya pun bujang lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15473
Posting: 268
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-05-05 14:29


Quote:

On 2005-05-17 00:03, ummimq wrote:
Dilema Seorang Bujang
-------------------------------
Aku idamkan isteri yang bersosial bila perlu sahaja
Sedangkan kawan perempuanku tidak terkira banyaknya

Pendek kata,
Puteri yang diidamkan sempurna belaka sifatnya
Sedangkan aku serba tak cukup setiap inci dan sukatan
Kena belek balik cermin kenyataan
Jangan asyik hanyut dengan cermin keperasanan



....
lelaki bujang macam ni memang banyak....

-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 22:24


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah memang ramai lelaki bujang hari ini kerana hantaran belanja yang mahal. Itu faktor utama rasanya dalam masyarakat Melayu. Jadi bagi wanita pula kenalah saling memahami akan hakikat kewangan yang terbatas. Maka usahakan agar dahulukan yang wajib - bernikah dengan restu kedua belah pihak terutama ibu bapa.

InsyaAllah seeloknya ibu bapa membantu anak lelaki menabung untuk menikah dari mereka kecil agar bila tiba masanya maka sudah boleh digunakan. Sebab tanggungjawab mencarikan jodoh anak-anak adalah ibu bapa. Sekiranya si anak ada pilihan ibu bapa membantu dengan memastikan pilihan anak itu membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Masihkah ingat kisah Nabi Ibrahim yang minta Nabi Ismail tukar tiang rumahnya (ceraikan isterinya yang perangai tidak digemari oleh Nabi Ibrahim alaihissalam itu). Jadi insyaAllah bernikahlah dan bercintalah selepas bernikah adalah lebih barakah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - bila dah menikah bermakna itulah jodoh kamu maka bertanggungjawablah atas amanah Allah itu.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-05-05 23:40




Semoga dipertemukan jodoh...


::: Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah ::: Go Muslim Power!! :::

"Mendermalah untuk menyelamatkan dan memantapkan lagi Portal Ukhwah kesayangan kita




-----------------
Seni Khat Warisan Islam @ callidesign™
Flickr™

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-05-05 01:01


... alhamdulillah byk panduan yg diperoleh... semoga dapat menemui seorang serikandi, penyejuk d mata, penawar d hati... cam sahabat MohdHanafi

............................

mAsa MenGUbaH sEGAlanYa


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 01:04


Quote:

On 2005-05-19 01:01, akhie_muzam wrote:
... alhamdulillah byk panduan yg diperoleh... semoga dapat menemui seorang serikandi, penyejuk d mata, penawar d hati... cam sahabat MohdHanafi

............................

mAsa MenGUbaH sEGAlanYa




Ala.......... nnt kalau susah-susah boleh lah kita minta khidmat ummimq untuk jadi match maker ye? Boleh tak ummimq?

TQ.

-----------------
Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-05-05 14:26


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah insyaAllah umi boleh bantu sekedar termampu tapi yang lebih afdhal ialah ibu bapa anak-anak sendiri kerana mereka yang ta'ruf anak-anak mereka dan dapat memahami siapa yang sesuai untuk anak mereka... tak gitu .

Walau apapun insyaAllah kalau berhajat umi untuk taaruf sama ada yang lelaki atau perempuan maka umi akan bantu. Sebab umi dari umur 19 tahun dah jadi 'matchmaker' dah. Orang pertama yang umi bantu cari jodoh ialah lelaki yang berhajatkan umi tapi umi masih tak bersedia untuk berumahtangga masa tu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - munajat (mengadu) pada Allah azza wajalla adalah sebaik-baik kaedah untuk mencapai segala cita-cita.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 00:16


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi dapat call dari seorang anak angkat siber yang masih bujang memberitau ibu bapa beliau baru pergi merisik dan didapatinya penerimaan dari pihak perempuan seperti majlis pertunangan pula. Lepas tu anak angkat bujang ni beritau yang dia nak bertunang lepas raya ni tapi budak perempuan tu suka nak jumpa-jumpa. Jadi umi sarankan agar terus menikah saja demi menjaga keberkatan hidup dan mengelak dari maksiat. Tetapi anak bujang ni kata dia ada plan untuk siapkan sebuah rumah yang lengkap sebelum bernikah begitu. Umi tanya padanya nilai apa yang dia guna untuk planning tu? dia senyap terus.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - kalau nak nikah tu biarlah dipercepatkan kerana ditakuti nanti jemu dan mungkin panas yang disangka sampai ke petang namun hujan turun di tengah hari pula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 24-08-05 09:09


Bakal zaujah dah ada... Persetujuan dah ada....Tapi $ yang tak cukup lagi....Saya memng nak kahwin tapi tengah berusaha keras kumpul duit.... Tapi kalau ada teman-teman ukhwah yang nak sponsor , ok jugak...Tak payah banyak, seorang RM10 pun jadilah... Kalau 1000 orang dah dapat RM10000.... Dengan segera saya akan masuk meminang and menikah... Tapi kalau tak ada, makna nya kena tunggu sampai 2007 barulah dapat nak kahwin....hehehehehehe... Ada ke yang berniat nak tolong? heheheheehehe :-p

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 09:25


Pada 24-08-05 09:09 , Akhi_Arab posting:

!!! QUOTE !!!

Bakal zaujah dah ada... Persetujuan dah ada....Tapi $ yang tak cukup lagi....Saya memng nak kahwin tapi tengah berusaha keras kumpul duit.... Tapi kalau ada teman-teman ukhwah yang nak sponsor , ok jugak...Tak payah banyak, seorang RM10 pun jadilah... Kalau 1000 orang dah dapat RM10000.... Dengan segera saya akan masuk meminang and menikah... Tapi kalau tak ada, makna nya kena tunggu sampai 2007 barulah dapat nak kahwin....hehehehehehe... Ada ke yang berniat nak tolong? heheheheehehe :-p



emmmm..hehehehehehehe....

Allahumma Solia'lah Sayyidina wa Maulana Muhammad.
InsyaAllah kesabaran akan menghasilkan keberkatan.





Ana: Sabar dan berusaha...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 22:25


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tahniah kerana anakanda akhi arab ni normal. Ada kesungguhan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah saw. Teruskan usaha dan doa. Cuma anakanda ni ada ibu bapa dan adik beradik atau keluarga terdekat yang memahami akan kehendak sunnah ni? Umi rasa anakanda berjumpa dengan keluarga atau kenalan terdekat minta bantuan dari segi kewangan. Hanya mereka yang memahami serta ketentuan Allah SWT maka anakanda akan dapat menikah dalam masa terdekat InsyaAllah. Cubalah usaha ni ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - hidup yang sementara ini biarlah dilalui dengan keikhlasan dan menurut Al Quran dan Sunnah termasuk percepat yang baik iaitu menikah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Al_Basayuv
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6563
Posting: 199
Dari: UkrainE

ukraine  


posticon Posting pada: 24-08-05 23:39


assalamualaikum ummi.... segan pula nak cakap dengan ummi niii... ye laaa... saya muda lagi... ummi dah macam umur ummi saya dah... :-) nak jugak... tapi tak mampu lagii laaa ummi... bukan apa... takut sangat diri ni terjebak dengan kemaksiatn zahir au batin.... (biarpuin dah terjebak) saya ni bukannya baik sangat.... rasulullah kata.... kalau dah sampai tahap wajib kahwin.... tapi tak mampu... samaada dari segi kewgn kee.... apa kee.... biasakan puasa.... sebab puasa tu merendahkan nafsu shahwat..... hmmm... so saya ni kena byak puasa laa niii... :-) klah ummi... terima kasih atas nasihat ummi... doakan saya yeee.... agar sntiasa istiqamah dalam perjuangn ini... biarpun selalu jugak tersasr dari landasan..... doakan agar Allah ampunkan dosa saya yee... dan dosa seluruh umat islam walau di mana pun mereka berada... ok ummi... jazakallahukhairan kathiran.... wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al_BasayuvProfil   Hantar PM kepada Al_Basayuv   Pergi ke Al_Basayuv's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-08-05 00:26


apa pendapat ummi dengan pelajar2 IPT yang kian hangat dengan masalah couple? Adakah mereka ni patut berkahwin dalam pada mereka ni masih mengikuti pengajian di IPT masing2? Mungkin sebahagian daripada kalangan mereka yang masih belajar dan sedang bercouple, tetapi mereka takut berkemungkinan terjerumus ke lembah maksiat yang lebih dasyat (zina/persetubuhan), apakah penyelesaiannya? Boleh ke mereka ni kahwin sambil meneruskan pengajian? Dan kalau boleh...bagaimana caranya tu?
[ Telah diedit oleh: ridwan_daie pada 25-08-05 00:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-08-05 05:36


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah harap dapatlah kiranya anak-anak baca apa yang dipaparkan di bawah ini dan cubalah fahami dan amalkan demi masa depan bukan setakat di dunia tetapi di akhirat sana ....

Sebenarnya setiap individu Muslim wajib menegakkan syariat Allah di segenap pelusuk muka bumi ini apabila mereka sudah mendapat petunjuk dan hidayah Allah SWT. Mereka tidak sepatutnya membiarkan manusia disekelilingnya tenggelam dalam kesesatan dan karam di dalam jahiliyah.

"Hidayah itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan mentaati Allah. Dan tidak akan sempurna hidayah tanpa mengerjakan amar ma'ruf nahi munkar - berbuat baik dan mencegah kemungkaran." Kata-kata Ibnu Taimiyyah itu mejelaskan bahawa dakwah itu adalah profesion sebenar setiap individu Muslim. Atas dasar itu setiap individu Muslim mesti menyeru (berdakwah) di jalan Allah sekedar apa yang diketahuinya - ikut tahap kemampuan dan audiens masing-masing.

Oleh itu anak-anak hendaklah sedar bahawa ilmu itu penting maka carilah agar dapat menjalankan tugas sebagai dai'e yang berilmu pengetahuan dan ditambah dengan pengalaman masing-masing akan dapat menyampaikan walau satu ayat. Ameen Ya Rabbal Alameen!

Rasulullah saw bersabda mafhumnya:
"Hendaklah kalian beramal sesuai dengan kemampuan kalian. Demi Allah, Allah tidak akan bosan sehingga kalian merasa bosan." (HR Bukhari Muslim)

Harap anakanda basayuv dan ridwan daie dapat menangkap maksud umi itu ya. salam iman dan ukhwah dari umi untuk anak-anak semua ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - yakin pada Allah SWT insyaAllah bukan setakat menikah namun lebih dari itu akan dianugerahkanNya sekiranya kita bersyukur dan ubudiyahlillahi wahdah kepada-Nya semata-mata.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 25-08-05 09:15


Pada 24-08-05 22:25 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tahniah kerana anakanda akhi arab ni normal. Ada kesungguhan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah saw. Teruskan usaha dan doa. Cuma anakanda ni ada ibu bapa dan adik beradik atau keluarga terdekat yang memahami akan kehendak sunnah ni? Umi rasa anakanda berjumpa dengan keluarga atau kenalan terdekat minta bantuan dari segi kewangan. Hanya mereka yang memahami serta ketentuan Allah SWT maka anakanda akan dapat menikah dalam masa terdekat InsyaAllah. Cubalah usaha ni ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - hidup yang sementara ini biarlah dilalui dengan keikhlasan dan menurut Al Quran dan Sunnah termasuk percepat yang baik iaitu menikah.


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Syukran atas nasihat ummi...Sebenarnya buat masa ni, saya sedang usaha perbaiki diri dengan menambahkan bekalan sebelum menjadi suami.... Sejujurnya, bakal zaujah saya ni lebih berpengetahuan tentang agama berbanding saya.... Dia yang banyak memberi tunjuk ajar dan memperbaiki kekurangan dan kelemahan saya... Sebab itu saya berusaha bersungguh2 untuk menjadikan dia permaisuri hati.... Selama ini saya ada pengetahuan agama tapi saya tidak praktikkan, namun selepas kehadiran "penawar" tersebut dalam hidup saya, baru saya disedarkan akan kelalaian saya......
     Tentang kewangan itu, sebenarnya saya sedang kumpulkan $ untuk persiapan.... Hampir 70% dari gaji saya diasingkan untuk tujuan tersebut.... Perancangan saya nak mendirikan masjid tersebut InsyaALLAH pada January 2007 ( Jika Ditentukan ALLAH bahawa wanita tersebut ialah yang terbaik buat saya ...Dan saya adalah yang terbaik buat dia ).......memang saya tahu, ummi saya pasti akan tambahkan segala yang kurang namun bagi saya, saya nak bina rumahtangga saya atas hasil titik peluh saya sendiri....Saya tak mahu membina istana dengan meminjam kerana jika kita bina istana dengan titik peluh sendiri, kita akan lebih menghargainya.... Namun jika Allah tentukan saya masih perlu berharap pada ummi saya, maka kita kena akur dengan kehendakNYA ... Namun, selagi terdaya, saya akan usaha dengan kudrat yang telah ALLAH kurniakan...... Saya harap, teman dan ahli ukhwah yang lain dapat doakan saya..InsyaALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-08-05 10:42


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi faham maksud anakanda tu. Cuma sekiranya tidak keberatan boleh dibincang dengan keluarga dan juga sebelah bakal isteri tu untuk cari jalan percepatkan pernikahan sebab semua sudah lengkap cuma masalah kewangan. Teruskan istikhorah dan munajat ya anakanda kerana yang penting ialah untuk cukupkan iman yang separuh lagi tu tu. Lagipun sekiranya diperbincangkan akan mendatangkan keberkatan. Bila dah menikah cari duit, ilmu dan juga segala-galanya pahala dan juga keberkatan. usahakanlah menikah secepat mungkin ya anakanda. InsyaAllah Allah akan bantu. teruskan doa ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - sekiranya di selangor boleh minta bantuankan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 25-08-05 11:06


Pada 25-08-05 10:42 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi faham maksud anakanda tu. Cuma sekiranya tidak keberatan boleh dibincang dengan keluarga dan juga sebelah bakal isteri tu untuk cari jalan percepatkan pernikahan sebab semua sudah lengkap cuma masalah kewangan. Teruskan istikhorah dan munajat ya anakanda kerana yang penting ialah untuk cukupkan iman yang separuh lagi tu tu. Lagipun sekiranya diperbincangkan akan mendatangkan keberkatan. Bila dah menikah cari duit, ilmu dan juga segala-galanya pahala dan juga keberkatan. usahakanlah menikah secepat mungkin ya anakanda. InsyaAllah Allah akan bantu. teruskan doa ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - sekiranya di selangor boleh minta bantuankan?


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah, setakat ini ukhwah antara kami mendapat restu kedua belah pihak... Tentang perbincangan dengan pihak belah wanita, memang pinta ibunya agar dipercepatkan bagi mengelak fitnah and buat yang wajib saja dahulu.....Seperti juga pendapat ummi, Kata ibunya "tak perlulah tunggu lama sangat".... Saya hargai niatnya dan kerana itu saya sedang berusaha dengan sebaik mungkin...... Ummi saya sendiri juga agak berkenan dengan bakal zaujah ini berbanding teman2 lain yang pernah saya rapat.... InsyaALLAH, jika telah ditentukan jodoh antara kami, saya pasti akan jemput semua ahli ukhwah dan ummi khususnya...
Namun, kita sebagai hambaNYA hanya mampu berusaha dan bertawakkal, segalanya terserah kepadaNYA.. Moga diperkenankan segala niat yang baik tersebut....InsyaALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 25-08-05 13:03


Assalamualaikum .......ummi, boleh tak cadangkan kat mana saya boleh sertai kursus perkahwinan yang sempurna dan berkesan.... Sebab, saya difahamkan, setiap tempat kursus berbeza... Saya nak tempat yang memang boleh kita hayati segala yang dipelajari.... Maybe ummi tahu tempatnya dan boleh cadangkan tempatnya.. Kalau boleh biarlah sekitar KL atau area Rawang...... Syukran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

futurama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2334
Posting: 324
Dari: muar, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-08-05 16:20


topik yang best ummimq
um..ana nak tanya.macam mana jika pasangan tu memang dah wajib kahwin
tak mempunyai masalah kewangan langsung
tapi..keluarga dua pihak tak benarkan berkahwin
sebab dua2 masih pelajar ipt
uu~sedihnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For futuramaProfil   Hantar PM kepada futurama   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-08-05 23:23


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah nampaknya anakanda akhi Arab tak lama lagi membujang :). InsyaAllah sekiranya ibu pada pihak wanita sudah minta dipercepatkan maka negotiatelah dengan hikmah ya. Maksud umi tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan sekiranya dalam redha Allah SWT. Dan mendirikan masjid adalah dalam redha-Nya. Tentang kursus perkawinan itu umi rasa ikut yang dianjurkan oleh sama ada Haluan, Jim, Abim atau Pas kerana basic mereka yang bersifat haraki dan mementingkan generasi Muslim masa depan akan dapat membantu dalam memahami keutamaan dalam perkawinan. Selamat berkursus ya. Tetapi sekiranya untuk mendapatkan sijil saja ikutlah yang dianjurkan oleh masjid atau yang berdaftar dengan Jakim.

Bagi anakanda futurama, tahniah kerana anda juga normal. InsyaAllah alasan masih belajar itu sekedar alasan saja. Cubalah munajat dan istikhorah disamping rapatkan diri dengan ibu anakanda dulu dan beritau akan aspek keberkatan dalam hidup ini dan bagilah contoh mereka yang berjaya dalam peperiksaan walau sudah walimah ya. Lepas itu minta pada ibu untuk bincang dengan ayah dan seterusnya dengan keluarga perempuan. InsyaAllah segala-galanya akan dipermudahkan sekiranya bermula dengan redha ibu bapa ya. Jadi tackle both the parents first dengan doa dan munajat dan juga minta orang yang mereka hormati menasihati sekali ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - buat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, selamat dunia akhirat InsyaAllah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Irshadianz_Boyz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13291
Posting: 139
Dari: Bumi Al-Irshad

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 00:40


HEH...bukan sekarang ada kawin free ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For Irshadianz_BoyzProfil   Hantar PM kepada Irshadianz_Boyz   Quote dan BalasQuote

futurama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2334
Posting: 324
Dari: muar, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-08-05 15:03


syukran jazilan ummimq..
tapi ana ni sebenarnya perempuan
hehe..bertanyakan bagi pihak lelaki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For futuramaProfil   Hantar PM kepada futurama   Quote dan BalasQuote

amanassiq
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.10.2004
Ahli No: 12124
Posting: 89
Dari: al arddi kholifah

Pahang  


posticon Posting pada: 26-08-05 15:15


kawin sajalah....ikut sunnah nabi..kan bagus...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amanassiqProfil   Hantar PM kepada amanassiq   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 26-08-05 15:18


Pada 17-05-05 00:03 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Dilema Seorang Bujang



Assalamualaikum...
terima kasih ummimq...
wassalam...


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 16:24


Sikap enggan membina rumah tangga karena takut miskin adalah sikap orang jahil (bodoh), karena semua rezeki sudah diatur oleh Allah sejak manusia berada di alam rahim, dan manusia tidak bisa menteorikan rezeki yang dikaruniakan Allah, misalnya ia berkata : "Bila saya hidup sendiri gaji saya cukup, tapi bila punya istri tidak cukup ?!".

Perkataan ini adalah perkataan yang batil, karena bertentangan dengan ayat-ayat Allah dan hadits-hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Allah memerintahkan untuk kawin, dan seandainya mereka fakir pasti Allah akan membantu dengan memberi rezeki kepadanya. Allah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang nikah, dalam firman-Nya:

"Artinya : Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(An-Nur : 32).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya :
"Artinya : Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya". (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu 'anhu).
Para Salafus-Shalih sangat menganjurkan untuk nikah dan mereka anti membujang, serta tidak suka berlama-lama hidup sendiri.

Ibnu Mas'ud radliyallahu 'anhu pernah berkata : "Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan". (Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul 'Arus hal. 20).


http://www.assunnah.or.id/artikel/masalah/21nasihat2.php

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

al-hafizz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.08.2005
Ahli No: 18407
Posting: 41
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 17:06


tak tahu nak komenlah?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-hafizzProfil   Hantar PM kepada al-hafizz   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 21:11


Menurut Islam Bani Adam lah yang memperoleh kehormatan untuk memikul amanah Ilahi sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana firman Allah Ta'ala.

"Artinya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?. Allah berfirman : "Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (Al-Baqarah : 30).

Perkawinan bukanlah persoalan kecil dan sepele, tapi merupakan persoalan penting dan besar. 'Aqad nikah (perkawinan) adalah sebagai suatu perjanjian yang kokoh dan suci (MITSAAQON GHOLIIDHOO), sebagaimana firman Allah Ta'ala.
"Artinya : Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami istri dan mereka (istri-istrimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat". (An-Nisaa' : 21).

Karena itu, diharapkan semua pihak yang terlibat di dalamnya, khususnya suami istri, memelihara dan menjaganya secara sungguh-sungguh dan penuh tanggung jawab.

Agama Islam telah memberikan petunjuk yang lengkap dan rinci terhadap persoalan perkawinan. Mulai dari anjuran menikah, cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika terjadi kemelut dalam rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara rinci dan detail.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-08-05 21:32


moga Allah membantu hamba2Nya yang berusaha mencari redhaNya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 27-08-05 22:23


Assalamualaikum...

sebab ramai sangat tanya umi..so saya pun nak tanya jugakla..boleh tak ummiq??so kalau kita tengok cnie macam-macam mslh yang ada kan..ummiq pula xputus2 memberikan harapan pada kami yang bergelar anak2 ini...semoga Allah membalas jasa baik ummiq tu..masalah saya pula..rasanya insyaAllah saya akan grad dalam masa terdekat ini..dan dari segi mslh kewangan tu,.insyaAllah juga tak ada lah berapa berat sangat isu tu pada saya...pasal kewangan saya cuba pastikan diri saya stabil terlebih dahulu sebelum saya membina masjid...saya nak tanya ummiq apa pendapat ummiq kalau ibubapa sebelah muslimat itu xbg dia kawin..even lelaki yang nak pinang dia itu cukup syarat dari segi agama,kewangan,dan sifat2 lain...alasan yang diberikan ibubapanye ialah dia merasakan anak dia xcukup matang lagi..untuk pengetahuan memang anak dia muda sedikit dan masih menuntut di ipta...tapi jika tanya anak dia memang anak dia nak kawin dan bersedia mencuba menjadi isteri...cuma ibubapa dia takut...saya tak salah kan ibubapa nya kerana ibubapa mana yang tidak takut jika anak yang disayangi itu berkahwin dan bercerai...cuma bagaimana cara nak yakinkan ibubapa dia???sebagai naluri seorang ibu saya yakin ummiq dapat menjaap pemasalahan ini...wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 29-08-05 11:40


Pada 25-08-05 23:23 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah nampaknya anakanda akhi Arab tak lama lagi membujang :). InsyaAllah sekiranya ibu pada pihak wanita sudah minta dipercepatkan maka negotiatelah dengan hikmah ya. Maksud umi tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan sekiranya dalam redha Allah SWT. Dan mendirikan masjid adalah dalam redha-Nya. Tentang kursus perkawinan itu umi rasa ikut yang dianjurkan oleh sama ada Haluan, Jim, Abim atau Pas kerana basic mereka yang bersifat haraki dan mementingkan generasi Muslim masa depan akan dapat membantu dalam memahami keutamaan dalam perkawinan. Selamat berkursus ya. Tetapi sekiranya untuk mendapatkan sijil saja ikutlah yang dianjurkan oleh masjid atau yang berdaftar dengan Jakim.

Bagi anakanda futurama, tahniah kerana anda juga normal. InsyaAllah alasan masih belajar itu sekedar alasan saja. Cubalah munajat dan istikhorah disamping rapatkan diri dengan ibu anakanda dulu dan beritau akan aspek keberkatan dalam hidup ini dan bagilah contoh mereka yang berjaya dalam peperiksaan walau sudah walimah ya. Lepas itu minta pada ibu untuk bincang dengan ayah dan seterusnya dengan keluarga perempuan. InsyaAllah segala-galanya akan dipermudahkan sekiranya bermula dengan redha ibu bapa ya. Jadi tackle both the parents first dengan doa dan munajat dan juga minta orang yang mereka hormati menasihati sekali ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - buat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, selamat dunia akhirat InsyaAllah!



Assalamualaikum semua.. Moga kita semua mendapat berkah dalam meniti hari-hari sebagai khalifah ALLAH di muka bumiNYA... rasa-rasanya, apa yang saya quote kat atas ini mampu menjawab persoalan saudara hafeezzul.......Tapi jika masih kurang pasti dan perlukan lebih penjelasan yang terperinci, maybe boleh ummimq bagikan pendapat yang lebih utuh... Maklumlah, kami semua masih dalam peringkat belajar...... Yang pastinya, jika tak cuba, manakan tahu hasilnya.. Jika tak dipecahkan ruyung, mankan nak dapat sagunya.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

Ramzi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17780
Posting: 26
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 15:57


bagus juga tuu.. kahwin cpt2 dari membiarkan diri dihnytkn olh arus nafsu kat sendiri(bagi yang dah ada cln lah)... yeee tak. yee lah .. kalau dah cakap sgl kprluan nak kahwin tu tak elk lah kat tangguh2kan.namun ana nmpknye masih jauh lagi sb tak sesuai lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For RamziProfil   Hantar PM kepada Ramzi   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 01-09-05 21:33


Assalamualaikum
terima kasih ummimq...

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. "
(Al-Furqaan: 74)

wassalam...
[ Telah diedit oleh: al_khair pada 01-09-05 21:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

farina_haikal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea

north_korea  


posticon Posting pada: 01-09-05 22:43


wanita yang solehah adalah untuk lelaki yang soleh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farina_haikalProfil   Hantar PM kepada farina_haikal   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-09-05 21:49


bagus jugak cacangan ummimq ni ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 22:57


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah sudahkah anakanda hafeezul bertemu dengan kedua ibu bapa si gadis dan perkenalkan diri serta minta izin untuk bawa kedua ibu datang merisik? Kekadang sebagai ibu bapa kepada pihak perempuan kriteria utama yang dilihatnya ialah anak perempuannya hendaklah terjamin kehidupannya maksudnya mampu dari segi kewangan selalunya.

Ataupun kekadang ibu bapa perempuan sudah ada pilihan sendiri untuk anaknya. Tetapi sekiranya anakanda hafeezul sudah munajat istikhorah dan juga minta ibu bapa bantu dalam mencari jodoh yang sesuai insyaAllah redhalah sekiranya apa yang dihajati tidak kesampaian kerana segala-galanya ada hikmah.

Tetapi anakanda hafeezul kenalah tanya direct kepada kedua ibu bapa perempuan minta kepastian agar tidak timbul syak wasangka dan sebagainya. Minta mereka berikan kata putus selain masih belum matang itu.

Lagi satu ziarahilah mereka selalu dan bertanya khabar - jangan lama - bawa buah tangan dan tidak semestinya untuk bertemu yang perempuan. Ikhlas bersilaturrahim. Mungkin sekiranya jodoh tu ada tak akan ke manakan.

Disamping itu ingatlah bahawa jodoh sudah ditentukan Allah cuma usaha dan juga doa dari kita. Cubalah ya anakanda.... dan jangan mudah putus asa. Hendak seribu daya tapi biarlah dengan gaya yang syarak dan terhormat.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - gunakan juga orang tengah yang dihormati oleh kedua ibu bapa perempuan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-09-05 21:16


Waalaikummusalam..

terima kasih for the advise ummiq..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 22:08


kumpul duit nak kawin

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 23:29


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah welcome wahai anakanda hafeezul. Dan anakanda firdaus ni baru umur 15 ke? Jauh pandangan anakanda ya nak kumpul duit untuk kawin. Semoga Allah kabulkan cita-cita itu ya. Dan umi doakan agar ibu bapa anakanda bukan yang mengharap pada anakanda untuk bantu mereka selepas tamat belajar. Kekadang masalah juga nak kumpul duit bila nak sampaikan hajat ibu bapa dulu. Jadi usahlah lupa doa agar ibu bapa turut soleh dan solehah ya! Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - sekiranya sememangnya ibu bapa yang memerlukan pengorbanan anak pula maka hendaklah dahulukan ibu bapa ya. kekadang ibu bapa memang rezekinya dah Allah tetapkan walau bertungkus lumus dan ramai lagi adik-adik. maka perlu diberi perhatian juga ya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 09:32


kenapa ye manusia hari ni yakin dengan duit ... Kalau tak ada duit, jangan kawin dengan anak aku. Kalau tak ada duit tak boleh kawin. Kalau nak masuk minang mesti mak bapak tanya si lelaki ni kerja apa. Hari ni dalam hati manusia penuh dengan dunia... Semua nak cerita pasal duit, duit, duit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-09-05 10:05


mak bapak nak jual anak agak nya.....
who knows

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 10:10


Cubela berfikiran matang sikit. Eh, fikir matang pun tak boleh, kena fikir macam mana nak bawa perintah Allah dan sunnah nabi dalam perkara munakahat ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

rebel7th
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18698
Posting: 32
Dari: Newcastle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-05 11:25


semo orang nampak duit saja ek..
dunia sekarang dah terbalik ...
mahar punya sikit..
tapi wang hantaran beribu beribu...
ibadat terpinggir..adat diutamakan..

tersentuh dengan ceramah Shah Kirit hari tu...
awal awal lagi dia dah pesan kat isteri dia..
kalau dia meninggal dunia dulu...
siapa nak kawin dengan anak dia pun...
jangan kenakan wang hantaran...
as long as lelaki itu bertaqwa..

islam itu mudah..
penganut dia yang buat payah...
(penganut yang malas nak ambik faham)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rebel7thProfil   Hantar PM kepada rebel7th   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-05 01:48


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tahniah anakanda rebel7th kerana dapat mendengar ceramah Shah Kirit yang terpilih itu. Sebagai seorang yang berasal dari agama hindu di mana mahar adalah kewajipan kaum wanita beliau telah 'hijrah' pada Islam di mana mahar itu kewajipan lelaki. Pesanan beliau kepada isterinya itu suatu yang amat penting bagi kita semua - Jangan kenakan wang hantaran as long as lelaki itu bertaqwa.

InsyaAllah pesanan itu hendaklah disampaikan kepada masyarakat agar lebih ramai lelaki yang mampu untuk berkawin dan mendirikan keluarga Islamik.

Islam itu indah, mudah dan seimbang tetapi penganutnya yang tidak berilmu, malas cari ilmu, enggan dengar ilmu serta mind set yang konservatif menyebabkan Islam menjadi payah dan menjadi sasaran fitnah yang tidak henti-henti akhir-akhir ini.

Al Islamu ya'lu wala yu'lah 'alaih!

lah haula wala quuwwatailla billahil 'aliiyul azeem!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - berbuat baik jangan berkira, buat jahat jangan dicuba, hayatilah Islam secara total, kelak hidup penuh bermakna!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.17701 saat. Lajunya....