Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 195
Ahli: 0
Jumlah: 195




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Wasiat Nabi Muhammad menjelang wafat


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Wasiat Nabi Muhammad menjelang wafat

Please Mendaftar To Post


Oleh Wasiat Nabi Muhammad menjelang wafat

Raidenz-
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10272
Posting: 47
Dari: Kota Tinggi Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 22:38


PADA Safar, Nabi Muhammad SAW sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh sahabat.

Apabila ajal Rasulullah semakin hampir, Baginda memanggil sahabat ke rumah Siti Aisyah dan berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua supaya bertakwa kepada Allah dan mentaati segala perintah-Nya.

“Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah dan menempatkannya di syurga.

“Kalau sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong kedua-duanya.

“Selepas itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua inginkan atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih.

“Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Selepas itu, kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.

“Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah, kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibril, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil.

Mikail dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua pembantunya. Selepas itu, baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atasku.”

Sebaik sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dan berkata: “Ya Rasulullah anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan kepada kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami.

“Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?”

Kemudian Rasulullah berkata: “Dengarlah sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam saja.

“Yang pandai bicara itu ialah al-Quran dan yang diam itu ialah maut.

“Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan hadisku dan sekiranya hati kamu itu berkeras, maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran daripada mati."

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah diutus pada Isnin dan wafat pada Isnin. Pada Isnin penyakit Rasulullah bertambah berat.

Diriwayatkan selepas Bilal selesaikan azan Subuh, beliau ke rumah Rasulullah. Setiba di rumah Rasulullah, Bilal memberi salam: “Assalaamualaikum ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fatimah: “Rasulullah masih sibuk dengan urusannya.”

Selepas Bilal mendengar penjelasan Fatimah, beliau kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah itu.

Apabila waktu Subuh hampir hendak tamat, Bilal sekali lagi ke rumah Rasulullah dan memberi salam seperti permulaan tadi. Tetapi, kali ini salam Bilal didengar oleh Rasulullah. Baginda berkata: “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat. Oleh itu, kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.”

Selepas mendengar kata-kata Rasulullah, Bilal pun berjalan ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”

Sebaik Bilal tiba di masjid, beliau memberitahu Abu Bakar apa yang Rasulullah katakan kepadanya.

Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong.

Abu Bakar kemudian menangis hingga pengsan. Melihatkan peristiwa ini, maka riuh rendah dalam masjid hingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah: “Wahai Fatimah apakah yang sudah berlaku?”

Fatimah pun berkata: “Kekecohan kaum Muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.”

Kemudian Rasulullah memanggil Ali dan Fadhl bin Abas, lalu Baginda bersandar kepada kedua-duanya dan terus ke masjid. Selepas Rasulullah tiba di masjid, Baginda bersolat Subuh bersama jemaah.

Selesai solat Subuh, Rasulullah pun berkata: “Wahai kaum Muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah.

“Oleh itu, hendaklah kamu semua bertakwa kepada Allah dan mengerjakan segala perintahnya.

“Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”

Selepas berkata demikian, Rasulullah pulang ke rumah.

Allah kemudian memerintahkan Malaikat Maut mencabut roh Rasulullah dengan lembut dan halus.

Diriwayatkan Allah memerintahkan malaikat itu: “Kalau dia mengizinkan kamu memasuki rumahnya, maka masuklah, tetapi jika dia tidak izinkan, maka kembalilah.”

Malaikat Maut kemudian menemui Rasulullah dalam bentuk seperti seorang Arab Badawi. Malaikat mengetuk pintu sambil memberi salam.

Fatimah tidak membenarkannya masuk dengan alasan ayahnya tenat.

Rasulullah yang mendengar ketukan itu berkata: “Wahai Fatimah, tahukah engkau siapa dia (yang mengetuk pintu)?”

“Tidak!” jawab Fatimah.

“Dialah Malaikat Maut yang akan mencabut segala macam kelazatan dan kenikmatan serta nafsu syahwat. Dialah yang memisahkan antara kita,” sabda Baginda perlahan. Fatimah kemudian menangis.

“Masuklah, hai Malaikat Maut,” suruh Rasulullah.

Sewaktu malaikat masuk, Rasulullah bersabda: “Engkau datang sebagai pengunjung atau keperluan mencabut rohku?”

Malaikat Maut menjawab: “Untuk kedua-duanya sekali. Itu pun jika Rasulullah mengizinkan, tetapi jika tuan tidak izinkan, sekarang juga aku keluar.”

Tidak lama kemudian, Jibril pun turun dan duduk di sisi Rasulullah.

“Tidakkah kamu semua tahu bahawa ajalku sudah hampir sampai. Tolonglah beritahu kepadaku, pahala dan kemuliaan yang Allah sediakan bagiku di sisi-Nya,” sabda Nabi Muhammad.

“Wahai Rasulullah, semua pintu langit terbuka dan malaikat juga sudah berbaris menunggu kedatanganmu, demikian juga pintu syurga,” jawab Jibril.

“Bagaimana keadaan umatku pada hari kiamat nanti?” tanya Rasulullah.

“Percayalah, Allah melarang nabi dan umatnya masuk syurga sebelum anda dan umat anda memasukinya (terlebih dahulu),” jelas Jibril lagi.

Baginda wafat ketika berusia 63 tahun.


Bookmark and Share

    


  Member Information For Raidenz-Profil   Hantar PM kepada Raidenz-   Pergi ke Raidenz-'s Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-04-05 22:50


hemm...tak terbayang...pengorbanan dan jasamu ya rasulullah....tima kasih atas artikel ni...semoga kita sentiasa mengenang jasa baginda..dengan sentiasa berselawat ke atas baginda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 22-04-05 22:54




allahuma solli ala saiyidina wa maulana muhammad wa ala alihi wa sahbihi wa sallim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104194 saat. Lajunya....