Oleh |
.: ISTANA UNTUK PEMIMPIN?? Jahat betul!! :. |
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 10-03-05 01:32
DI SEBALIK PERKOSAAN BUKIT CERAKAH: TERBONGKAR PULA ISTANA PARA EXCO
Oleh Roslan SMS
Mungkinkah ini paku terakhir buat keranda politik Khir Toyo?
Dalam kepanasan pendedahan skandal perkosaan Taman Cahaya Sri Alam di Bukit Cerakah kini terbongkar kisah baru. Di Seksyen 7 Shah Alam telah siap dibina sebuah perkampungan mewah untuk anggota EXCO Selangor (EXCO Village menurut THE STAR) yang terdiri daripada 10 buah banglo mewah lengkap dengan club house eksklusif. (mengapa 10 sedangkan Selangor cuma punya 9 EXCO)
Menurut Ketua Pembangkang DUN Selangor dari DAP projek mewah ini bernilai tidak kurang dari RM40 juta. Dari tinjauan akhbar THE STAR didapati sebahagian besar dari banglo-banglo berkenaan lengkap dengan perabot sehingga ke bilik-bilik tidur dan perkakas dapur dan kawasan lamannya pula dilanskap dengan mewah.
Apa rasionalnya pembinaan projek mewah ini?
Benar ianya adalah merupakan harta kerajaan dan bukan milik anggota EXCO berkenaan tetapi angka RM40 juta itu tidakkah terlalu tinggi dan dikiura membazir? Ini tidak termasuk kos pengendalian ataupun maintainance bulanan untuk memelihara dan menjaga taman, kelab dan berbagai kemudahan yang ada.
Mengapa ahli EXCO mahu diberi kemudahan seumpama kakitangan kerajaan sedangkan tempoh perkhidmatan mereka bukanlah tetap. Mereka telah pun diberi elaun perumahan dan pelbagai elaun yang lain yang sepatutnya sudah memadai dan cukup untuk mereka beroperasi dari rumah sendiri masing-masing.
Baru-baru ini Khir Toyo mengumumkan kenaikan harga rumah kos murah di Selangor dari RM35,000 ke RM42,000 mulai tahun depan. Iaitu kenaikan sebanyak RM7,000. Sekiranya projek mewah ini tidak dijalankan sudah pasti wang RM40 juta yang dibelanjakan dapat memberi subsidi RM7,000 kepada 5,714 keluarga di Selangor untuk terus membeli rumah kos murah pada harga RM35,000!
Saya menjangkakan Khir pasti cemas dengan pendedahan ini. Namun dari pengalaman Bukit Cerakah tak hairanlah kalau Khir setakat menepis isu ini dan berkata:
Semua OK!
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 09.03.2005
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 10-03-05 01:38
ISU ISTANA EXCO: KHIR OK SEKALI LAGI OK
Paku keranda tak lut. Demikianlah kehebatan ilmu Khir Toyo, dan demikianlah liatnya nyawa politik beliau.
Isu perkosaan berleluasa terhadap Taman Pertanian Bukit Cerakah disangkakan dapat menamatkan terus riwayat politiknya namun Khir berjaya bersilat menepis dan menangkis sehingga terlepas. Terbaru isu istana mewah EXCO yang dibina Khir, dikatakan oleh Ketua Pembangkang Selangor sebagai satu pembaziran kerana menelan belanja hampir RM40 juta semata-mata untuk menempatkan anggota EXCO negeri.
Sekali lagi Khir kebal dan berjaya melepaskan diri.
Dalam kenyataannya hari ini beliau berkata:
PERTAMA projek istana EXCO ini dikatakan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor sendiri
KEDUA kosnya bukanlah RM40 juta tetapi sekitar RM21 juta (iaitu RM19 juta kurang dari yang dituduh YB Teng)
KETIGA bukan semua EXCO akan berpindah masuk ke istana berkenaan, selain EXCO para pegawai kanan kerajaan negeri juga akan menetap di sana
KEEMPAT rumah kelab ataupun club house mewah yang dibina di kawasan terbabit bukanlah hanya untuk kegunaan penghuni tetapi juga boleh digunakan oleh wakil NGO dan para pegawai kerajaan terutamanya di waktu malam.
Mungkinkah dengan jawapan dan penjelasan ini Khir sekali lagi OK?
Apakah secara khusus Dewan Undangan negeri meluluskan RM21 juta (kalau bukan RM40juta) untuk pembinaan 10 unit istana mewah ini termasuk rumah kelab ataupun jumlah ini dihimpunkan sekali dengan jumlah rumah kakitangan kerajaan yang akan dibina di negeri Selangor secara keseluruhannya?
Kalaupun RM21 juta untuk membina 10 unit istana itu termasuk rumah kelab tidakkah ini bermakna seunit istana itu berharga RM2.1 juta tidak termasuk kos rumah kelab tadi? RM2.1 juta untuk sebuah rumah bagi kegunaan pegawai kanan kerajaan/ahli EXCO bagi orang yang tidak berpelajaran pun merupakan satu angka yang sungguh tinggi!
Benarkah rumah kelab ini kelak akan dibenar digunakan oleh badan NGO? Atau sekadar kelak akan digunakan oleh kaum keluarga ahli-ahli EXCO, pimpinan Umno dan BN negeri serta kaum keluarga mereka semata-mata.
Bagi saya projek ini terlalu mewah dan tidak sepatutnya dilaksanakan jika semata-mata untuk menempatkan 10 orang ahli EXCO dan para pegawai kanan kerajaan negeri. Ahli EXCO sebagai ahli politik yang kerja utamanya sebagai wakil rakyat sepatutnya memadai diberikan elaun dan tinggal di rumah sendiri. Apa perlu mereka diberi keistimewaan selumayan ini sedangkan perkara ini tidak berlaku pun di negeri-negeri lain. Cuba bandingkan dengan MB Kelantan dan MB Terengganu dulu yang sekadar tinggal di rumah kayu milik sendiri, tanpa kolam renang dan tanpa rumah kelab eksklusif!
Kesimpulannya melalui kenyataan beliau hari ini Khir sekali lagi menganggap dirinya selamat, cerdik dan licik. Kalau isu sebesar pencabulan dan perkosaan terang-terangan ke atas Taman Pertanian Negara pun beliau boleh OK inikan pula sekadar berbelanja RM2.1juta untuk sebiji rumah, OKlah tu.
Sila lawati BLOG saya di http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan sms - 09.03.2005
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 10-03-05 09:12
Ana bukan la nak campur tangan tapi sekadar pendapat. Biar la rezeki dorang dpt banglo tu. Kita tak yah la nak susah2 pikirkan hal tu. Kalau kita nak kan banglo tu senang je.... USAHA kerana usaha tangga kejayaan. Ana bangga jugak ada pegawai kanan kerajaan khususnya melayu Islam dpt stay kat banglo mewah tu. Tercabar juga ana utk berusaha dgn lebih kuat utk mengatasinya. Macam Nur Amalina, mencabar dirinya sendiri utk dpt 17A1 mengatasi record sebelumnya...16A1. Percaya tak kalau hidup ni tiada cabaran/tekanan kita tak kan ke mana. Macam dlm buku NAK KE TAK NAK nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
beecological
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14621
Posting: 250
|
Posting pada: 10-03-05 09:28
Quote:
|
On 2005-03-10 01:38, naruto-san wrote:
ISU ISTANA EXCO: KHIR OK SEKALI LAGI OK
Bagi saya projek ini terlalu mewah dan tidak sepatutnya dilaksanakan jika semata-mata untuk menempatkan 10 orang ahli EXCO dan para pegawai kanan kerajaan negeri. Ahli EXCO sebagai ahli politik yang kerja utamanya [b]sebagai wakil rakyat sepatutnya memadai diberikan elaun dan tinggal di rumah sendiri. Apa perlu mereka diberi keistimewaan selumayan ini
|
|
tawa lepas mu adalah tangisanku
kelakuan mu adalah deritaku
kebodohan ini harus segera diakhiri
sebelum kita benar-benar mati
perut buncitmu
kurusnya bayi mereka
RUMAH MEWAH MU ADALAH KERINGAT MEREKA
kebodohon ini harus segera diakhiri
sebelum kita benar-benar mati
aku generasi yg patah hati
terlahir dgn kondisi dunia yg seperti ini
aku generasi yg patah hati
aku harus belajar tersenyum
sebelum membunuh
sebelum membunuh rasa takutku
ku bekerja siang dan mlm agar isteriku bahagia...
semoga kelak anak kita
hidup selayaknya...
kan bess kalo duit tuh bagi kat org2 fakir miskin  tak pon guna naikkan gaji pekerja2 perkhidmatan awam,agar mereka lebih bersemangat utk berkhidmat,,hehehehe... [ Posting ini telah di edit oleh: beecological pada 2005-03-10 09:32 ]
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 10-03-05 09:34
"apabila harta negara beredar di kalangan orang tertentu sahaja..."
|
Yob
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL
|
Posting pada: 10-03-05 09:56
yob rasa isu di sini bukan isu rezeki mereka atau rezeki sesiapa saja..isu di sini perlu di lihat dari sudut amanah..dan wang rakyat...kerajaan negeri yg bina tu dah tentu la guna duit dari rakyat...persoalannya BUKANKAH LEBIH BAIK jika wang yg banyak itu di salurkan ke pada mereka yg lebih memerlukan..dan bukannya berbelanja mewah...
sekian..maaf jika tersilap kata....
|
alea13
WARGA SETIA Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka
|
Posting pada: 10-03-05 10:30
|
faislamy
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11229
Posting: 93
|
Posting pada: 10-03-05 11:49
Quote:
|
Cuba bandingkan dengan MB Kelantan dan MB Terengganu dulu yang sekadar tinggal di rumah kayu milik sendiri, tanpa kolam renang dan tanpa rumah kelab eksklusif!
|
|
contohilah MB kita..
buat rmh pki kayu sdiri jer,buat ape smpi 2.1 juta!!
piiraaahhh!!
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 10-03-05 11:55
 ...
isu istana exco...banyak wang dibazirkan untuk tujuan ini....  ...betul kata ALEA13..
***kan bagus kalau WANG YANG BANYAK tu diSEDEKAHkan kepada badan2 kebajikan, anak2 yatim,mangsa2 tsunami,keluarga miskin ataupun derma jer wang tu kat PTPTN...at least berkurang gak masalah kewangan PTPTN nie..
P/S: BERSEDERHANALAH dalam setiap perkara yang kita lakukan...
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 10-03-05 12:22
Quote:
| Ana bukan la nak campur tangan tapi sekadar pendapat. Biar la rezeki dorang dpt banglo tu. Kita tak yah la nak susah2 pikirkan hal tu. Kalau kita nak kan banglo tu senang je....USAHA kerana usaha tangga kejayaan. Ana bangga jugak ada pegawai kanan kerajaan khususnya melayu Islam dpt stay kat banglo mewah tu. Tercabar juga ana utk berusaha dgn lebih kuat utk mengatasinya. Macam Nur Amalina, mencabar dirinya sendiri utk dpt 17A1 mengatasi record sebelumnya...16A1. Percaya tak kalau hidup ni tiada cabaran/tekanan kita tak kan ke mana. Macam dlm buku NAK KE TAK NAK nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
|
|
Quote:
| ana pun rasa ini bkn isu rezeki, tp isu pembaziran.. dlm akhbar utama hari ni khir toyo dakwa cuma bbrp exco saja yg akan menetap di situ.. selainnya akan dijadikan tempat mesyuarat.. apa rasionalnya tempat mesyuarat sampai RM 2.1 juta setiap unit..
|
|
Ana sokong pendapat Alea13, nih bukan soal mereka dapat semua nih hasil usaha dan titik peluh mereka untuk dinamakan sebagai rezeki. Ini terang dan nyata penganiayaan kepada rakyat. Tak sudah2 membazir... ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
khairoo84
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2004 Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor
|
Posting pada: 10-03-05 12:37
erm.. terkejut juga malam tadi, tengok peruntukan pembangunan pentadbiran kerajaan negeri kepada setiap daerah, Kuala Langat : RM 30 Juta!
nak buat apa? lebih baik duit itu digunakan untuk kempen basmi kemiskinan. Kata Selangor Maju 2005. Yelah, memang dah maju. Cuma maju dari segi fizikal. aspe kewangan rakyat, pendidikan rakyat, rohani, nilai-nilai islam dan budaya kedalam remaja adalah sangat naif....
Terimalah "hadiah" dari kerajaan ini dengan syukur...... -----------------
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 10-03-05 13:15
sian kat org susah sbb hidup bertambah susah dari sehari ke hari berikutnya...
pemimpin bertambah senang dan hidup mewah dari sehari ke hari berikutnya...patutlah ramai yg nak sangat jadi pemimpin sbb boleh kebas duit rakyat, boleh dpt instant money, boleh buat mahligai mewah guna duit rakyat, boleh guna duit rakyat pegi holiday sana sini
Lain kali, jgn dah undi pemimpin2 jahat macam nie, pemimpin yg hanya pentingkan perut buncit masing2, pentingkan kehidupan mewah dan harta bende je...patutnya kalau dah jadi pemimpin, tolonglah uruskan wang rakyat dgn betul, bukan masuk poket sendiri
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 10-03-05 15:40
Tak penah baca buku tu ke? Patut la tak tahu kaitannya dgn isu nih.... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
Kang
 Menyertai: 09.05.2003 Ahli No: 2
Posting: 1921
|
Posting pada: 10-03-05 15:42
Isunya kat sini pasal pembaziran dan tak logik. Bak kata alea13 tu... tempat meeting berharga juta-juta dan dalam masa yang sama ada rakyat yang menderita kemiskinan. Meeting kat kantin pun boleh... (Ukhwah.com selalu meeting kat food court)
Nampak gayanya: Selangor dah jadi macam Jakarta. Yang kaya terlalu kaya, yang miskin terlalu miskin. Yang kaya makin hari makin kaya, yang miskin makin hari makin melarat. Yang kaya tak pernah ambil tahu yang miskin dan yang miskin saban hari menyalak pada yang kaya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh yang kaya....
Rezeki ke penindasan?
Apa pulak kena mengena dengan buku merepek tulisan Hang Tuah ke HM Tuah ke apa ke... Tak ada kaitan langsung! -----------------
|
sharifahnatasha
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.02.2005 Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya
|
Posting pada: 10-03-05 15:48
nak kata jahat...ana pun tak tahu..sebab Allah sahaja yang tahu niat mereka sebenarnye. samaada mereka jahat ataupun tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. memang tak patut membazir begitu sahaja pada pendapat ana lah..
Kan banyak lagi pembinaan rumah, flat atau banglo yang terbengkalai..kenapa tak guna yang itu sahaja dan upgrade aje kepada apa yang mereka hendakkan. at least, takdelah membazir sgt. Kenapa perlu nak buat yang mewah sgt..? ana faham, mungkin mereka ade mengikut negara mana2.. sebab kat london ni..memang seperti itu. tetapi..ialah..membazir..
sebab membazir, bila berlaku tsunami, kata takde duit...selepas itu minta pertolongan dari orang luar dan derma kilat. Harta benda lagi penting dari nyawa manusia ke? Masya Allah.
ana harap, mereka tidak akan membazir duit lagi untuk perkara seperti itu.
|
sharifahnatasha
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.02.2005 Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya
|
Posting pada: 10-03-05 15:50
nak kata jahat...ana pun tak tahu..sebab Allah sahaja yang tahu niat mereka sebenarnye. samaada mereka jahat ataupun tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. memang tak patut membazir begitu sahaja pada pendapat ana lah..
Kan banyak lagi pembinaan rumah, flat atau banglo yang terbengkalai..kenapa tak guna yang itu sahaja dan upgrade aje kepada apa yang mereka hendakkan. at least, takdelah membazir sgt. Kenapa perlu nak buat yang mewah sgt..? ana faham, mungkin mereka ade mengikut negara mana2.. sebab kat london ni..memang seperti itu. tetapi..ialah..membazir..
sebab membazir, bila berlaku tsunami, kata takde duit...selepas itu minta pertolongan dari orang luar dan derma kilat. Harta benda lagi penting dari nyawa manusia ke? Masya Allah.
ana harap, mereka tidak akan membazir duit lagi untuk perkara seperti itu.
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 10-03-05 15:52
Quote:
|
On 2005-03-10 15:40, suhaimi_sr wrote:
Tak penah baca buku tu ke? Patut la tak tahu kaitannya dgn isu nih....
|
|
Tak perlu baca buku tuh untuk mengetahui bahawa tekanan akan meninggikan keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu. Contohnya ibu yang tidak tahu berenang boleh menyelamatkan anaknya yang lemas kerana tekanan. Ada banyak lagi buku yang lebih baik seperti Khazanah Inspirasi oleh Azman Ching.
Tapi dalam soal pembaziran tak wajar dikaitkan dengan tekanan atau cabaran kepada rakyat. Ianya seolah2 seperti Astora Jabat yang mengatakan bahawa perempuan2 yang tidak menutup aurat adalah sebagai ujian kepada keimanan lelaki. Tak ada kait mengait.
Takkan kita nak berbangga dengan Exco yang tinggal di tempat mewah sedangkan rakyat menderita? Usaha? Pencuri pun boleh mengaku berusaha mencuri. Tak gitu... ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 10-03-05 15:59
Baru beberapa minggu lepas, MB Selangor, Dato' Seri Khir mengumumkan cadangan menarik balik subsidi rumah kos rendah untuk rakyat yang menyebabkan rumah mereka akan naik harganya ke RM42,000 sebuah. Mungkin subsidi yang ditarik balik itu hendak digunakan untuk membiayai rumah para exco2nya ini.
Skali lagi rakyat ditindas dan diinaya oleh pemerintah yg zalim
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 10-03-05 16:12
Isunya sudah jelas ...pada ana inis atu bentuk pembaziran itu sahaja , ana sebagai salahs seorang pegawai kerajaan menegeleng kepala apabila dengar berita ini.
Bukanlah satu kebanggaan ,kerana kita tahu pegawai-pegawai kanan kerajaaan sememangnya berduit, apalagi para EXCO yang sememangnya mewah dan berharta..
lagi satu dari segi politik nya ia merupakan serangan terhadap kepimpinan menteri besar, yng sudah tercalar selama ini,
|
ummuarib
Warga Rasmi Menyertai: 17.02.2005 Ahli No: 14448
Posting: 13
Dari: Taman Idaman..
|
Posting pada: 10-03-05 16:18
syabas dan tahniah kepada semua yg telah menggunakan segala kewarasan akal fikiran yang rasional untuk membuat penilaian dan pertimbangan..kini tahulah anda bahawa siapa sebenarnya yang sedang memimpin dan siapa yang sebenarnya sedang menzalimi(zalim: meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.)
Nyata sabda nabi :apabila sesuatu itu diletakkan ditempat yang bukan haknya..maka tunggulah saat kehancurannya..
apabila kepentingan diri mengatasi kepentingan Allah..maka tunggulah saat binasa..
|
aDiB_SaaT
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 21.07.2003 Ahli No: 2513
Posting: 137
Dari: MaiN CaMPuS UIA, GomBaK.
|
Posting pada: 10-03-05 17:10
2 fitnah dunia yang besar...
Harta dan anak pinak...
Jom sama kita doakan supaya ALlah memberikan hidyah kepada mereka dan kita...
Allahummahdihim fa innahum la ya'lamun...
p/s jadikan iktibar dan sempadan... ----------------- ORaNGg YaNg TeRBaIk Di KaLaNgaN KaMu IaLaH OraNg YaNg BeLaJaR aL-QuRaN daN MeNgaJaRkaNNya...
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 10-03-05 19:17
Sekadar berkongsi pendapat: memang bagus jika ada Melayu yg berjaya dan tinggal rumah mewah,permasalahannya disini ialah lebih baik duit itu disalurkan untuk projek rakyat termiskin ker,anak2 yatim ke,sanggup ke kita tengok hanya segelintir yg duduk rumah mewah dan kebanyakkannya merempat......duit dan pangkat itu amanah ALLAH....bukannya untuk kita buat sewenang2nya...... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 10-03-05 22:14
Lawan kepada amanah ialah Khianat. Tidakkah kerajaan mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat, kita bayar cukai untuk kesejahteraan dan keselesaan semua, tiba-tiba mereka salahgunakan duit utk kepentingan peribadi.
Saya mintak kita refer balik isu dan fakta yang dikemukakan dalam edisi siasat akhir tahun lepas berhubung penindasan kepada rakyat, khususnya di selangor, dalam soal penempatan setinggan dan sebagainya. Jelas rakyat bawahan tidak dihiraukan dan diabaikan......yang kaya rakus dan tamak memakan harta orang miskin, DZOLIM....
|
NurulJihad85
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.01.2005 Ahli No: 14003
Posting: 69
Dari: Di mana bumi dipijak.....
|
Posting pada: 10-03-05 23:10
Masya Allah.........ape ni???
Hanya Allah yg Maha berkuasa yg layak membalas........
|
najwa_hayati
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.09.2003 Ahli No: 3625
Posting: 182
Dari: kelantan
|
Posting pada: 11-03-05 04:01
assalamualaikum...
in terms of pembaziran... ya, ana mmg setuju... seharusnya duit yang ada dibelanjakan dengan lebih berfaedah.. jelas hanya satu pihak yang mendapat untung... tapi itu manusia.. yang mmg terkenal dengan kerakusan dan buta dikaburi wang ringgit...
tapi jgn lupa juga... ada yang buta bila dikaburi emosi... buku karangan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj mmg terkenal dengan motivasi bersulam keagamaan... jelas suhaimi cuba memandang isu ni dari aspek yang lain... untuk terus berusaha... mmg Islam pun menganjurkan umatnya berusaha... cuba mencabar diri sendiri mcm amalina... tak salah kan? ada juga kaitannya... kalau kita berfikir jauh.. at least dengan berusaha.. kita tak menjadi peminta sedekah
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 12-03-05 22:10
itulah akibatnya bila harta menjadi buruan hidup... semoga mereka disedarkan oleh Allah swt dan kembali ke pangkal jalan.... amin... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 17-03-05 04:00
Hhmm...isu yg dibangkitkan kat sini ialah isu keadilan sejagat, isu penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan kedudukan, penyalahgunaan wang rakyat...bukan isu buku motivasi, isu memberi semangat supaya berusaha dgn lebih gigih utk berjaya....kalau cam tue, pencuri pun boleh dikire berusaha jugaklah utk terus survive kat dunia nie  ...budak tadika sendiri boleh pikir bende nie tak adil.
Jgnlah kerana hidup kite dipenuhi kesenangan, dtg drpd family loaded, dpt scholarship utk ngaji di oversea, dikelilingi dgn rakan2 yg hidup mewah dan serba lengkap....terus kite lupakan org2 yg hidup susah, melenyapkan mereka drpd kamus peribadi...ingat, ade mase kite hidup senang, dan ade mase nauzubillah....Allah SWT boleh tarik balik segala nikmat2nya drpd kite jika kita alpa, lalai dan leka.
Article asal
Rakyat Selangor berhimpun bantah pembinaan banglo mewah
Wednesday, March 16 @ 16:29:46 MYT
Oleh Hafiz Mohd Baqi
SHAH ALAM, 16 Mac (Hrkh) - Tindakan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo mempertahankan pembinaan banglo mewah untuk para pegawai dan Exco kerajaannya seperti mana didedahkan baru-baru ini ternyata mengecewakan golongan rakyat miskin dan tertindas di negeri itu.
Berpuluh-puluh penduduk daripada lima buah kampung dari sekitar Shah Alam, Dengkil, Semenyih dan Banting yang mendakwa sedang mengalami masalah perumahan akibat kawasan kediaman mereka dijadikan kawasan pembangunan membantah tindakan boros Menteri Besar itu dalam satu perhimpunan menyerahkan memorandum di depan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pagi tadi.
Para penduduk kampung itu datang bersama keluarga dan anak-anak mereka bagi menunjukkan rasa kekecewaan terhadap Menteri Besar dan para Exco Selangor kerana gagal menyelesaikan masalah kampung mereka walaupun sudah berkali-kali surat dan memorandum dihantar, tetapi dalam masa yang sama mampu meluluskan pembinaan 10 buah banglow mewah bernilai puluhan juta.
Perhimpunan selama satu jam dengan Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan daripada Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) itu antaranya, mendesak Menteri Besar menghentikan segera projek berat sebelah untuk kepentingan pihak tertentu dan mengatur perbelanjaan untuk kepentingan rakyat jelata terlebih dahulu.
Mereka juga menuntut Khir Toyo menyelesaikan banyak masalah rakyat Selangor yang sedang berhadapan dengan pengusiran dan tindakan mahkamah oleh para pemaju.
Menurut Jurucakap Jerit, A Sivarajan rakyat mengadakan bantahan bersamai-ramai kerana harga 10 buah rumah mewah yang didakwa bernilai RM21 juta bukan RM40 juta oleh Khir Toyo ketika mempertahankan dirinya itu adalah bersamaan dengan nilai 840 buah rumah kos rendah.
Kata beliau, perumahan untuk beratus penduduk miskin di Selangor sepatutnya dapat dibiayai tetapi wang tersebut kini ditelan oleh hanya 10 orang exco Selangor sahaja.
Katanya, bagaimana kerajaan boleh berbelanja semewah itu sedangkan dalam laporan Rancangan Malaysia ke-8 jelas menyatakan 32.8 peratus daripada populasi negara merupakan mereka yang tidak mampu membeli rumah kos rendah walaupun bernilai RM42 ribu.
"Dalam situasi sosio-ekonomi yang demikian, para exco dan Menteri Besar masih sanggup membelanjakan berjuta-juta runggit untuk membina banglo demi kepentingan sendiri," kata beliau.
Selain itu kata Siva, rakyat juga mempertikaikan tindakan kerajaan sanggup menyediakan rumah banglo untuk para pemimpin atau wakil rakyat mereka sedangkan kediaman bagi golongan miskin, setinggan atau pekerja ladang kerajaan hanya menyediakan rumah pangsa sempit setinggi lima hingga 21 tingkat.
Sedangkan kata beliau, jika jumlah wang sebanyak RM21 juta itu digunakan dengan sebaiknya, sudah tentu boleh digunakan untuk mensubsidi harga tanah di Selangor supaya perumahan teres kos rendah dapat dibina oleh rakyat.
"Seolah-olah ditakdirkan golongan berpendapatan rendah dicampakkan ke rumah pangsa dan para exco yang sepatutnya menjadi 'wakil rakyat' menikmati perumahan banglo mewah," katanya.
Sebelum ini akhbar telah mendedahkan mengenai sebuah projek pembinaan rumah banglo mewah bernilai RM40 Juta untuk para Exco Selangor sedang dijalankan di Seksyen 7 Shah Alam.
Walau bagaimanapun Khir Toyo ketika menjawab dakwaan itu berkata, rumah tersebut bukan untuk semua 10 anggota exconya tetapi turut akan diberi kepada pegawai kerajaan untuk menjaga kepentingan mereka.
Beliau juga turut menafikan kos pembinaan tersebut bernilai RM40 sebaliknya berkata hanya RM21 juta. - mks.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 27-03-08 08:58
Istana sebno sekarang dah mula bangkit
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 27-03-08 09:13
Pada 10-03-05 23:10 , NurulJihad85 posting:!!! QUOTE !!! Masya Allah.........apa ni???
betul tu.pada saya eloklah jual tak pun wakaf bolehb tak?. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 27-03-08 19:55
sayang betul..duet sebanyak tu kalau tolong rakyat miskin kan bagus..membazir saja..kasihan kat rakyat yang tak ada rumah nak berteduh,perut lapar tak ada makanan.. konon pemimpin berjiwa rakyat tapi habuk pun tadak.. pergi jenguk rakyat pun time nak mengundi habis mengundi,dah menang,khabar rakyat pun tak pernah ditanya,tak pergi jenguk dah.. time melawat,nun time nak mengundi pula.. ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 27-03-08 20:00
Pada 27-03-08 19:55 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! sayang betul..duet sebanyak tu kalau tolong rakyat miskin kan bagus..membazir saja..kasihan kat rakyat yang tak ada rumah nak berteduh,perut lapar tak ada makanan.. konon pemimpin berjiwa rakyat tapi habuk pun tadak.. pergi jenguk rakyat pun time nak mengundi habis mengundi,dah menang,khabar rakyat pun tak pernah ditanya,tak pergi jenguk dah.. time melawat,nun time nak mengundi pula..
betul tu. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 27-03-08 22:37
setuju juga dengan zulman, isu politik kerajaan BN rasanya semua dah tahu macam mana. Itu baru sikit saja yang dipaparkan. bersepah lagi yang tersembunyi. Nak cerita pembaziran dan letih lah. Sapa tak kenal dengan pemimpin-pemimpin Malaysia yang rakus kecuali Nik Aziz dan beberapa ulama yang betul-betul zuhud. Cuma ikhtibar yang perlu diambil, apabila kita berpeluang jadi pemimpin satu hari nanti. Dont do the same thing macam yang kita tengok sekarang. Kita selalu nampak kesalahan org sebab kita xdiuji oleh ALLAH untuk berada dalam kekayaan. One day if ALLAH bagi ita peluang jadi kaya, guna lah peluang dengan sebaiknya untuk membantu masyarakat tapi jangan pula masa tu terpesona dengan pujukan dunia dan wang ringgit.
|
ainul_tapah
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2007 Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth
|
Posting pada: 28-03-08 09:14
memang bapak besor rumah dia......tak patut dan sangat tak adil pada rakyat yang masih banyak lagi melarat hidup dia....ist..ist..... pembaziran yang melampau...Nabi pun bersederhana.....
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 28-03-08 09:45
Pada 28-03-08 09:14 , ainul_tapah posting:!!! QUOTE !!! memang bapak besor rumah dia......tak patut dan sangat tak adil pada rakyat yang masih banyak lagi melarat hidup dia....ist..ist.....
pembaziran yang melampau...Nabi pun bersederhana..... betul tu. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 28-03-08 09:54
astaghfirullah..duit kerajaan ni kalau bagi kat org dalam 'bersama mu' tu pun boleh hidup senang..tak payah lagi buat rancangan tu kat tv.. agaknya ye pun ikut rezeki berapa sangat gaji mereka ni..lagipun sbahagian dr yang mereka dapat kena sumbangkan untuk kerajaan negeri dan rakyat..bukan lari dari rakyat..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 28-03-08 10:03
Pada 28-03-08 09:54 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! astaghfirullah..duit kerajaan ni kalau bagi kat org dalam 'bersama mu' tu pun boleh hidup senang..tak payah lagi buat rancangan tu kat tv.. agaknya ye pun ikut rezeki berapa sangat gaji mereka ni..lagipun sbahagian dr yang mereka dapat kena sumbangkan untuk kerajaan negeri dan rakyat..bukan lari dari rakyat.. PULANGKAN DUIT KAMI!!!!!!! KAMI BAYAR CUKAI!!!!!!!!!! ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 28-03-08 10:05
Ana akan tumpang bangga kalau melayu islam yang duduk kat rumah banglo tu usahawan berjaya yang cintakan Allah, tidak lupa berzakat dan orang2 melarat bukan yang curi duit rakyat padahal tak pernah berkhidmat dengan ikhlas pun ----------------- BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 28-03-08 10:10
senang ke hati pemimpin ni hidup mewah kat rumah macam tu?sedangkan rakyat masih ramai tinggal di pondok..?masih ada pengemis..masih ada penerima zakat..tergamak betul mereka ni..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 28-03-08 10:15
Pada 28-03-08 10:10 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! senang ke hati pemimpin ni hidup mewah kat rumah macam tu?sedangkan rakyat masih ramai tinggal di pondok..?masih ada pengemis..masih ada penerima zakat..tergamak betul mereka ni.. betul tu. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 28-03-08 11:43
Itu zaman khir toyo yang buka hutan dengan rakus , bina projek rumah hingga menyebabkab area TTDI banjir ... Htan Simpan yang sudah diwartakan dibukan. tukar land use keoada perumahan. wal hal Yang DiPertuan Agung sudah wartakan sebagai Hutan Simpan. Kalaulah hutan yang sudah diwarta Hutan Simpan ada orang yang boleh buka sewenangnya...apa kita nak assume orang orang ni... nak wartakan Hutan simpan ni banyak proses dilalui, mulanya di bentang di dewan rakyat, dibahasa, ada tu sampai 3 kali bahas..., dibahas pula di dewan Negara...akhir sekali diwartakan oleh Yang DiPertuan Agong...bila sudah termaktub diwartakan, ada juga orang yang sewenangnya buka,...orang ni tak tahu undang-undang ke...buat malu saja..., undang yang ada dipermainkan , Tun Salleh Abbas yang baik dipecat oleh cet det... Allahumma Ihzim Kafiriin, Allahumma Ihzim Munafiqiin, allahumma Ihzim Zolimiin, Amin Allahu lah yahdi kaumul fasiqiin,
|
arif_afizah
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.09.2006 Ahli No: 26360
Posting: 26
Dari: shah alam
|
Posting pada: 28-03-08 13:13
agak agak .. kita buang saja khor ni kat dalam gaung. kecoh kelantan miskin..padahal negeri paling miskin adalah selangor. hutang berlambak lambak. sudah sudah cekik duit rakyat. esok takut mati pun susah..
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 28-03-08 13:45
bila banjir akibat hutan diterokai secara rakus , menyebabkan kerugian RM million ringgit...sedangkan yang dapat hasil hutan hanya segelintir orang yang lahab akan harta dunia... sebenarnya hutan sudah t5idak perlu ditebang demi untuk hindari banjir, hakisan tanah. pemanasan global warming akibat gas karbon dioksida yang banyak di atmosfera... saya hairan bagaimana pemikiran puak yang rakus tebang hutan ni..., sedangkan banjir berlaku setiap tahun akibat hutan ditebang dengan rakus , sedangkan kita tahu hutan adalah area tadahan air hujan... hanya yang tahu bab hutan akan tahu pentingnya hutan khazanah negara... carilah duit cara bussines bidang lain... hutan kita sudah ditebang sejak tahun 60an 70an, semua hutan tanah pamah sudah tiada sejak tahun 1970an hutan tanah pamah semua sudah ditukar land use nya kepada perladangan kepala sawit dan getah...., fikirkan lah hal rakyat , jangan nak lahab segelintir orang saja... rakyat nak hidup dengan AMAN... Hadis no 2485 jilid 4 sahih muslim Dari Abdullah .a dari Nabi saw sabdanya:”Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan orang jahat... Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam bersabda: Jika manusia telah membenci fuqara' dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal: 1. masa yang mana krisis ekonomi akan melanda 2.penguasa zalim 3.pemegang hukum akan khianat kepada rakyat 4.tipu daya dari musuh Islam... Ayat 25 Surah Al’Araf: Allah berfirman “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu pula kamu akan dibangkitkan. Ayat 24 Surah Al A’raf. Allah Subhanahuwataala berfirman “ Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 28-03-08 13:52
Pada 28-03-08 10:03 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 09:54 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! astaghfirullah..duit kerajaan ni kalau bagi kat org dalam 'bersama mu' tu pun boleh hidup senang..tak payah lagi buat rancangan tu kat tv.. agaknya ye pun ikut rezeki berapa sangat gaji mereka ni..lagipun sbahagian dr yang mereka dapat kena sumbangkan untuk kerajaan negeri dan rakyat..bukan lari dari rakyat..
PULANGKAN DUIT KAMI!!!!!!!
KAMI BAYAR CUKAI!!!!!!!!!!
tak bayar cukai boleh tak?kalau bayar pun,duet tu mereka buat rumah mewah untuk dowang..siang malam kita kerja senang-senang juga mereka cekik duet kita ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 28-03-08 14:02
penyalahgunaan duit kerajaan ni jika diteliti betul...saya tak tahu nak cakap apa...yang dukacita rakyat Kelate yang kerjaya best bayar cukai, negeri lain pula duit tu disalurkan... Dukacita betul. depa ingat kita yang ada Ijazah ni tak tahu...sejak zaman cet det ...kira zaman Pak lah ni kira OK...cuma Pak lah silap letak menteri kabinet mereka yang tak bijak mana... tu sebab ramai yang letak jawatan Timbalan Menteri sedangkan Tengku Azlan Ibnu Sultan Abu Bakar tu better Jadi Menteri... tu kelemahan Pak Lah, dalam hal nak tahu Insan...yang mana OK yang mana tak OK...cuma Tahniah Pak Lah sebab dah buang yang haprak...kira OK jualah... Yang DukaCita Ngapa dibuang Dr Abdullah Zain yang pada pandangan saya seorang Muslim yang baik...tu yang hairan tu, saya nak bawa sati kisah benar sebuah company besar aset million RM gulung tikar akibat letak manager, senior manager yang rasuah, pecah amanah... sama saja jika Pak lah letak menteri kabinetnya yang tak jujur...maka kesannya akan menimpa Pak lah sendiri..personally saya kasih Pak Lah... than cet det yang zalim... sama jua saya kasih Dato' Hisyamuddin than Mukhriz, anak cet det... Ini hanya pandangan saya Insan biasa...
|
nurul_huda3110
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.05.2005 Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang
|
Posting pada: 28-03-08 14:47
masya ALLAH..memang terang-terang menganiaya rakyat.. pada pendapat ana,mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda hasil daripada duit rakyat.. duit RM40 juta boleh disalurkan untuk banyak benda yang bermanfaat.. bantu org miskin,kurangkan byrn PTPTN,subsidi untuk yang memerlukan.. rakyat palestin yang tengah menderita pun menunggu bntuan daripada kita.. macam mana pemimpin tersebut boleh menggunakan wang rakyat dengan pembaziran dan sia-sia. sedangkan Rasulallah yang mulia pun takut nak tidur dalam keadaan memegang duit rakyat tapi pemimpin kita... semoga ALLAH tunjukkan blsn yang setimpal untuk golongan yang menyalahgunakan wang rakyat..aminnn...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 28-03-08 16:21
nak buat perbandingan ummat awwaliin dengan ummat mutaakhiriin...umpama jarak langit dengan BUMI...bezanya terlalu jauh... Ingatlah kita ni ummat Mutaakhiriin ilmu banyak di dalam buku, cd, komputer...ummat awwaliin. ilmu dalam dada...walau hanya Insan PETANI...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 28-03-08 19:45
Pada 28-03-08 13:52 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 10:03 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 09:54 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! astaghfirullah..duit kerajaan ni kalau bagi kat org dalam 'bersama mu' tu pun boleh hidup senang..tak payah lagi buat rancangan tu kat tv.. agaknya ye pun ikut rezeki berapa sangat gaji mereka ni..lagipun sbahagian dr yang mereka dapat kena sumbangkan untuk kerajaan negeri dan rakyat..bukan lari dari rakyat..
PULANGKAN DUIT KAMI!!!!!!!
KAMI BAYAR CUKAI!!!!!!!!!!
tak bayar cukai boleh tak?kalau bayar pun,duet tu mereka buat rumah mewah untuk dowang..siang malam kita kerja senang-senang juga mereka cekik duet kita
mansuhkan sekali cukai pintu ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 28-03-08 20:02
Pada 28-03-08 19:45 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 13:52 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 10:03 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 09:54 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! astaghfirullah..duit kerajaan ni kalau bagi kat org dalam 'bersama mu' tu pun boleh hidup senang..tak payah lagi buat rancangan tu kat tv.. agaknya ye pun ikut rezeki berapa sangat gaji mereka ni..lagipun sbahagian dr yang mereka dapat kena sumbangkan untuk kerajaan negeri dan rakyat..bukan lari dari rakyat..
PULANGKAN DUIT KAMI!!!!!!!
KAMI BAYAR CUKAI!!!!!!!!!!
tak bayar cukai boleh tak?kalau bayar pun,duet tu mereka buat rumah mewah untuk dowang..siang malam kita kerja senang-senang juga mereka cekik duet kita
mansuhkan sekali cukai pintu
mansuh semua sekali lah.. segala tol pun perlu dimansuhkan sebab si samy dah tak pegang jawatan menteri pengangkutan (boleh ke macam ni?) ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 28-03-08 20:05
Pada 28-03-08 20:02 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 19:45 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 13:52 , aieyda posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 10:03 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-03-08 09:54 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! astaghfirullah..duit kerajaan ni kalau bagi kat org dalam 'bersama mu' tu pun boleh hidup senang..tak payah lagi buat rancangan tu kat tv.. agaknya ye pun ikut rezeki berapa sangat gaji mereka ni..lagipun sbahagian dr yang mereka dapat kena sumbangkan untuk kerajaan negeri dan rakyat..bukan lari dari rakyat..
PULANGKAN DUIT KAMI!!!!!!!
KAMI BAYAR CUKAI!!!!!!!!!!
tak bayar cukai boleh tak?kalau bayar pun,duet tu mereka buat rumah mewah untuk dowang..siang malam kita kerja senang-senang juga mereka cekik duet kita
mansuhkan sekali cukai pintu
mansuh semua sekali lah.. segala tol pun perlu dimansuhkan sebab si samy dah tak pegang jawatan menteri pengangkutan (boleh ke macam ni?)
boleh saja,tak mustahil ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|