Oleh |
breakfast?????????? |
ifti_hanan
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2004 Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'
|
Posting pada: 27-02-05 14:37
Sarapan pagi kuatkan otak
PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.
Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.
Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.
Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.
Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.
Rangsang paras glukos
Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.
Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.
Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.
Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.
Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.
Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.
Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!
__________________________________
x sempat breakfast..bgn lambat..he,he..
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 09-03-05 09:58
Sekurang2nya minumlah milo utk breakfast jika tak sempat mkn. ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 09-03-05 10:07
sebelum breakfast ni patut ada 1 lagi meal, pra-breakfast. consume high protein yg senang absorb n low fiber. badan kita paling memerlukan protein time pagi. kalau fiber masuk awal sgt, protein lambat digest. rugi untuk badan. pra-breakfast ni seeloknya sejurus lepas bagus tdior. lepas tu baru kita consume breakfast, breakfast, high-fiber n protein. utk tahan lama.
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 09-03-05 10:10
Like oat.... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 09-03-05 10:12
aot boleh amik time breakfast. tp jgn campur ngan pra-breakfast. bahaya.
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 09-03-05 10:16
kenapa? Breakfast pun ramai org jarang ambik(termasuk ana  ) apatah lagi pre-breakfast....  ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 09-03-05 10:36
tu yg silap rakyat Malaysia. rakyat Malaysia tak dijaga pemakanan. kesihatan tak dititik beratkan. lepas tu nak compare ngan negara jepun. kenapa negara jepun boleh berjaya? salah 1 sebab, kesihatan dorang lebih ok dari kita. kita hanya memikirkan alasasn. tak sempat la, n so on. tapi bagi rakyat jepun. breakfast semua ni 1 rutin.
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 09-03-05 10:39
Hmmm...ok lah...pas ni nak ambik breakfast regularly.... ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 09-03-05 10:55
bagus tu. amalkan. kalau semua rakyat Malaysia amalkan gaya hidup sihat. kita bakal menjadi negara paling hebat kat dunia. Jepun pun akan kalah.
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 09-03-05 12:12
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 09-03-05 12:20
|
eizzah
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.06.2004 Ahli No: 9574
Posting: 35
Dari: kl
|
Posting pada: 09-03-05 12:26
kene breakfast!kalo x nnt perut berbunyi..
nyanyi lagu keroncong lagiii  lagipun baik tuk kesihatan
|
_husna_
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.03.2005 Ahli No: 14875
Posting: 62
Dari: balai berita
|
Posting pada: 31-03-05 17:13
breakfast penting!!
jgn amik mudah..
dgr cakap doktor husna ye
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 18-04-05 12:44
ana, takde masa nak arrange time makan ni??? dah lumrah kehidupan....... bila ader mood makan??? bila ader masa makan makan!!! kalau takde masa tak makan pun takpe...
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 28-04-05 14:15
betul breakfast tu penting..tp..tak mampu nak amal hari2..kecuali di rumah!kelas dah mula pukul 8pg..nak berjalan lg dah 15 minit..nak bersiap2..bla..bla ..amik itu amik ini..mmg tak sempat..bukan ape..taknak la makan tangkap telan je..at least..biarla ada nikmat..tak suka terkejar2..hehe..tak tau la..jd alasan ke tak..tp..mmg payah nak curi waktu breakfast...selalunya ..BRUNCH jer..kadang2 BRUNCHER..
|
citto
Warga 1 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16472
Posting: 22
Dari: ketereh
|
Posting pada: 13-05-05 13:18
kiter jarang je amik breakfast y tul2 punyer.. ----------------- dAri kEcIL kiTa mEMbeSar
|
warsha
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.10.2004 Ahli No: 12144
Posting: 129
|
Posting pada: 14-05-05 03:57
tak amik sarapan pun..
mmg nak mkn tapi lps sarapan jer...perut meragam...mcm ner yer?
|
puteri_hudda
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2005 Ahli No: 15749
Posting: 79
Dari: selama perak
|
Posting pada: 14-05-05 16:59
breakfeast...
ana jarang amik breakfeast...
tapi pas dapat info ni...
ana cuba2 la amalkan breakfeast...
tau benda tu elok tapi ntahla...
|
Al_Khawarizme
Warga Rasmi Menyertai: 08.02.2004 Ahli No: 7080
Posting: 14
Dari: sitiawan
|
Posting pada: 30-06-05 18:03
assalamualaikum.... breakfast dia awal pagi juga amalan Rasuluallah..... breakfast yang paling baik adalah makan tujuh biji kurma basah atau kering atau hanya minum air masak.
|
eizani_83
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 7713
Posting: 68
Dari: PJ
|
Posting pada: 30-06-05 18:08
kalau berada di kolej,saya selalu breakfast.. tapi kalau di tempat praktikal,susah nak dapat peluang pergi breakfast.. plg cepatpun pukul 10am sebab sebelum tu tmpt kerja bz...
|
annur83
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16501
Posting: 126
Dari: BuMi Allah, Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 30-06-05 20:32
Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. assalamualaikum... a'aa..setuju sangat..penah baca banyak juga pasal artikel kebaikan breakfast ni... pergi/s:ke arah Malaysia sihat...
|
imansyazwani
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2005 Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar
|
Posting pada: 01-07-05 17:05
assalamualaikum!! iman setuju dengan apa yang dicakap oleh ifti_hanan itu!! iman kalau breakfast..... tak ada tenaga nak buat kja... nak berdiri lama2 pun tak larat... so setiap pagi iman ambil 2 keping roti bakar dengan secawan air milo!! cukup lah untuk alas perut sementara menunggu waktu makan tengahari..
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 01-07-05 23:34
assalamualaikum.. walau apa pun yang terjadi... jangan skip breakfast anda...
|
Ghufranallah
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.06.2005 Ahli No: 16894
Posting: 351
Dari: padang pasir
|
Posting pada: 02-07-05 01:42
assalamualaikum.. saya rasa sarapan pagi memang penting..petua orang tua2 kata minum air suam satu gelas bagus...boleh membuka saluran darah. lepas itu kan..Kalau minum air suam campur dengan madu lebah asli lagi ok..ia boleh mencergas dan mencerdaskan otak.. insyaAllah...
|
amirah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1533
Posting: 185
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 06-07-05 11:33
|
adneen
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5952
Posting: 75
Dari: kelantan
|
Posting pada: 06-07-05 14:50
Brekfast memang baguih..kalau yang jenis sakit perut lepas brekfast pagi2 tu?,makan yang ringan2 saja macam kueh, roti atau kurang2 milo segelas.lepas itu dalam pkul 10 ke makan berat sikit.makan sikit2 tapi banyak kali..macam amalan Rasulullah
|
Riyadhfannil
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah
|
Posting pada: 06-07-05 15:08
breakfast adalah amalan yang bagus...sebab pagi² kita memerlukan tenaga dan minda yang cergas...contohnya ketika kita berpuasa iaitu bersahur...kita dapat mengharungi siang hari tanpa makan dan minum...♥ ∩
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 12-07-05 16:38
mama memang sentiasa sediakan breakfast setiap hari (dulu-dulu, masa zaman persekolahan). kalau time exam, mesti kena makan telur masak separuh. kalau abah pulak, resepi istimewa breakfast semestinya oat. makanan bijirin macam nestle cornflakes pun elok juga. memang tak dinafikan breakfast penting untuk bekalan tenaga bila belajar. kita berfikir untuk melakukan tugasan sekolah, bergerak etc, semua ini memerlukan tenaga. jadi, breakfast yang kita ambik dapat membekalkan tenaga. tapi, kalau kat asrama dulu, menu yang paling ditakuti nasi lemak+air milo. menu ini bagi ana agak 'berat'. mata pun rasa mengantuk semacam.
|
izzah85
Warga Rasmi Menyertai: 28.04.2005 Ahli No: 16142
Posting: 8
Dari: perak
|
Posting pada: 20-08-05 18:28
 breakfast dengan kismis dan air suam...minum madu sikit...bagus untuk kecerdasan akal....
|
Ju
Warga Rasmi Menyertai: 14.07.2005 Ahli No: 17296
Posting: 15
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 21-08-05 18:54
Ambiklah breakfast, kebanyakan 90% orang yang sakit jantung, kencing manis dan seangkatan dengannya adalah orang yang tak bersarapan. Dari dalam paper
|