Oleh |
bertuahnya bersuamikan lelaki dalam petikan ini.. |
MencariSinar
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam
|
Posting pada: 03-02-05 11:13
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
> > isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
> > kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
> > lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
> > kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
> > bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
> > mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
> > bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
> > depan akan pastinya berubah lagi.
> >
> > Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
> > senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
> > sickness yang teruk sekali bagi isteri
> > saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
> > Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
> > Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
> > kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
> > solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
> > kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
> > Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
> > sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
> > sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
> > dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
> > sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
> > sebelum mengandung pun saya akan membaca
> > Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
> > sehinggalah dia terlelap.
> >
> > Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
> > sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
> > kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
> > sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
> > janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
> > ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan
> > kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
> > 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
> > saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
> > survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
> > berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
> > anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
> > kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
> > saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
> >
> > Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
> > zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
> > bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
> > email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
> > tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
> > untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
> > yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
> > kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
> >
> > 1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
> > waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
> > pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
> > conscius mind) adalah paling optimum ketika
> > ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
> >
> > 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
> > kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
> > ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
> >
> > 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
> > ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
> > fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
> > hati dan jangan putuskan zikir anda.
> >
> > 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
> > di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
> > dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai>
> > mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
> > beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
> > isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
> > berselawat, banyak bersabar.
> >
> > Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
> > sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
> > anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
> > anda
> >
> > 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
> > menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
> > bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
> > anda berjaya dengan kaedah ini.
> >
> > Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
> > Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
> > Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
> > sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
> > Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
> > dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
> > aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
> > belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
> > disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
> > ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
> > sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
> > dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
> > akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
> > segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
> > kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
> > sendiri.
> >
> > Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
> > membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
> > berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
> > sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
> > nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
> > Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
> > para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
> > kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
> > saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
> > pula kata mereka nanti.
> >
> > Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
> > dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
> > disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
> > rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
> > saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
> > yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan
> > bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
> > saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
> > akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
> > depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
> >
> > Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
> > piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga
> > sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
> > saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
> > salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
> > hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
> > saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
> > biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
> > akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
> > dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
> > saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
> > tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
> > banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
> > menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
> > jangan ditumpahkan sia-sia.
> >
> > Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
> > kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
> > telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
> > dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
> > hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
> > cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul
> > 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
|
wardatul_imans
Warga Rasmi Menyertai: 05.10.2003 Ahli No: 4024
Posting: 17
Dari: bumi mutiara
|
Posting pada: 03-02-05 11:21
....
semoga Allah prtemukan insan yg seperti ini...insyallah...
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 03-02-05 11:39
eeemmm bahagianyer.... semoga berpanjangan jadik ayah solehah...
Ana nak tambah skit laie le, nak baby comehh .. baca kan la surah Yusuf kepadanya... nak anak dengo nasihat, baca ler surah luqman al-hakim pula.
sekadar tips, kongsi besama...
|
ABg_IMaM
Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 03-02-05 12:45
tips yg sgt berguna untuk bakal2 ibu dan bapa dan juga ibu bapa...
|
nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang
|
Posting pada: 03-02-05 13:23
semoga ana dipertemukan insan semulia itu.. amin... ----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...
|
edlin
WARGA SETIA Menyertai: 03.08.2004 Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg
|
Posting pada: 03-02-05 15:44
waaahhhh..... bahagianya.....
hopefully adalah lelaki cam tu skrang ni....
dapat membimbing keluarganya DUNIA dan AKHIRAT.....
Aameeeenn...
|
assakinah
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12662
Posting: 53
Dari: universiti malaya kl
|
Posting pada: 04-02-05 10:24
emmmm.... bestnye dapat suami macam ni.....
semoga di rahmati Allah selalu....
|
azareenzulaikha
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.07.2004 Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar
|
Posting pada: 04-02-05 10:39
artikel yang menarik..bertuahnya...semoga ana dapat suami yang dapat membimbing ana n anak2 ke jalan yang diredhai.AMIN
|
MencariSinar
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam
|
Posting pada: 04-02-05 12:59
ana guna begitu..ameen...utk semua para muslimah termasuk ana....
|
imannoraina
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.08.2004 Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 04-02-05 13:29
Ya ALLah pertemukalah aku dengan insan yang mengasihimu dan menyintaii mu.....
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 04-02-05 22:26
erm info yg baik.thanx
|
mujahidah2311
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1530
Posting: 293
|
Posting pada: 04-02-05 22:35
wow!best la dapat husband cam2.... semoga saya pun dapat husband camtu........... ----------------- "Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)
|
anishayani
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.02.2005 Ahli No: 14233
Posting: 28
Dari: shah alam
|
Posting pada: 18-02-05 16:52
|
Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.04.2004 Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 18-02-05 17:10
Bertuahnya kalau dapat suami yg soleh camtu..
|
ingrid-erez
Warga Rasmi Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14512
Posting: 7
|
Posting pada: 18-02-05 20:30
ukhti semua patut fikirkan yang terburuk dalam kerangka utk mendptkan yg terbaik. seerah menunjukkan hanya Amirul Mukminin Ali saja yg padan dengan Az-Zahra. jadi, adakah ukhti semua menjiwai perjuangan Az-Zahra utk mendptkan insanul kamil? gunakan aqal utk berfikir soalan ini.
|
ruhul_islami
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.12.2004 Ahli No: 13208
Posting: 124
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 20-02-05 11:51
|
anamuslimah
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.02.2005 Ahli No: 14262
Posting: 48
Dari: perak
|
Posting pada: 23-02-05 00:30
perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik, perempuan yg jahat adalah utk lelaki yg jahat...
dan begitulah sebalikny...
jadi, jadilah yg terbaik utk mendapatkan yg terbaik agar dapat menjalani kehidupan yg baik.
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 14-02-06 13:58
tengok pada diri kita sendiri la...
|
hana_88
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12020
Posting: 81
Dari: KuKTeM..(UTEC)
|
Posting pada: 14-02-06 15:59
diharapkan akan ketemu lelaki seperti ini
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 14-02-06 17:00
bagusnya dapat suami macam tu..
|
Nurr_Iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM
|
Posting pada: 14-02-06 17:39
Untuk mendapat yang terbaik, diri ini mesti jadi yang terbaik. Semoga kita semua berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang soleh.... berserah kepadaNya segala ketentuan...
|
almumtahanah
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.01.2004 Ahli No: 6367
Posting: 145
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 14-02-06 22:10
Alhamdulillah...saya bersyukur dengan insan yang telah Allah jodohkan untuk saya....
|
yatie86
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.10.2004 Ahli No: 11989
Posting: 116
Dari: p.di negeri sembilan
|
Posting pada: 14-02-06 23:03
em..bahgia dapat suami macam mana..rasa2 ada tak orang-orang kat dalam ukhwah mana hehehe
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 14-02-06 23:05
Pada 14-02-06 23:03 , yatie86 posting:!!! QUOTE !!! em..bahgia dapat suami macam mana..rasa2 ada tak orang-orang kat dalam ukhwah mana hehehe InsyaAllah ada agaknya... cuba tanya...
|
spaghetigoreng
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22680
Posting: 134
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 15-02-06 01:13
isk..isk..baca benda alah ni rasa macam nak jadi baik..huhuh
|
aku_musafir
Warga Rasmi Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22590
Posting: 4
Dari: Pulau Mutiara
|
Posting pada: 15-02-06 15:14
Tak perlu mencari isteri secantik BALQIS andai diri tak sehebat SULAIMAN... Tak perlu juga seteguh IBRAHIM andai diri tak setabah HAJAR & SARAH... Mengapa mengharap suami setampan YUSUF andai kasih tak setulus ZULAIKA... Mengapa didamba isteri sehebat KHADIJAH andai diri tak semulia RASULULLAH... " Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri/suami dan zuriat keturunan kami perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa."
|
AsFaRiNa
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.02.2005 Ahli No: 14050
Posting: 208
Dari: Jelapang Padi
|
Posting pada: 15-02-06 15:30
aduhai shahdunya baca artikel ini... mga dipertemukan insan like this..amiin..
|
airah77
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.12.2005 Ahli No: 20959
Posting: 158
Dari: perak
|
Posting pada: 15-02-06 15:39
layakkah diri ini mendampingi lelaki seperti itu........
|
kasih_kekasih
Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 15-02-06 16:09
semoga 'dirinya' seperti ini...insyaAllah ----------------- [ Telah diedit oleh: kasih_kekasih pada 15-02-06 16:47 ]
|
Qayyum
WARGA SETIA Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~
|
Posting pada: 15-02-06 16:25
ana cuba tanya diri ni, "Layakkah aku menjadi lelaki seperti itu?"...
|
abadaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 15-02-06 16:29
Pada 15-02-06 01:13 , spaghetigoreng posting:!!! QUOTE !!! isk..isk..baca benda alah ni rasa macam nak jadi baik..huhuh alhamdulillah...jangan 'rasa' saja... sama-sama kita jadi orang yang baik dan beriman...=)
|
abadaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 15-02-06 16:31
Pada 15-02-06 16:25 , Qayyum posting:!!! QUOTE !!! ana cuba tanya diri ni, "Layakkah aku menjadi lelaki seperti itu?"... layak...insyaAllah... selalulah berdoa dan bermuhasabah diri.... jangan terlalu merendah diri dan jangan pule terlalu meninggi diri... semoga cemerlang di dunia dan akhirat..=)
|
abadaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 15-02-06 16:34
Pada 15-02-06 15:39 , airah77 posting:!!! QUOTE !!! layakkah diri ini mendampingi lelaki seperti itu........ ... insyaAllah...saudari akan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk saudari dan selayaknya... jangan terlalu memandang rendah pada diri.. jika saudari sering berdoa kepada Allah,saudari pasti bertemu idaman hati dan iman... Semoga cemerlang di dunia dan di akhirat...=)
|
Qayyum
WARGA SETIA Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~
|
Posting pada: 15-02-06 16:40
akan ku tinggika dr tahap sederhana diri ini kepada Maha Pencipta... "Ya Allah swt, Kau berika kami darjat sebegitu walaupun sukar seperti darjat para Nabi dan Rasul..."
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 15-02-06 16:49
di mana ada kemahuan kebaikan..di situ ALLAH tunjuk dan mudahkan jalan.. SeLaMaT MeNJaDi iSTeRi/SuaMi SoLeH dan SoLeHaH
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 19-02-06 16:39
subhanAllah...cukup menyentuh hati....syukran... ----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..
|
ilma
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu
|
Posting pada: 20-02-06 13:47
bertuahnya aku bersuamikan lelaki dalam petikan....
|
riyas
WARGA SETIA Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah
|
Posting pada: 20-02-06 14:28
Insya_Allah, mudah-mudahan Allah memberi sifat begitu kepada semua suami dan bakal2 suami.
|
aisyah_kasihmuslimah
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.01.2005 Ahli No: 13450
Posting: 35
Dari: taiping,perak
|
Posting pada: 20-02-06 14:37
Hmm...bertuah dan bersyukur pada Allah jika dikurniakan suami yang begitu..(",)
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 20-02-06 16:52
insyaallah...i'll become a good husband...see..
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 20-02-06 17:00
tak terfikir bagi diri ini untuk dapatkan suami terbaik sebegitu..suami sebegitu harus dipunyai oleh wanita yang solehah ..................amat bersyukur jika kenalan saya sebegitu dan bersama2 melahirkan generasi ;daie' amennn.................Hanya Dia sahaja tahu..................
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 21-02-06 01:14
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..itulah janji Allah dalam Al-Quran kepada hamba-hambanya yang beriman.....Insyallah sekiranya kita beriman dan mengamal islam dalam segenap jiwa kehidupan kita...maka kita akan dapat seorang suami yang soleh dan isteri yang solehah....ameen
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 24-02-06 12:48
insyaAllah...
|
umminajihah
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.09.2005 Ahli No: 18690
Posting: 70
|
Posting pada: 24-02-06 13:02
moga kita semua diketemukan dengan hamba-Nya yang benar-benar soleh dan beriman..amin.
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 24-02-06 13:16
|
nzawaty
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.02.2006 Ahli No: 22474
Posting: 124
Dari: kelantan
|
Posting pada: 24-02-06 13:33
kurasa kutemui insan seperti ini namun setelah kuamati page ni ada yang menasihati jangan memikat jangan bercinta tolonglah... bagaimana aku ingin menjadi isterinya?
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 28-02-06 02:51
nak cari calon yang sempurna biar kita yang mula dulu..
|
ahda
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.04.2004 Ahli No: 8665
Posting: 73
Dari: terengganu
|
Posting pada: 28-02-06 20:47
moga ALLAH pertemukan dengan insan soleh...Amin...
|
atiey11
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-02-06 21:34
moga ALLAH pertemukan dengan insan yang terbaik untukku.....ammmmmmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin
|
atiey11
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-02-06 21:35
moga ALLAH pertemukan dengan insan yang terbaik untukku.....ammmmmmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin
|
atiey11
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-02-06 21:35
moga ALLAH pertemukan dengan insan yang terbaik untukku.....ammmmmmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin
|
khalifah_85
WARGA SETIA Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 28-02-06 22:09
assalamualaikum... satu artikel yang cukup baik untuk tatapan semua golongn ukhwah sama ada ikhwah atau pun akhwat.. setiap orang memang mendambakan yang terbaik untuk dirinya..prjalanan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri ini tidak mudah kerana menuntut juga pengorbanan kita...sepertimana kita suka kan kereta yang cantik dan laju,perlukan duit yang banyak untuk mendapatkannya...begitu juga kita,kita suka suami /isteri yang soleh/solehah,maka kita juga haruslah menjadi orang yang soleh/solehah terlebih dahulu...adakah sesuai seorang penagih dadah dengan seorang ustazah???adakah sesuai seorang dengan ustaz???sudah tentu tidak kan... impian saya adalah untuk menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa,suami yang baik untuk isteri saya,ayah yang penyayang kepada anak saya.... doa saya,semoga ALLAH menunaikan segala impian saudara dan saudari untuk mendapat isteri/suami yang sahabat2 inginkan..insya ALLAH kalau sudah berusaha ALLAH akan bagi .. p/s : suami yang soleh ibarat singa dihutan yang garang dalam menjaga keselamatan keluarga tetapi lembut dengan anak sendiri serta bagaikan pendita kepada ALLAH dimalam hari,isteri yang solehah bagaikan ayam yang menjaga maruahnya dan keluarganya serta beriman dengan teguh kepada ALLAH... wassalam
|
wedelia
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.09.2005 Ahli No: 18715
Posting: 84
|
Posting pada: 28-02-06 22:21
Bahagianya jika ada suami yang begini.. :-) Ya Allah, berikanlah hambaMu ini jodoh yang baik dan suami yang soleh..Amin..
|
mulimahsejati
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.08.2005 Ahli No: 17755
Posting: 277
Dari: bawah langit atas tanah
|
Posting pada: 28-02-06 22:41
wow bagusnya cerita ni...
|
fatimahzahra
Warga 5 Bintang Menyertai: 26.02.2006 Ahli No: 23022
Posting: 363
Dari: blue universe
|
Posting pada: 01-03-06 18:19
semoga aku mendapat suami seperti ini....
|
fishah
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan
|
Posting pada: 01-03-06 19:24
moga-moga saya jugak akan dikurniakan suami yang macam tu... ku impikan suami yang dapat membimbingku menuju ke Syurga Allah...Amin....
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-03-06 20:22
bagus...insan yang mulia sentiasa dijaga Allah...
|
farafisyah
Warga Rasmi Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23274
Posting: 11
Dari: terengganu
|
Posting pada: 09-03-06 15:35
mudah-mudahan dipertemukan dengan seorang yang sepertinya...amin. "bentuklah diri menjadi solehah, semoga bertemu para solehin.."
|
wardah_qlate
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.02.2004 Ahli No: 7473
Posting: 143
Dari: qlate
|
Posting pada: 09-03-06 16:04
|
nurirshad
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.02.2006 Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu
|
Posting pada: 09-04-06 09:53
masihkah ada suami macam ni untukku... insyaAllah...
|
putri_ibu
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.09.2004 Ahli No: 11007
Posting: 29
Dari: Bumi KenyaLAnG
|
Posting pada: 09-04-06 10:31
Assalamualaikum.. terharunya dengar ceriter ni, mudahan2an muslimat sekalian mendapat suami yang baik sprti lelaki yang diceritakan.amin.. memang impian kita semua untuk menjadikan" rumahku syurgaku"..insyaAllah..
|
nurkasih87
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 3434
Posting: 133
Dari: Kemaman!..
|
Posting pada: 09-04-06 12:26
|
arinie
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.07.2005 Ahli No: 17125
Posting: 56
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 09-04-06 14:13
bertuah nya sapa boleh suami yang soleh........ semoga bahagia dunia dan akhirat. alhamdulillah...............
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 09-04-06 14:36
suami mithali...nak yang macam tu...
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 09-04-06 15:13
semoga dia pun seperti..itu.
|
ibnutuki
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 10-04-06 22:32
alhamdulillah bahagia hidup anda.... semoga hehidupan akan menjadi lebih bahagia dengan kehadiran orang baru..... doakan kami juga dapat jdi seperti anda dan mendapat isteri yang solehah seperti kamu
|
Norhaslina
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 11-04-06 00:18
Ya Allah pertemukanla kami dengan seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan kami untuk mencintaiMu Ya Allah... Ameen
|
lukmanulhakim
Warga 2 Bintang Menyertai: 17.12.2005 Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah
|
Posting pada: 17-08-06 01:26
Alhamdulillah... Seronok baca kisah ni... bagi semua muslimin,InsyaAllah kita usahakan untuk menjadi pemimipin yang terbaik kepada muslimat... Bahagiannya jika hidup dan mati hanya kerana Allah..
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 17-08-06 01:54
semoga diriku mendapat suami seperti cerita tersebut...aminnnn
|
wakenabeb
Warga Rasmi Menyertai: 17.07.2006 Ahli No: 25261
Posting: 3
|
Posting pada: 17-08-06 02:21
insya Allah..... dengan izin Nya
|
Setanggi
Warga Rasmi Menyertai: 06.03.2005 Ahli No: 14927
Posting: 7
Dari: Kustem, K.T
|
Posting pada: 17-08-06 10:04
Emm.. Bahagianye, Semoga Allah temukan saya dengan insan seperti ini. Amin..
|
qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.03.2004 Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 17-08-06 10:18
terharunyaaaaa......siapalah suami pilihan yang diberikan?......
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 17-08-06 12:27
Kalau ramai lelaki begini nescaya perempuan tak ragu-ragu berkahwin...Andartu pun tak ramai...tapi ramai LELAKI yang selalunye ....hmmmh tak tau nak cakap...Sungguh mengecewakan! ----------------- BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 17-08-06 12:58
Susah kao nak dapatkan lelaki yang macam dalam cerita ini.....tapi tak mustahil kalau dapat...... sama-samalah kita berdoa agar mendapat suami @ isteri yang soleh dan solehah......InsyaAllah...... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
jasadkudisini
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2006 Ahli No: 25763
Posting: 221
Dari: sinGgaHsaNa..
|
Posting pada: 21-08-06 18:20
kalau dapat memang untung bangat!!!
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 21-08-06 18:29
|
syauqahaziqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.08.2005 Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman
|
Posting pada: 21-08-06 19:44
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 21-08-06 22:10
masalahnya... ada ke lagi???
|
nuraisha
WARGA SETIA Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching
|
Posting pada: 21-08-06 23:28
berdoa pada Allah swt...kurniakanlah suami yang soleh dan jadikanlah aku isteri yang solehah dan dikurniakan zuriat yang soleh soleh dan solehah amin
|
mas2ra
WARGA SETIA Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh
|
Posting pada: 22-08-06 09:46
masyaALLAH... Pada 11-04-06 00:18 , Norhaslina posting:!!! QUOTE !!! Ya Allah pertemukanla kami dengan seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan kami untuk mencintaiMu Ya Allah... Ameen ~ amin ALLAHuma amin ~ ALLAHualam. ----------------- [ Telah diedit oleh: mas2ra pada 22-08-06 09:47 ]
|
aleeya_athirah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.08.2006 Ahli No: 25748
Posting: 128
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 22-08-06 10:11
bhagia nya dapat suami begitu...dapat bimting istei dan anak..dunia dan akhirat....aminnnnn....
|
tudung_kelabu
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2005 Ahli No: 18250
Posting: 234
Dari: sha aramu
|
Posting pada: 22-08-06 10:35
********************* dimana kan ku cari seorang insan yang bergelar suami sepetinya??? masih adakah???? mungkin masih ada lagi... **************************
|
zahrah_asrar
Warga 5 Bintang Menyertai: 07.02.2006 Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson
|
Posting pada: 22-08-06 10:47
Pada 20-02-05 11:51 , ruhul_islami posting:erm betul tu..semoga kita dapat jadi seperti isteri nya supaya dapat bersuamikan lelaki seperti nya... amin... ----------------- 2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING
|
Al-Aniesah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 22-08-06 11:18
Ya Allah...kurniakan daku..... zauj yang sebegini.....
|
Al-Aniesah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 22-08-06 11:21
ehh...lupa nak aminkan... Ameeen!!!!!!
|
umairah86
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 28-08-06 14:30
.. Semoga Allah mempertemukan ana dengan insan semulia itu.. Insya'Allah..
|
alhijaz
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.08.2006 Ahli No: 26034
Posting: 32
|
Posting pada: 28-08-06 15:14
|
Atif_Haziq
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله
|
Posting pada: 28-08-06 16:42
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 28-08-06 16:58
boleh saya berkenalan dengan pemuda itu?Dia begitu redha dengan apa yang dilaluinya tanpa bertemu ayah dan ibunya sejak lahir ke dunia.
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 28-08-06 17:18
Mungkin penulis tidak mendapat kasih sayang ibu dan ayah,tapi tidak pernah kurang dari didikan agama dan mpunyai ciri2 lelaki soleh..semoga boleh menjadi panduan semua ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
farah_hanan
WARGA SETIA Menyertai: 17.02.2006 Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu
|
Posting pada: 31-08-06 22:34
amin ya rabbal Alaminn kepada sesiapa yang berdoa mengharapkan suami seperti dalam petikan ini....semoga kalian semua dikurniakan seorang insan soleh untuk dijadikan teman hidup yang memimpin antunna semua menuju ke alam kekal abadi,.....aminnn....
|
umaira_sutera
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 31-08-06 23:46
SUBHANALLAH....alangkah indahnya hidup andai bersuamikan lelaki sebegitu.
|
amalina
Warga 2 Bintang Menyertai: 01.07.2003 Ahli No: 1871
Posting: 60
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 31-08-06 23:46
salam.... baca cerita ni keluar air mata dan sebak..teringat pula abi kat rumah..dulu masa kecik2 waktu tidur ayah selalu bisik2 semacam doa kat telinga kami adik beradik..bila tersedar tengok ayah nangis..tanya Kenapa nangis ayah terus peluk..masa tu kecik agi tak paham semua ni..rupanya ayah bagi nasihat ..InsyaAllah lepas ni suami dapat ganti tpt ayah..InsyaAllah..insyaAllah..InsyaAllah....insyaAllah..InsyaAllah.. InsyaAllah....insyaAllah...insyaAllah....
|
nur_namia
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.12.2005 Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9
|
Posting pada: 01-09-06 00:54
bahagianya dapat suami macam ini..suami idaman setiap insan yang bergelar isteri..mudah-mudahan insya4JJ1
|
nahdatul_adawiyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5697
Posting: 79
|
Posting pada: 01-09-06 13:52
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 01-09-06 14:51
comelnya catatan...sejuk saja hati bila membacanya. Alangkah bahagianya jika lebih ramai para suami dan bakal ayah yang tahu menghargai anugerah Allah buat diri mereka. Antara seribu pasti akan ada lelaki yang paling menghargai wanita disisinya.
|
Akhi_Arab
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.07.2005 Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL
|
Posting pada: 01-09-06 16:28
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 01-09-06 17:17
memang bertuah tapi susah nak dapat...... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 03-09-06 17:07
ana tertarik dengan artikel ini.. bhgia dan bertuahnye insan yang dapat bersuamikn lelaki sbgini.. mdh2an ALLAH akan pertemukn ana dengan lelaki seumpama itu..Amin.. kepada yang menulis, semoga anda bhgia di smpg insan tersayang dan dkurniakn zuriat yang soleh..
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 03-09-06 20:30
Pada 21-08-06 23:28 , nuraisha posting:!!! QUOTE !!! berdoa pada Allah swt...kurniakanlah suami yang soleh dan jadikanlah aku isteri yang solehah dan dikurniakan zuriat yang soleh soleh dan solehah amin AMIIIIIIIN..
|