Oleh |
Selamat Hari Raya AidilAdha! |
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 15-01-05 23:52
Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada semua warga Ukhwah. Semoga raya ini dapat menyedarkan kita erti sebuah pengorbanan, perjuangan dan ketaatan. Sama2 kita renungkan sirah korban Nabi Ibrahim. Kepada semua yang mengerjakan ibadah haji, moga mendapat haji mabrur dan selamat pulang ke tanah air. Salam AidilAdha buat semua, apakah erti pengorbanan buat kita semua... ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
pendekar_hijau
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8192
Posting: 23
Dari: kedah
|
Posting pada: 16-01-05 00:02
sy nak ucapkan slamat myambut AidilAdha kpd warga2 n saudara2ku dlm portal ukhwah niie.....trutama kpd insan tersyg husnaa yg brada d kajang.......
sy doakan mereka yg mgerjakan haji d mekah slamat menunaikan kewajipan rukun islam ke 5 n slamat pulang k malaysia ngan slamat.
wasalm
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 16-01-05 02:26
Saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'IDUL ADH-HA" kpd seluruh warga ukhwah.com. Hayatilah erti pengorbanan. Pengorbanan bukanlah bermakna kita terkorban, pengorbanan tiada erti tanpa penghayatan erti berkorban, berkorban maknanya kita melupakan perkara yg terbaik yang pernah kita miliki untuk dikongsi manfaatnya dgn orang lain yang memerlukan. "Dan Allah tidak menerima daging mahupun darah (haiwan korban), tetapi Allah menerima taqwa daripada kamu....." TQ.
----------------- Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/
|
HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA Menyertai: 08.09.2003 Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari:
|
Posting pada: 16-01-05 03:54
selamat hari raya eid al-adha jugak buat warga ukhwah.com semua.. ----------------- Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.
|
MutiaraHati
Warga Rasmi Menyertai: 22.05.2004 Ahli No: 9124
Posting: 14
Dari: Bangi
|
Posting pada: 16-01-05 07:50
Salam Aidiladha untk semua warga ahli portal ukhwah...moga jalinan inayah antara sesama umat Islam semakin kukuh.
|
nurse_intan
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2004 Ahli No: 11770
Posting: 125
|
Posting pada: 16-01-05 07:51
salam aidiladha utk sume dari saye!!!
|
jannahassyahid
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2004 Ahli No: 13242
Posting: 108
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 16-01-05 12:56
salam eid adha..
bagi student2 yg tak balik raya ni...jgn sedih.
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 16-01-05 13:39
al awal.. >> selamat meyambut hari raye korban... moge same-same & together-gether kite...
sesame menghayati erti KORBAN korban masa.. tenaga wang masa etc... for ur future.. ukhrawi wa duniawi...
what u do now..wil change ur future..!! jgn smpai terkorban ur IDENTITI + MARUAH mohon ampun & maaf.. ats segalanye..
wsslm... -----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
itsjustme
WARGA SETIA Menyertai: 22.08.2004 Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL
|
Posting pada: 16-01-05 14:39
salam aiduladha dari ana buat semua warga UKHWAH... ----------------- Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 16-01-05 15:16
ana pun nak ucapkan selamAt haRi raYa aIdILadHa kat semua kominiti Ukhwah.com nih p/s: duit raya x de ke?
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]
|
Posting pada: 16-01-05 17:04
 ...
salam AIDILADHA kepada semua member Ukhwah.Com..
|
zahrahtunnur
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.12.2003 Ahli No: 5786
Posting: 78
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 16-01-05 17:08
 .......SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA UKHWAH.COM WLAU D MANA JUA KALIAN BERADA......
wassalam
|
nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9
|
Posting pada: 16-01-05 18:56
Salam AidilAdha juga buat semua warga Portal Ukhwah.com... Semoga bertambah lagi keinsafan dan pengertian pengorbanan kita kali ni dengan pelbagai peristiwa yang melanda umat Islam di seluruh dunia...
Selamat berkorban... -----------------
|
baginda99
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.12.2004 Ahli No: 12882
Posting: 56
Dari: Southern Thailand
|
Posting pada: 16-01-05 20:18
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....spesel for all Ukhwah geng!! Jgn cuti raya kali ni, meningkat lagi Kadar mereka yg TERKORBAN di jln raya...hati2 balik kg !! Semoga sahabat semua dilindungi Ilahi...aminnnnnnn.
|
nice_pesan
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...
|
Posting pada: 16-01-05 20:25
Selamat menyambut hariraya aiduladha utk semua yg dikenali dan juga yg tak pernah bersua muka, jaga keselamatan diri, harta benda bila balik beraya tu yer ... saper2 yg tak dapat balik mcm sayer nie jangan sedey2  ----------------- try to be nice, smart, fun & helpful...
|
riyas
WARGA SETIA Menyertai: 14.06.2004 Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah
|
Posting pada: 17-01-05 11:35
Selamat Hari Raya Aidiladha..... kepada semua warga ukhwah.com......
Kepada semua yang mengerjakan ibadah haji, moga mendapat haji mabrur dan selamat pulang ke tanah air. Pengorbanan pada Allah dan agama adalah lebih penting dari segalanye..... Sama-samala kite hayati apakah itu pengorbanan.... -----------------
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 17-01-05 11:44
 , selamat hari raya aidiladha buat semua ahli ukhwah.com, selami dan hayati apa erti pengorbanan.....
|
balqiszie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2004 Ahli No: 11822
Posting: 100
Dari: perak
|
Posting pada: 17-01-05 12:20
selamat menyambut hari raya haji (korban) buat semua yg melari laman web ukhwah ini,semoga di hari yg milia ini kita semua mendapat keberkatan dari ILLAHI...
DAN pada semua yg dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini semoga mendapat haji yg mabrur...
SALAM AIDIL ADHA pada semua
----------------- hargailah sebuah persahabatan .,kerana disitu tersingkap segalanya......
|
istisafa
 Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya
|
Posting pada: 17-01-05 16:45
Selamat menyambut hari raya Aidiladha.... selamat berhijrah dari perkara baik kepada yang lebih baik lagi.. bukan korban percintaan atau kena dikorbankan sudah..
|
wanina
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2005 Ahli No: 13762
Posting: 99
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 17-01-05 17:01
|
tirmidziy02
WARGA SETIA Menyertai: 17.09.2004 Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA
|
Posting pada: 17-01-05 22:37
salam aidil adha untuk suma.... ----------------- Mencari Keredhaan Ilahi Merasa ketenangan Hakiki Mencuit rasa Rendah Diri Ya Rabbul Izzati
|
khawlah
Warga Rasmi Menyertai: 08.08.2004 Ahli No: 10536
Posting: 2
|
Posting pada: 18-01-05 11:25
|
NaZa_FirmaN
 Menyertai: 23.05.2004 Ahli No: 9138
Posting: 491
Dari: SEREMBAN
|
Posting pada: 18-01-05 16:11
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 18-01-05 17:36
assalamualaikum wbt..
ha...selamat hari raya eidulfitri maaf deh..kalau sesiapa yg sedang berduka...syed harap yg lepas usahlah di kenang2kan..mmg mudah di bibir tapi berat di hati..tapi itu ujian Allah kpd hamba2nya...
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 18-01-05 20:36
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah Selamat menyambut Eidul Adha yang mulia (bukan eidul fitri ya syed  . Kesian dia jauh dari Malaysia dah lupa dah raya mana satu. afwan ya syed  . Semoga anak-anak semua menyambut Eidul Adha dengan rasa kesyukuran dan berdoa agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua. Ameen Ya Rabbal Alameen. Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq sekeluarga
ps - sekedar saling ingat mengingati Soalan: Bilakah sepatutnya kita di Malaysia berpuasa sunat Hari Arafah, adakah ianya berdasarkan persaksian anak bulan di Arab Saudi atau di Malaysia? Jawapan HF: Jawapan kepada soalan ini memang diperselisihkan oleh para ahli fiqh. Berselisihannya mereka adalah dalam menafsirkan 3 hadis berikut: Pertama:Berpuasalah kamu sekalian apabila melihatnya (anak bulan) dan berbukalah (akhiri bulan puasa) apabila kamu sekalian melihatnya (anak bulan). Hadis sahih riwayat Abu Hurairah radiallahu anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, lihat Sahih Muslim no: 1080. Kedua  uasa (Ramadhan) adalah hari kalian semua berpuasa dan (Id) al-Fitri adalah hari kalian semua berbuka dan (Id) al-Adha adalah hari di mana kalian semua menyembelih kurban dan Arafah adalah hari yang kalian semua sedia maklum. Hadis daripada ‘Atha’ bin Abi Rabah radiallahu anhu, dikeluarkan oleh al-Shafi’e (al-Umm, 1/230) dan al-Baihaqi (al-Sunan al-Kubra – no: 9610) sebagaimana nukil al-Suyuti dalam Jamii’ al-Sagheir – no: 5891.
Berkata al-Suyuti, hadis ini dha‘if kerana mursal (‘Atha’ tidak pernah bertemu dengan Rasulullah). Al-Albani berkata ianya sahih sebagaimana dalam Sahih Jamii’ al-Sagheir – no: 4224. Saya berkata hal ini tidak benar, yang sahih dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah bahagian pertama hadis: “Puasa (Ramadhan) adalah hari kalian semua berpuasa dan (Id) al-Fitri adalah hari kalian semua berbuka dan (Id) al-Adha adalah hari di mana kalian semua menyembelih kurban” sebagaimana takhrij al-Albani sendiri dalam Irwa’ al-Ghaleel – no: 905. Tambahan “Arafah adalah hari yang kalian semua sedia maklum” adalah tambahan dari ‘Atha’ sahaja. Ketiga  ari Kuraib : Sesungguhnya Ummu Fadl binti Al-Haarits telah mengutusnya menemui Mu'awiyah di Syam. Berkata Kuraib: Lalu aku datang ke Syam, terus aku selesaikan semua keperluannya. Dan tampaklah oleh ku (bulan) Ramadhan, sedang aku masih di Syam, dan aku melihat hilal (Ramadhan) pada malam Juma'at. Kemudian aku datang ke Madinah pada akhir bulan (Ramadhan), lalu Abdullah bin Abbas bertanya ke padaku (tentang beberapa hal), kemudian ia menyebutkan tentang hilal, lalu ia bertanya: "Bila kamu melihat hilal (Ramadlan) ?. Aku menjawab: "Kami melihatnya pada malam Jum'at". Dia bertanya lagi: "Engkau melihatnya (sendiri) ?. Aku menjawab: "Ya ! Dan orang banyak juga melihatnya, lalu mereka puasa dan Mu'awiyah berpuasa". Ibn Abbas berkata: "Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu, maka senantiasa kami berpuasa sampai kami sempurnakan tiga puluh hari, atau sampai kami melihat hilal (bulan Syawal)". Aku bertanya: "Apakah tidak cukup bagimu ru'yah (penglihatan) dan puasanya Mu'awiyah ? Ibn Abbas menjawab: "Tidak ! Begitulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah memerintahkan kepada kami.” Hadis sahih yang dikeluarkan oleh Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 1087. Daripada 3 hadis ini timbul 3 pendapat:
Pendapat Pertama:
Mana-mana negara yang pertama kali menyaksikan hilal, maka Puasa dan Perayaan Id bagi seluruh umat Islam dimulai berdasarkan persaksian tersebut. Dengan teknologi masa kini persaksian di sebuah negara dapat diumumkan kepada seluruh umat Islam sedunia dalam masa kurang sejam sahaja. Pendapat pertama ini adalah berdasarkan hadis pertama yang bersifat umum, maka ia meliputi seluruh umat Islam tanpa kecuali. Pendapat Kedua:
Puasa dan Perayaan Id ditentukan berdasarkan persaksian hilal di Makkah dan Madinah. Ini didasarkan kepada hadis kedua. Lebih dari itu, memandangkan Puasa Sunat Arafah adalah bersempena Wuquf di Arafah, maka hendaklah umat Islam seluruh dunia berpuasa sunat Arafah mengikut hari yang sama berlangsungnya wuquf di Arafah. Pendapat Ketiga:
Puasa dan Perayaan Id ditentukan berdasarkan persaksian hilal di masing-masing negara. Diwaktu yang sama tidaklah persaksian di satu negara mempengaruhi negara yang lain. Ini adalah berdasarkan hadis ketiga. Antara ketiga-tiga pendapat ini, saya (HF) menguatkan pendapat yang ketiga. Antara ketiga-tiga pendapat ini, perselisihan dapat dihilangkan jika kita mengaitkannya dengan hukum alam. Ketahuilah bahawa hukum alam dan hukum syari‘at berasal daripada pencipta yang sama, iaitu Allah ‘Azza wa Jalla. Adalah mustahil untuk dianggap bahawa Allah telah mencipta dua hukum yang saling bertentangan antara satu sama lain. Yang benar adalah kegagalan manusia untuk menyelaraskan antara dua hukum ini dengan baik. Allah telah mencipta bumi ini sebagai satu planet yang bulat dan berpusing. Allah juga telah mencipta sebuah bulan yang mengelilingi bumi ini mengikut orbit yang telah ditetapkan. Berpusingnya bumi pada paksinya dan beredarnya bulan pada orbitnya pasti akan menyebabkan anak bulan lahir pada waktu yang berbeza di tempat yang berbeza. Hal ini sedia diketahui oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Maka kerana itulah baginda memerintahkan – sebagaimana terang Ibn Abbas radiallahu ‘anhu – bahawa permulaan Puasa dan Perayaan Id adalah berdasarkan persaksian anak bulan di negara masing-masing. Perintah Rasulullah ini menjadi pegangan generasi al-Salaf, sebagaimana terang Abu ‘Isa al-Tirmizi setelah mengemukakan hadis di atas dalam kitabnya: “Pengamalan terhadap hadis ini menurut ahli ilmu adalah setiap ahli negara mengikut rukyah (persaksian anak bulan) mereka sendiri.” [Sunan al-Tirmizi (tahqiq: Ahmad Syakir, Dar al-Hadith, Kaherah 1999), jld 3, ms 49 (Kitab Puasa, Bab ke 9: Menerangkan bahawa setiap negara mengikut rukyah (persaksian anak bulan) mereka sendiri). Bagi edisi terjemahan, (Victory Agencie, Kuala Lumpur 1993), lihat jld 2, ms 13-15.] Hadis ketiga ini tidak bercanggah dengan hadis yang pertama. Penyelarasan dapat dilakukan denganmeletakkan hadis yang pertama di bawah hadis yang ketiga ini. Yakni keumuman hadis pertama sebenarnya adalah terhadap kepada penduduk sesebuah negara sahaja. Demikian juga hadis yang kedua, keumuman “kalian semua” merujuk kepada penduduk sesebuah negara dan tiadalah ia umum kepada seluruh umat Islam sedunia. Analisa ke atas pendapat pertama dan kedua: Diketahui bahawa sebahagian tokoh Islam telah mengemukakan pendapat yang pertama dan kedua di atas sebagai pegangan mereka. Para tokoh ini sedia kita hormati namun diwaktu yang sama tidaklah bererti kita tidak boleh menganalisa dan mengkaji semula pendapat mereka. Berikut analisa dan ulasan saya ke atas pendapat mereka: Pendapat pertama:
Mana-mana negara yang pertama kali menyaksikan hilal, maka Puasa dan Perayaan Id bagi seluruh umat Islam dimulai berdasarkan persaksian tersebut. Dengan teknologi masa kini persaksian di sebuah negara dapat diumumkan kepada seluruh umat Islam sedunia dalam masa kurang sejam sahaja. Pendapat pertama ini adalah berdasarkan hadis pertama yang bersifat umum, maka ia meliputi seluruh umat Islam tanpa kecuali. Analisa:
Bulan mengeliling bumi dalam orbit yang telah ditetapkan Allah tanpa henti atau terpesong. Perjalanan bulan yang mengelilingi bumi akan menyebabkan di setiap saat, di setiap ketika, akan ada orang dan negara yang sentiasa menjadi yang pertama melihat kelahiran anak bulan. Dengan itu juga, tidak akan ada satu negara yang dapat mendakwa bahawa dialah yang pertama melihat anak bulan kerana negara di sebelahnya akan mendakwa yang sama juga, demikian seterusnya kepada negara-negara yang lain. Oleh itu pendapat yang pertama ini tidak mungkin akan tercapai kerana realitinya tidak ada negara yang
benar-benar boleh mendakwa bahawa dialah yang pertama melihat kelahiran anak bulan. Pendapat kedua:
Memandangkan Puasa Sunat Arafah adalah bersempena Wuquf di Arafah, maka hendaklah umat Islam seluruh dunia berpuasa sunat Arafah mengikut hari yang sama berlangsungnya wuquf di Arafah. Analisa:
Jika hendak disamakan antara wuquf di Arafah dan puasa di tempat selain Arafah, maka kenapakan persamaan tersebut hanya dari sudut “hari” dan tidak dari sudut waktunya ? Yakni hendaklah seseorang itu juga berpuasa mengikut waktu Subuh dan Maghrib bagi Arafah. Hal ini pasti membingungkan kerana wujud perbezaan waktu Subuh/Maghrib bagi tempat-tempat yang berlainan. Hal ini ditambahi lagi dengan faktor zon masa bagi tiap-tiap negara. Hakikatnya jika kita berpuasa di Malaysia mengikut hilal yang disaksikan di Saudi, kita tetap tidak akandapat melakukannya secara tepat bersempena wuquf di Arafah melainkan sebahagian sahaja. Kini bayangkan pula negara yang beza zon waktu adalah 9 hingga 12 jam daripada Arafah. Bagaimana sekalipun mereka berusaha, mereka tidak akan dapat berpuasa di tempat mereka bersempena wuquf di Arafah. Saya beri contoh, beza waktu antara Kuala Lumpur dan New York ialah 12 jam. Jika kita di sini jam 6 pagi, mereka di sana jam 6 petang. Katakanlah pula Padang Arafah letaknya di Kuala Lumpur. Jika waktu Subuh ialah 6 pagi dan Maghrib ialah 7.30 petang, maka untuk orang Islam di New York berpuasa agar bersempena wuquf di Kuala Lumpur, mereka perlu berpuasa di malam hari. Jika mereka berpuasa di siang hari, ia perlu dilakukan pada siang sebelum malam tersebut atau siang selepas malam tersebut. Yang mana satu jua, ia tetap tidak akan bersempena dengan wuquf di Kuala Lumpur. Demikian sekadar contoh. Oleh itu secara realitinya seseorang itu tidak akan mempu berpuasa bersempena wuquf di Arafah melainkan dia berada di Padang Arafah sendiri. Demikian analisa saya. Oleh itu yang benar adalah berpegang kepada pendapat yang ketiga kerana ia (1) bertepatan dengan nas syari’at dan (2) bertepatan dengan hukum alam. Kembali kepada soalan asal di atas, saya berpendapat kita di Malaysia berpuasa mengikut persaksian anak bulan di Malaysia dan bukannya Arab Saudi. Ada juga yang berkata, seluruh umat Islam berpuasa bersama-sama demi menjaga kesatuan umat. Saya berkata, kesatuan sebegini menyalahi nas. Kesatuan dalam berpuasa dan perayaan Id adalah umat di setiap negara berpuasa mengikut persaksian hilal di negara masing-masing. Umat di sesebuah negara jangan berpecah dalam penentuan puasa dan perayaan Id. Jika diidamkan kesatuan umat seluruh dunia, MAKA YANG DIPERINTAH OLEH NAS ialah umat bersatu dalam berjihad membela rakyat Palestin, Iraq dan lain-lain yang ditindas oleh tentera kufar. al-firdaus.com -----------------
|
are_dik
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.11.2004 Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student
|
Posting pada: 18-01-05 20:57
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..buat kengkawan ukhwah...doakan kejayaan sayer kat c-ni..coz sayer tengah exam.dan x balik rayer..
|
dakwah_ilahi
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2004 Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah
|
Posting pada: 18-01-05 23:14
Assalamualium
salam eid adha.. bagi student2 yg tak balik raya ni...
|
Qudwahkhasanah
Warga Rasmi Menyertai: 03.11.2003 Ahli No: 4879
Posting: 10
|
Posting pada: 19-01-05 00:18
Selamat Hari Raya Aidiladha kpd sume members ukhwah.com. semoga samutan aidiladha ini selain kita korban lembu atau kambing, kita korbankan jugalah sgl sifat2 mazmumah dlm diri. sama2 la kita ye!!!!!!!!!!!!
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU!!!!!!!!!!!
|
kasih_kekasih
 Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 19-01-05 09:31
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 19-01-05 10:29
Selamat...selamat....
Di hari raya...terkenang daku kepada si lembu...yang bakal dikorbankan kat belakang tu...
|
zuera_fadz
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.10.2004 Ahli No: 11933
Posting: 64
Dari: penang
|
Posting pada: 19-01-05 10:45
"Selamat Hari Raya Aidiladha" pada semua warga ukwah....
semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar....... ----------------- milik siapakah hati ini
|
aikal
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2004 Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam
|
Posting pada: 19-01-05 12:56
korban jangan tak korban !!
|
ada_syuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.06.2003 Ahli No: 1685
Posting: 81
Dari: bumi allah
|
Posting pada: 19-01-05 14:38
salam aidil adha buat semua...hitung kembali apakah pengorbanan kita untuk islam...pada usia yang telah kita lewati ini..
mudahan kita dalam redhoNya ...
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 19-01-05 14:44
Salam Aidiladha buat semua umat Islam. Eid Mubarak ya ikhwaani.... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 19-01-05 14:47
bila kambing demam-demam,
lembu buat-buat gila,
kerbau jadi tak tidur malam,
unta jadi gelisah....
itu tandanya Aidiladha dah dekat....
SELAMAT AIDIL ADHA ....
p/s: ayam jugak yg tidur nyenyak... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
red_rezuan
Warga Rasmi Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12949
Posting: 5
Dari: dungun,trg
|
Posting pada: 19-01-05 23:46
 ..
Selamat HAri Raye Aidil Adha..untuk sahabat2 semue dan semue umat Islam..
may Allah bless 2 u all always...
|
kens2005
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 715
Posting: 647
Dari: Kyoto
|
Posting pada: 20-01-05 00:25
Selamat Hari Raya AidilAdha!!
Moh berkurban!!....Bawak meh sini lembu ke kucing ke.... hamba kurbankan guna pedang hamba ^_^x ----------------- :: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ::
|
yeop
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen
|
Posting pada: 20-01-05 01:20
"Kurban Bayraminiz Mübarek Olsun"
----------------- 
\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
|
zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.11.2003 Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering
|
Posting pada: 20-01-05 10:56
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...
smg kita dpt menghayati maksud yang tersirat disebaliknya...
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 20-01-05 11:47
Salam aidiladha kepada semua.....doakan saya dan seluruh ummah, InsyaAllah
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 20-01-05 14:33
SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA buat semua sahabat dalam ukhwah.com
hayatilah ibadah qurban yg dilaksanakan di tempat anda...
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 20-01-05 17:13
Ana mengucapkan selamat berbuka puasa bagi sesiapa yg puasa sunat hari nie. Ganjaran besar menanti anta dr Allah SWT. Selamat hari raya kurban kpd warga ukhwah. Drive carefully. Jgn terkurban sudahlah ek. Ws. ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 21-01-05 10:34
Hari ini tibalah Hari Raya!! Salam AidilAdha buat semua warga ukhwah yang sedang online, tetamu yang belum berdaftar dan juga ahli yang tak login. Hehehe.. Selamat Menjalankan Ibadah Korban! ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.
|
Posting pada: 21-01-05 16:07
|
sasician
WARGA SETIA Menyertai: 04.05.2004 Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka
|
Posting pada: 21-01-05 16:51
selamat hari raya......sok balik kedah..keje....
kejap je cuti hu..hu...
|
mas2ra
WARGA SETIA Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh
|
Posting pada: 22-01-05 15:00
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
 / Salam Aidiladha saya ucapkan utk semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia. Smoga ALLAH memberkati umur, rezeki, ibadah, amal & iman kita semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Wallahua'lam.
Wassalam
|
kakciknah
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3875
Posting: 165
Dari: kelantan
|
Posting pada: 23-01-05 11:35
SALAM IDULADHA....MAAF ZAHIR BATIN...........MOGA KITA SENTIASA BERUKHWAH..........
|
norsha
Warga Rasmi Menyertai: 28.09.2004 Ahli No: 11464
Posting: 16
Dari: dungun
|
Posting pada: 23-01-05 13:05
salam aidiladha untuk semua warga ukhwah dan seluruh umat islam amnya....
dalam kita menyambut hari mulia ini jangan pula kita lupa pada yang memerlukan perhatian dan bantuan kita......
salam aidiladha untuk semua.......
|