Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Jangan Terlalu Sweet...


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Jangan Terlalu Sweet...

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan Terlalu Sweet...

cornation
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.12.2004
Ahli No: 12840
Posting: 35

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-12-04 17:44


Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil
berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet' saya
mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh
hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi
dia.

Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan
segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita
ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda
bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu
kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,
maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan
tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan
menyesal sebgitu sahaja.

Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau
mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu
menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang
anda
pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda
walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika
ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa
yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi
masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan
kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran
yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda
sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan
di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas.
Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah
menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan
sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang
sengsara, bukan orang lain.

Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang
yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih
sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah
berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan
kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi
anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang
yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan
keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu.
Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang
kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa
berubah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For cornationProfil   Hantar PM kepada cornation   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 17:48


Quote:

On 2004-12-15 17:44, cornation wrote:
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan
segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.





-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 15-12-04 20:40


mcm pernah ku baca.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-12-04 08:14


Quote:
Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang
yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih
sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah
berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan
kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi
anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang
yang mencintai anda seadanya anda.



emm.. sesuatu yang ana baru tahu... syukran..

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 16-12-04 15:33


jgn terlalu sweet. nanti kencing manis.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

itifa2
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11138
Posting: 80
Dari: johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-12-04 19:09


menyentuh hati dan perasaan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For itifa2Profil   Hantar PM kepada itifa2   Pergi ke itifa2's Website   Quote dan BalasQuote

liliey
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11718
Posting: 96
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-12-04 15:44


bunyik cam orang baru frust jer cornation....
orang yang bagi tuh mesti spesel kan???



Bookmark and Share

    


  Member Information For lilieyProfil   Hantar PM kepada liliey   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 20-12-04 13:56




Tips cinta yang agak baik untuk direnungkan bersama.....

Bercintalah selagi anda ingin dicintai!

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

rahmat_hidayat
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 8654
Posting: 135
Dari: Johor Darul Ta'zim - UKM Bangi

Johor  


posticon Posting pada: 20-12-04 13:56




Tips cinta yang agak baik untuk direnungkan bersama.....

Bercintalah selagi anda ingin dicintai!

-----------------
IMAN ASAS KEHIDUPAN MUSLIM - 0192458410


Bookmark and Share

    


  Member Information For rahmat_hidayatProfil   Hantar PM kepada rahmat_hidayat   Pergi ke rahmat_hidayat's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-04 14:02


Quote:
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda
sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan
di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas.
Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah
menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan
sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang
sengsara, bukan orang lain.

....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

anggerik_desa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.03.2004
Ahli No: 7794
Posting: 60

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-12-04 22:05


huhuhu...terharunya..
boleh dipertimbangkan!
mungkin kita patut menilai kembali insan insan yang bermakna di sisi kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anggerik_desaProfil   Hantar PM kepada anggerik_desa   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 18:13


Tapi apa yang pasti
berhati hati mencari cinta
biar lambat asal selamat
cinta jangan di nilai dengan materi
cinta di nilai dengan hati
cinta yang bersih jangan dinodai
Cinta kepada Yang Maha Agung itulah pasti

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Sinar_Srikandi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8294
Posting: 29
Dari: kelantan

ireland   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 19:38


[at-taubah:24] cinta kepada Allah adalah paling atas di atas segala cinta...

-----------------
kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. puas kita menangis mencari mana hilangnya matahari. rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang INDAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For Sinar_SrikandiProfil   Hantar PM kepada Sinar_Srikandi   Pergi ke Sinar_Srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 21:39




Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99
disimpan disisinya dan
hanya 1
bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih
sayang yang satu bahagian
itulah,
makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda
mengangkat kakinya kerana
takut
anaknya terpijak.




Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

larasuraya
Warga Rasmi
Menyertai: 28.12.2004
Ahli No: 13371
Posting: 3
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-12-04 16:02


terima kasih..ianay dapat sedikt melegakan hati saya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For larasurayaProfil   Hantar PM kepada larasuraya   Pergi ke larasuraya's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 07-02-05 16:00


hmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-07-05 23:57


iman..
no komen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 26-07-05 00:27


Ada ilmiah yang boleh kita ambil dari artikel yang panjang ini... Emmm... terkenang pula pada si dia... hehehehe....


-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...


Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

altamira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5830
Posting: 242
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 00:37


baca saja boleh terpikat bagaimana agak orangnya ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For altamiraProfil   Hantar PM kepada altamira   Pergi ke altamira's Website   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 00:44


:-) :-D ...
iskk..iskk..macam2 dunio sekarang ini...nak sweet pun lobih2... :lol: :-o :-P
/


-----------------
Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 26-07-05 01:51


bagus juga artikel ini..banyak benda yang sakeenah boleh dapat..syukran cornation:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

nurfara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7219
Posting: 56
Dari: Kuala Lumpur/Muar

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 02:49


time kasih ilmu yang baru.. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfaraProfil   Hantar PM kepada nurfara   Quote dan BalasQuote

al_khair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17478
Posting: 247
Dari: Bumi Allah

singapore  


posticon Posting pada: 26-07-05 02:55


terima kasih for the tips....

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_khairProfil   Hantar PM kepada al_khair   Pergi ke al_khair's Website   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 26-07-05 04:44


jangan terlalu sweet...
erm...baru tau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

shahriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16922
Posting: 146

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-07-05 17:22


berhati mencari cinta jangan sampai tergopoh2.. kelak menyusahkan diri sendirik saja... cinta akan datang dengan sendiriknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahrizProfil   Hantar PM kepada shahriz   Quote dan BalasQuote

yan4485
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2005
Ahli No: 14357
Posting: 286
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 04-08-05 07:20


kadang kala apa yang kita buat kita tak sedar bahawa ada yang memerhati....
bila dia dah ckap baru kita tau....
time tu lah terkejut orang kata kita ni cute lah, sweet lah, manis lah...
macam2 lah....
itukan pandangan orang pada kita...
biar saja lah...
kiya takk perlu jadi orang lain untuk buatkan orang lain selesa..
just be yourself.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For yan4485Profil   Hantar PM kepada yan4485   Quote dan BalasQuote

britaniasky
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17549
Posting: 93
Dari: terengganu

lithuania   avatar


posticon Posting pada: 04-08-05 07:33


cornation ni ada bakat masuk coronation street lah nampaknye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For britaniaskyProfil   Hantar PM kepada britaniasky   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 04-08-05 07:37


5 bintang

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 04-08-05 07:37


5 bintang

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

runuzaakmal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.09.2004
Ahli No: 11507
Posting: 52
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-08-05 23:04


assalamualaikum wbrt..

Bookmark and Share

    


  Member Information For runuzaakmalProfil   Hantar PM kepada runuzaakmal   Quote dan BalasQuote

runuzaakmal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.09.2004
Ahli No: 11507
Posting: 52
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-08-05 23:09


assalamualaikum wbrt.....

cukup mendalam kenyataan tentang"jangan terlalu sweet"....
kekadang ada betulnya apa yang diperkatakan, hidup kan naluri untuk disayangi dan menyayangi itu perkara biasa......
satu yang dipinta " Ya Allah...jika hatiku terpaut pada seseorang, biarlah hati dia adalah hati yang terpaut pada-Mu...dan jika hatinya disentuh olehku, biarlah hatinya disentuh ke jalan-Mu...Amin"

sesungguhnya hidup ini sesuatu yang indah, bersyukurlah kita diberi nikmat untuk mengecapinya walaupun dalam masa yang sementara ini.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For runuzaakmalProfil   Hantar PM kepada runuzaakmal   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-05 23:54


jangan biarkan sidia tertunggu-tunggu. selalunya kita cepat bosan dengan apa yang ada dan menyesal selepas meninggalkan semuanya itu... tapi satu sahaja cinta yang menjanjikan segalanya-galanya...Cintalah pada sang Pencipta..Kerana itulah cinta yang hakiki....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 29-08-05 16:10


ya Allah..hanya Engkau yang mengetahui betapa aku menyintainya..
betapa aku menyayanginya..
tak ada satu pun salahnya padaku kecuali yang telah aku maafkan..:-)


ana: hanya ungkapan.. :-)
tak ada kena mengena :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

ummu_amir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4817
Posting: 59
Dari: Malaysia

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-08-05 16:52


banyak benarnya...
amat menyentuh hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_amirProfil   Hantar PM kepada ummu_amir   Quote dan BalasQuote

Aneeqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.10.2004
Ahli No: 11976
Posting: 151
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-05 08:32


huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AneeqahProfil   Hantar PM kepada Aneeqah   Pergi ke Aneeqah's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 16:15


CINTAILAH INSAN yang KAU KASIHI SEKADARNYA KERENA KELAK KAU AKAN MEMBENCINYA PULA, BENCILAH INSAN yang KAU MUSUHI SEKADARNYA KERANA KELAK KAU AKAN MENCINTAINYA PULA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-09-05 16:41


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

aisyatul_mardhiyyah
Warga Rasmi
Menyertai: 28.09.2005
Ahli No: 19398
Posting: 19

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 14:45


...Bismillahirrahmaanirrahim...Ya Allah jika saya jatuh cinta, cintakanlah saya pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin, jika saya jatuh hati,izinkanlah saya menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh saya dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana ,jika saya jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzati ,jika saya rindu ,rindukanlah saya pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....Ya Allah ,jika saya menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,jika saya jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan saya tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....Ya Allah jika Kau halalkan saya merindui kekasihMu jangan biarkan saya melampaui batas sehingga melupakan saya pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.......Amin.....

bagus doa ini.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisyatul_mardhiyyahProfil   Hantar PM kepada aisyatul_mardhiyyah   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 14:53


ada benarnya juga... teringat satu pepatah: sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna... kehidupan ini adalah medan untuk kita berjuang, malah dalam cinta juga ada perjuangan, dan ia juga perlukan keberanian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-05 15:11


ermm....banyak kes dah yang ter'lalu' sweet ni....harap dalam bulan ramadhan ini...boleh mengurangkan orang yang sebegini...
:-o


-----------------
Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

esya86
Warga Rasmi
Menyertai: 22.09.2005
Ahli No: 19249
Posting: 4
Dari: Malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-10-05 15:25


:-di :lol: tak tauu..... :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For esya86Profil   Hantar PM kepada esya86   Quote dan BalasQuote

esya86
Warga Rasmi
Menyertai: 22.09.2005
Ahli No: 19249
Posting: 4
Dari: Malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-10-05 15:25


:-di :lol: tak tauu..... :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For esya86Profil   Hantar PM kepada esya86   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 03:55


Pada 15-12-04 17:44 , cornation posting:

!!! QUOTE !!!

Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.


mungkin ada kebenarannya.... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 10-10-05 09:38


cinta hadir tak boleh di paksa... ia hadir secara tiba2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 09:49


Pada 15-12-04 17:44 , cornation posting:

!!! QUOTE !!!

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.

setuju dengan kata-kata ni, sebab saya memang jenis yang suka ambil risiko... kalau dalam iklan McD saya termasuk dalam golongan 'Risktaker'... :-)

apa2pun cuba dulu kan... hasilnya Hanya Tuhan Yang Tahu...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 10-10-05 10:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 10-10-05 09:54


ye lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 09:59


Pada 10-10-05 09:38 , islamicboy posting:

!!! QUOTE !!!

cinta hadir tak boleh di paksa... ia hadir secara tiba2...


cinta itu cahaya sanubari...
kurniaan tuhan fitrah insani...

cinta itu tak pernah meminta..
tetapi memberi sepenuh rela...

ps: cinta..cinta...ermmm....:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

ina_irdyna85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.09.2005
Ahli No: 18932
Posting: 268
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 10:44


hebatnya nilai kasih sayang itu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ina_irdyna85Profil   Hantar PM kepada ina_irdyna85   Pergi ke ina_irdyna85's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid_85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.07.2005
Ahli No: 17280
Posting: 22
Dari: petaling jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 17:17


Assalamualaikum..... what a gud topic to be discussed..... tahniah kepada cornation.... mungkin ini satu luahan hati yang jarang dapat kita luahkan... bagi saya allah jadikan manusia ni dalam hidupnya penuh dengan dugaan.... anatara kita sedar atau tidak kita masih lagi dalam proses menjadikan mimpi atau impian kita untuk hidup bahagia itu satu realiti.... tapi ingat tnapa keberanian mimpi takkan jadi kenyataan..... sudah fitrah alam..... ada baik ada buruk... ada yang berjaya.... ada yang gagal.... kalau semua sama berjaya tak stabil la dunia ni.... ingat kronologinya sama macam dalam percintaan... jangan cepat dan mudah jatuh hati nanti memakan diri.... tapi jika dah terjadi jangan cepat kecewa dan menyalahkan takdir... kerana itu semua ada hikmahnya.... ia akan jadi satu pengalaman kepada kita agar lebih berhati2 dalam menempuhi hidup ini.....pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup.... sekian dulu.... salam reformasi minda mencorak kemantapan peribadi muslim....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid_85Profil   Hantar PM kepada mujahid_85   Quote dan BalasQuote

sea-tea
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14701
Posting: 171
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-05 22:12


Pada 15-12-04 17:44 , cornation posting:

!!! QUOTE !!!

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil
berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet' saya
mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi
dia.


assalamualaikum...
kadang-kadang kita tak ada niat pun...dah memang kita ni jenis yang caring...nak buat macam mana...Kenapa mesti nak salah faham... :(


-----------------
~carilah insan yang menyintaimu tidak lebih dari cintanya pada Allah dan tidak memuja mu,sebaliknya memuja Allah~


Bookmark and Share

    


  Member Information For sea-teaProfil   Hantar PM kepada sea-tea   Quote dan BalasQuote

izzz81
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19761
Posting: 125

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 18:02


Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa
pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan
sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan
segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
Kembali pada kamu.


insyAllah..amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzz81Profil   Hantar PM kepada izzz81   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 20:00


rasa cinta tu tak mengapa ...tapi perlu dikawal ialah tingkah laku supaya tidak terkeluar dari.batas agama terutama larangan besar atau sesuatu yang membawa kepada.nya ........
Cuba teliti jawapan seorang kaunselor kepada persoalan cinta yang diajukan kepada.nya:
Well, I have always believed in the right to love. The impression that love is opposite to the manners of Islam or against a profound sense of spirituality goes against the socio-logic of Islam itself! It is just that when two people love each other they have to act in conformity with Islamic morality. So, the feeling cannot be judged, what can be judged are the actions.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 20:38


Salam Ukhuwah!

emm...dulu ana pun pernah jadi macam tu!
Nampaknya ada kebenarannya!

Gud luck dan take care!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-10-05 21:19


emm....macam pernah baca saja...tapi di mana ye??? :roll: :roll: :roll:
tak kisah lah...
kadang-kadang kita tak perasan yang may b kononnya kita ni caring lah...sweet lah...macam-macam lah...biasa lah...MANUSIA...
apa-apa pun,terpulang pada seseorang individu tu nak nilai kita macam mana...tak semua suka kita...tak semua tak suka kita...kita tak boleh pakse orang suka or benci kita...dok begitu???
emm...tu saja lah... :-P


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

azie85
Warga Rasmi
Menyertai: 25.08.2005
Ahli No: 18445
Posting: 16
Dari: uum sintok

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 12:34


Assalammualaikum....penuh makna mendalam...hanya orang yang pernah merasainya akan memahami...jika anda yang alaminya tabahlah hadpinya kerana semua dugaan dari Tuhan...jika anda ditinggalkan fahamilah bahawa ada insan yang lebih baik diciptakan buat anda...ALLAH itu Maha Adil..Percayalah... :-o 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For azie85Profil   Hantar PM kepada azie85   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14311 saat. Lajunya....