Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 42 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Jangan suka menyalahkan orang lain


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Jangan suka menyalahkan orang lain

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan suka menyalahkan orang lain

hub_addin
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 19
Posting: 73
Dari: Perak No.1

Perak  


posticon Posting pada: 15-05-03 21:51


Hadith Rasulullah Tentang Peristiwa Akhir Zaman(1)
susunan: Abu Ali Al Banjari An Nadwi

Daripada Abu huraurah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda; "jika ada seseorang berkata; "orang ramai (sekarang ini) sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka."

HR Muslim

Keterangan:

Imam Nawawi ketika menulis hadith ini dalam kitab Riyadhus Solihin beliau memberi penjelasan seperti berikut:

Larangan berkata semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. maka yang demikian ini adalah haram.

Adapun orang yang berkata seperti ini kerana dia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

***************

oleh kerana itu, apabila kita cuba mengaitkan hadith2 Rasulullah tentang akhir zaman dengan keadaan umat islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuding orang lain. walaupun hal kerosakan akhlak umat islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah terhadap orang lain.

mudah2an Allah swt dengan limpah kurnianya mencucuri rahmat, taufik dan hidayah. Amin....



-----------------
"Laailaahaillallah (tiada Tuhan melainkan Allah)...
kerananya kita hidup...
kerananya kita mati...
pada jalannya kita berjuang...
dan dengan kalimah ini juga kita akan bertemu Allah."

Bookmark and Share

    


  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

wan_pasir
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 37
Posting: 395
Dari: kuala terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-05-03 23:17


Quote:
Daripada Abu huraurah ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda; "jika ada seseorang berkata; "orang ramai (sekarang ini) sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka."

HR Muslim



setahu saya saya juga pernah menggunakan ayat ini apabila terlihat ada insan yg. sedang bercouple sampai suap menyuap makanan .. dengan perkataan "tengok tuu rosak-rosak"
tetapi tujuan saya tidak lah untuk berasa bangga tetapi marah dengan sikap yang tidak senonoh itu..masya'allah..

tetapi kadang2 memang sikap fitrah manusia suka menyalahkan org. lain sambil menunding jari kepada org. itu dan ini.. pada itu adalah kesalahan diri kita sendiri!

-duan-

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_pasirProfil   Hantar PM kepada wan_pasir   Pergi ke wan_pasir's Website   Quote dan BalasQuote

heizam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 182
Posting: 107
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-05-03 16:16


A'KUM... BETUL TU!!! ANA SENDIRI PUN TAK MENYANGKAL YANG ANA PERNAH MENYALAHKAN ORANG LAIN... MUNGKIN TU KELEMAHAN KITE SEBAGAI MANUSIA... YANG BAIK KITE JADIKAN TELADAN DAN YANG SALAH KITE JADIKAN SEMPADAN... INSYALLAH

WASSALAM....

Bookmark and Share

    


  Member Information For heizamProfil   Hantar PM kepada heizam   Pergi ke heizam's Website   Quote dan BalasQuote

nuriz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 128
Posting: 205
Dari: rumah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-05-03 16:37


YE BETUL TU.

*SATU JARI KITA MENGHALA KE ORANGLAIN YANG 4 LAGI MENGHALA KE KITA

-----------------
[img]http://smilies.networkessence.net/s/kao/otn/pbubbles.gif[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurizProfil   Hantar PM kepada nuriz   Quote dan BalasQuote

hurulain
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 9
Posting: 111
Dari: Bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-05-03 03:33


bak kata orang..paku dulang paku serpih..mengata orang,tapi dia yang lebih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hurulainProfil   Hantar PM kepada hurulain   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132698 saat. Lajunya....