Lelaki bujang atau dah kahwin…MANA BEZANYA?
Zaman sekarang sukar utk dikesan sama ada lelaki itu
masih bujang atau suami orang.Kadangkala gaya mereka
mengalahkan anak teruna!Hah bagaimana caranya kamu
hendak mengenali lelaki yg mula mencuri hati kamu itu
suami org atau tidak….
DI ZOO
Apa pendapat kamu bila melihat seorang jejaka kacak
bersama dua orang kanak2 bersiar2 di zoo? Sah!Tentu
dia ayah kepada kanak2 tersebut atau hanya bapa
saudara kepada dua kanak2 itu..Hanya dua jenis lelaki
yg akan ke zoo iaitu mereka yg ingin membawa anak2
bersiar atau mereka yg terlalu sukakan binatang..
MENGHADIRI PARTI
Kamu terpandang seorang jejaka yg cukup menarik
perhatian kamu.namun kamu masih ragu2..samada dia
masih bujang atau berkahwin…Ok…lelaki bujang lebih
relaks…dan tak kisah utk balik lambat…ini kerana
mereka tidak punya sesiapa dirumah….Lelaki yg
berkahwin juga begitu…mereka benar2 seronok dan
tenang…namun mata mereka pasti akan kerap mengerling
ke arah jam…Takut terlewat balik…Takut kena leter…
DI PUSAT MEMBELI BELAH
Tidak kira lelaki bujang atau berkahwin, keduanya
tidak kekok utk membeli belah..
Bagi lelaki bujang …mereka akan membeli apa saja
barangan keperluan..namun dlm kuantiti yg
sedikit.Lelaki bujang juga gemar membeli barangan
segera…
Lelaki yg berkahwin pula..biasanya membeli barangan
utk keperluan sekeluarga.Seperti sayur2, ikan dll.Dan
ada diantara mereka membeli belah dgn senarai di
tangan..pastinya pesanan dari isteri..kalau tersilap
alamatnya pasti isteri akan berleter.
DI RESTORAN
Bagi lelaki bujang, mereka kelihatan kurang yakin dan
serba tak kena apabila makan sendirian…lebih2 lagi
jika ada mata yg memandang..tetapi akan bertukar watak
jika makan bersama teman.Lelaki yg berkahwin pula
lebih cool.Mereka benar2 menikmati dan menghargai masa
yg dimiliki utk bersendirian ketika itu.Sesekali
mereka akan menjawab panggilan..mungkin dari
isteri.Selain itu, kamu juga boleh membezakan pasangan
yg telah berkahwin atau belum..dgn melihat tingkah
laku mereka.Jika mereka bercakap mesra sambil
makan..sah mereka bukan suami isteri..namun ini hanya
teori..ok
DALAM KERETA
Kereta lelaki yg berkahwin..jika diamati.Pasti akan
anda akan terlihat tuala kecil…atau pampers…atau
sekurang2nya terdapat kasut isteri.Dan juga agak
berselerak.Kereta lelaki bujang pula…lebih kepada
barangan yg remeh…seperti kertas kerja yg
berselerak..cd/kaset yg tidak di tempatnya…atau juga
replika kereta kesayangan.. ini juga dapat membantu
anda utk membezakan lelaki idaman anda sudah berkahwin
atau tidak.
PENAMPILAN
Walaupun macam mana up to datenya si dia ttg
fesyen…anda masih boleh mengenalinya.Tapi dlm hal
penampilan ini kita mesti memberi perhatian yg
lebih.kerana inilah perkara yg kadang2
mengelirukan….Bagi lelaki yg telah
berkahwin…penampilan mereka lebih terikat.pastinya
isteri tak mahu suaminya kelihatan seperti
budak2…memakai cap terbalik dll.bagi lelaki bujang
pula mereka lebih bebas dlm berpakaian…si dia boleh
mengenakan apa saja fesyen tanpa batasan…bertindik di
sana sini..mewarna rambut…dll