Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 13-01-2025 |
|
Bincang Agama
|
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | pertunangan menurut syariat | |||
---|---|---|---|---|
ummimq |
Posting pada: 30-10-04 11:10
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.” Rasulullah saw bersabda lagi: “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, PERTUNANGAN YANG MENGIKUT SYARIAT Assalammualaikum….. Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama. Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan. Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga. Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam. Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta. Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.” Rasulullah saw bersabda lagi: “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.” Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu. Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia. Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu. Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua. Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini. Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik. Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah. Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga. Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda Rasulullah saw: “Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.” Sabda Rasulullah saw lagi: “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.” Bersabda Baginda lagi: “Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.” Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya. Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham) Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja. Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: “Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.” Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki. Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya. Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperluatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak. Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia. Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang. Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan kita di dalam sabdanya: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan” Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya: “Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada muhramnya.” ----------------- | |||
islamicboy |
Posting pada: 30-10-04 13:31 | |||
ummuhakim |
Posting pada: 30-10-04 20:12
Ana setuju dengan Ummimq.
Ana pun bakal bertunang secara rasmi tidak lama lagi dan ana memang menginginkan seperti yang Ummimq terangkn berlaku.Tapi yang merunsingkan ana ialah family ana yang 'tidak faham' kehendak Islam sebenar dalam hal pertunangan.Alhamdulillah,bakal tunang ana seorang lelaki yang faham & segalanya diaturkan oleh orang tengah bermula dari taaruf hinggalah sekarang.Setakat ni, sekalipun kami belum pernah berbual sesama sendiri. Syukur alhamdulillah..ana tergerak hati nak membuka portal ukhwah hari ni dan bertemu pula dengan artikel ni.Ana rasa ia dapat membantu ana utk menerangkan pada family ana nanti. Jazakillah kepada Ummimq. | |||
ummimq |
Posting pada: 30-10-04 21:34
wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah. Barakallahu fiq. Insyaallah umi sebagai ibu sebenarnya ingin melihat anak-anak tenang serta bersedia menghadapi ujian kehidupan yang bakal di lalui terutama di dalam bab jodoh ini. Tahniah kerana bakal bertunang dan bagi yang belum jadikanlah ini sebagai sebahagian dari panduan. Umi cadangkan print dan beri pada ibu bapa membacanya insyaAllah. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - Tidak ada satu pemberian yang lebih afdhal (baik) dari ibu bapa kepada anaknya daripada didikan yang baik. (HR Tirmidzi) ----------------- | |||
nice_pesan |
Posting pada: 31-10-04 00:52
ummiq
terima kasih banyak2 atas artikel ni. saya pun harap macam tulah tapi ummiq doakanlah yer saya dapat jodoh yang baik2 supaya dapat memelihara maruah dan agama saya. insyaAllah. | |||
ridwan_daie |
Posting pada: 31-10-04 11:44 | |||
dinulhuda1422h |
Posting pada: 01-11-04 17:39
terima kasih ummimq. sesuai utk ana yang belum
kahwin... ----------------- Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan. | |||
itsjustme |
Posting pada: 11-11-04 15:19
terima asih ummi, insya-Allah ummi ana akan jadikan ia sebagai panduan.
----------------- Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai | |||
syiera |
Posting pada: 11-11-04 15:55 | |||
shah_sobriyanie |
Posting pada: 22-02-05 12:57 | |||
kasih_kekasih |
Posting pada: 22-02-05 13:11
terima kasih ummiq...
satu info yang amat berguna... untuk dijadikan panduan buat sy dan rakan2 semua... ----------------- | |||
syedd |
Posting pada: 22-02-05 13:41 | |||
saiful_Islam |
Posting pada: 24-02-05 11:34
.
Mudah-mudahan Allah berkati Ummimq. Harap2 kita smua dapat jaga kesucian Islam dan batasan Allah swt. Insya'Allah kita yg faham & sayang Islam inilah yg akan jadi mata rantai perjuangan dan ketinggian Islam. Harap2 kita smua jaga.. Ameen. Doakan sy... | |||
nuraiman_khairunnissa |
Posting pada: 24-02-05 11:48
----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar, oleh putih salju yang berguguran, kerna dosa itu lebih hitam dan kelam... | |||
serikandi_mujahidah |
Posting pada: 24-02-05 12:14
ummi..tunang saye seorang ustaz..hari-hari dia telefon saye bertanya khabar..berjumpa memang takde kecuali waktu bertandang ke rumah saye..sebab jauh..takpe ke macam tu..tapi saye tak penah sekali pun telefon die..
| |||
muallim |
Posting pada: 24-02-05 12:27
Syukran ummi dengan infi yg diberi..
anakanda juga merancang untuk bertunang.. tapi belum sampai masa lagi.. di harapkan ummi akan memberi lagi info tentang perkahwinan.. lebih2 lagi zaman sekarang ni yg mcm2 perkara telah berlaku.. | |||
Redth |
Posting pada: 24-02-05 13:24
Assalamu'alaikum...
Saya cuma nak tambah sikit je. Saya ada berbincang dengan sorang ustaz pada suatu ketika. Katanya, kalau bertunang tu, seelok-eloknya janganlah diriuh-rendahkan. Bukan apa, takut kalau-kalau tak jadi, siapa yang malu, katanya orang perempuan yang paling malu (itu kata dia, kata saya dalam hati, lelaki pun ada perasaan jugak, sama-sama dapat malu). Sebaliknya, bagi perkahwinan, itulah peristiwa yang sepatutnya dihebah-hebahkan seadanya supaya tak jadi fitnah. | |||
alea13 |
Posting pada: 24-02-05 15:36
[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2005-02-24 15:36 ] | |||
ummimq |
Posting pada: 25-06-05 15:58
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah bacalah peringatan seorang ibu kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya - Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. ***Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). ***Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. ***Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. ***Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq | |||
sukri96 |
Posting pada: 25-06-05 20:43
thank you atas info.
InsyaAllah Esok saya akan bertemu ngan bakal mertua tunang saya.itupun melalui perantara. | |||
Riyadhfannil |
Posting pada: 25-06-05 23:25 | |||
NaZa_FirmaN |
Posting pada: 25-06-05 23:47 | |||
ummimq |
Posting pada: 26-06-05 14:24
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah maafkan umi ya srikandi_mujahidah kerana lewat menjawab. Bersyukurlah kerana sudah bertunang dengan seorang Ustaz yang prihatin kerana mengambil berat bila menelefon setiap hari bertanya khabar. Tindakan anakanda dengan tidak menelefonnya itu adalah betul kerana bertunang belum tentu jadi suami kerana bila bernikah barulah jelas itu jodoh anakanda. Jadi jagalah maruah seorang wanita ketika bertunang kerana jika ditaqdirkan bukan jodoh maka tidaklah berat sangat hati itu menanggung kesedihan kerana hati ini milik Allah subhanahu wata'ala sebenarnya maka hanya berhak di isi dengan apa yang Allah redhai saja. Maka anakandat teruskan dengan istikhorah dan munajat pada-Nya kerana cinta pada-Nya yang akan menjadi asas kepada cinta pada yang lain termasuk tunang dan juga suami. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - ramai yang bertunang dengan orang lain dan menikah dengan orang lain kerana itu redhalah dengan kehidupan yang sementara dan pinjaman dari Allah subahanahu wata'ala dengan jadi insan yang bersyukur kepada-Nya. | |||
Shuhada_nha155 |
Posting pada: 29-06-05 19:09 | |||
Eyo |
Posting pada: 29-06-05 21:36
Barulah ana mengerti tentang apa yang tersirat dihatinya selama ini...syukran ya ummi...kata-kata pena mu membuatkan ana termanggu kepada seseorang yang telah ku salah ertikan...
................................................... moga ada ruang buat ana untuk memperbaiki keadaan.. | |||
ummimq |
Posting pada: 30-06-05 00:40
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah barakallahu fik wahai anakanda shuhada dan eyo. Sekiranya ada satu patah perkataan dari umi yang boleh membawa anak-anak ke jalan yang betul maka itulah sedekah umi agar umi di golongkan di kalangan mereka yang diampuni dan dirahmati kelak. Ameen ya Rabbal Alameen. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - Bertaqwalah semampu kamu.(At-Taghabun: 16) | |||
ummimq |
Posting pada: 01-07-05 18:39
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb Alhamdulillah bacalah posting berikut sebagai role model dalam memilih bakal isteri insyaAllah - Sejarah Islam sebenarnya telah melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah hari ini. Mereka adalah wanita mithali yang menempa tinta emas yang mencorakkan sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita: mereka itu ialah: Asiah binti Muzahim (isteri Firaun), Maryam binti Imran (ibunda Isa), Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah) dan Fatimah binti Muhammad (puteri kesayangan Rasulullah." (Riwayat Bukhari) Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun, yang tidak beriman kepada Allah. Maryam pula adalah simbol wanita dalah ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah. Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah. Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya, isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera-puterinya. Beliaulah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para Muslimah. Demikian antara beberapa profail Muslimah contoh yang telah mencorakkan pentas kehidupan dengan tenang, mesra dan ksejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wr wb ummimq ps - Janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, kemudian menceritakannya kepada suaminya seolah-olah suaminya melihatnya. (mafhum HR Bukhari, no. hadis 5240). ----------------- | |||
nurislammic |
Posting pada: 11-08-05 20:40
alhamdulillah ummi...doakan saya....saya harapkan lelaki dan suami yang soleh bisa menem,ani hidup saya hingga ke syurga...aminnnnnnn
| |||
Ramzi |
Posting pada: 12-08-05 01:21
syukran jazilan.
dapat ana buat panduan dan mengikut cara yang betul.semoga dapat kat semua renungkan. | |||
zulman |
Posting pada: 12-08-05 01:54 | |||
ummimq |
Posting pada: 26-08-05 01:12
Assalamualaikum,
Ini untuk mereka-mereka yang baru settle atau pun telah bertunang. Bertunang merupakan salah satu step penting ke arah perkahwinan yang diidam-idamkan. Sebelum pergi lebih jauh mengenai isu-isu berkaitan dengan hubungan di antara tunang, mari kita lihat dahulu apakah definasi pertunangan yang sebenarnya.Pertunangan adalah merupakan persetujuan seseorang lelaki atau perempuan untuk berkahwin pada masa akan datang. Ini adalah maksud pertunangan yang sebenarnya. Dalam masyarakat kita hari ini, istilah tunang ini hanya digunakan apabila telah ada persetujuan di antara keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengadakan akad nikah pada masa yang akan ditetapkan. Masyarakat kita menganggap bahawa bertunang mestilah melibatkan persetujuan keluarga. Sebenarnya, istilah bertunang yang sebenarnya adalah merujuk kepada persetujuan lelaki dan perempuan untuk berkahwin dan tidak semestinya melibatkan persetujuan keluarga. Tetapi perlu ditegaskan, definasi ini bukanlah untuk menafikan penglibatan keluarga kerana pada peringkat pertunangan sebenarnya tidaklah ada apa lagi hubungan yang boleh menghalalkan perkara yang diharamkan sebelum mereka diakadkan (hubungan jimak). Ini perlu dijelaskan kerana ada hadis yang membincangkan hal bahawa haram meminang tunangan orang lain. Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain (Riwayat Muslim:2530) Justeru itu sebenarnya di dalam Islam, sememangnya wujud hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang dipanggil tunang. Jadi apa bezanya hubungan "teman lelaki dan teman wanita?" Apakah perbezaan kedua-dua istilah tadi dengan tunang? Kita memahami istilah teman lelaki dan teman perempuan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang terlalu obses di dalam menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Kerana itulah, istilahnya ada perkataan "teman" kerana hubungan tersebut hanyalah bersifat kawan bukannya bersungguh-sungguh untuk mengahwini lelaki dan perempuan yang menjadi teman istimewanya itu. Dari sudut hukum, walau apa pun istilah yang diguna pakai untuk mendefinasikan hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, hukumnya hampir sama. Seterusnya marilah kita lihat apakah panduan Islam dalam isu ini. "Nabi saw memerintahkan pasangan yang akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yang ingin meminang seseorang perempuan Ansar," pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yang kurang." (HR Muslim dan anNasa'iy dari Abi Hurairah ra.) Hadis di atas jelas menunjukan Islam membenarkan tunang tadi melihat di antara satu sama lain supaya perkahwinan nanti tidak menjadikan mereka menyesal seumur hidup kerana tersalah memilih pasangan yang tidak sesuai. Bagaimana pula dengan syarat-syarat pertemuan tersebut? Pertemuan dengan tunang diharuskan sama ada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yang tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yang syara'iy. Ada orang yang akan bertanya; "Jadi tidak apalah kalau pasangan tunang tadi ingin makan bersama di cafe, di kedai makan, pergi membeli belah bersama kerana ia merupakan tempat terbuka? Perlu diingat kaedah bertemu di tempat terbuka hanya dibenarkan bila tidak mendatangkan fitnah. Pada ana fitnah akan terjadi bila pertemuan di tempat-tempat tadi terlalu kerap sehingga menyebabkan pasangan tadi semakin hilang rasa malu dan lupa bahawa mereka belum lagi pasangan yang sudah berkahwin. Malahan kelakuan mereka kadang-kadang melebihi aksi-aksi mereka yang telah berkahwin! Adakah sedar melihat sahaja? Mana puas? Bila dah bertemu, mestilah ada soalan-soalannya dan ingin bertanya khabar dan sebagainya. Dan bolehkah berbual melalui telefon? Persoalan boleh atau tidak berbual melalui telefon atau bercakap dengan wanita berkait rapat dengan soal aurat. Adakah suara wanita itu aurat? jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu. "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Al-Ahzab:32) Imam Al-Qurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat). Masyarakat kita juga jelas dalam hal ini (Sila rujuk perbahasan saya mengenai isu "Nasyid wanita"). Dengan hujah di atas maka disimpulkan bahawa Suara wanita tidak aurat dan boleh berbual dengan wanita melalui telefon. Denga syarat dipelihara nada suara dan adab/etika menundukkan jiwa supaya tidak naik syahwat. (Fatawa Mu'asirat). W'salam. http://www.tblog.com/templates/index.php?bid=iazmin&static=302751 | |||
ummimq |
Posting pada: 26-08-05 01:30
Berkenaan tajuk " khitbah / tunang " itu, ingin saya jelaskan berdasarkan kefahaman serta apa yang saya perolehi dari buku dan bertanya kepada orang yang alim dan faham bidang agama ini.
A. "Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya??? Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin. "Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain. "Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat. "Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq). "Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh dari.Yusof Al Qardawi). dari. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu. ____________________________________________________________________________________________ B. Saya bertanya kawan saya tentang hukum "khitbah/bertunang" ini kepada kawan-kawan saya yang faham dan alim. Dan saya juga rujuk buku agama yang ada menceritakan tentang khitbah/ bertunang ini. Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan dari. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi. ____________________________________________________________________________________________ C. Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak. Contohnya ialah... 1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain". Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Bagaimana?? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh. Moga anda semua faham. 2) Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah. Aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya". 2 dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq. ____________________________________________________________________________________________ D. 1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama. 2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan / menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun. 3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. 4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. 5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. 6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. 7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini. Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan, biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham. *** 'uruf = adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. _________________________________________________________________________________________ E. HARAM BERKHALWAT / DUDUK DITEMPAT SUNYI(menimbulkan fitnah) BERSAMA DENGAN TUNANG??? Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas tunangan ini sehinggalah mereka diakad(ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan laki dan wanita ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi. Dan hikmah, faedah dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegah terjadinya maksiat. Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: " Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq). dari.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata: *** mahram = mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (dengan wanita itu) *** 'uruf = adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. ____________________________________________________________________________________________ F. 01. Akad ------------------->> Ijab dan qabul 02. Al-istihbab ----------->> Sunat 03. At-ta'arruf ----------->> Berkenalan 04. Aula --------------------->> Utama atau Baik 05. Az-zawaj -------------->> Nikah atau Kahwin 06. Berkhalwat----------->> Berdua-duaan di tempat sunyi tanpa mahram hingga menimbulkan fitnah. 07. Disyariatkan -------->> Diperundang-undangkan 08. Faqeh ------------------->> Faham hukum-hakam 09. Jumhur ulamak --->> Ramai Ulamak 10. Khatib ----------------->> Tunang lelaki 11. Khitbah --------------->> Bertunang 12. Mahram--------------->> Orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. 13. Muqaddimah ------->> Permulaan 14. Makhtubah ---------->> Tunang wanita 15. Tidak soreh ---------->> Tidak terus (indirect) 16. 'Uruf-------------------->> Adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat. *** Asal artikel ini adalah menjawab soalan sahabat kita tentang "khitbah / bertunang" di dalam Islam. Itu sahaja. Dan saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha mengetahui dan Adil. *** Jika terdapat kesilapan dan kesalahan dalam penggunaan perkataan / kalimah "Bahasa Inggeris, maka saya berharap agar anda dapat memberitahu saya agar kesilapan ini tidak akan berulang lagi. http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?topic=4342&forum=7&0 | |||
lubaina |
Posting pada: 14-10-05 09:14 | |||
ina_irdyna85 |
Posting pada: 14-10-05 09:28 | |||
ummimq |
Posting pada: 27-10-05 03:30
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah syukran jazilan atas respons semoga ilmu dapat dimanfaatkan oleh semua. Sekiranya bertunang biarlah ikatan tersebut diredhai oleh Allah SWT. Selamat menyambut Idul Fitri, maaf zahir dan batin. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Salam iman dan ukhwah untuk keluarga juga. | |||
Linn |
Posting pada: 27-10-05 09:05
assalamualaikum ummi...
saya nak tanya, apakah hukum memutuskan pertunangan @ meminta pertunangan itu diputuskan? | |||
farhanna |
Posting pada: 27-10-05 09:52
Pada 27-10-05 09:05 , Linn posting:
!!! QUOTE !!! assalamualaikum ummi... Banyakkan bersabar Lin, maybe ini dugaan Allah untuk u. Jadikan pengajaran dalam hidup, nak jadik menantu kat family orang ni bukan takat produce anak saja... banyak ciri2 yang perlu diambil kira. Baru ibu mertua berkenan, bukan itu saja hormat orang yang lebih tua adalah yang utama. Bukan balik rumah asyik layan suami saja.... cinta, berpeluk cium bukan lesen untuk hidup bahagia dunia & akhirat... Anggap, ia sebagai satu dugaan Allah... wassalam perbaiki diri, hiasi peribadi | |||
Linn |
Posting pada: 27-10-05 10:13
banyakkan bersabar????? apa la farhanna ni, saya cuma bertanya untuk menambah pengetahuan... ni mesti kes salah paham ni.... hehehe
| |||
zulman |
Posting pada: 27-10-05 10:26
Pada 27-10-05 09:52 , farhanna posting:
!!! QUOTE !!! Pada 27-10-05 09:05 , Linn posting: Pengirim Lili Farina Hassan ([email protected]) Alamat Bandar Sunway Tarikh 17-07-2000 Kategori MUNAKAHAT/NIKAH Tajuk Kahwin paksa ke atas lelaki Soalan Apakah hukumnya kahwin paksa? Adakah sah perkahwinan itu jika si lelaki mengahwini perempuan itu hanya kerana mengikut kehendak ibubapa bukan kerana dia suka kepada perempuan itu. Apakah yang harus dia lakukan andai dia ingin menolak perjodohan itu sedangkan dia telah ditunangkan dengan perempuan itu tanpa persetujuan nya, kerana dia tidak mahu memberi malu kepad keluarganya dan perempuan itu. Apakah hukumnya jika dia hanya berkahwin untuk ikut cakap ibunya sedangkan pada masa yang sama dia merancang untuk menceraikan isterinya setelah beberapa bulan mereka berkahwin. Jawapan Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Hukum kahwin paksa ke atas lelaki adalah tidak sah kerana satu daripada syarat-syarat orang yang harus menjadi suami ialah tidak dipaksa. Harus pihak lelaki atau perempuan memutuskan pertunangan sekiranya alasan yang diberikan berdasarkan kepada hukum agama.Demikian halnya jika salah-satu pihak merasakan tiada keinginan dan persefahaman lebih-lebih lagi telah memikirkan untuk berpisah setelah bernikah nanti. Berbincanglah kembali dengan ibubapa secara baik dan carilah jalan penyelesaian secara bijaksana. Mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan segala perkara dan dilembutkan hati kedua-dua orang tua agar memahami situasi saudara. Sekian, wassalam. Tarikh kemaskini 17-07-2000 KESAN PUTUS PERTUNANGAN TERHADAP HUKUM 1. Hukum memutuskan tali pertunangan Menurut dari. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Feqh al-Islami wa-Adillatuh, bahawa menurut pandangan kebanyakan fuqahak harus bagi tunang lelaki atau perempuan membatalkan tali pertunangannya. Kerana jika tidak ada akad nikah yang sah maka dia tidak diberati dengan hukum agar meneruskan tali pertunangan. Hanya dari sudut moral sudah tentu mengkehendaki agar orang yang berjanji perlu menepati janjinya kecuali jika terdapat sesuatu yang memaksanya untuk memutuskan pertunangan tersebut. Perkara ini perlu di pelihara agar kemuliaan wanita terjamin dan tidak tercemar. Seandainya ada di kalangan lelaki atau wanita yang secara terburu-buru memutuskan tali pertunangan, adalah dikhuatiri akan termasuk di dalam golongan mereka yang tidak menunaikan dan menepati janji. Sedangkan penunaian janji adalah suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. 2. Putusnya satu ikatan pertunangan tidak memberi kesan terhadap hukum sebagaimana pernikahan seperti iddah, warisan dan sebagainya. Mengenai hadiah-hadiah pertunangan pula menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali bahawa seorang lelaki tidak boleh mengambil kembali apa sahaja yang telah diberikan kepada tunangnya. sama ada barang-barang tersebut masih ada lagi atau telahpun musnah. Kerana hadiah adalah hebah, iaitu uatu pemberian sari seseorang kepada seorang yang lain tanpa mengharapkan balasan. Oleh itu tidak harus mengambil kembali pemberian setelah diambi atau dimilikki oleh tunangnya itu. 3. Mahar atau maskahwin Walaupun tali pertunangan hanya merupakan suatu perjanjian perkahwinan tetapi ramai juga di kalangan individu sesebuah masyarakat yang mendahulukan pembayaran mahar sama ada seluruhnya atau separuh. Seandainya, terputus tali pertunangan tersebut, bagaimanakah dengan mahar tersebut? Apakah pihak perempuan perlu membayarnya kembali atau tidak? Menurut apa yang telah disepakati oleh para fuqahak, bahawa mahar tersebut wajib dikembalikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Kerana selama belum terjadinya akad nikah yang sah, perempuan tersebut tidak berhak ke atas mahar itu. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah. | |||
ummimq |
Posting pada: 28-10-05 01:22
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah semoga anakanda lin tabah dalam menghadapi ujian kehidupan yang sementara ini. Apa yang telah dipaparkan oleh anakanda zulman itu sememangnya tepat dan jelas sekali. Umi cuma berharap agar anakanda lin teruskan istikhorah dan berdoa agar dijodohkan dengan seorang lelaki yang beriman dan soleh. Pertunangan adalah satu fasa di mana seorang wanita telah berpunya sementara menunggu tarikh perkawinan. Dalam tempoh pertunangan wanita dan lelaki itu dibenarkan bertemu dengan syarat ada teman mahram bersama untuk meneruskan ta'aruf. Sekiranya berlaku yang kurang disenangi atau dirasakan tidak sesuai maka bolehlah dibatalkan dengan cara baik iaitu berbincang sehingga tidak memutuskan silaturrahim yang telah terjalin itu. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - buat baik tanpa berkira, buat jahat jangan dicuba, silaturrahim usah dilerai kerana kalau lerai tak tenang hidup padahnya. | |||
ABg_IMaM |
Posting pada: 28-10-05 01:37
assalamualaikum...
!!! QUOTE !!! ummi..tunang saya seorang ustaz..hari-hari dia telefon saya bertanya khabar..berjumpa memang tak ada kecuali waktu bertandang ke rumah saya..sebab jauh..tak mengapa ke macam tu..tapi saya tak pernah sekali pun telefon dia.. situasi yang menarik dan boleh jadi contoh... rasanya kisah2 'ulama kita macam Prof dari. Haron Din boleh dijadikan contoh pada adik2 yang belum bertunang dan sedang bertunang... senang cakap...bertunang bukan macam lesen L yang boleh bawak kereta moto suka-suka...banyak pantang larangnya...orang tua2 pun kata 'darah manis'...kan?.... fikir2kanlah | |||
ummimq |
Posting pada: 28-10-05 08:31
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah tahniah kerana bertunang dengan seorang ustaz yang bermakna beliau seorang yang berilmu agama. Dan tujuannya menelefon setiap hari adalah untuk bertanya khabar menandakan akan keprihatinannya serta dia tidak mahu anakanda yang menelefonnya. InsyaAllah dalam fasa pertunangan boleh berhubung selagimana tidak melanggar syarak. Umi sarankan agar anakanda teruskan beristikhorah walau dalam tempoh pertunangan agar bila tiba hari pernikahan maka pernikahan tersebut diredhai Allah SWT. Beritau tunang usah lama-lama tempoh bertunang ya ... jangan lupa jemput umi tau . Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - JKK anakanda abg_imam kerana bantu umi dalam bab ni. Oh ya... apa ya ceritanya berkaitan dengan Ustaz Haron Din tu? Boleh anakanda sampaikan disini agar dapat di manfaatkan bersama. | |||
mazrik |
Posting pada: 28-10-05 09:44
...
ummimq.... saya ada satu pertanyaan.... Apa hukumnya kalau kita tidur bermalam di rumah tunang kita... Di izinkan oleh ibubapanya... | |||
islamicboy |
Posting pada: 28-10-05 09:59 | |||
Linn |
Posting pada: 28-10-05 11:04
Pada 28-10-05 01:22 , ummimq posting:
!!! QUOTE !!! Wa'alaikumussalam wrt wbt aminnnnnn..... insyaAllah, terima kasih ummi.... | |||
majdah |
Posting pada: 28-10-05 11:26
assalamauailaikum kepada sahabat sekalian.....sesungguhnya maklumatini amat berharga buat saya dan kawan-kawan yag lain terutama buat diri bagi yang belum bertunang.....rupa2nya macam tu ke adab-adab bertunang...inilah info yang berguna diarap akan dah lagi info-info lain yang lebih bermakna.....
| |||
ummimq |
Posting pada: 29-10-05 07:03
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah afwan anakanda islamicboy. Dan bagi anakanda mazrik pula insyaAllah tidur di rumah tunang dengan keizinan orang tuanya adalah harus. Yang jadi haram ialah bila tidur di rumah tunang tanpa ada mahram lain di dalam rumah itu iaitu hanya dengan tunang saja. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Cendekiawan agama berkata: "Amal perbuatan yang dikira termasuk ibadah ada empat perkara, iaitu: menepati janji , memelihara ketentuan yang telah ditetapkan, sabar apabila ditinggalkan mati orang-orang yang dicintai, redha terhadap permasalahan yang ada pada dirinya. | |||
Akhi_Arab |
Posting pada: 29-10-05 08:39
Syukran... InsyaALLAH, dalam tempoh 2/3 bulan lagi, saya juga akan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan saya... Setelah membaca pesanan ummi, rasanya terlalu lemah diri ini dalam menyelusuri ajaran islam... InsyaALLAH, akan di usahakan agar ukhwah yang akan terjalin kelak mendapat rahmat dariNYA... Ummi tolonglah doakan agar saya dan bakal tunang tabah dalam menghadapi dugaan dan mamapu menepis hasutan syaitan laknatullah...
| |||
ummimq |
Posting pada: 30-10-05 01:13
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah tahniah ya anakanda Akhi_Arab kerana telah bertunang. Di bawah ini umi copy paste satu kisah untuk jadi peringatan buat anak-anak semua. saya tinggalkan CINTA kerana DIA Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah. "I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now." "Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful oÂmana, you can never build it oÂdan what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah oÂdan their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning." Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah. saya insan yang sangat lemah. saya tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah saya. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya. "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insane yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya." Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu? Mafraq, Jordan -dari seorang sahabat- Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Cendekiawan agama berkata: "Amal perbuatan yang dikira termasuk ibadah ada empat perkara, iaitu: menepati janji , memelihara ketentuan yang telah ditetapkan, sabar apabila ditinggalkan mati orang-orang yang dicintai, redha terhadap permasalahan yang ada pada dirinya. | |||
Ikhwan23 |
Posting pada: 08-11-05 07:46
Ilmu yang baik ini akan ana gunakan untuk kehidupan akan datang ummi.
Terima kasih ummi Doa ummi anakanda pohon agar anakanda kekal dalam biah islam selamanya.... ummi | |||
mazrik |
Posting pada: 08-11-05 09:49
terima kasih ummi....
saya akan gunakan nasihat2 ummi sebagai pedoman dalam meneruskan kehidupan ini... | |||
sitizubaidah |
Posting pada: 08-11-05 12:22 | |||
ina_irdyna85 |
Posting pada: 08-11-05 13:26 !!! QUOTE !!! Ana pun bakal bertunang secara rasmi tidak lama lagi dan ana memang menginginkan seperti yang Ummimq terangkn berlaku.Tapi yang merunsingkan ana ialah family ana yang 'tidak faham' kehendak Islam sebenar dalam hal pertunangan.Alhamdulillah,bakal tunang ana seorang lelaki yang faham & segalanya diaturkan oleh orang tengah bermula dari taaruf hinggalah sekarang. ana akui..memang susah nak kawal diri bila bercnta... moga Allah memelihara iman kita... i/Allah, bulan 12 ni ana akan bertunang.. dalam tempoh 6bln selepas segalanya selesai, kami akan bernikah... doakan ana..... | |||
areniece |
Posting pada: 27-11-05 11:35
assalamualaikum...
mungkin saya agak lambat membaca artikel2 di sini...lama juga tak melayari internet sebenarnya,saya ingin bertanye pendapat pada ummi atau pun sesiape saja... saya sedar saya dah lakukan kesilapan...maksud saya kalau istilah biasa...saya dah "bercouple"...alhamdulillah ukhwah.com ni banyak beri kesedaran pada saya untuk kembali kepadaNYA...oleh kerana rasa sayang tu dah wujud...berat rasa hati untuk saya meminta perpisahan...saya pernah bincang dengan si dia untuk berkahwin lebih awal...tapi dia kata tak bersedia...kami sebaya...umur saya baru 20 tahun...walaupun begitu apa yang cuba lakukan ialah mengelakkan untuk berjumpa....kami berhubung hanya melalui sms dan telefon(lagipun saya di selatan,dia di utara) ...persoalannya sekarang ni....apa yang perlu saya lakukan atau terangkan pada dia agar dia faham dan bersetuju untuk kahwin dengan saya....biasanya alasan yang diberikan ialah keluarganya tidak membenarkan dia berkahwin semasa masih belajar...lagi katanya kalau kami berkahwin tetap tak boleh tinggal serumah...sebab kami sama-sama masih belajar..(dia usm dan saya utm)...apa yang harus saya lakukan...perlukah saya berpisah dengannya? | |||
ummimq |
Posting pada: 03-01-06 01:16
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah maafkan umi sekiranya lewat menjawab masalah di sini ya kerana terlepas pandang. afwan. Perumpamaan atau bidalan orang Melayu - tidak lari gunung dikejar - selari dengan maksud jodoh itu ketentuan Allah SWT. Kalau dah jodoh tak akan ke mana jadi uruskan perhubungan dengan menurut kaedah syarak ya anakanda arenice. Sekedar sms tanya khabar dan saling bantu motivate untuk cemerlang dalam pelajaran dan juga mengingatkan waktu solat dan juga ke arah kebaikan insyaAllah tidak jadi masalah. Dan yang penting perhubungan tersebut dalam pengetahuan keluarga dan juga sudah berbincang dengan memberikan kefahaman bahawa antum berdua mampu untuk membina sebuah keluarga yang bertanggungjawab menurut lunas Islam. InsyaAllah setiap perkara itu ada penyelesaiannya dan penyelesaian terbaik ialah dengan kembali kepada al Quran dan As Sunnah. anakanda mintalah bantuan kepada ibu bapa atau mereka yang memahami untuk bantu dalam masalah ini ya. take care dan semoga berjaya dunia akhirat. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” | |||
Nurr_Iman |
Posting pada: 03-01-06 09:56 | |||
shim |
Posting pada: 03-01-06 11:10 | |||
ummimq |
Posting pada: 04-01-06 20:42
Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah umi ingin mengucapkan Tahniah kepada warga ukhwah yang telah bertunang dan juga melangsungkan perkawinan dalam masa yang terdekat ini. Semoga bahtera perkawinan belayar dengan baik sekali di lautan fana. Sementara yang bertunang jagalah batas menurut Islam kerana bertunang bukan lesen untuk keluar berdua-duaan ya. Semoga antum cemerlang di dunia dan akhirat. Ameen ya Rabbal Alameen! Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.” | |||
ummimq |
Posting pada: 12-06-06 01:08
Assalamu'alaikum wrt wbt
Alhamdulillah topik ini dapat perhatian ramai. Jadi umi harap ada di antara anak-anak yang ingin berkongsi masalah semasa bertunang agar dapat dimanfaatkan bersama di sini. Boleh dijadikan iktibar insyaAllah. Kerjasama anak-anak amat umi hargai. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya . (Hadits Hasan riwayat At-Tirmidzi dan lainnya) Pelajaran : 1. Termasuk sifat-sifat orang muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah. 2. Pendidikan bagi diri dan perawatannya dengan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat didalamnya. 3. Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah kesia-siaan dan merupakan pertanda kelemahan iman. 4. Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang manfaatnya kembali kepada diri sendiri bagi dunia maupun akhirat. 5. Ikut campur terhadap sesuatu yang bukan urusannya dapat mengakibatkan kepada perpecahan dan pertikaian diantara manusia. | |||
ibnu_musa |
Posting pada: 12-06-06 01:27
di bawah ini saya quote artikel yang pernah ummi kirimkan dalam muka surat sebelum ini:
!!! QUOTE !!! Ini untuk mereka-mereka yang baru settle atau pun telah bertunang. Bertunang merupakan salah satu step penting ke arah perkahwinan yang diidam-idamkan. saya pernah dengar kenyataan ini dari pensyarah2 saya, betulkah ini adalah istilah tunang yang sebenar, iaitu hanya sekadar persetujuan kedua2 belah pihak tanpa libatkan ibu bapa? pendapat saya sendiri: sepatutnya ia melibatkan ibu bapa, at least. lebih terjamin dan selamat hubungan tersebut. !!! QUOTE !!! Bagaimana pula dengan syarat-syarat pertemuan tersebut? Pertemuan dengan tunang diharuskan sama ada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yang tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yang syara'iy. tentang perjumpaan juga ada sedikit kekeliruan, iaitu setakat mana dibolehkan perjumpaan dengan tunang, betulkah boleh keluar bersama2/berjumpa tanpa dihadiri mahram dengan syarat dilakukan di tempat terbuka dan terhindar dari fitnah? sebab ada juga pensyarah saya yang berpendapat begitu. diharap dapat maklum balas dari ummi, syukran. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 12-06-06 01:29 ] | |||
hafeezzul |
Posting pada: 12-06-06 01:32
betul saya pun nak tau jugak...kalau boleh ummiq tolong jawab soalan saudara ibnu_musa...Sesungguhnya masih cetek ilmu di dada ini..
| |||
ummimq |
Posting pada: 12-06-06 18:45
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah maaf umi baru dapat online petang ni. Sebenarnya soalan pertama anakanda ibnu_musa telah terjawab jika dibaca terus akan kenyataan tersebut. ---Sebenarnya, istilah bertunang yang sebenarnya adalah merujuk kepada persetujuan lelaki dan perempuan untuk berkahwin dan tidak semestinya melibatkan persetujuan keluarga. ---Tetapi perlu ditegaskan, definasi ini bukanlah untuk menafikan penglibatan keluarga kerana pada peringkat pertunangan sebenarnya tidaklah ada apa lagi hubungan yang boleh menghalalkan perkara yang diharamkan sebelum mereka diakadkan (hubungan jimak). Ini perlu dijelaskan kerana ada hadis yang membincangkan hal bahawa haram meminang tunangan orang lain. (petikan dari artikel tersebut). Sebenarnya dalam suasana hari ini di mana lelaki dan wanita mudah untuk berjumpa dan bercampur di IPT, tempat kerja dan berjauhan dari keluarga. Maksudnya peringkat awal tu sekedar untuk tidak menjadi fitnah maka bila sudah bersetuju declare tunangan agar tidak ada lagi orang lain menganggu sebelum melibatkan keluarga yang mungkin tinggal jauh. InsyaAllah selepas itu sepertimana dalam artikel tersebut perlu pada penglibatan keluarga. Harap tidak silap faham. Ini kira kategori yang paling minima demi menjaga pilihan masing masing sebelum memberitahu keluarga. Tetapi sekiranya hendak menjaga iman, taqwa dan juga terbaik di sisi Allah maka libatkan keluarga dari awal contohnya beritahu keluarga berkenan dengan si polan dan minta keluarga bantu merisik dan juga istikhorah dan seterusnya taaruf keluarga dan sebagainya. Sebenarnya semua ini memerlukan ilmu dan sesiapa yang ilmunya lebih banyak akan dapat memahami bahawa yang paling afdhal ialah untuk menjaga taqwa. Dan bila nak jaga taqwa (bukan setakat keimanan saja) maka cara pertunangan ialah menurut sepertimana yang digariskan oleh Al Quran dan As Sunnah. Ada orang tenga, merisik dan juga istikhorah tu. Dan bagi masalah kedua bab berjumpa tu maka di sini selalu timbul kekeliruan. Bertunang bukan tiket untuk boleh dibawa ke mana-mana tanpa mahram. Bertunang tu sekedar untuk memberitahu orang ramai bahawa wanita itu sudah berpunya dan haram untuk didekati oleh jejaka lain. Namun suasana hari ini yang bebas dan juga mudah berpacaran memanglah tabik spring kepada mereka yang mampu untuk menjaga ketaqwaan dengan menurut apa yang dikehendaki oleh Al Quran dan As Sunnah tu. Ingat ya setiap saat melayan dan juga bergurau senda dan bermesra dengan yang mahram (sudah sah nikah atau adik beradik dan ibu bapa) adalah kebaikan dan dapat pahala keberkatannya. Tetapi setiap saat melayan dan juga bermesra dengan yang bukan mahram lagi adalah maksiat dan dosa. Jadi sekiranya sudah bertunang maka berpada-padalah dan dipercepatkan pernikahan agar kesegaran kemesraan dinikmati sepenuhnya dalam redha Allah bukannya bila bernikah sudah jemu dan bosan pula ya. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Allah berfirman; “tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,” “hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang dia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.” “Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).” | |||
muslimin23 |
Posting pada: 12-06-06 22:43 | |||
hafeezzul |
Posting pada: 13-06-06 00:49 | |||
ummimq |
Posting pada: 13-06-06 21:11
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah anakanda boleh terima apa yang umi paparkan. Sekiranya ada silap atau ingin menambah silakan ya. InsyaAllah umi terima segala kritikan dengan hati terbuka. Apabila ada respons bermakna paparan kita dibaca dan itu sudah cukup untuk memberikan rasa kepuasan di hati ini yang ingin menyampaikan walau satu ayat ... Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lebih banyak menyebabkan kerosakan, daripada menimbulkan kebaikan. (Khalifah Umar Abdul Aziz ra) | |||
imtihan_insyirah |
Posting pada: 14-06-06 13:18
assalamulaikum
ummi, saya ada kemusykilan.. betul ke kalau sesorang tu dah bertunang ( walau belum secara rasmi), selain menjaga batas pergaulan dengan bakal suami/ isteri.. sesorang tu perlu juga menjaga batas pergaulan dengan bukan mahramnya yang lain. maksudnya, kalau nak berurusan pun atas kerana urusan kerja atau hal penting sahaja. selain tu tak digalakkan untuk berbaik-baik dan berkawan dengan orang lain (bukan mahram). selalunya perempuan lebih2 lagi kena menjaga.. berbanding lelaki. sebabnya saya pernah dengar dr seorang ustaz, kalau ada lelaki(bukan mahram) yang nak berhubung( call) seorang perempuan yang dah bertunang untuk urusan kerja pun perlu minta izin dulu dari tuan empunya diri sama ada boleh call atau tidak kerana si perempuan dah jadi tunangan orang lain. ni boleh boleh dikaitkan untuk mengelakkan berlakunya peminangan atas peminangan orang lain? sekadar ingin tahu jazakillahukhairan jaza' ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 14-06-06 13:28 ] | |||
imthiyaz |
Posting pada: 14-06-06 14:50 | |||
muslimah83 |
Posting pada: 14-06-06 15:02 | |||
snawan |
Posting pada: 14-06-06 15:48
Pada 01-11-04 17:39 , dinulhuda1422h posting:
!!! QUOTE !!! terima kasih ummimq. sesuai untuk ana yang belum KAHWIN | |||
ummimq |
Posting pada: 17-06-06 00:30
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah syukran jazilan anak-anak kerana respons. Untuk anakanda imtihan_insyirah sebenarnya setiap wanita Muslimah Mukminah akan menjaga batas dalam setiap hal berurusan dengan bukan mahram. Tidak semestinya sudah bertunang saja kerana bila bertunang perlu diistiharkan dan orang lain akan faham diri tu tunangan orang dan tidak boleh diganggu. Dalam menjaga batas dengan bukan mahram adalah selaras di mana-mana saja. Aurat wanita bukan setakat pada pakaian tetapi keseluruhannya - pembawaan diri itu dari segi percakapan, gaya jalan dan keseluruhan diri itu. Sebab itu wanita tidak dibenarkan berjalan sendirian dan wajib ditemani oleh mahram. InsyaAllah dalam suasana hari ini di mana lelaki dan wanita bebas bergaul sama ada di sekolah, IPT dan juga pejabat memudahkan berlakunya maksiat dalam pergaulan. Sebab itu keimanan memainkan peranan penting dan yang menjaga kewarakan dan juga ketaqwaan akan dapat atasi masalah tersebut. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - setiap saat dalam redha Allah SWT adalah pahala dan keberkatan berlawanan dengan setiap saat dalam melakukan perkara yang haram maka sentiasa berdosa dan dalam kemaksiatan. | |||
saudari |
Posting pada: 17-06-06 01:05
Assalamulaikum ummimq...
Saya ada kemusykilan..bagaimanakah hukumnya jika berlaku seorang lelaki melamar seorang perempuan yang telah menjadi tunangan orang tetapi lelaki itu tidak mengetahui bahawa perempuan itu adalah tunangan orang secara tidak rasmi dan perempuan itu pun tidak menyatakan bahawa dirinyaa telah bertunang... | |||
ibnu_musa |
Posting pada: 17-06-06 03:46
Pada 14-06-06 13:18 , imtihan_insyirah posting:
!!! QUOTE !!! assalamulaikum saya setuju dengan pandangan ini, sebagaimana kata ummi, pergaulan antara lelaki dan wanita sebenarnya mesti dijaga setiap masa, dan bagi saya ia mesti lebih ditekankan setelah bergelar tunang orang. lebih2 lagi yang tengah single dan sedang mencari pasangan, bila dah ada tu buatlah macam dah ada, jangan buat macam masih single lagi. sebab kan Allah s.w.t. suruh kita supaya menepati janji. so, bila dah ada calon iaitu tunangnya, setiap pasangan sepatutnya lebih menjaga pergaulannya selepas bertunang supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. saya tak nafikan bahawa pergaulan mesti dijaga setiap masa, memang sangat-sangat betul, tapi manusia tidak perfect, tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan, jadi mestilah sentiasa beringat. saya juga ada satu soalan buat ummi: relevankah kalau kita sudah bertunang tanpa majlis rasmi hanya sekadar persetujuan kedua2 keluarga, mengaku kepada orang ramai atau sesiapa yang bertanya bahawa kita sudah bertunang? sebabnya: tak pelikkah masyarakat kalau kita bertunang tapi tak buat majlis? dan tak pelikkah kalau kita kata kita dah bertunang sampai 2/3/4 tahun? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 17-06-06 03:48 ] | |||
ummimq |
Posting pada: 17-06-06 10:44
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah. Umi faham maksud anakanda ibnu_musa yang rasa pelik situasi pertunangan yang lama. Pelik bukan kerana apa tetapi selalunya disebabkan tunggu duit cukup. Seringkali berlaku perkara sebegitu kerana nak adakan majlis yang meriah dan semua ini memerlukan wang ringgit yang banyak. Belum lagi duit hantaran serba diri ke duduk ke dan sebagainya. Selepas itu semua perlu ditanggung oleh bakal pengantin maka lagilah makan masa yang lama sekiranya baru kerja dengan gaji lepasan spm. Kalau lepasan universiti pula lagi tinggi hantarannya. Begitulah senario masayarkat kita hari ini. Namun kita kenalah cari penyelesaian contohnya wujudkan tabung perkawinan sejak kecil lagi selain tabung pendidikan dan juga kecemasan lain. Sebab itu anak-anak yang ada kefahaman Islam sampaikan kepada ibu bapa agar bantu untuk menikah cepat agar keimanan dan ketaqwaan dapat dijaga. Bab kewangan itu boleh diselesaikan dengan bermesyuarah - pinjam dari ibu bapa dan pulang kemudian ke atau sebagainya. Dan buatlah skim tertentu yang dipersetujui oleh kedua belah pihak agar rumahtangga muslim terbina dan keturunan terjaga. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - ingat masa kecil dulu main pondok-pondok guna daun jadi duit hantaran . begitu mudah sekalikan ..... alahai .... | |||
fauziana |
Posting pada: 17-06-06 13:42
...
Alhamdulillah topik ni banyak bagi ilmu bagi remaja2 yang di alam ingin menuju ke alam kekeluargaan...juga panduan bagi bakal2 yang hendak bertunang. saya telah pun berjumpa dengan seseorang yang Insyaallah dapat mendidik saya walaupun di usia yang terlalu muda..20. Alhamdulillah setakat ni kami dapat menjaga batas-batas pergaulan memandangkn saya sekarng belajar di universiti di kuala lumpur dan dia sekarang melanjutkn pelajaran di universiti al azhar mesir. Semoga kami dapat kekalkan perhubungan ni dengan restu daripada orang tua kami. Syukran Ummi...atas segala ilmu2 yang dikongsi. Doakan anakmu ni mendapat suami yang soleh dan Insyaallah menjadi isteri yang solehah... Ameen... Syukaran Jazilan... | |||
ummimq |
Posting pada: 18-06-06 01:44
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah semoga anakanda fauziana teruskan istikhorah agar dalam usia yang muda dapat petunjuk Illahi supaya bakal suami @ pelindung adalah seorang yang soleh dan beriman dengan iman yang sebenar-benarnya. Sebenarnya kita perlu telus dan ikhlas dengan Allah SWT dulu iaitu berhubung dengan Allah secara syumul dan berilmu maka akan betul pula hubungan sesama manusia. Habluminallah beres barulah habluminannas beres juga. Harap anakanda faham maksud umi ni kerana dalam pencarian seringkali kita akan diuji demi kebaikan setiap yang mengucap dua kalimah syahadat. Tumpukan kepada apa yang patut diberi tumpuan dulu dan utamakan apa yang patut diutamakan dulu ya. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - musuh nombor satu adalah syaiton dan ia tidak tidur untuk menggoda manusia mengikutnya ke jalan neraka. Wal iyya zubillahi minzalik. | |||
ibnu_musa |
Posting pada: 18-06-06 02:00
syukran jazilan ya ummi atas penerangan2 di atas, semoga jadi iktibar buat semua.
----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| | |||
nazran7 |
Posting pada: 18-06-06 03:54 | |||
ridwan_daie |
Posting pada: 18-06-06 08:33 | |||
ummimq |
Posting pada: 18-06-06 09:08
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah remaja adalah insan yang paling Allah kasihi bila dapat mengawal nafsu dan mempertingkatkan keimanan yang ada. Tetapi remaja juga adalah insan yang paling mudah dipengaruhi disamping darah muda yang berkobar-kobar. Maka perlu sekali manfaatkan usia dan juga kemampuan yang ada untuk menjadi pembela agama selain berusaha mengajak remaja sebaya ke arah mendekati Allah melalui aktiviti yang sihat. Apa yang dikatakan aktiviti yang sihat? 1. Solat lima waktu dalam waktunya terutama solat Subuh. (Sekiranya takut tidak dapat bangun tidur saja di surau atau masjid kerana remaja lelaki langkahnya panjangkan). 2. Dari awal elak dari berkawan dengan mereka yang suka membuang masa dan berbual kosong. Isi waktu dengan mencari ilmu Deen dan juga baca buku-buku yang menguatkan Iman. 3. Apabila sudah ada kekuatan dalaman dan juga ada rakan yang boleh diajak bersama memanfaatkan usia remaja ke arah al iman billah wal ukhwah fillah barulah dekati remaja yang di elak tu. 4. Mulakan dengan ajak minum dan sembang yang soleh dan elok saja. Dan perhatikan kesungguhan mereka untuk mendengar apa yang disampaikan secara hikmah. * Peringatan penting - Usah paksa atau menyindir dalam pergaulan dengan mereka yang tidak merasa nikmat Islam di peringkat awal. Ajak mereka kenal Rasulullah saw, para sahabat dengan bincang secara spontan dan tidak langsung. Ajak mereka untuk merasai Islam dengan santai tetapi berkesan. InsyaAllah remaja yang soleh akan dianugerahkan 'AURA' dari keimanannya untuk dapat menyampaikan dengan berkesan. Contohnya apabila kita solat di belakang seorang Imam yang soleh dan jelas keperibadiannya kita akan dapat merasakan kehusyukkan dalam solat. Allahumma Ameen! 5. Yang penting keikhlasan dalam mengislah (memperbaiki diri) dan juga rakan-rakan secara istiqomah (berterusan) dan jadilah anak yang soleh kepada kedua ibu bapa terlebih dulu. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - bila ada kesungguhan insyaAllah ketenangan akan membawa kita bertemu dengan pasangan hidup yang juga bila dilihat wajahnya mengingatkan kita kepada Allah SWT. | |||
ridwan_daie |
Posting pada: 19-06-06 20:10 | |||
dhamiraqistina |
Posting pada: 19-06-06 21:08
syukran ummi.....by info yug ummi berikan..semoga ianya dapat membantu saya dalam mengharungi dugaan yang besra ini...insyaAllah dalam tahun depan saya akan bernikah...dan bertunang tak lama lagi...doakan semoga kami bahagia...walaupun dipisahkan oleh selat melaka....boleh tak ummi bagi tips macam mana nak hidup berjauhan setelah bergelar isteri nanti..sebab mungkin kalau tak dapat transfer credit ke universiti di Malaysia..saya akan still study di sana dan dia...kerja di sini....tolong ye ummi..thank you..so much...
| |||
imtihan_insyirah |
Posting pada: 19-06-06 23:29 | |||
imtihan_insyirah |
Posting pada: 20-06-06 01:05
assalamualaikum
saya mohon maaf..jika banyak soalan yang ditanya. kadang-kadang kemusykilan selalu menyinggah di fikiran. ilmu di dada belum cukup untuk menjawab persoalan di hati . saya perhatikan ummi selalu mengingatkan untuk selalu solat istikharah walau semasa dalam tempoh pertunangan. saya kurang faham dan agak keliru. mengapa perlu solat istikharah, jika pada peringkat awal taqdim kita dah solat istikharah untuk tentukan sama ada pilihan itu baik atau tidak dan kemudian kita membuat keputusan setelah kita yakin dengan istikharah yang dilakukan. mengapa dan adakah sememangnya kita perlu teruskan istikharah walaupun dah yakin dengan pilihan kita tu atau hanya memperbanyakkan solat hajat dan berdoa agar jodoh berkekalan.. ana yakin tentu ramai ahli ukhwah yang ingin tahu juga.. jazakillahu khairan jaza' ya ummi.. | |||
ummimq |
Posting pada: 20-06-06 07:54
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah semoga anak-anak dapat memahami maksud umi biiznillah. Untuk anakanda dhamiraqistina yang bakal berjauhan setelah berumahtangga hendaklah munajat mohon kepada Allah SWT untuk mempermudahkan segala urusan. Sekiranya taqdir menentukan untuk berjauhan maka perlu diperhatikan beberapa perkara ini - 1. Minta pandangan suami terlebih dulu berkenaan berjauhan ini - sekiranya diizinkan maka tiada masalah. 2. Menjaga akhlak muslimah contohnya tidak boleh bebas sepertimana mereka yang belum bertunang atau berkawin. 3. Mesti ada izin dalam perkara yang boleh membawa fitnah contohnya untuk pergi ke suatu tempat yang boleh tidak pergi namun ingin pergi. 4. Sering contact demi menjaga kerukunan hati terutama ucapkan kata-kata kasih sayang dan juga bertanya khabar serta memberikan perhatian kerana orang lelaki tidak mampu bertahan kasihnya tanpa diberi perhatian - ada kebenaran pada ungkapan "out of sight out of mind" maka usahakan untuk sering bertanya khabar. 5. Setiap kali solat doa agar wujud mawaddah warahmah dalam rumahtangga dan ikhlaskan segala niat dan perkataan dan perbuatan terhadap suami / tunang sekiranya belum walimah. 6. Setiap kali berbual lalu telefon atau emel iringkan dengan ayat al Quran atau hadis yang mengingatkan mereka usah melakukan maksiat hati atau mata atau perkataan. Contohnya hari ini lelaki dan wanita bekerja dan bebas bergaul. Kekadang umi rasa tak selesa melihat perangai pekerja wanita atau lelaki yang terlalu mesra sesama mereka. Ada yang meluahkan kata-kata yang begitu menguji keimanan lelaki. Sedih tetapi itulah realiti hari ini. Maka ingatkan suami / isteri / tunang agar elak dari suasana sebegitu dengan meminggirkan diri atau pergi bila berlaku suasana tak soleh itu / atau tunjukkan tidak gemar dengan cara hikmah iaitu diam dan elak. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - ngeri dengan realiti pergaulan bebas pekerja di pejabat dan di mana saja. Hanya mereka yang nak jaga ketaqwaan akan faham maksud umi ini dan elak dari suasana syubhat dahsyat ini. | |||
dhamiraqistina |
Posting pada: 21-06-06 19:06
syukran ummi..banyak info yang telah ummi berikan...InsyaAllah akan saya praktikkan setelah bergelar isteri yang berjauhan dr suami nanti....doakan saya tabah dan dapat mengharungi dugaan dalam menjalani tanggungjawab sebagai isteri suatu hari nanti....thank you again...
| |||
sephia |
Posting pada: 21-06-06 19:23 | |||
ummimq |
Posting pada: 22-06-06 10:20
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah syukran jazilan atas respons anak-anak. Sama ada yang masih bertunang atau sudah bernikah hendaklah sentiasa ingat untuk mendahului apa yang sepatutnya didahulukan. Maksud umi contohnya - Bila di rumah hendaklah niat untuk bersolek dan kelihatan ayu dan anggun khas untuk suami seorang. InsyaAllah setiap usaha ke arah itu akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Ini termasuk menjaga wajah dan juga anggota lain demi kerukunan rumahtangga. Usah diabaikan bab ini ya terutama anak perempuan. Bagi lelaki juga tidak kurang isteri berlaku curang kerana tertarik dengan ketrampilan lelaki lain. Sebab itu suami turut menjaga ketrampilan diri semasa di rumah dan juga jadilah suami yang penyayang bukannya perengus dan juga pendiam dihadapan isteri tetapi begitu gentleman dan melayan wanita lain yang bukan mahram. Ingatlah setiap saat melayan isteri dapat pahala tetapi apa yang akan didapati bila melayan wanita lain selain isteri selain mendapat dosa dan hilang keberkatan dalam kehidupan. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Senyum pada isteri dan anak-anak dapat ketenangan. Senyum pada yang lain dapat pahala. Senyum bermakna (memikat) sama ada lelaki atau wanita dengan yang bukan mahram dapat dosa dan laknat. | |||
rasha_aleeya |
Posting pada: 22-06-06 10:39
nak tanya ummi la...sesuai tak menerima pinangan lelaki yang statusnya duda anak dua.....beliau bercerai dengan isterinya atas sebab campurtangan keluarga belah isteri nya.....boleh ke dia jadi suami sekali gus pemimpin keluarga.
| |||
nurhaida |
Posting pada: 22-06-06 10:42
Terima Kasih Ummi atas penerangan yang cukup jelas dan mudah-mudahan ia dapat dijadikan panduan dimasa akan datang. InsyaAllah.
----------------- Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",) | |||
raudhah84 |
Posting pada: 22-06-06 10:49
syukran ummiq...info yang cukup2 berguna buat anakanda.alhamdulillah dapat dijadikan panduan..
----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah.. | |||
raudhah84 |
Posting pada: 22-06-06 11:31
emmm ummiq...bagaimana jika kali pertama ke rumah bakal mertua bersama2 mahram, diminta bermalam di rumah memandangkan jarak rumah yang jauh...?adakah pertemuan bersama keluarga tunang (bakal mertua) setakat semasa majlis pertunangan sahaja...?adakah wajib untuk bertandang ke rumah tunang kerana ingin saling mengenali dan memperkenalkan diri sebagai bakal ahli keluarga kepada keluarga tunang...?bagaimana pula jika pertunangan yang memakan masa bertahun2...?maaf ummiq banyak bertanya...anakanda runsing kerana sekarang anakanda lihat tunang / tak, bebas untuk bermalam di rumah keluarga lelaki biarpun dengan keizinan atau permintaan ibu bapa.seolah-olah menjadi satu trend tunang tiket terbesar untuk bersama apatah lagi di masa sekarang.tunang bukannya tiket untuk bebas bergerak tanpa mahram apatah lagi jika tinggal sebumbung.bagaimana ya ummiq ingin menjaga hati bakal mertua..?perlu kah sentiasa berjumpa atau cukup sekadar bertanya khabar, berbual melalui telefon sedangkan ikatan hanya sekadar tunang...?
syukran ummiq... ----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah.. | |||
ummimq |
Posting pada: 24-06-06 04:48
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah pertunangan dalam Islam bukan lesen untuk memudahkan pergaulan bebas walau menutup aurat dan bersama mahram. Islam sudah lengkap dan kelengkapan Islam itu sungguh indah apabila di ikuti dengan betul. Contohnya sekiranya selalu berjumpa sebelum bernikah maka kemanisan dalam alam rumahtangga sudah berkurangan disebabkan telah lama berkenalan semasa pertunangan. Dan dalam pertunangan tidak sepatutnya bebas berjumpa dan sebagainya kerana pertunangan ialah peristiharan bahawa sudah ada perjanjian antara seorang lelaki dan wanita dan tidak boleh didekati oleh lelaki lain. InsyaAllah pertunangan dalam Islam hanya sebentar saja sebenarnya. Cubalah ikuti Al Quran dan As Sunnah insyaAllah selamat hidup kita. Allahumma Ameen! Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Sepatutnya kita berhenti memberi alasan dan akur dengan perintah Allah SWT: “Katakanlah,’Aku minta perlindungan dari Tuhan sekelian manusia , raja sekelian manusia, sembahan sekelian manusia, dari kejahatan bisikan yang biasa bersembunyi, yang membisikan ke dalam dada manusia. Dari kalangan jin dan manusia” | |||
raudhah84 |
Posting pada: 30-06-06 11:11
alhamdulillah...syukran ya ummimq...anakanda keliru antara menjaga hati orang yang lebih tua dan landasan syariat..alhamdulillah...dapat dijadikan panduan untuk anakanda kelak...saaayang ummimq...
----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah.. | |||
ummimq |
Posting pada: 08-07-06 07:07
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah setiap kali berlaku sebarang pertembungan dalam Islam kita hendaklah kembali pada Al Quran dan As Sunnah. Allah lebih berhak atas kita kerana Allah yang menjadikan kita dan segala-galanya di alam ini. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Allah tidak pandang rupa tetapi Allah pandang hati kita. Maka perbaikilah hati itu agar mendapat redha Allah ya. | |||
ummimq |
Posting pada: 11-07-06 15:12
Maksud Hadis Rasulullah S.A.W.
"Kebahagiaan bagi anak Adam ada tiga. Dan kesengsaraan terhadap anak Adam ada tiga. Maka di antara yang membahagiakan adalah isteri yang soleh, kenderaan yang baik serta rumah yang lapang. Dan kesengsaraan bagi anak Adam ada tiga iaitu tempat yang tidak baik dan isteri yang tidak baik serta kenderaan yang tidak baik." From the book "Al Mukminah As Solehah" (sorry dont have time to translate). Isteri yang soleh itu sentiasa berjuang bersama-sama suami menyebarkan fikrah Islamiyyah, khususnya kepada kaum sejenisnya. Mendidik dan membimbing mereka sehingga lahir kefahaman dan kesedaran Islam. Sehingga mereka pula mampu untuk menjadi pejuang-pejuang akidah yang bersedia menumpukan taat setia kepada Islam dan pergerakannya. Keletihan suami setelah melaksanakan tugas harian dan berdakwah disambut dengan wajah yang berseri dengan ucapan kata-kata yang dapat memberi kekuatan jiwa untuk lebih istiqamah, ketika menghadapi masyarakat jahiliyah tanpa mempunyai perasaan bosan dan jemu. Mengizinkan dan merasa bahagia melihat suami menjalankan tugas Islam tidak kira masa dan waktu. Bersedia memberikan rumahnya, hartanya dan masanya untuk tugas yang murni ini dengan hati yang penuh redha. Isteri yang soleh juga sentiasa melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan sebaik-baiknya dan bersedia untuk menghadapi segala ujian-ujian dari Allah SWT. Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya Anakku! Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal, Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu; Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu. Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya... Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau. Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah. Peliharalah hidung, telinga dan matanya Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum, Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik, Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik, belaka. | |||
ummimq |
Posting pada: 16-01-07 18:51
di sini, saya ada 1 persoalan, apakah hukum bertunang semasa diri kita belum terlintas untuk berkahwin apatah lagi tidak termampu untuk berkahwin, lebih2 lagi sekiranya kita masih belajar dan belum bekerja esp budak ipta.
dalam masyarakat hari ini, ramai yang mengambil kesempatan atas konsep tunang ini untuk bercouple. kata mereka couple ini hampir sama ertinya dengan tunang krna nak berkenalan asalkan jaga batas dari sudut islam memadailah. namun, satu persoalan, kalau belum ada perancangan untuk berkahwin atau tidak mampu berkahwin, mengapa harus bertunang? saya rasa alasan yang mereka berikan hanyalah untuk justified tindakan mereka sedangkan mereka bercouple/bertunang adalah kerana untuk bercinta bk untuk mengenal. tapi, bolehkah bercinta lama2 dalam islam terutama di luar perkahwinan. cinta itu sendiri boleh membawa perasaan rindu yang teramat sangat. bila rindu sudah menguasai hati, pasti ada perasaan ingin berjumpa. malah, perasaan rindu itu juga boleh menimbulkan zina hati. jadi inilah persoalan saya kemukakan. adakah boleh dalam islam seseorang itu bertunang sedang mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat atau tidak mampu seperti masih belajar(ibubapa tak benarkan) atau tiada wang, lebih2 lagi dm masa yang panjang seperti student ipta?? thtl Panel Feqh Joined: Aug 21, 2001 Posts: 5338 Location: KL/WP/Mal Posted: Nov 30, 2006 - 02:41 PM -------------------------------------------------------------------------------- al-Jawab: RasuluLlah saw telahpun memberi jawapannya 1400 tahun yang lampau. Dari Ibn Mas'ood ra: (sabda saw) terjemahnya: "Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang telah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia kahwin, kerana kawin itu lebih dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu kahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu akan menjadi perisai baginya." sekian | |||
LinCikedot |
Posting pada: 16-01-07 20:44 | |||
waqiah |
Posting pada: 16-01-07 21:21
nak tanya sikit ini...
kmi bercadang untuk bertunang bulan 7 nanti. dan untuk proses merisik kami merancang untuk tidak melakukan secara tradisional. bermakna tak ada hantar wakil bawa sireh junjung dan benda-benda yang berkenaan. kami bercadang untuk mengadakan jamuan makan2 antara kedua2 belah pihak di rumah pihak perempuan. apa pendapat semua... ok ke??? | |||
ummimq |
Posting pada: 24-01-07 23:24
Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah tahniah anakanda waqiah kerana bakal bertunang tak lama lagi. InsyaAllah pertunangan tu adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa wanita itu sudah bakal bersuami dan haram bagi orang lain cuba memikat. Itu saja. Semoga pilihan anakanda itu bakal menjadi isteri yang solehah dan anakanda pula seorang suami yang soleh. Amin. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - " Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037) | |||
ummimq |
Posting pada: 25-01-07 00:05
Assalamu'alaikum,
1. Bagaimanakah kedudukan bertunang didalam Islam?Adakah terdapat dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah tentang hukum melamar? Jika ada saya minta Ustaz THTL/Pendekar sertakan dalil tersebut. 2.Berkenaan dengan Surah An-Nur ayat 60, saya minta ustaz jelaskan menurut pemikiran Islam tentang kedudukan aurat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. 3.Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Syawal kepada Ustaz berdua dan seluruh pengunjung Al-Ahkam. Jika terdapat salah dan silap,saya memohon maaf. Terima Kasih. _________________ [email protected] http://www.sabah.gov.my/mpt/flag/flag.gif thtl Panel Feqh Joined: Aug 21, 2001 Posts: 5338 Location: KL/WP/Mal Posted: Dec 02, 2002 - 08:41 AM Post subject: Re: saja-2062: Bertunang. -------------------------------------------------------------------------------- /forum/images/icons/wassalam2.gif Jawab: 1. Bertunang adalah adat resam manusia yang diendorse (perakui) oleh Islam. Bertunang ini sudah ada dalam adat resam Arab sebelum Islam lagi. Ini dapat dikesan dalam sya'ir2 Arab klasik. Dalil hadis adalah banyak, antaranya: 1. hari Ahmad, Ibn Majah, alHakim, alBaihaqee dan Abu Daud:" apabila Allah telah menggerakkan hati seseorang lelaki untuk meminang seorang wanita, tidak salahnya kalau dia melihat wanita itu." 2. hari alHakim: Ketika RasuluLlah saw hendak melamar wanita, baginda mengutus Ummu Sulaim dan berpesan," lihatlah urat2 betisnya dan ciumlah dekat mulutnya." 3. hari Ahmad dan Abu Daud, dari Jabir ra," apabila di antara kamu meminang wanita, jika ia dapat melihat apa yang menarik sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu." 4. hari Bukhari dari Ibn Umar ra," janganlah seorang lelaki meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya.." Adat Melayu kita mempunyai empat tahap sebelum majlis pertunangan: a. Meninjau b. merasi c. Melamar d. pertunangan (Ruj: Dr Amran Kasimin, Istiadat Perkahwinan Melayu, DBP, 1995) Rumusan: adat meminang ini asalnya dari uruf (budaya) tapi disahkan oleh Islam. (Syaikh Ali Qutb, Tuhfatul Aris) 2. Ayat 60: surah anNuur ialah mengenai aurat wanita tua yang putus haidh (menopause), maka mengikut jumhur dia dibenarkan membuka jilbab tapi terus memakainya lebih terpuji (tafsir asySyabuni, tafsir ayatu Ahkam), sudah dijelaskan sebelum ini (sila browse archive Ahkam) 3. Kami juga mengucapkan Id mubarak kepada anda. Teruskan bersama melayari Ahkam untuk perkembangan fiqh al mu'asir (fiqh kontemporari) WA http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8827&sid=49f1f5bf9444ee93f458dfd50013608f |
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |