Oleh |
rugi kalau tak baca |
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 30-10-04 11:01
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah wanita dianjurkan berkahwin apabila
telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan
sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun
lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah saw:
“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan
berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul
fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya,
“Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda,
“Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”
Berdasarkan sabda Rasulullah:
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat
perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka
masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak
akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang
keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita
yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan
pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati
suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha
suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang
berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala
jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia
menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi
satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak
akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika
memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada
neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan
diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih
istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah
kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal
bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.
Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan
mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang
mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti
pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak
akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak
perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di
dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang
rugi.
Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah
menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu
yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki
tersebut telah berkahwin.
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps -Allah SWT berfirman mafhum QS. Qaf: 18 -
"Tiada suatu perkataan yang diucapkan melainkan ada
didekatnya malaikat pengawas yang selalu menyaksikan."
-----------------
|
majidah
WARGA SETIA Menyertai: 24.08.2004 Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village
|
Posting pada: 30-10-04 11:05
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak
akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang
keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita
yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan
pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati
suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha
suami.
Em...kena kawin jugak ke?Ummi....kalau ahli sufi cam Rabiatul Adawiyah tu kesnya dikecualikan ke?Ke dia pun tertakluk bawah perkara ni?
|
makteh
Warga Rasmi Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11630
Posting: 2
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-10-04 12:10
tapi kenapa kebanyakkan keluarga...seboleh-bolehnya ingin mengelakkan dari lelaki yang dah berkahwin????????
|
ctmuslimah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.02.2004 Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling
|
Posting pada: 30-10-04 12:18
nak elak lak... sbb nya sendiri mau ingat la.... ----------------- kasih sayang
|
ana_lia
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak
|
Posting pada: 30-10-04 15:32
setahu ana yg ana belajar makhruh klu sesorg perempuan tu menolak lamaran lelak walaupun mereka sudah pun berkawin.oleh itu lebih baik kita renunginya bersama-sama.
|
ena_hana
Warga 1 Bintang Menyertai: 27.10.2004 Ahli No: 12130
Posting: 25
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 30-10-04 18:42
tak bleh ckp ape sebab sy kecik lagi! ahaks~
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 30-10-04 21:27
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah jazakumullahu khairon katsiro atas respons. Empat wanita yang menjadi contoh kepada wanita Islam sepanjang zaman ialah
1. Maryam ibu kepada Nabi Isa
2. Asiah isteri fir'aun
3. Khadijah isteri Nabi Muhammad Rasulullah saw
4. Fatimah binti Muhammad Rasulullah saw
InsyaAllah mereka semua berkawin kecuali Maryam yang ditiupkan ruhul qudus. Jadi kalau kita nak bandingkan diri kita dengan Rabiatul Adawiyah maka terlalu banyak hijab sedangkan hijab beliau dengan Allah SWT dikatakan tinggal 70 hijab saja - wallahuta'ala a'lam.
Walau apapun kita tidak mampu untuk mencapai tahap tersebut maka kita ambillah contoh dari hadis tersebut akan mendapat redha Allah SWT melalui perkawinan. Harap dapat memahami maksud umi ini ya.
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Memiliki kepintaran saja sebenarnya belum cukup. Yang betul memiliki kemahiran, berfikir dengan kepintaran.
-----------------
|
Nuhdi
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.10.2004 Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras
|
Posting pada: 31-10-04 02:19
 ......
Kalau zaman Nabi Insyaallah snang nak dapat muslimin yang taat perintah agama....
Zaman skang....kena la berhati2 skit.....
Kadang2 janganlah mudah percaya....tengok pemakaian...cara die pakai... dah rasa die tu orang baik2....kadang2 lps kawin....baru tahu prangai pasangan masing-msing.....
Insyaallah bnykkan berdoa....kalau nk kawin ni...biar dpt psangan yg nk kan ISLAM..
p/s: pendapat je
Wassalam
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 31-10-04 06:24
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah syukran jazilan atas pendapat anakanda nuhdi. Sebab itu bab jodoh ini sepatutnya dihandle bersama dengan ibu dan ayah. Jadi mereka boleh risik dan berbincang dengan orang tengah yang dipercayai bagi mempastikan bakal menantu benar-benar soleh.
Begitu juga yang lelaki perlu doa dan restu ibu dan ayah kerana doa mereka itu barakah hidup anakanda kelak.
Wallahuta'ala a'alam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Dari Aisyah ra berkata: Rasulullah saw bersabda mafhumnya:
"Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah adalah orang yang keras dalam bertengkar (al alad) dan keras dalam pertengkaran (al khasim)." (HR Bukhari)
-----------------
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 31-10-04 11:31
Pagi tadi dengar lecturer Dr. Nasoha,
Rabiatul Adawiyah bekata "Ya Allah jika daku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu dan kerana takutkan nerakaMu, nercaya tidak akan daku bersujud kepadaMu walaupun sesaat"
Bagitulah Rabiatul Adawiyah seorang yang mengharapkan cinta dan kasih Allah, ikhlas semata-mata keranaNya. Kita yang ingin atau sudah berkahwin perlu membetulkan niat, berkahwin bukan untuk mendapatkan ganjaran tetapi untuk mendapatkan cinta, kasih dan redha Allah dan pada masa yang sama yakin dengan janji Allah iaitu ganjaran-ganjaran yang disediakanNya...
Wallhua'lam ----------------- Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)
|
tumpang
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak
|
Posting pada: 02-11-04 09:21
rabiatul adawiah.. tak kawen sbb dia sibuk beribadat kpd Allah... tp wanita2 zaman sekarang.. tak kawen sbb lain... sibuk cari harta.. dll...
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 02-11-04 12:03
Utk melakukan sesuatu perkara pun perlu ada pertimbangan yg jelas dan betul juga...sekiranya ambil sikap sambil lewa dan janji berkahwin aje..susah juga....tambahan pula jika si lelaki telahpun beristeri. Banyak hati dan perkara yg perlu dijaga.
Zaman kini bukanlah seperti zaman RSAW...dimana hak dan wanitanya terbela dan terjaga. Mungkin disebabkan ini juga ramai wanita kini yg belum berkahwin.
Walau apa pun sebelum membuat apa2 keputusan..banyak2kan lah berdoa dan berfikiranlah secara waras dan tenang supaya kelak apabila timbul masalah akan dapat dihadapi dengan baik dan tenang juga.
|
NoorAida
Warga Rasmi Menyertai: 03.11.2004 Ahli No: 12237
Posting: 8
Dari: Kedah
|
Posting pada: 04-11-04 12:58
betultu comel,
kita tak patut salah pd sebelah pihak shj. msg2 ada tgjwb sendiri kan.....
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 09-11-04 01:44
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah hadis soheh menyebut mafhumnya 'mereka yang tidak berkawin tidak menurut sunnahku'. Jadi antara Rasulullah saw dan Rabiatul Adawiyah siapa yang lebih patut kita jadikan contoh? Usah tersilap faham dalam hal ini kerana kita sudah berbaiah dengan mengucap dua kalimah syahadah maka Rasulullah saw berhak dipatuhi.
InsyaAllah rujuklah dalam kitab Syeikh Abdullah Nasih Ulwan (Mesir) yang mengatakan bahawa ibu bapa bertanggungjawab mengkawinkan anak-anak sebagai tugas terakhir mereka terhadap anak-anak. Tulisan beliau berdasarkan Al Quran dan Hadis insyaAllah.
Wallahuta'ala a'lambissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Tidak ada satu pemberian yang lebih afdhal (baik) dari ibu bapa kepada anaknya daripada didikan yang baik. (HR Tirmidzi)
-----------------
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 25-08-06 16:36
dulu saya pernah mengatakan yang saya tak nak berkahwin sebab saya takut menghdapi alam rumahtangga di sebabkn contoh yang datang dari abang dan kakak saya sendiri..walaupun abang saya sembahyang tak tinggal alim tapi rumah tangga tetap berantakan... tapi setelah terbaca tulisan ummi yang kalau tidak berkahwin tidak dapat masum yang ke empat saya rasa saya akan cuba mencari jodoh yang terbaik dan melakukan semua amanah dengan baik dan iklas.... terima ksih ummi... jangn kita nak banding dengan rabiatul dawiyah....walaupun kita dan dia sama-sama makhluk ciptaan allah tapi amalan kita tak setinggi amalan rabiatul adawiyah...
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 25-08-06 16:38
ya allah tersalah tulis....bukan masum.....tapi maqam....apa yang baik datang dari allah apa yang buruk dan kesilapan yang berl;aku datang dari diri saya
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 25-08-06 16:58
Pada 30-10-04 11:05 , majidah posting:!!! QUOTE !!! Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Em...kena kawin jugak ke?Ummi....kalau ahli sufi macam Rabiatul Adawiyah tu kesnya dikecualikan ke?Ke dia pun tertakluk bawah perkara ni?
Jika Allah sangat sayang akan hambanya, Allah tidak memberinya harta dan juga keluarga.... ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.
|
nuraisha
WARGA SETIA Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching
|
Posting pada: 25-08-06 17:04
kawin tu sunnah Rasulullah saw tak ada sebab untuk tak kawin Kalau dah ada jodoh
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 25-08-06 22:31
tapi macamana kalau ibu bapa nak bagi calon lelaki yang dia kata soleh (pada pandangan dia saja).. mungkin dari luar calon tu nampak baik. sebenarnya ibu bapa kita pun bukannya kenal sangat dengan calon tu. dia just kenal parents kepada calon tu saja. dalam pada masa yang sama, kita pun ada calon yang kita dah kenal solehnya. contohnya ada sahabat kita yang jadi orang tengah kepada kita. sahabat kita juga kenal dengan calon ni dan kesolehannya. jadi, bagaimana nak pilih sekarang ni..? tambah pulak sekarang, ibu bapa pentingkan kerjaya dan lelaki yang kaya untuk dibuat menantu... bila kita ada calon yang soleh tapi tak kaya sangat, habis tu susahlah... nak buat bagaimana selepas itu..
|
hangkas
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.08.2006 Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat
|
Posting pada: 30-08-06 08:30
pandangan ana tentang isu ini bahawa di antara lelaki dengan perempuan, fitrahnya Allah menciptakannya untuk hidup berpasangan.sungguh cantik dan terpuji Islam itu menganjurkan ikatan yang sah melalui penikahan. Dalam dunia yang penuh pancaroba, semuanya berpandukan sejauh mana kukuhnya keimanan kita. Kepada kaum Adam, jangan kita menunding jari kepada kaum Hawa atas keengkaran mereka untuk berkahwin dan memilih teman hidup atas sebab tertentu. Sebagai lelaki yang dipilih menjadi pemimpin keluarga dan kerajaan, kita patut memimpin mereka ke arah kebenaran. Ana memahami setiap lelaki dan wanita mempunyai sebab Kenapa mereka bersikap sedemikian. Bagaimanapun, apa yang dihalalkan oleh Islam dan yang dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W., janganlah kita haramkan ke atas diri kita. Beri masa kepada diri dalam mencari pasangan bagi menemani hidup kita di dunia dan akhirat kelak. Wallahualam...... ----------------- cinta yang sejati dan kekal hanya pada Allah, cinta pada makhluk adalah sementara dan keduniaan. [ Telah diedit oleh: hangkas pada 30-08-06 08:31 ]
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 30-08-06 08:56
tak nak kahwin sudah....tapi jangan jealous dengan isteri2 yang sentiasa didampingi oleh suami, sentiasa diberi kasih sayang oleh suami....jangan jealous dengan isteri2 yang mendapat pahala lebih daripada anda yang tak kahwin....jangan jealous dengan isteri2 yang berbangga mengandungkan anak2 untuk suami....jangan jealous dengan isteri2 yang sentiasa dihiburkan dengan karenah dan kenakalan anak2 mereka (rumah sentiasa ceria dengan suara budak-budak). pentingkan sangat kerjaya....nak ke mana dengan kerjaya itu....duit bertimbun tapi tak ada kebahagian....then kalau yang teruk sikit....upah gigolo..... Islam dah anjurkan cara yang halal untuk lepas kan nafsu...tak mahu terima....nak jugak si gigolo
|
nuraisha
WARGA SETIA Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching
|
Posting pada: 30-08-06 09:56
|
qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.03.2004 Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 30-08-06 11:40
beristikharah lah dalam menentukan pilihan ketentuan Ilahi.... salam ukhwah..terima kasih ummi...
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 30-08-06 13:46
Dalam sebuah kuliah subuh 27 Ogos yang penulis hadiri, penceramah dalam bab nikah kahwin, berkata kalau kita sebagai bapa (penjaga) kepada anak-anak gadis, pilihlah bakal menantu yang baik agama dan akhlaknya. Jalankan siasatan dan risikan sama ada bakal menantu solat lima waktu dan menunaikan amalan agama lain. Soalan pertama untuk rombongan bakal menantu, 'budak' tu sembahyang tak, bukan seperti kebanyakan kita yang bertanyakan, dia kerja apa, gaji dia berapa, 'pass' universiti mana dan pakai kereta apa? Kalau soalan pertama (solat tak?), dia 'fail', lebih baik jangan dijadikan menantu. Orang yang tidak solat, sudah pasti 'fail' dalam bab-bab lain seperti puasa. Kalau dia tidak takutkan Allah, bagaimana dia nak menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dalam rumah tangga, nak memimpin isteri dan anak-anaknya? Bagi calon isteri pula, carilah juga yang kuat beragama walaupun ciri-ciri lain seperti keturunan, subur (tidak mandul) dan kecantikan juga penting. Janganlah seperti orang sekarang yang suka cari orang glamor seperti artis. Perkahwinan adalah satu ibadat, bukan untuk bermegah-megah, kononnya dapat kahwin artis, pelakon hebat dan sebagainya tetapi agama dan akhlaknya tidak diperhatikan. Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=6528_7519491_614687_2624_9819_0_187030_32889_3920905530&Idx=2&YY=91297&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=&head=&box=Inbox
|
samudra
WARGA SETIA Menyertai: 06.12.2005 Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu
|
Posting pada: 30-08-06 14:26
ummiq ni mesti salah seorang yang akan berteduh dibawah payung emas ni...kekekke
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 31-08-06 18:17
Pada 30-08-06 08:56 , naruto-san posting:!!! QUOTE !!! tak nak kahwin sudah....tapi jangan jealous dengan isteri2 yang sentiasa didampingi oleh suami, sentiasa diberi kasih sayang oleh suami....jangan jealous dengan isteri2 yang mendapat pahala lebih daripada anda yang tak kahwin....jangan jealous dengan isteri2 yang berbangga mengandungkan anak2 untuk suami....jangan jealous dengan isteri2 yang sentiasa dihiburkan dengan karenah dan kenakalan anak2 mereka (rumah sentiasa ceria dengan suara budak-budak).
pentingkan sangat kerjaya....nak ke mana dengan kerjaya itu....duit bertimbun tapi tak ada kebahagian....then kalau yang teruk sikit....upah gigolo.....
Islam dah anjurkan cara yang halal untuk lepas kan nafsu...tak mahu terima....nak jugak si gigolo mmmm......
|
umaira_sutera
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 31-08-06 18:37
KAHWIN TU KAN SUNNAH NABI KITA...KALAU NAK PAHALA LEBIH KAHWINLAH...GANJARAN TUGAS BAGI WANITA yang BERKAHWIN DILIPATGANDAKAN OLEH ALLAH.TAPI...UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP NI KENALAH BERHATI-HATI...APAPUN PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK..BEGITULAH SEBALIKNYA.
|
Minur
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching
|
Posting pada: 31-08-06 18:42
berkahwin adalah satu cara yang terbaik untuk mengawal nafsu syahawat... oleh itu berkahwinla kalau ada calon yang sesuai... kalau lambat ...nanti melepas pula... kalau ttingggal basikal... boleh lah kita kejar.. kalau tertinggal kapal terbang... nak kejar bagaimana,. 
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 31-08-06 22:05
Pada 31-08-06 18:42 , Minur posting:!!! QUOTE !!! berkahwin adalah satu cara yang terbaik untuk mengawal nafsu syahawat...
oleh itu berkahwinla kalau ada calon yang sesuai...
kalau lambat ...nanti melepas pula... kalau ttingggal basikal... boleh lah kita kejar.. kalau tertinggal kapal terbang... nak kejar bagaimana,.
  hahahaha.. iy0la tu... ummiq, apa pendapat ummiq tentang studen sek. agama yang kapel? bukan apa.. bagi saya macam tak berapa bagus, saya suka baca kisah2 rasulullah... ada satu kisah tu menyatakan kita tak boleh bersembang dengan lelaki tanpa sebab.. pernah sahabat2 rasulullah terlihat wanita cantik, cepat-cepat rasulullah suruh palingkan pandangan.. zaman sekarang ni, tak dinafikan banyak urusan yang melibatkan wanita & lelaki... itu mungkin ada pengecualian.. tapi yang berkapel ni macam mana? bagi ana sepatutnya mereka jadi role model.. ada juga yang di universiti yang agak islamik, pun berkapel...(yang sama-sama ke arah islamik sikit) kalau yang dah pakaiannya pun lain macam saja, itu lain cerita.. apa pendapat ummiq & sahabat2 yang lain???
|
mas2ra
WARGA SETIA Menyertai: 21.10.2004 Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh
|
Posting pada: 31-08-06 22:31
ya ALLAH, dekatkanlah diriku padaMU dan orang2 yang mencintaiMU...amin ALLAHuma amin. p/s: syukran jazilan ummimq...  -----------------
|
nurulIslam
Warga Rasmi Menyertai: 26.08.2006 Ahli No: 26061
Posting: 17
Dari: kedah
|
Posting pada: 31-08-06 22:41
macam mana pula dengan wanita baik yang dapat suami tak bertabggungjawab dan tak mengamalkan ajaran Islam,adakah itu satu ujian atau adakah ia sebagai balasan untuk dosanya yang lalu? p/s cuma nakkan kepastian Semoga kita semua di dalam linkungan rahmatnya
|
Atif_Haziq
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله
|
Posting pada: 31-08-06 22:45
Rabiatul adawiyah tu,bukan tknk kawin...tapi kecintaan dia kepada Allah mengatasi segalanya....bukan dia tknk ikut sunnah rasul....adus,memanglah rasul yang kita perlu ikut...rabiatul adawiyah tu sufi,jadi salafi mana suka orang sufi...jadi mentah2 dia tolak contoh ni...dah agak dah....apalah...
|
wardatuljannah
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.03.2006 Ahli No: 23334
Posting: 55
Dari: terengganu
|
Posting pada: 31-08-06 22:59
assalamualaikum...w.b.t..salam ukhwah buat semua sahabt2 ukhwah... bagi ana, berkahwin tu memang nyata sunnah Rasulullah saw... salah satu pelengkap hidup...bahagia bila dah ada keluarga, tapi sebelum kahwin, ada sesuatu yang perlu kita laksanakan...istikharah.. solat istikharah..yang penting adalah petunjuk dari Allah sama ada bakal suami/isteri tu baik untuk kita, jangan terdesak nak kahwin...mohon agar Allah pertemukan kita dengan insan yang mencintaiNYA lebih dari cintanya pada kita...yang dapat bimbing kita, bertahajjud dengan kita...dan selalu ingatkan kita padaNYA... itulah doa yang perlu kita pohon setiap hari... ketepikan rupa..kerna itu hanya satu pinjaman... ~moga kita sama-sama m'dapat petunjuk dari Allah~
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 02-09-06 02:24
|