Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 241
Ahli: 0
Jumlah: 241




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Wanita, Cinta & Awek Muda


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Wanita, Cinta & Awek Muda

Please Mendaftar To Post


Oleh Wanita, Cinta & Awek Muda

Liayu_83
Warga Rasmi
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1460
Posting: 18
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-03 13:24


Assalamualaikum...w.b.t

Cinta dan Awet Muda, dua subjek yang mempunyai mempunyai pengaruh yang amat besar dalam diri setiap wanita. Bagi wanita yang dirinya berada didalam alam cinta, yakni bercinta dan dicintai, berkasih dan dikasihi, menyayang dan disayangi, ekspressi muka mereka mempunyai terjemahan tersendiri. Mereka selalunya nampak ceria, mudah tersenyum, lebih berkeyakinan dan gemar bergaya.

Mitos mengenai cinta ada menyatakan, jika didalam diri seseorang wanita itu dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang, secara tidak langsung ianya akan membawa kesan Awet Muda, kerana cinta diibaratkan sebagai salah satu terapi minda dan jiwa yang amat berkesan dalam melambatkan proses penuaan seseorang wanita. Didalamsebuah buku karangan seorang pengkaji perilaku manusia yang bertajuk "Lets Touch : How and Way To Do It", mengatakan yang belaian, sentuhan, usapan, ciuman,cumbuan yang penuh dengan rasa cinta mempunyai kepentingan sama seperti keperluan asas manusia iaitu makanan,pakaian, pekerjaan dan tempat perlindungan. Hahhhh..begitu besarnya peranan cinta kepada kita!!

Ironinya, cinta adalah kebahagian. Dan apabila seseorang itu sentiasa berada didalam bahagia, bibir akan sentiasa menguntum senyuman, apabila bibir tersenyum, sedikit warna merah keceriaan mula timbul dipipi. Menurut sebuah buku mengenai kecantikkan senyuman sebenarnya mengerakkan banyak otot-otot muka manusia dan kemerahan yang timbul dipipi ketika manusia tersenyum, merupakan satu proses pengaliran darah yang baik dan sempurna, berbanding dengan perjalanan darah yang terjadi ketika urutan kecantikkan muka (facial massage). Untuk menjaga tubuh badan yang cantik dan sihat, kita selalunya mengamalkan senaman dan memakan makanan yang baik untuk pengaliran darah. Begitu juga untuk muka, untuk mendapatkan wajah yang cantik, kita memerlukan senaman dan pengaliran darah yang seimbang ke muka. Jadi senyuman adalah caranya.

Hari ini, kita mendapati terlalu banyak produk dipasaran yang dikatakan dapat menjadikan kita awet muda. Dari berbentuk minuman, makanan, haruman, alat solek, pakaian dalam dan sebagainya. Harganya pulak..hmmmmm..kadangkala hampir mencecah sebulan gaji kita. Namun, keberkesanannya masih lagi diragui. Dan "hidupnya" produk-produk ini ialah kerana wanita. Selalunya wanita sanggup membelanjakan duit yang banyak dalam mengejar awet muda ini. Mungkin juga terpengaruh dengan model ataupun jurucakap sesuatu produk itu, yang selalunya menjadikan selebriti-selebriti wanita yang cun melecun sebagai duta bagi produk mereka.

Teringat saya pada pepatah :

The beauty of woman is not in the clothes she wore, the figure she carries, or the way she puts make up,The Beauty of woman must be seen from her eyes and The True beauty in a woman is reflected in her soul.

Daripada berhabisan ribuan ringgit untuk mencari ubat awet muda , apakata mulai hari ini, kita mulakan langkah pertama kearah awet muda dengan bercinta.Tidak kira siapa yang jadi pilihan cinta kita, samada cinta sesama manusia atau cinta kepada pencipta, yang pasti cinta itu harus ada didalam diri setiap wanita. Kerana cinta itu merupakan vitamin dan jamu yang paling mujarab untuk kelihatan awet muda. Hiasilah taman didalam diri kita dengan bunga-bunga cinta, kerana semerbak haruman asmara yang terbit dari
bunga-bunga cinta ini memberikan wangian kepada jiwa yang tidak ternilai harganya.


*~*~*~*~*~*~*~*~*Wassalam*~*~*~*~*~*~*~*~*~*













Bookmark and Share

    


  Member Information For Liayu_83Profil   Hantar PM kepada Liayu_83   Quote dan BalasQuote

jc11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1052
Posting: 121
Dari: tErEnGGaNu

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-07-03 16:29


nak tambah skit boleh tak ... pasal hati tu ana ader dengar dalam radio ... dia cakap yg paling penting solat 5 waktu jangan tinggal ... pass tu bangun pagi-pagi tu jangn lupa minum air masak segelas ... ader laghik tapi ana dah lupa ek .. nanti ana cakap balik kalau ana ingat


Bookmark and Share

    


  Member Information For jc11Profil   Hantar PM kepada jc11   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114724 saat. Lajunya....