Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 167
Ahli: 0
Jumlah: 167




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 5 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Hijab: Luahan Hati Pelajar Malaysia di France


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Hijab: Luahan Hati Pelajar Malaysia di France

Please Mendaftar To Post


Oleh Hijab: Luahan Hati Pelajar Malaysia di France

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-10-04 22:46




hmm.. rasanya sahabat2 kat ukhwah ni sumer mengikuti perkembangan yg berlaku kat perancis di mana pelajar2 dilarang drp mengenakan hijab.. so pd adik2 muslimah lepasan spm jika dpt tawaran drp jpa utk ke oversea, tolong jgn pilih perancis to further your studies sbg jln yg plg selamat..

artikel ni diambil drp blog sorang muslimah kita yg sdg menuntut di perancis, di'forward'kan ke mailing group pljr2 kami kat sini.. doakanlah kawan2 kita yg sdg hadapi ujian yg amat berat kat sana, insya Allah..

---------------------------

Air Mata di France..

baru baca dari satu blog..

salamz untuk sumer...kes tudung di perancis bukanlah satu isu yang baru.isu nih kat sini dah lama jadi nanah dalam masyarakat islam kat sini. jadi semakin payah bile mat2 saleh dimomokkan dengan istilah extremist ataupun terrorist. mangsanyer sapa?

mungkin bagi masyarakat islam yg memang dok kat sini, isu nih satu keterpaksaan bagi diorg. tapi bagi mereka yg bukan org french dan tak pulak teringin nak dok lelama kat sini melainkan nak abeskan 7 tahun study abroad, aper citer?

dah lama sangat dah rasenyer kitorg student2 pompuan kat france nih makan hati ngan aper yg terjadi. biarlar student2 mesia kat satu dunia tau pedih hati kami biler hak kami dinafikan hanya kerana alasan yg langsung tidak adil.

kitorg x ramai kat sini...setiap tahun lebey kurang 20++ org yang dihantar study kat sini. xramai yg boleh tahan study 7 tahun abroad semata2 nak kejar degree saje.dan dalam 20++ org yg dihantar, biasenyer bilangan student pompuan x ramai...adalarr dalam 6,7 orang. dan dalam 6,7 orang tuh biasernyer kalo muslimah, maka majoritinyer memakai tudung.

ok...fine...tuh tahun pertama....tahun kedua nanar tuh start.... ader yg terpaksa bukak untuk certain class...tahun ketiga....sayu rasa hati biler sorang2 terpaksa bukak tudung untuk continue study.

utk makluman sumer, sebenarnya law yg menafikan hak pakai tudung nih sebenarnyer di praktikkan hanya kat sekolah2 rendah dan menengah saja.tapi atas alasan sekularisme agama adalah sesuatu yg peribadi...xyah nak tunjuk kat sumer orang), maka banyaklah institusi pengajian2 tinggi terutamanya dibawah subsidi kerajaan melarang sama skali pemakaian tudung.mangsanya... student2 islam termasuklah beberapa org student pompuan malaysia nih.alhamdulillah... aku, asma dan seri terselamat, walaupun pada awalnyer kami diberi amaran dan ditegur beberapa kali..kitorg try wat derk jek..

tapi setakat ini, untuk kami ALLAH mudahkan jalan.tapi bukan semudah itu kami terselamat. setelah abes berbaldi2 airmata, confidence yg turun naik, ambassador dan penaja yg x berdaya nak wat paper, kami terasa bersendirian.pedih tersiat rasanyer hati, biler xde sape yg boleh menolong.tinggal ALLAH tpt bermohon...dan baru tersedar skjap... biler tinggal berjauhan dgn famili, di tgh masyarakat yg haru biru, xder sape yg boleh bantu melainkn ALLAH dan saudara2 seislam.mmg ditakdirkan ALLAH agaknyer... aku ditemukan rakan turki di colmar dahulu. dia berusaha mendapatkan nasihat guaman untuk aku... kami diberitahu agar tetapkan pendirian bertegas yg kitorg nih dah 20 tahun (adult, di france 18tahun) so kitorg ader hak untuk wat papejek.peguam muslimin berada di blkg kami, insyaAllah kalo dipaksa membuka tudung.dan presiden persatuan muslimin france dan masjid paris sedia menolong..dan guru2(org french) yg bertoleransi...malah ader antara mereka yg bersedia backup kitorg kalo dipaksa bukak tudung.x henti2 aku menangis biler ternyata ALLAH sentiasa hadir untuk menolong dalam cara yg aku sama skali tidak tersangka. hidup di oversea bukan semudah yg disangka... bagi diorg yg nak enjoy...fine...tapi banyak nyer halangan sampai kdg2 aku rasa cam nak giveup.kengkdg mengeluh sendiri, kenapa diuji camni skali padahal niat aku ke sini hanya nak cari ilmu. tersentak jap biler teringat firmanNYA,"jgn kau sangka kau beriman sedangkan kau belum diuji,"kepada penaja2 biasiswa ke oversea, dimohon tolonglah......kaji dulu situasi politik dan life student sebelum hantar student.teutamanya student pompuan... kepada student2 pompuan yg ingin memilih jalan senang untuk mempertahankan agama, JGN PILIH FRANCE.cukuplah kami jek yg sengsara... adik2 xperlu ulangi sumer nih.tapi apapun...perjuangan nih baru start....aku still ader 5 tahun lagik kat sini....doakan kami disini....jgn biarkan kitorg sendiri lagik....yakinkan kami yg islam akan terus mampu bertahan di muka bumi france ini...tq

p/s: luahan hati nih xde niat untuk buruk2kan mana pihak. sekadar makluman untuk mereka yg masih prihatin

sekadar ingatan...tahniah kpd budak batch aku (asabiyah sikit..hehe) yg masih bertahan....moga tudung yg ada tu melamabnagkan akhlak yg sopan dan mulia....baikilah mana yg boleh dibaiki....sama2 kita berdoa agar ujian ini tidak kene pada budak2 germany....


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Nuhdi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-10-04 09:50



YA SAHABAT....

Ana betul2 sedih baca artikel alea13...

JIKA ORANG BUKAN ISLAM TINGGAL DI DALAM PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM...
HAK MEREKA DIJAGA....TIADA PENINDASAN
JIKA ORANG ISLAM TINGGAL DI DALAM PEMERINTAHAN NEGARA KAFIR...
HAK MEREKA DIKETEPIKAN....BERLAKU PENINDASAN.....

Sama2lah kita berdoa mg2 muslimin dan muslimat diseluruh dunia didalam LINDUNGAN ILAHI...Insyaallah

DOA MEMBERIKAN KEKUATAN PADA ORANG YANG LEMAH,
MEMBUAT ORANG TIDAK PERCAYA MENJADI PERCAYA DAN
MEMBERIKAN KEBERANIAN PADA ORANG YANG KETAKUTAN
DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN..

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN.....
AHLAN WASAHLAN RAMADHAN.....
AHLAN WASAHLAN RAMADHAN.....
AHLAN WASAHLAN RAMADHAN.....
AHLAN WASAHLAN RAMADHAN.....

WASSALAM....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhdiProfil   Hantar PM kepada Nuhdi   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-10-04 15:03


Allahu Akbar!!
Berjuang habis habisaann!!
Ya Allah.. peliharalah kami dari penindasan orangĀ² kafir..


^_^' I'm A HeArtBroKenkiD
[bertemu dan berpisah kerana Allah]

[ Posting ini telah di edit oleh: HeArtBroKenkiD pada 2004-10-14 15:04 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

al-Jawzi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.05.2004
Ahli No: 8722
Posting: 27
Dari: Sana nak ke Sana

Johor  


posticon Posting pada: 14-10-04 15:14


Bismillahiwalhamdulillah...

Terkesima sebentar
Terharu pun ader
Bengang pun terasa
Sampai tak tau nak kata ape
Hanya yang rasa tahu akan pedihnya
Walaupun mungkin tidak seberat bahu yang memikul
Tapi still lagi rase perit
Dapat dibayangkan bagaimana hakikat itu

Sedetik membawa ingatan kita ke zaman silam
Zaman kegemilangan Islam
Bilamana seorang muslimat diusik
Satu angkatan tentera dihantar
Tapi kini semuanya mungkin
Hanya bangga dengan ramainya bilangan umat
Namun seperti buih yang memutih
Seperti makanan yang dijadikan hidangan

Itulah hakikat yang dirasai
Tabahlah wahai muslimat
Itulah bezanya srikandi Islam
Tahniah kepada yg merasa semoga tetap kukuh dengan pegangan.

Hanya doa yang mampu dipanjatkan
Disamping sedikit usaha supaya tidak berlaku dibumi sendiri..
Sama-samalah kita usah
Cuma mungki cara yang berbeza.

P/s: Kita tidak pernah sendirian dalam ujian tuhan



-----------------
Ibnu Al-Jawzi :Kekurangan ilmu disebabkan kelemahan cita-cita, dan kesudahan sesuatu ilmu ialah keupayaan untuk mengamalkannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-JawziProfil   Hantar PM kepada al-Jawzi   Quote dan BalasQuote

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-04 10:07


kagum dengan semangat pelajar muslimah disana..
teruskan jihadmu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-04 14:48




thanks alea13 sbb kongsi same maklumat nie dgn kami sume.... bukan snang ujian yg dorang terima.... alhamdulillah... semoga rakanĀ² kiter di France sentiasa dlm naungan dan perlindungan Allah s.w.t....

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 15-10-04 15:56




أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ

[2-214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.



[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2004-10-15 15:57 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-04 02:17


assalamualaikum wbt ...

kiter pun ader dengar citer nie dr sorang kawan kiter ... dier ader kawan yg study kat France ...

n waktu tu kiter bersyukur sgt2 kiter dok kat Malaysia ...

buat rakan2 muslimah sekalian, kiter kat sini x der halangan utk tutup aurat, jadi jagalah aurat kiter dgn sebaik-baiknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

putera_bongsu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.12.2003
Ahli No: 5875
Posting: 37
Dari: seberang laut

australia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-04 08:14




Tahniah kpd muslimah di atas...bersabarlah sesungguhnya Ya Rabb sentiasa bersama korang,that's definite!

La tahzan, innAllaha ma'anaa - be not sad, surely Allah is with us (Surah at-Taubah).

Di rantau org ade yg bersungguh2 mempertahan kan akidah Islamiyah wlpon ditekan sebegiu rupa....sedih sekali di bumi sndr yg mane Islam dijunjung akidah dipermainkn.

"Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg beriman dan mengetahui pula orang-orang yg munafiq(beriman palsu).[Al-Ankabut:11]

Ya Allah,peliharalah muslimah2 Mu di Australia supaya x menerima nasib yg same.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_bongsuProfil   Hantar PM kepada putera_bongsu   Quote dan BalasQuote

norsha
Warga Rasmi
Menyertai: 28.09.2004
Ahli No: 11464
Posting: 16
Dari: dungun

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-10-04 10:55



inilah ujian dari Allah
teruskan perjuangan
jangan biarkan Islam ditindas
kami di sini sentiasa mendoakan.......
semoga terus tabah dan sabar dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran.

INGATLAH, ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN HANYA PADANYA KITA MEMOHON. SEMOGA AGAMA ISLAM TERUS DILINDUNGI DAN DIHORMATI.......HINGGA KE AKHIRNYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For norshaProfil   Hantar PM kepada norsha   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 09:19


sedih gak dengar...tahniah pada untuma sume sbb masih mampu pertahankan tudung.......semoga sahabat yg nak melanjutkan pelajaran ke sana...fikir dan buat istikharah hbs2

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 18-10-04 09:35


kite akan jatuh kadang2 apabile b'jln. semate2 untuk menentukan sama ada kite maseh boleh b'jln semule atau tidak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

along_214
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11660
Posting: 3
Dari: muslimah ingin tahu

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-10-04 11:53


Syabas kepada muslimah tersebut...saya rasa kagum dengan ketabahan mereka..semoga Allah memberkati perjuangan mereka...ALLAHUAKBAR..HIDUP ISLAM!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For along_214Profil   Hantar PM kepada along_214   Pergi ke along_214's Website   Quote dan BalasQuote

yasminatirah
Warga Rasmi
Menyertai: 03.11.2003
Ahli No: 4867
Posting: 10
Dari: pasir mas

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 12:42




sedihnya.........hanya itu yg mampu ana ungkapkan bila baca citer ni.apa2 pun syabas buat muslimat2 kat sana yg masih mampu bertahan dgn ujian tersebut.ingatlah ALLAH sentiasa bersama kita.selagi mana kita menolongNya di jalan yg betul selagi itulah pertolonganNya akan ada.INSYAALLAH.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yasminatirahProfil   Hantar PM kepada yasminatirah   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-11-04 09:45


Sedihnyer....takleh ke balik sambung kat malaysia ek...teruk betul france ni..nampak Ya'sirak tu macam suka kedamaian tapi anti-islam plak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 02-12-04 20:59


go go go.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 06-06-08 00:26


macam mana situasinya hari ni?...ok tak? dah lama sangat posting ni..ni pun saya terjumpa dari salah seorang mmber ukhwah.com yasminatirah, terdetik nak tekan seorang-seorang nya posting.. semoga pengharapan anda kepada ALLAH sahaja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

jannahnobel
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2007
Ahli No: 31060
Posting: 80
Dari: Bumi Allah_mencari ilmu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-08-08 22:25


ya Allah...moga apa yang Kau uji ke atas mereka...Kau angkat drjat mereka selepas mereka melaluinya dengan sabar....

kepada yang berada di sna...kuatkan iman...doa kami di sini sentiasa mengiringi saudari2 di sna...walaupun kita tak kenal langsung tapi kita seagama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahnobelProfil   Hantar PM kepada jannahnobel   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-08-08 07:25


Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah tahniah alea di Jerman dan juga yang di Perancis kerana masih bertahan bertudung. Umi kenal seorang student kita di Perancis anak seorang penanam nenas di Pontian. Beliau lepasan MRSM Muar dan baru setahun belajar di Perancis katanya. Masa berbual tidak ada disebut apa-apa sekedar memberitahu bahawa cabaran hebat di sana. Tapi dari cara pemakaian masih bertudung walau pakai jeans dan t shirt ketat. Umi harap para pelajar perempuan buatlah satu memorandum kepada Kementerian Pelajaran Malaysia beritahu keadaan sebenar agar pelajar wanita dari Malaysia tidak diminta buka tudung bagi yang bertudung. InsyaAllah demi menjaga aqidah sesuatu perlu dilakukan. Semoga sukses di dunia dan juga di akhirat. Ameen.

Harap pelajar wanita yang bertudung mencapai markah cemerlang dari semester pertama jadi mereka tidak dapat nafikan bahawa tudung tidak menjadi sebab kepada pelajaran lemah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107175 saat. Lajunya....