Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 216
Ahli: 0
Jumlah: 216




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Air Mata - Menangis....


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Air Mata - Menangis....

Please Mendaftar To Post


Oleh Air Mata - Menangis....

KnightIslam
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 142
Posting: 54
Dari: Pantai Timur

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-06-03 11:54


Jenis-Jenis Air mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

01) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
02) Menangis kerana rasa takut.
03) Menangis kerana cinta.
04) Menangis kerana gembira.
05) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
06) Menangis kerana terlalu sedih.
07) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
08) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
09) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
* Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
* Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
* Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
* Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
* Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
* Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
01) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
02) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
03) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.

01) Apabila dahi nya berpeluh.
02) Airmatanya berlinang.
03) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

.sampaikanlah walau satu ayat" al hadis.....

[ Posting ini telah di edit oleh: KnightIslam pada 2003-06-15 14:35 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For KnightIslamProfil   Hantar PM kepada KnightIslam   Pergi ke KnightIslam's Website   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 15-06-03 18:21


TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."



-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

amad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 64
Posting: 147
Dari: Cleveland

usa  


posticon Posting pada: 21-06-03 03:34


Assalamualaikum wm..

ana berpesan kepada diri sendiri dan antum semua...berapa lamakah masa yang telah kita peruntukkan untuk menangis kerana Allah...mengapa begitu sukar menangis meratapi dosa2 semalam...dan begitu senang sekali menangis kerana kesakitan atau kehilangan..bukankah kita harus sedar dan tahu bahawa segala kesakitan dan kehilangan itu sebenarnya datangnya dari Allah...dan tidakkah kita terfikir bahawa kesakitan dan kehilangan itu mempunyai sebab ditakdirkan ke atas kita...mungkin kerana keegoaan kita untuk tunduk kepadaNya..lalu ditakdirkan sedikit keperitan sebagai peringatan kepada kita..namun kita mudah menangis kerana kesakitan dan kehilangan itu...dan bukannya kerana keterlanjuran yang telah dilakukan...renungkanlah...ampunkan dosa kami ya Allah..wallahua'lam!

-----------------
~berjalan, melihat, mentafsir..~

Bookmark and Share

    


  Member Information For amadProfil   Hantar PM kepada amad   Pergi ke amad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086971 saat. Lajunya....