Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: 15 Perkara yang mendatangkan bala


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» 15 Perkara yang mendatangkan bala

Please Mendaftar To Post


Oleh 15 Perkara yang mendatangkan bala

KnightIslam
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 142
Posting: 54
Dari: Pantai Timur

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-06-03 10:31


01. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan
02. Amanat dianggap Ghanimah
03. Membayar zakat dianggap sesuatu yang merugikan
04. Suami tunduk kepada isteri
05. Derhaka terhadap ibu
06. Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran
07. Membenci ayah
08. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
09. Membuat bising di dalam masjid
10. Orang disanjung kerana kejahatannya
11. Minum arak berleluasa
12. Semakin ramai lelaki memakai sutera
13. Wanita menari dikhalayak ramai dianggap sebagai perkara biasa
14. Permainan muzik merata rata
15. Umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For KnightIslamProfil   Hantar PM kepada KnightIslam   Pergi ke KnightIslam's Website   Quote dan BalasQuote

Arcaine
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 246
Posting: 237
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 17-06-03 08:50


Jgnlah diri ini, anak dan cucuku berbuat perkara tersebut....

-----------------
Hidup ini suatu perjuangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArcaineProfil   Hantar PM kepada Arcaine   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-06-03 02:07


a'kum

thanks for the info!

-----------------
believe, persist and archive

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

putera_manis
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 22
Posting: 593
Dari: Segamat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-03 10:23


moga kita dijauhui perkara sebegitu.....amin...

-----------------

MAta BErtENTanG,kAn tIMBul kaSIH SAyanG....
HAti berTEMU HatI,KAn laHIr rASa kaSIh.....
BiLA dAHI BERtemu SEjaDah,BAruKAN teRAsA KeBESaraN iLAhi...
KetENAngan Jua DiPerolehi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_manisProfil   Hantar PM kepada putera_manis   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-06-03 11:04


15 perkara yang mendatangkan bala tue, memang dah banyak berlaku sekarang nie. Mungkin sebab itulah dewasa ini banyak sangat masalah sosial dan mungkin juga ianya natijah dari angkara2 tersebut. Allahu a'lam...

Tapi yang peliknya... terkadang kita dah tau dah perkara tue tak elok, Allah murka.. tapi still buat lagi. Bal ayang Allah turunkan tue seolah2 ringan di mata kita. Na'uzubillah...


Moga kita semua berusaha utk menghindarkan diri darinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 29-06-03 13:54


Assalamualaikum

sebelum ini ana pernah memberi penerangan berkenaan topik ini ditopik Al-Quran dan hadith,inilah penerangan yg ana copy semula


Hadith Alamat Kiamat

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana hendak menghindari kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama Leluhur)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.
(Hadith riwayat Tirmizi)



Penerangan Hadis:

Hadith ini menjelaskan beberapa pertanda buruk dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan psikologi yang melanda umat dan bangsa yang akan runtuh dan musnah. Bangsa tersebut tidak lagi bersifat bertanggongjawab. Mereka tidak amanah, memandang hina saranan agama bahkan nama agamapun mereka anggap punca kejahatan.Zakat dianggap sebagai suatu beban yang menyusahkan. Belajar ilmu pengetahuan bukan untuk tujuan berkhidmat untuk agama (tambahan dalam Hadith riwayat Abu Hurairah) Mereka dikuasai oleh emosi dan nafsu.Hubungan sosial antara keluarga dan orang luar tidak lagi berdasarkan tatasusila yang normal. Masjid berubah menjadi tempat menyampaikan sesuatu yang tidak berkaitan dengan ajaran Islam. Kepimpinan mereka adalah kepimpinan yang jahat dan merosak. Mereka tidak ada lagi penghargaan terhadap para alim ulama. Baik Ulama Leluhur maupun ulama masa kini. Mereka bangga dengan majlis budaya yang menimbulkan keghairahan kepada artis genit dan muzik atau pesta-pesta lain yang bersifatlagha. Golongan ini memang diambang kemusnahan. Mereka akan dibala tuhan dengan berbagai bala bencana dan kemusnahan. Puncaknya adalah kiamat. Siapakah mereka yang sebenarnya? wallahu a'lam

Riwayat: Minhaj al-Salihin dan lain-lain




-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102152 saat. Lajunya....