Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 219
Ahli: 0
Jumlah: 219




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 46 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Bila Rasulullah lahir sebenarnya ???


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Bila Rasulullah lahir sebenarnya ???

Please Mendaftar To Post


Oleh Bila Rasulullah lahir sebenarnya ???

aliflamra
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 245
Posting: 292
Dari: Putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-06-03 16:55


what is exact birth date of the Prophet (s)?

As for the second part of the question [what is exact birth date of
the Prophet (s)], the exact date of the Prophet's birth is disputed , but
it is most likely to be on Monday, 9th Rabee`Al-Awwal (20th or 22nd of
April, 571 AC), the same year in which the invasion of the Elephants took place against the Ka`bah. And he, peace and blessings be upon him, passed away on Monday 12, Rabee` Al-Awwal in the eleventh year of Hijrah (8 June 632 AC.)

Allah Almighty knows best.


-----------------
Get graphics at Nackvision.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For aliflamraProfil   Hantar PM kepada aliflamra   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 13-06-03 21:07


Perbezaan pendapat dalam periwayatan sangat banyak. Kisah Nabi besar SAW juga sering dikhilafkan oleh para sejarawan. Ada yang mengatakan baginda lahir pada 12 Rabiul Awwal dan ada yang meriwayatkan 17 Rabiul Awwal. Justeru, tugas generasi muda hari ini adalah mengkaji balik sejarah Islam untuk memahami agama ini dengan benar dan sahih.



-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

prettybikrah
Warga Rasmi
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 704
Posting: 10
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 13-06-03 22:15


yang ana tahu 12 rabiulawwal tahun gajah bersamaan dgn 20 april thn 570 masehi

Bookmark and Share

    


  Member Information For prettybikrahProfil   Hantar PM kepada prettybikrah   Quote dan BalasQuote

nuriz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 128
Posting: 205
Dari: rumah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-06-03 15:13


Quote:

On 2003-06-13 22:15, prettybikrah wrote:
yang ana tahu 12 rabiulawwal tahun gajah bersamaan dgn 20 april thn 570 masehi



ana pun tahu yang ni je

-----------------
[img]http://smilies.networkessence.net/s/kao/otn/pbubbles.gif[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurizProfil   Hantar PM kepada nuriz   Quote dan BalasQuote

-sakura-
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 120
Posting: 218
Dari: IICM GOMBAK

Selangor  


posticon Posting pada: 16-06-03 15:47


hmm.. same like me..

-----------------
~wAnItA hIaSaN dUnIa, SeInDaH hIaSaN aDaLaH wAnItA sOlEhAh~

::jaga diri hiasi peribadi::


Bookmark and Share

    


  Member Information For -sakura-Profil   Hantar PM kepada -sakura-   Quote dan BalasQuote

pacik-huzaifah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 103
Posting: 42
Dari: Labayan.com

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-03 07:08


ada pdpt mengatakan 9 rabiulawwal...

tetapi yg pasti Rasullullah saw lahir hari ISnin

"aku dilahirkan pada hari Isnin dan diwafatkan pada hari isnin" maksud hadith.


waalluhalam

:: mendamai ombak resah :: www.raudhah.com ::
taman nan indah ::


[ Posting ini telah di edit oleh: pacik-huzaifah pada 2003-06-17 07:09 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: MuTTaQiN pada 2003-06-17 22:15 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For pacik-huzaifahProfil   Hantar PM kepada pacik-huzaifah   Pergi ke pacik-huzaifah's Website   Quote dan BalasQuote

Belalang_kampung
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-06-03 11:27


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..sepanjang pengetahuan ana sejak belajar Siroh di bangku sekolah rendah hingga sekarang nie..dan juga berdasarkan petikan khutbah daripada Imam Besar Masjid Zahir Alor Setar pada 16 Mei 2003 lalu..turut meriwayatkan pada Subuh 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah/ 20 April tahun 570M seingat ana..walaubagaimanapun ada lagi khilafiah..Insya Allah..
Tahun Gajah itu bersempena dengan serangan Abrahah dengan pasukan bergajah dari Yaman untuk memusnahkan Ka'abah sebelum diturunkan Allah swt burung2 Abaabil yang membawa batu2 api neraka..sehingga tentera2 Abrahah ini dibaratkan seperti daun2 yang dimamah ulat akibat burung2 yang dihantar oleh Allah swt tersebut..serangan Tentera Abrahah itu adalah disebabkan rasa dengki khianat pada Ka'abah di Kota Mekah sebagai tempat kunjugan dan ibadah.. serta untuk memenangkan hati Raja Yaman supaya tempat ibadah yang dibina olehnya menjadi tumpuan..sebelum itu juga Tentera Abrahah telah merosakkan serta menggannggu kehidupan penduduk kota Mekah sehingga Abdul Muttalib berdoa kepada Allah swt dipelihara keselamatan Ka'abah

Dan diriwatkan juga bahawa nama Nabi..iaitu Muhammad yang diberikan oleh Abdul Muttalib kepada Rasulullah S.a.w itu adalah nama pertama seumpamanya yang diberikan kepada penduduk bumi oleh masyarakat Arab..'Yang Terpuji'..kerana Abdul Muttalib inginkan Nabi menjadi seorang yang mulia disisi kaum Arab Quraish..dan kisah siroh pasca kelahiran Nabi ini banyak dipetik daripada Kitab Barzanji..Insya Allah
jika ana tersilap mohon dibetulkan..

Semoga dengan kefahaman kita tentang Sirah Nubuwwah ini..Allah swt tambatkan hati2 kita semua mencintai Rasulullah s.a.w bersama sunnah serta syariat yang dibawa oleh Baginda..Insya Allah, Aminnn..

Wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Belalang_kampungProfil   Hantar PM kepada Belalang_kampung   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 24-06-03 22:02


Tarikh 12 Rabiul Awal adalah bersumber dari Sirah Ibn Hisham, yang berbunyi:

"Ibn Ishak menyatakan tarikh kelahiran baginda; berkata Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisham, berkata Ziyad ibn Abdullah al-Buka'i dari Muhamad ibn Ishak, dia berkata: Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal, tahun gajah."

Pendapat ini yang masyhur dan ma'aruf, walaupun ada ulama yang mengatakan jika dikembalikan tarikh ini, ia tidak jatuh pada hari Isnin. Tetapi mereka tidak mengaitkannya dengan Syiah.

Menurut al-Zubair, kelahiran Nabi SAW adalah pada bulan Ramadhan, berdasarkan kepada kehamilan ibunya Aminah pada hari tasyriq. Ibn Kathir berpendapat tarikh al-Zubair ini adalah sangat ganjil (gharib jiddan).

Sheikh Mubarakfuri menyatakan kelahiran Nabi SAW pada 9 Rabiul Awal berdasarkan kepada pendapat Muhamad Sulaiman al-Mansurpuri dan ahli astrologi Mahmud Pasha.

Ibn Kathir, di dalam bab Maulid Rasulullah SAW menyatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin. Antara hadith yang menceritakan kelahiran baginda pada Isnin ialah:

"Muslim di dalam sahihnya meriwayatkan dari hadith Ghailan bin Jarir daripada Abdullah bin Ma'bad al-Zammani daripada Abi Qutadah, sesungguhnya seorang Arab berkata: Ya Rasulullah, apa yang kamu boleh bagitau mengenai puasa hari Isnin? Baginda menjawab: Hari itu adalah hari kelahiranku dan tarikh turunnya wahyu ke atasku."

Ibn Kathir berpendapat adalah tidak tepat bagi mereka yang menganggap bahawa kelahiran Nabi SAW itu pada hari Jumaat 17 Rabiul Awal, seperti kata Al-Hafiz ibn Dihyah ketika ia membaca kitab "I'lam al-Rawi bi A'alam al-Huda", ia adalah pendapat bagi sesetengah Syiah.

Tarikh 12 Rabiul Awal menurut Ibn Kathir adalah berdasarkan nas dari Ibn Ishak. Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dari Affan, dari Said bin Mina' dari Jabir dan Ibn Abbas keduanya berkata: Rasulullah SAW dilahirkan pada tahun gajah, hari Isnin 12 Rabiul Awal, pada hari Isnin juga ia diutuskan menjadi Rasul dan di mi'rajkan ke langit, dan hari Isnin juga baginda berhijrah dan baginda wafat."

Ini adalah pendapat yang masyhur di sisi Jumhur.

Begitulah sebahagian pendapat ulama yang sempat di kemukakan mengenai tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Walaupun terdapat khilaf mengenainya, Jumhur ulama berpendapat baginda dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, manakala sebahagian Syiah berpendapat ianya pada 17 Rabiul Awal. Tiada sumber yang menyokong kenyataan mengenai 12 Rabiul Awal itu dikaitkan dengan imam 12 Syiah. Walaupun berlaku khilaf mengenai tarikh kelahiran baginda, ia bukanlah untuk kita berbalah. Ia merupakan rahmat Allah, dan kita perlu meraikan rahmat ini, berdasarkan hadith Nabi SAW "Khilaf dikalangan umatku adalah rahmat". Anggaplah khilaf ini sebagai rahmat, dan kita perlu sama-sama menjaga 'adab al-ikhtilaf' ini supaya tidak digunakan untuk memecahbelahkan umat.

Wallahu a'alam.

Ruj:
1. Abi Muhammad Abdul Malik bin Hisham al-Mu'afari, Al-Sirah Al-Nabawiyyah li ibn Hisham, jil. 1, Beirut: Dar al-Jil, 1987, ms 146.

2. Safiur Rahman al-Mubarakfuri (terj. English), Ar-Raheeq al-Makhtum, Makatabah Dar al-Salam, 1996, ms 56

3. Al-Imam Abi al-Fada' Ismail bin Kathir, al-Sirah al-Nabawiyyah, jil. 1, Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, t.t., ms 204-205

4. Muhammad Husayn Haikal (terj. Ismail R. al-Faruqi), The Life of Muhammad, London: Shorouk International, Cet. 3, 1983, ms 46-49



-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

johnny_islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1125
Posting: 21
Dari: bumi Allah swt

iraq   avatar


posticon Posting pada: 25-06-03 10:20


penting juga untuk megetahui tarikh kelahiran rasulullah saw tetapi yang lebih penting ialah kita mengamalkan sunnah dan segala ajaran yang telah ditinggalkan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For johnny_islamProfil   Hantar PM kepada johnny_islam   Pergi ke johnny_islam's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.253053 saat. Lajunya....