Oleh |
lelaki pilihan wanita? |
umie_humaira
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.11.2003 Ahli No: 4964
Posting: 89
Dari: UPSI
|
Posting pada: 02-04-07 02:06
lelaki yang mencintai/meletakkan Allah melebihi segala-galanya dalam setiap urusannya...memahami peranan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini...InsyaAllah kalau yang ni ok, yang lain pun akan turut ok!
|
umie_humaira
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.11.2003 Ahli No: 4964
Posting: 89
Dari: UPSI
|
Posting pada: 02-04-07 02:17
macam mana pula kalau laki ni sifat laki2 idaman wanita ni smuanya ada padaNya. cuma dia ni jenis yang kurang upaya.. nak terima ke..kalau secara jujurlah hmm..apa yang dimaksudkan dengan kurang upaya tu! InsyaAllah,lelaki baik akan dapat perempuan baik,so berusahalah jadikan diri sendiri yang trbaik dahulu, tak begitu..
|
kaherah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28943
Posting: 230
Dari: bumi ambia'
|
Posting pada: 03-04-07 03:38
Pada 31-03-07 20:08 , kaherah posting:haik...tak berani nak jawab keee???? wahai srikandi skalian [ Telah diedit oleh: kaherah pada 03-04-07 18:18 ]
|
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 03-04-07 07:44
sama dengan kasih kekasih.. si dia seorang yang beriman..sentiasa mendidik dan menegur diri ini..bertuah sangat ditemukan dengan seorang teman yang seperti dia...
|
putri_solehah
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.02.2007 Ahli No: 28612
Posting: 66
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 03-04-07 18:59
lelaki idaman ana... Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya Biarlah dia seorang yang bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran Biarlah dia seorang yang bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah Kembali megah di muka dunia Biarlah dia seorang yang papa Papa dalam melakukan perkara maksiat Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat Papa memiliki akhlaq mazmumah Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah _______________________________ :: Islam Itu Indah, Indahkan Hidup Mu Dengan Islam::
|
putri_solehah
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.02.2007 Ahli No: 28612
Posting: 66
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 03-04-07 19:00
ini jawapan ana ek akhi kaherah....
|
kaherah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28943
Posting: 230
Dari: bumi ambia'
|
Posting pada: 07-04-07 05:04
Pada 31-03-07 17:05 , kaherah posting:persoalannya, ni memang dia ni kurang upaya tapi baik sangat...... macam mana,boleh terima ke insan seperti ni........
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 07-04-07 07:02
Pada 26-03-07 23:41 , kaherah posting:!!! QUOTE !!! macam mana pula dengan laki2 yang panas baran? apa komentarnya pula..... kalau terima,Kenapa memang dah fitrah lelaki ada baran dia.. pandai2 lah pasangan main peranan, kalau dia jenis panas, kita mesti lah sejuk.. baru lah aman, insyAALLAH lelaki pilihan, mesti lah paling utama agama dia lebih dari kita, lepas itu educated.. sekufu [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 07-04-07 07:04 ]
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 11-04-07 10:12
Pada 10-03-07 14:03 , jubah_hijau posting:!!! QUOTE !!! ....
sometimes..manusia nak sempurna...tapi manusia lupa untuk mengukur diri masing-masing..terutama ana sendiri lah....
kita nak yang warak,alim dan tahfiz..tapi bagaimana dengan kita ni...dah cukup baikk ke.....
cukup lah ada dengan sifat reda dengan pasangan masing-masing...
kita jangan mencari kesempurnaan tetapi kita memberi kesempurnaan tu..... betul..selidik diri dulu..
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 12-04-07 16:08
lelaki idaman...beilmu..beriman...beramal..bertanggungjawab...cukup...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 12-04-07 16:09
sekufu tu apa? teman ni tak tau...
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 12-04-07 16:43
Pada 12-04-07 16:09 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! sekufu tu apa? teman ni tak tau... Aduh lah..sama taraf lah..kok yang kaya dikahwini yang kaya...or boleh juga sefahaman..tau tak? Erm..pilihan suami ana adalah dia...yang kini kian pudar ditelan masa... :-| ----------------- cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 12-04-07 16:45
sama taraf, kalau teman keturunan diraja, kena cari raja juga ke??
|
puterililin
Warga 1 Bintang Menyertai: 10.09.2005 Ahli No: 18843
Posting: 32
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 12-04-07 17:15
salaaam.. syahdu saja kata-kata putri_solehah.. pasangan yang macam tu susah nak jumpa zman sekarang ni kan? alhamdlillah syukur pada Allah swt jika ditakdirkan dapat insan sbgini.. Ya Allah,padamu ku brsimpuh.. jika benar dia untukku,yang terbaik untuk agama,untuk dunia dan akhirat..kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. AMEEEEN..
|
kaherah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2007 Ahli No: 28943
Posting: 230
Dari: bumi ambia'
|
Posting pada: 13-04-07 21:12
aik...srikandi skalian macam cuba nak lari dr persoalan ana saja.... persoalannya,macam mana pula dengan laki2 yang kurang upaya tapi cukup sifat sebagai laki2 idaman... takkan tak berani nak jawab
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 13-04-07 21:23
Pada 12-04-07 16:09 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! sekufu tu apa? teman ni tak tau... Sekufu dalam perkahwinan elak pelbagai masalah `DUDUK sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'. Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok. Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat. Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari. Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama turut diambil kira di dalam Islam. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujarat: 13) Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Dr. Amilah Awang Abd. Rahman dalam hal ini menjelaskan, apabila kita membicarakan soal sekufu atau `kafaah', kita tidak boleh melihat ia sebagai satu perkara yang terpisah daripada agama itu sendiri. Menjadi satu kepentingan, agar umat Islam melihatnya sebagai satu keadaan yang menyeluruh kerana Islam sentiasa memandang sesuatu perkara itu secara global. ``Dalam isu kafaah ini, sebenarnya Islam mengutamakan kepentingan pembinaan keluarga itu sendiri, atau ia memandang jauh kerana keluarga di dalam Islam itu amat penting. ``Bahkan ada yang mengatakan, keluarga merupakan buah pinggang kepada masyarakat. ``Ini bermaksud, kalau keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat. Begitu juga sekiranya keluarga itu pincang, maka pincanglah juga masyarakatnya,'' kata Dr. Amilah sewaktu ditemui di pejabatnya. Hakikatnya terang Dr. Amilah lagi, keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya. Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya. ``Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai `al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. ``Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. ``Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari. ``Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga,'' jelas Dr. Amilah. Tambah beliau, menurut ulama fikah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali. Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan. Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini. Jelas di sini, kata Dr. Amilah, bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu. Jelas di sini kata Dr. Amilah, sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi) Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, ``Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu''. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah .a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu. Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi) Menyedari kepentingan sekufu ini, saran Dr. Amilah kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi saja dengan bersikap terlalu rigid. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi. Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar. Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama. Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, ``Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah.'' Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali. Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, ``Berita apa yang kau bawa?'' Ali menjawab, ``Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban.'' Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.
|
yaqeen
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.03.2007 Ahli No: 29034
Posting: 38
Dari: ukm
|
Posting pada: 13-04-07 21:45
muslimin yang cintakan dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal ibadat kepada ALLAH seperti akan mati pada esok hari..erm..ada tak erk?? ----------------- yaqeen86......... [ Telah diedit oleh: yaqeen pada 13-04-07 21:47 ]
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 17-04-07 08:08
ada ciri-ciri macam ayahanda.. tegas, penyayang, lawak, kuat agama... yang lain2... tak kisah..
|
dhamiraqistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13287
Posting: 271
|
Posting pada: 17-04-07 11:35
entahlah..tak tahu nak bagitahu bagaimana..nanti kalau senaraikn ..org kata kita ni demanding too much pula...so..baik diam-diam saja...hanya mampu berdoa saja lah...
|
ABg_IMaM
Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 17-04-07 12:18
carilah yang beragama....
|
nurin_adiela
Warga 1 Bintang Menyertai: 04.07.2006 Ahli No: 25072
Posting: 34
Dari: Universiti Malaya
|
Posting pada: 17-04-07 12:50
assalamualaikum... bagi saya lah kan...saya pilih lelaki yang lebih beragama dan menyintai ALLAH lebih dr segala-galanya....means lelaki tu menyintai wanita adalah kerana ALLAH...jika kita melakukan sesuatu hanya kerana ALLAH, insyaallah semuanya akan tenang,damai dan lancar saja...yang lain2 tu macam bertanggungjwb...ambil berat...bersikap kepimpinan...berfikiran matang...bijak m'buat keputusan...itulah ciri-ciri lelaki yang saya suka..tapi,saya tak nak terikat dengan mana-mana lelaki tanpa ada ikatan yang sah...insyaallah,mudah-mudahan ALLAH ttpkn p'dirian saya..lagi satu,suka lelaki yang boleh jadi imam dan pandai mengaji
|
uswatun_mawaddah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.04.2007 Ahli No: 29534
Posting: 142
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 18-04-07 00:45
ana sukakan lelaki yang banyak mengingatkan ana kepada Allah..dan seelok-eloknya lelaki tu lah yang banyak mendidik ana untuk jadi wanita solehah. Doakan ana untuk bertemu kaum Adam seperti ni...
|
azuwin88
Warga Rasmi Menyertai: 14.04.2007 Ahli No: 29594
Posting: 8
Dari: uitm segamat / selangor
|
Posting pada: 18-04-07 01:41
em... memang lelaki soleh pilihan wanita solehah... yakin... lelaki yang baik untuk wanita yang baik... tapi jangan jadi baik semata-mata impikan dapat kawin dengan lelaki baik... jodoh di tangan ALLAH.. doa spy dipertemukn lelaki yang di sama fikrah, insyaALLAH...
|
nike_007
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20933
Posting: 125
Dari: pasir mas
|
Posting pada: 19-04-07 23:27
so perempuan kena lah jujur dalam perhubungan.
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 19-04-07 23:59
Pada 18-04-07 00:45 , uswatun_mawaddah posting:!!! QUOTE !!! ana sukakan lelaki yang banyak mengingatkan ana kepada Allah..dan seelok-eloknya lelaki tu lah yang banyak mendidik ana untuk jadi wanita solehah. Doakan ana untuk bertemu kaum Adam seperti ni... ameen ----------------- "Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 21-04-07 11:03
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 24-04-07 08:53
ana nak 'beri' payung emas kepada muslimat..... ok tak??? kha2......
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 24-04-07 10:21
Pada 24-04-07 08:53 , aye posting:!!! QUOTE !!! ana nak 'beri' payung emas kepada muslimat..... ok tak??? kha2...... emm mampu ke nak beri "payung emas" tu?????? besar tanggung jawab yang akan dipertanggung dan kena jawab kat depan ALLAH sok... bukan keseronokan semata-mata... ambe taknak payung emas, tak cukup kekuatan fizikal dan mental nak menanggung...
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 24-04-07 11:01
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 25-04-07 01:11
perempuan yang dimadukan ..akan dapat payung emas kat syurga nanti..
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 25-04-07 01:15
Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah) 1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami terseny um, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ? 6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. 11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda. 12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah. 13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ? 14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin. 15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam. 16 Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera 17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. 18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan. 19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ? 20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. 21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga. 22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. 23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. 24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini. 25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia. 26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa. 27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. 28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga. 29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. 30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. 31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. 32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. 33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan. 34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ? 35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga. 36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga. 37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah. 38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak. 39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji. 40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah. 41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu. 42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa. 43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia. 44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya. 45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama. 46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian. 47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati. 48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur. 49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa. 50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
|
nuriman_humaira
Warga Rasmi Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29674
Posting: 12
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-04-07 10:11
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang... 1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. 2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. rasa hormatnya pada warga tua ketara. 3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam. 4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia. 5-Tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak. 6-Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. 7-Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. 8-Rakan pergaulannya. rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. 9-Bertanggungjawab rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab 10-Tenang wajah Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya... "
|
samirah
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC
|
Posting pada: 28-04-07 13:17
hmm..susahnya nak jumpa laki macam nuriman_humaira listkan kat atas ini
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 08-05-07 15:30
Pada 28-04-07 10:11 , nuriman_humaira posting:!!! QUOTE !!! Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...
1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya. rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya... " Ya Allah.... jadilah sifat2 ini adalah milik hambamu yang dhoif ini.... ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 08-05-07 15:42
Pada 19-03-07 21:40 , broshahir posting:!!! QUOTE !!! Petua menjadi lelaki pilihan
Ciri-ciri lelaki pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri.
semoga dapat menjadi lelaki pilihan..ameen assalamualaikum.. inilah ciri-ciri yang dicari tapi mungkinkah diri ini akan ketemui insan begini.. ----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 09-05-07 23:32
Tiada manusia yang sempurna. Perkahwinan mengikat secara sah dua insan yang berbeza dan saling kekurangan namun kekurangan itu menjadi tali pelengkap antara satu sama lain. waalhu'alam ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 13-05-07 17:28
Iman tak dapat diwarisi, Dari seorang suami yang bertaqwa...^o^ ----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 21-06-07 08:35
suami yang mampu membimbing isteri ke arah yang dituntut syara' suami yang sentiasa bersyukur dengan kehadiran isteri di sisinya.. suami yang mampu mengepalai bahtera rumahtangga dan bersama2 berusaha membentuk peribadi anak2 yang soleh dan solehah... suami yang bijak menguruskan dan mentadbir hal duniawi dan ukhrawi... ps: namun...layak kah diri ini? ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
syaiKisas
Warga 1 Bintang Menyertai: 04.12.2005 Ahli No: 20659
Posting: 35
Dari: bumi waqafan
|
Posting pada: 21-06-07 09:01
salam..wah sngnye soalan ni!mudah untuk di jawab tapi sukar untuk di realitikan,betul tak??bagi saya..sifat tanggungjawab,beriman,jujur masih belum 100% dapat kat lihat masa tengah bercinta usia muda(bagi yang bercouplelah)..so,sebab tu kat ni digalakkan bercinta lepas kahwin!haa..masa tu baru kat tau berapa banyak kejujuran sebenar yang diberi..same ke masa tengah bercinta??belanja makan berapa kali??bagi kek masa birthday berapa kali??(Surelah setahun sekali ek?he...he..)bagi bunga berapa kuntum sehari??hehe..oklah.. kalau tengok dr luaran,pilihan saya mestilah berpakaian kemas,tak merokok...apa pun tak semua yang kat impikan,kat dapat...so.banyak-banyaklah berdoa untuk minta dikurniakan yang terbaik dariNya,,,insyaallah..
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 21-06-07 09:10
assalamualaikum.... semestinya semua muslimat mengimpikan... seorang muslimin yang akan membahagiakan dirinya.. berpengetahuan agama luas.. membimbing ke jalan yang benar.. mendidik isteri dan anak2 dengan baik... hormat pada kedua org tua dan semua orang... memahami hati dan perasaan kita.. berjuang ke jalan Allah diutamakan... menjadi pendorong dalam hidup ini.. sentiasa mengingatkan kita pada Allah.. walau tiada di depan kita.. amenn...
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 21-06-07 09:13
Pada 21-06-07 08:35 , lubaina posting:!!! QUOTE !!! suami yang mampu membimbing isteri ke arah yang dituntut syara'
suami yang sentiasa bersyukur dengan kehadiran isteri di sisinya..
suami yang mampu mengepalai bahtera rumahtangga dan bersama2 berusaha membentuk peribadi anak2 yang soleh dan solehah...
suami yang bijak menguruskan dan mentadbir hal duniawi dan ukhrawi...
ps: namun...layak kah diri ini?
insyAllah...ALLAHURABBUNA.....ana pun mohon diri ini teguh dan sentiasa di pandu di jalan yang lurus oleh Allah untuk mendidik isteri.... ----------------- Jihad Dijalan ALLAH SWT....cita-cita mati sebagai JUNDULLAH!
|
anasha
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.04.2007 Ahli No: 29684
Posting: 52
Dari: B.B.B.
|
Posting pada: 16-09-07 02:09
lelaki yang pandai dan banyak ilmu agama...yang m'cintai ALLAH lebih dr segala-galanya...mesti susah nak dapat ni...lelaki baik untuk perempuan baik...
|
marsyitah_huda
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.05.2008 Ahli No: 33544
Posting: 40
Dari: sentul
|
Posting pada: 22-07-08 10:07
ana kalau boleh nak pasngan ana seorang yang beragama.. bolah ddik ana ke jlan yang benar.. sebab ana banyak kekurangan.. boleh ke kita dapat apa yang kita iginkan..
|
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 22-07-08 10:10
Pada 22-07-08 10:07 , marsyitah_huda posting:!!! QUOTE !!! ana kalau boleh nak pasngan ana seorang yang beragama.. bolah ddik ana ke jlan yang benar.. sebab ana banyak kekurangan.. boleh ke kita dapat apa yang kita iginkan.. bukan anti da dapat bakal imam ke?ngeh3x......bila walimahnye?
|
marsyitah_huda
Warga 1 Bintang Menyertai: 26.05.2008 Ahli No: 33544
Posting: 40
Dari: sentul
|
Posting pada: 22-07-08 10:13
tu belum pasti lagi.. insyaallah kalau ada jodoh.. perli nampak.. huhuhu...
|
danielHakimi
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.08.2008 Ahli No: 34461
Posting: 27
|
Posting pada: 23-09-08 12:23
salam....macan2 jawapan muslimah....bagi ana, kat dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna..ada kelebihan dan ada juga kelemahan...itu lah namanya manusia...kalau semua nak yang sempurna...rasa ya sampai hari kiamat pun tak jumpa..bagi muslimah yang ingin cari bakal suami...setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada setiap bakal suami boleh diajar dan boleh diubah asalkan ada niat untuk berubah menjadi suami berakhlak dan ayah yang baik untuk anak2. "LAWAN TETAP LAWAN"
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 23-09-08 13:08
susah nya nak cari laki-laki yang baik ini... yang depan mata ini semua xley buat laki.. ada yang bawah umur.. tetiba pula rasa diri ini da tua... kuikuikuikuikui...
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 23-09-08 13:15
Pada 23-09-08 13:08 , syahirahsoid posting:!!! QUOTE !!! susah nya nak cari laki-laki yang baik ini... yang depan mata ini semua xley buat laki.. ada yang bawah umur.. tiba-tiba pula rasa diri ini da tua... kuikuikuikuikui... Uwekk... ----------------- Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 23-09-08 13:25
hai tajuk best ni rugi aku lewat sikit.jodoh menentu segalanya kalau di takdir kawin dengan hidung kepek apa anda orang boleh buat? kepa dara pujaan jangan sangka leleki sekarang banyak tak layak,cuma kekadang saja lelaki ni ngada2
|
syahbi
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.03.2005 Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai
|
Posting pada: 05-10-08 00:14
syah paling bencikan org lelaki yang berubah sebab perempuan... Yang menggunakan agama untuk tujuan menarik hati perempuan yang gunakan agama untuk kepentingan diri yang beramal tetapi tidak pandai berahsia dengan amalanya yang berpura-pura fikir-fikirkanlah
|
miss_nuyu
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.09.2008 Ahli No: 35045
Posting: 80
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 06-10-08 10:34
pilihan keluarga bagus juga..INSYAALAAH,kekel akhir hayat.....dah ada bukti tau...alhamdulilah.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 06-10-08 11:30
Pada 06-10-08 10:34 , miss_nuyu posting:!!! QUOTE !!! pilihan keluarga bagus juga..INSYAALAAH,kekel akhir hayat.....dah ada bukti tau...alhamdulilah. dan pilihan keluarga juga kadangkala tak bagus...dah ada bukti tau.. kesimpulannya, keutamaan itu tetaplah pada pemilihan agama..tak kisahlah pilihan keluarga atau sendiri atau orang lain...
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 06-10-08 11:54
wr wbt Beriman dan bertanggungjawab tu sudah mesti jadi pilihan semua org.. yang extranyer..seorang yang cool dan tak marah2..dan tinggi...hihi **ada ke lelaki yang sanggup duduk dengan mak mertua dia eh??
|
fateha_82
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.07.2008 Ahli No: 34202
Posting: 41
Dari: selangor
|
Posting pada: 15-10-08 14:35
Pada 06-10-08 11:30 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! Pada 06-10-08 10:34 , miss_nuyu posting:!!! QUOTE !!! pilihan keluarga bagus juga..INSYAALAAH,kekel akhir hayat.....dah ada bukti tau...alhamdulilah.
dan pilihan keluarga juga kadangkala tak bagus...dah ada bukti tau..
kesimpulannya, keutamaan itu tetaplah pada pemilihan agama..tak kisahlah pilihan keluarga atau sendiri atau orang lain...
salam..betul tu, pilihan keluarga tak semestinya bagus.. dah ada bukti, tapi ada jugak pilihan keluarga yang menjadi.. pun dah ada bukti.. tapi rasanya kalau seseorang tu mempunyai pegangan yang kuat thadap agama, insyaAllah dia boleh memimpin keluarganya.. yang penting, kena ada pendirian..
|
thariq
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.07.2006 Ahli No: 25369
Posting: 43
Dari: GOMBAK, SELANGOR
|
Posting pada: 15-10-08 15:30
nak yang ad misai lebat macam dato' k.....huhu
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-10-08 05:04
Pada 19-04-07 23:27 , nike_007 posting:!!! QUOTE !!! so perempuan kena lah jujur dalam perhubungan. Bila? Maksud awak... Masa sedang couple ke? p/s: Daeng, sayatetapsaya, trouver_99... Already got the licence to jiwang topic laahh... Why hesitate to so called "meriahkan" those jiwang list? Come here dude!!! Dont let me alone BLUFFING here... Stated reason: Fikrah berbeza.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-10-08 07:30
entah lah owl, teman tak tau kriteria lelaki pilihan wanite. Sebab pandangan wanite terhadap lelaki ni pelbagai, kekadang ada satu benda saja dia suka kat lelaki tu, jadi yang buruk2 lain semua hilang. kadang-kadang bau badannye, kadang-kadang misainye, kadang-kadang ada satu tabiat signifikan yang buatkan wanite tu tertarik. bila dah tertarik dan melekat, nak pisahkan punya lah susah.
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-10-08 07:37
Ye ke Daeng? Daeng, tolong caariikk lagi mana-mana lagi topic jiwang. Cepat. Hari tuuee teman tegoorr cara baik jangan jiwang terlampau dan penuhkan skeett topic-topic ilmiah dan berkualiti, teman plaakk kena maraah (bengang betul aakkuu!!), so hari niie, kalau teman or Daeng plaakk on jiwang mode paasstuue kena marah balik, HHAA... Siap!!! Memang haannggiinn satu badan. Meke lagi tua dari teman. Teman mude lagi. Nak meke mulakan dulu kee.. Teman dulu? Teman baru naakk gerak giiie office niiee... p/s: Daeng, sayatetapsaya, trouver_99... Already got the licence to jiwang topic laahh... Why hesitate to so called "meriahkan" those jiwang list? Come here dude!!! Dont let me alone BLUFFING here... Stated reason: Fikrah berbeza. MMEEH nak analyze, apa sangat beza fikrahnya... Daeng, cepaat!!!
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-10-08 08:03
tapi ada satu persoalan kat atas tu para wanite sekalian tak jawab lagi tu..... mari sini teman bangkitkan balik persoalan berkenaan; !!! QUOTE !!! macam mana pula kalau laki ni sifat laki-laki idaman wanita ni semuanya ada padaNya. cuma dia ni jenis yang kurang upaya.. nak terima ke..kalau secara jujurlah
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 17-10-08 10:01
Pada 17-10-08 08:03 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! tapi ada satu persoalan kat atas tu para wanite sekalian tak jawab lagi tu..... mari sini teman bangkitkan balik persoalan berkenaan;
!!! QUOTE !!! macam mana pula kalau laki ni sifat laki-laki idaman wanita ni semuanya ada padaNya. cuma dia ni jenis yang kurang upaya.. nak terima ke..kalau secara jujurlah lelaki pilihan wanita= yang mencintai Allah lebih dari segalanya.. Apabila dia mencintai Allah, kerjanya bukan sahaja mengadap tikar sembahyang atau membaca Al Quran atau berzikir atau berkisar pemhaman tinggi terhadap agama sahaja, malahan dia sebenarnya secara praktikal menyantuni kehidupannya selaras dengan padangan Allah. 1. Dia akan menjagai dirinya agar selari dengan kehendak Allah 2. Dia akan menjadi orang yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan menghidari permusushan atau perbalahan 3. Dalam kehidupan sosial dai fahami dan patuth adab dan susila dalam kehidupan 3 Dan jika sudah berkahwin dia berusaha keras membangunkan keluarganya, berbudi dengan iklhas.. membantu anggota keluarga dengan cekal, lembut terhadap isteri ...kasih terhadap anak-anak serta mertua.. 4. Mempunyai pertimbangan yang rasional ketika gembira dan duka ...sayang dan marah.. 5. projection untuk keluarganya buakn setakat didunia fana ini malahn dia dah ada "working plan" hingga ke akhirat sana. ini antaaranya perkara-perkara yang seorang lelaki perlu fikirkan dan rancangkan . ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 17-10-08 13:08
Lelaki Pilihan Wanita?.. Bagi saya,saya lebih memandang pada calon pilihan yang ditetapkan dalam islam..macammana ciri-ciri nak pilih calon isteri, begitulah ciri-ciri yang saya lihat untuk pilih calon suami..serupa saja. 1- Beragama 2- Berketurunan baik 3- Rupa paras yang baik 4- Berharta 5- Berakhlak mulia Tetapi Nabi SAW bersabda " Utamakan yang beragama, nescaya bahagialah kedua belah tanganmu " Dari sabda ni pun kita dapat lihat yang ciri-ciri utama lelaki pilihan adalah yang beragama.. Ada satu lagi mutiara kata yang menjadi pegangan saya dalam mencari lelaki pilihan ni.. "Apabila kita memandangnya, kita akan teringat ALLAH SWT, Apabila kita melihat akhlaknya, bertambahlah keimanan kita, Apabila kita mendengar kata-katanya, bertambah takutlah kita kepada ALLAH SWT.." Apa-apapun, yang beragama tu lagi penting dan baik. InsyaALLAH mereka dapat membimbing kita dan mengendalikan bahtera rumahtangga dengan baik berlandaskan hukum dan syariat islam.. Tapi semua ni hanyalah impian dan harapan..semunya ALLAH yang tentukan sama ada saya akan dapat atau tidak..
|
umairah_85
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.01.2007 Ahli No: 28069
Posting: 25
Dari: pahang
|
Posting pada: 12-11-08 16:31
saya kena cari orang yang saya rasa damai dengannya, rasa tenteram,boleh diharap, sebab apabila yakin dengannya saya kan rasa damai, lega dan tenteram.. saya kena cari orang yang bila saya lihat atau bersama dengannya , akan membuakkan kasih saya padanya... selain tu perangai, adab dan budi pekerti yang baik. dan boleh jadi sahabat dan kawan yang baik..
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 12-11-08 16:49
Wa...ana pernah posting lah kat sini... Erm...semua telah ditentukan... waiting for the right time...insyaAllah.... Semoga hati-hati yang bertemu kerana mencari keredhaanNya.. ----------------- cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 12-11-08 16:55
Pada 12-11-08 16:31 , umairah_85 posting:!!! QUOTE !!! saya kena cari orang yang saya rasa damai dengannya, rasa tenteram,boleh diharap, sebab apabila yakin dengannya saya kan rasa damai, lega dan tenteram.. saya kena cari orang yang bila saya lihat atau bersama dengannya , akan membuakkan kasih saya padanya... selain tu perangai, adab dan budi pekerti yang baik. dan boleh jadi sahabat dan kawan yang baik.. setuju.. selain agama bagi saya cukupla yang paham tanggungjawab masing-masing. boleh bertolak ansur. dan hormat pada pasangan.
|
muslimah89
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.12.2005 Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka
|
Posting pada: 12-11-08 20:20
ana nak lelaki yang lebih baik dari segi segala-galanya dari ana.. biar dia yang memimpin ana... huhu
|
nurul_wardina
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.08.2005 Ahli No: 18153
Posting: 40
Dari: sarawak
|
Posting pada: 15-11-08 09:48
bagi ina yang penting dapat bimbing saya CUKUP SOLAT , FULL TIME MUSLIM,,HUHUHU TAPI, jangan TEMPER me and he are binding ( ada rasa kasih sayang..kuikuikui) but....stil menanti ,,huuh we are not perfect right
|
Syairadhan
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.02.2009 Ahli No: 37067
Posting: 39
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 07-02-09 15:15
Kalau pendapat saya, hampir semua diatas sana, taat ibu bapa(restu itu penting), punyai sahabat baik, kasih pada kaum yang lemah(ya... seperti kami golongan wanita dan kanak-kanak), seorang yang taat pada Allah S.W.T. Kaki masjid dan selalu ke ceramah-ceramah motivasi dan agama(ya, untuk dunia dan akhirat), sayang pada isteri itu kerana Allah S.W.T. dan kasih dengan ikhlas(bukan paksaan atau cabaran dari pihak mana-mana) serta paling penting TIDAK PEROKOK.
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 22-10-09 23:46
sedap mata memandang pun cukup, tapi dapat macam ustaz munif hijjaz... bersyukur rasa... hehehhe... sabar tu penting, beragama, bertanggungjawab dengan ada MATLAMAT yang sangat-sangat jelas.. matang dan yang sudah mencapai tahap kepuasan diri sendiri dari pelbagai aspek... senang berunding dengan bertolak ansur, simple saja, sesuai untuk semua keadaan.. senang tak mudah kecik hati... biarlah orang nak kata apa, ok saja... cool saja.. tak merokok, pokoknya dua-dua belah keluarga suka, itu yang PONTING... ontok yola.. pendapat dengan pandangan orang berbeza... setiap perempuan pandangan lain-lain... setiap lelaki pun pandangan lain-lain.. jodoh ini pun, kita tak tahu... nak datang, sekejap, lama, kekal, hilang... semua diluar batasan kita.. wa'allahu 'alam... Allah saja yang tahu...
|