Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 130
Ahli: 0
Jumlah: 130




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 12 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengumuman Aktiviti
Topik: -JK Ramadhan 08


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengumuman Aktiviti
    »» -JK Ramadhan 08

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh -JK Ramadhan 08

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 09:34


Pada 13-09-08 23:04 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

baru sampai rumah. lepas habis buka puasa kat al-khadeem tadi, jam 9pm, kami ke masjid jamek untuk solat isyak dan terawih.. sebab nak hantar awan biru ke stesen bas pudu, basnye pukul 10.30pm.

harap adik2 di alkhadeem rasa seronok lah dengan kehadiran kami... baik jeq adik2 ni.. semuanya hobi membaca al-quran dan cita-cita nak jadi ustazah... bagus semuanya. huhu.. JK ni, alhamdulillah semua lancar. dapat main-main game dan buka puasa sama-sama. banyak betul makanan. sampai tapau2 bawa balik.. nasik, kuih, dengan air2 sekali.. huhu :sopan:





ok lah tu shye...adik2 muslimat cite2 begitu,,tapi cerita adik2 muslimin..hurmmmm,,askar,,polis,,askar polis,,tak apa lah....bminat dalam bhijad,,sokong saja lah,,,,,,



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 09:39


Pada 14-09-08 09:49 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!


p/s: Gembira first time berjumpa dengan alwalid (mike niiee gayee penoh jumpee
teman yeer... ramah bebenoor mike niiiee... seghonok teman) dan azemi (UUIKKS??
Quantity surveyor??)..AAIIK?? Macam mana first time tengok saya, azemi dan alwalid
daahh kenal saya? UUIKKSS!!! Musykil... Musykil... Nice to meet you all.

2nd p/s: As usual, abang-abang facinyeeerr yang lebeeyy-lebeeyy.... HAHAHAAH!!!
Beess... Beess...


Owl ada gaya seorang programmer berwibawa.hehehe..pasai tu teman kenai..teman bukan kerja surveyor lah..teman kerja hari & researcher saja..selalu tersilap panggil owl, padahal dah tau nama sebenar mike..sahabat-sahabat semua memang sporting masa jadi faci..owl, scenario, alwalid, sirat, umar, haslan, mohamad, khalifah, geng2 unikl dan tuan rumah huzai, anda memang best..semoga jalinan ukhwah terus mekar..

Owl tak habis-habis dengan tak faham dia.hehe..teman pun tak faham..lagi-lagi cerita 'budak yang nakal dalam kelas tu'..tiba-tiba saja habis.. :lucu:

group 1 - buat rumah dan fun fair,hehe
group 2 - jet sukhoi generasi baru dan senjata2 perang.hehe
group 3 - maahad tahfiz ala penjara guantanamo
group 4 - sampan atau perahu??hehe..ada ekzos..

Masa lakonan,macam mana lah group teman boleh lupa skrip..adus, kaco betul..tiba-tiba saja askar mati.. :lol:

Ana first time join JK..maafla memang blur masa awalnya..tapi dengan pengalaman sahabat-sahabat lain, alhamdulillah program berjalan lancar..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 09:43


ni gambar bagi kaum muslimin pula......kami bgambar da mlm da....happy adik2 tu eh






jika ada sumur diladang
boleh kami menunpang mandi
kalau ada umur yang panjang
esok lusa kami jenguk lagi..hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 10:12


Fuh umar posing bukan main lagi.ehehe..Owl macam nak buka kuda2 saja..scenario siap diurut2 lagi oleh sorng adik tu..adik2 inilah bakal pewaris dan penerus perjuangan agama yang suci..alhamdulillah, sejak kecil lagi mendpat tarbiyah yang baik, sebagai bekal menghadapi cabaran zaman yang hebat..insyaAllah, kita doakan adik2 kita menjadi pejuang-pejuang yang bersemangat waja, lebih bsemangat dr diri kita (saya) yang dhoif ini..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-09-08 13:26


Salam..tahniah buat semua yang terlibat...teruskan usaha kalian..saya tak dapat nak join sebab hari yang sama ofis buat program dengan masjid al-hidayah, sentul untuk program muafakat ramadhan.. :-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 17:49


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan kepada semua...

Alhamdulillah.... berjaya juga akhirnya JK Ramadhan 08 ini... :-)

ada beberapa "perkara yang ana tak boleh nak lupa.

1) dapat balasan mesej daripada seorang sahabat tu. begini bunyi mesejnya..
U Go straight Don't Belok2
memang 'kecewa' jugalah bila dapat mesej begitu. ana tanya baik-baik... dia balas begitu pulak. (mencabar pahala puasa ana saja... :-) ).

2)dapat jumpa dengan beberapa orang yang baru pertama kali berjumpa.
- antaranya...akhi alwalid...akhi azemi...dan akhi huzai.

3)telatah adik2 disana, memang tidak kering gusi dibuatnya... kami (warga ukhwah) bukan penat sebab buat kerja...tapi...penat sebab menahan gelak

*tahniah pada Team Penggerak JK Ramadhan 08.... insyaALLAH... mendapat ganjaran yang setimpal...

*haa... syukran pada ukhti siti shairah, sebab ana konvoi dengannya untuk kesana. kalau tak, susah juga nak carik tempat itu....

eerrmm...itu saja agaknya.

posting lepas ini, ana cuba sertakan antara aktiviti2 yang kami lakukan bersama adik2 disana. insyaALLAH....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 18:25


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan disana

1)Sesi Breafing (pembuka majlis). Dimulakan oleh saudara Owl_UM. kemudian majlis diserahkan pada ustaz disana. sesi penerangan berkenaan dengan tempat disana.

2)solat asar secara berjemaah ruang legar kediaman adik-adik muslimat.

Aktiviti games pertama bermula

1) Games melihat kreativiti adik-adik
- adik-adik muslimin dibahagikan kepada 4 kumpulan. setiap satu kumpulan mengandungi lebih kurang 7-8 orang. Setiap kumpulan akan diletakkan 2 Fasi muslimin(ukhwah.com) untuk lebih mendekati adik-adik.
- Setiap kumpulan dibekalkan dengan straw dan lidi satay. Adik-adik diarahkan untuk menggunakan semua alatan yang diberikan untuk 'buat apa sahaja yang boleh dibuat dengan benda itu.
-masa yang diberikan adalah 20minit + 10minit (masa kecederaan) :sopan:

setelah masa tamat
kumpulan 1 : sampan yang ada ekszos, berbumbung dan mempunyai keunikan tersendiri. :-). dibahagian hadapan sampan, ada 'benda' yang menjadi penghalang daripada aor memasuki sampan.

kumpulan 2 : Buat 'maahad tahfiz yang berpagar tinggi lagi tajam. :-) . sebuah banggunan ditengah, dikelilingi dengan 3buah pagar tinggi dan tajam. disertai dengan pintu gerbang yang besar...tapi tak boleh berdiri dengan sendiri. kena sandar pada banggunan.

kumpulan 3 : Buat alatan untuk peperangan. Antaranya... Kapal Terbang tempur. Lori pelancar roket, Kapal penyelamat mangsa kapal terbang terhempas :sopan: , satu lagi...errmm...kalau tak salah, kapal terbang penumpang agaknya.

kumpulan 4 : buat sebuah banggunan, satu tempat 'garu badan' yang macam tangan tu. :sopan: , dan juga tempat 'fun fair' (kalau tak salah).

Fasi-fasi yang banyak jasanya.. :sopan:

kumpulan 1 : akhi huzai sahaja agaknya... (tak dapat dipastikan)

kumpulan 2 : akhi alwalid dan akhi mohamad

kumpulan 3 : akhi sirat_82 dan akhi azemi

kumpulan 4 : akhi umar_khalil dah akhi scenario

Pengacara : akhi Owl-UM

Penonton : Akhi Zulmi (baru tiba waktu tu.. :-) )


Aktiviti kedua bermula

kumpulan masih seperti tadi. cuma kali ini... tidak memerlukan apa-apa alatan. yang penting...kena yakin + berani + fokus :sopan:

Setiap kumpulan diminta untuk membuat satu persembahan. Antara persembahan yang boleh dilakukan... Nasyid, Lakonan, Pentomen... sajak ke.. lagu semangat ke... apa-apa saja lah..

akhirnya.... semua memilih untuk berlakon... :sopan:

Kumpulan 1 : Buat berkenaan situasi 'jepun' menjajah tanah melayu. :sopan: . untuk pengtahuan semua... bagus adik2 ini berlakon. tetapi... agak susah untuk memahami jalan cerita adik2 ini. kasihan kat abang2 ukhwah yang cuba untuk memahami jalan cerita kumpulan 1 ini. (kumpulan akhi Huzai...agaknya lah... )

Kumpulan 2 : Membuat lakonan berkenaan situasi peprangan antara penjajah dengan pahlawan2 tanah melayu suatu ketika dahulu. memang tak boleh nak tahan ketawa :-). Yang pahlawan2 melayu semangat...tiba-tiba... penjajah pula tak nak masuk bertempur... :sopan: (kumpulan akhi sirat_82 dan akhi azemi)

kumpulan 3 : Melakonkan kisah 'budak nakal' dialam persekolahan. walaupun agak lambat jalan ceritanya...tapi...kira ok lah... (masa diskuss...tak buat betul-betul..ha...kan dah.... ). budak nakal yang tak berapa nak nakal.... mungkin sebab...dah mmang budak baik agaknya.. :sopan: (kumpulan akhi alwalid dan akhi mohamad).

kumpulan 4 : errmm.. ana terlupa sungguh, kumpulan akhi umar_khalil dan akhi scenario , buat lakonan apa ye?. ada sesiapa tahu... maaf...:-)


semua aktiviti habis lebih kurang jam 6.30petang. adik2 brgrak ke kediaman masing-masing, manakala abang2 fasinya...dok rehat kat taman berhadapan dengan rumah itu.

waktu berbuka... Alhamdulillah... sedap bangat, banyak sungguh makanannya. mencurah-curah rzeki.

selesai berbuka....selesai solat maghrib...kira-kira jam 8 lebih, semua warga ukhwah.com , bersiap-siap untuk pulang....

sekian sahaja, laporan dari ana... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 18:35


ok lah.kami muslimat lain sikit....
aktiviti pertama sama juga pertandingan mencipta replika straw dan lidi....

aktiviti kedua....meneka perkataan bersama ss......time ni yang kecoh siket....sebab banyak sangat talian hayat :kelip:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 21:26


salam alaik..
salam ramadhan kareem..

Sama-sama lafazkan..rafakkan selawat ke
atas nabi junjungn kita.. nabi Muhammad s.a.w,
juga para sahabat. Tak lupa, kalungn munajat buat ummi..
abi.. abang..kakak.. adik nun di kampung..
( alamak windduu kg ni..hehe..) juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan dan akhiran khususan umat Muhammad
seantero dunia.. semoga kita senantiasa dalam hidayahNYa..
dalam limpahan rezeki dan nikmatNYa..amin..

Alhamdulillah, puji-pujiian kepada ALLAh,
kita masih lagi bertemu dalam alam maya dan akhirnya..
kita jumpa di Al Khadeem.
pelbgai kisah ceritere sahabat dah posting ye..ehhe..
ana baru berkesempatan nak menaip ni.

awalan..syurkron jiddan ila huzai dan kesemua
penghuni Al Khadeem kerna sudi terima kami
sebagai tetamu ke sana..
assani.. syukron jiddan pada semua sahabat
UC-ukhwah.com yang banyak membantu.. ila kak nur_kamar.umar.sadiqah.owl.
dan semua yang tak dapat ana sebutkan dalam ni..

kita hanya merancang.. ALlah jua yang mentakdirkan segalanya.. ana tak mampu untuk menjangkau percaturanNya.
kalau ikutkn.. tak sampai half an hour pun
serdang ke cheras tu.. tapi, dek kesesatan yang
entah ke mana-mana driver tu bawa
( driver known as ss ) akhirnya..
dibawa ke jalan yang benar oleh huzai..

ana list down nama sahabat yang dapat hadir.

muslimin.
owl_um.mohamad.sirat82.umar_khalil.haslan.alwalid.
azemi.scenario.zulmi. 3 sahabat umar.khalifah..huzai

muslimat.
ss+ 1 sahabat.dueramiela.fathiha + 8 shbtnye,awan_biru85.saidatul_aisyah.
serikandi_khaulah+1 sahabat.syahidatul.sadiqah.
rumaishaa+izzah.2 sahabat umar_khalil.


jumlahnye.. tambahlaa ye..hihii..

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.
maaf atas keBluran modul.. ada asbab disebaliknye.
tapi.. tahniah pada yang handle bhg adik-adik laki..
as usual.. ss tau semua memang pakar cipta
modul on the spot..ehehe..
teringat kem di MANS.. on the spot cipta modul..hihii.

apa nak dikato lagi ye. kondisi ss kurang sihat lagi..
pagi ni mengMCkan diri lagi..ehehe..
ishh.. pekerja yang bagus..

untuk adik2 muslimat.. diceritakan oleh shye dll.
just buat halaqoh besar.. taaruf seorang-seorang adik tu..
next ummi kongsi cerita.. bilamana ana dan sahabat lain sampai. kami solat asar jemaah dengan ummi.. next baru mula aktiviti..
yang 1st. buat group kecik. kakak + adik sesi taaruf..

then main game teka teki..ehehe.. ambui team saidatina aisyah.. kakaknye lebih sikit.. hehe.. macam-macam kerenah..
senyum melihat telatah adiks ni..

next.. game rekacipta. yang unik..
designer spec mata tu.. wah.. besttt good idea..hehehe..
jam dah hampir 6.45..kami stop.. persiapan untuk iftar..
azan mghrb.. iftar bersama kuiih..
next..mghrib berjemaah.. then.. makan nasi..

last.. jm8++ kami bersurai.. ana.halimah.
wani & husna ke bangi.. dan sahabat lain ke destinasi masing-masing..

terima kasih pada semua yang terlibat dalam jK ramadhan (1) ni.. moga Allah jua yang dapat bls jasa antum..
insyaallah..jumpa di next JK..
versi JK ramadhan (2) ahad 21 sept.

haa.. pada yang tak dapat pergi versi awal..
mai lah jangan malu-malu ke versi jk rmdhn (2).
sekian dulu laporan yang simple a.k.a. simple_shida
:-D


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-09-08 21:32


!!! QUOTE !!!


p/s: sian kak shida...sesat semalam.....tak semudah shida lah gamaknyer huhuhuhuhu jangan marah kak shida...pose2



ambui..alwalid..sian saja..ehehe..
syukran huzai tunjukkan jalan..ehehe.waduh..
kok sesat di bulatan kg pndan tu.
entah mana lah jalan ss masuk..
sebelum ni memang biasa lalu cheras..maluri tu..
p JJ.. p IPB.. tapi, bilamana jalan dah lain. jadi pelik sikit ar..
sian pada halimah sahabat ana ni. memang ana tawaf sungguh..


!!! QUOTE !!!


to ss.. small matter saja tu.. selepas ini kak nak cadang pergi rumah anak2 AIDS ok tak? kalau ok akak boleh try arrangekan. area sini2 juga



kak..syukran banyak sangat.. tak mampu nak balas.. mujur kak ada. nak tunggu si umar tu.. entah mana lah pergi abe tu..
sahabat dok mesej.. tak reply pun.. apa kess ni umar??
ni yang nak angriii ini!!! ehehe.. jawab.. bagi penjelasan...

!!! QUOTE !!!


sebnornye semalam ada perancangan nak ke sana selepas menyelesaikan segala isu di Bangi, maklumlah kelas tak ada semalam. Jadi teman pun terus memandu ke Cheras,
sebab dulu sebelum teman masuk UPM teman belajar kat Kolej Yayasan Mara Cheras, Taman Shemelin Perkasa.
Jadi teman ikut sana, dah jumpa Stesen Pandan Indah kemudian Pandan Jaya dan Masjid Shafie pun dah jumpa,
cuma lokasi rumah anak yatim berkenaan tak dijumpai.
Teman tak mahu call orang ukhwah, sebab pengalaman lepas, teman menyusahkan orang ukhwah sehingge Program bersama-sama anak2 yatim di Melaka musnah,
jadi teman terus balik ke Bangi semule......

Maap tak dapat hadir, teman dah beritahu shida dah.



ish..lah.. kenapa daeng tak bagitahu ana.. au sesiapa?
dah dekat sangat tu.. eee..ana paling geram.. paling sedih bilamana
kalau ada sahabat yang memang dah hajat nak pergi..
tapi..kalau dek alasan yang tidak boleh nak terima pakai..
rugii yang amat tak terkata.
erm.. susah betul kalau kes begini. tak perlu lah fikir begitu..
kita kan seUkhwah.. so.. ramai sahabat yang boleh bantu..

!!! QUOTE !!!


erm, shida ni mesti macam ni, teman bagi mesej mesti tak lebih dari 2 mesej sejak dulu. bila nak sembang sikit, ada saja masalah.... tak pelah



ups.. maaf..sebelum tu ana sedang drive ke bangi.. sampai sesat..adoii.. sabar saja.. pelik pun ada, tak jumpa signboard bangi..ehehe..tawaf ke kajang.. last baru jumpa..

masa daeng sms.. ana otw ke gombak pula.. ana dah tired..
jadi, ana bls ikut kadar yang mampu lah..bateri hp pun dah
tahap king kOng.. jadi.. itu lah alasan yang boleh ss bagi..
erm. agaknya nak bagi penjelasan etc.. boleh lah via email.
nak pnjng 2 3 pages pun ss tak kisah.. eheehe..

!!! QUOTE !!!


p/s: Sorry kak shida, kutuk-kutuk selalu,
raya nanti teman minta maap lah ye.....



oooo.. dok berkaTA-kata ye pasal ss.. tak apa..
ubatnye nak angpau raya..yeahhh..;)

:-D :-D ;-)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

sadiqah

Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-09-08 07:53


,turn ana pula nak posting..hehe :-)
seawal 12.30 dah keluar rumah sebab nak beli barang sikit untuk modul jk, awatla tak perasan mesej yang ss bagi..adus, agaknya kesibukan "yang dibuat2", banyak perkara yang terlepas pandang.

1st time terlajak destinasi.. :cry: almaklum, diriku bukan kelahiran KUALA LUMPUR. patutnya kat stesen chan sow lin kena turun dan naik train menghala ke ampang, tapi agaknya fikiran dah melayang ke kampung halaman, terlajak sampai ke stesen Bandar Tasik Selatan..sebelum tu asyik sembang dengan seorang adik, tanya ana nak kemana..ana bagitaulah nak pergi pandan jaya, ingatkan dia perasan ana dah terlajak, rupa-rupanya dia pun bukan orang KL dan tak berapa tahu pasal perjalanan train.huhu.lah patutlah buat selamba saja.. :sopan: terpaksa patah balik ke stesen chan sow lin.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di lokasi pandan jaya..cuba hubungi umar, tak angkat..maxis & Celcom no respon, apa kes ni umar :-( . akhirnya, dengan penuh kepasrahan :roll: , duduk kat stesen bus seorang-seorang..tak tahu tunggu siapa..tak lama kemudian, sebuah kereta proton satria baja hitam (hehehe, gampak tuu) singgah betul-betul depan ana..ku intai2..lah, kak nurkamar rupanya. Alhamdulillah..sementara menanti kehadiran seorang lagi sahabat (tak ingat nama)..sembang dengan kak nur..wah, boleh tahan jugak akak ni, memang sempoi :-D. Thanks sis..jasamu akan kukenang.

tiba agak lewat, dalam pukul 4 lebih, yang lain dah hampir selesai solat asar..usai solat, ku salami sahabat disebelah..sesi taaruf scara tak langsung berlaku di situ..lah, awanbiru85 rupanya, alhamdulillah, bertemu juga akhirnya.

aktiviti pun dijalankan dengan di ketuai SS..sian sahabatku ni, walaupun keadaan kesihatan tak terlalu mengizinkan, namun keceriaan dan kesungguhan tetap terpamer, dan ditambah lagi dengan kakak2 yang over.hehe..

buat pertama kalinya dapat bertemu dengan ukhwah junior..Ainul Izzah, so cute like ummi & abi. :sopan:

dan thanks to sitishairah sebab sudi tumpangkan akak, patutnya malam tu balik dengan someone 8-) tapi tak mengapalah, next time ye.

sekian dari ana.. :bunga:


-----------------
hIdUP mEsTi TeRuS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-09-08 08:51


ada sedikit gambar dan video semasa majlis itu...maaf ada suara latar yang tak berkenaan...hehehehe(muslimin punya ni...)

tapi apa-apa pun anda memang the best...terhibur dan terisi ruang masa...

terimalah dari saya....(cewahhh macam bernyanyi pula....)

sapa nak downloadla ye...
http://www.ziddu.com/download/2170363/ukhwahjkramadhan.rar.html
(gambar dan video part muslimin) :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 02:38


jawab yang ni dulu!

by kak nurkamar (kak kamar?hehehe ada cerita yang panggil akak begitu..)

!!! QUOTE !!!

untuk huzai... kak nak pinjam seorang dua untuk raya boleh?tapi nak yang paling kecikkkkk sekali (ambil 'baby 51 hari' tu kang.. ada ummi dengan abi dia yang menangis kang. :P ).


baby 51 hari tu tak dapat diberi..bukan sebab fama nya akan menangis, tapi, sedara-mara yang lain ramai yang menanti di teratak merlong,rengit. Kan marah pulak kat kami di hari raya yang mulia.. :-D

:bunga: arakian, kami dapat jua menjejak kaki ke al-khadeem berpandukan peta yang cantik tu. Alhamdulillah, tak sesat seperti sahabat2 yang lain, cuma tak sure jalan ke taman perumahan saja. sebelum ni hanya ulang-alik di jalan utama saja :)

walaupun datang hanya tunjuk muka, meramaikan majlis..atau lebih tepat nak tunjuk anak agaknya.. (sebab ada yang sampai sedih tanya bila dapat jumpa Izzah ni, siapa ek sahabatku itu? ).. tapi, niat kami tetap nak datang jugak! Lagipun dah dekat sangat.. nntkan iftar2 lain, takut tak kesampaian. Bukan senang dapat berjumpa dengan sahabat2 ukhwah ni. seronok dan bertambah kasih sayang sebenarnya.

So far, tengok adik-adik kat al-khadeem baik-baik. dan pandai bawa diri. terutama time nak susun makanan untuk iftar. tau saja bagaimana nak buat. akak-akak pulak kena tanya caranya. Cepat dan cekap mereka urus masa.

saya snap jugak gambar kat dapur walaupun kena sound dek umi dan akak dr indonesia (ampun-tak sempat nak taaruf, tak tau nama)..sebab suka tengok berkodi-kodi barangan keperluan adik-adik. Murahnya rezeki walaupun nampak tak kemas.

tak boleh nak cerita banyak, sebab masa bersama memang pendek. sampai pun dah 6 lebih. hanya dapat tinjau-tinjau saja. lepas iftar dan solat, semua pun dah beransur pulang. Asalnya, ada plan nak raikan hari jadi adik-adik pada bulan September..tu pasal bawa kek, tapi mungkin masa tak sesuai. dan memang tak sesuai sebab selepas maghrib nak prepare isyak dan terawih pulak!
kempunan bagi mereka yang nak telan kek.. :-D

anyway..kami seronok ke sana. Izzah pun suka sangat..kalau tak takkan dia gumbira melayan achik-achik aka akak-akak di sana. Balik rumah, dia tidur mati mungkin sebab keletihan meronda alam!

semoga dapat jumpa lagi..insyaALLAH.. :kelip:


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 09:53


1) dapat balasan mesej daripada seorang sahabat tu. begini bunyi mesejnya..
U Go straight Don't Belok2


heheheheh.....jangan lah marah syeikh,,,,,,ana ni kan suka menyakat manusia..hhheehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-09-08 00:42


Pada 16-09-08 07:53 , sadiqah posting:

!!! QUOTE !!!

,

tiba agak lewat, dalam pukul 4 lebih, yang lain dah hampir selesai solat asar..usai solat, ku salami sahabat disebelah..sesi taaruf scara tak langsung berlaku di situ..lah, awanbiru85 rupanya, alhamdulillah, bertemu juga akhirnya.


akak tu lah jodoh namanya, sebelum ni kenal dalam sms dan alam maya saja....tup-tup orang yang di cari ada kat sebelah saja....masa sampai dok quusha mana lah akak sadiqah ni...hihi :sopan:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, limah, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengumuman Aktiviti
    »» -JK Ramadhan 08

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.337538 saat. Lajunya....