Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-11-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
sadiqah: 57 hari yang lalu
owl_UM: 60 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pengajaran Matematik & Sains dalam BI dibantah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pengajaran Matematik & Sains dalam BI dibantah

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Pengajaran Matematik & Sains dalam BI dibantah

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-11-06 09:51


Saya fikirlah kita ikut cara lama, yakni kuasai English masa di U, sebab kalau pelajar melayu dapat result rendah dalam sains serta matematik di peringkat SPM sebab tak mahir English, maka peluang pelajar melayu nak ke U tiada. jadi bila pelajar melayu di U, dia akan usaha lebih sikit mahirkan bahasa English. cara lama lebih baik sebelum cara sekarang ni. bukan apa kasihan anak petani di kampung yang mak ayah mereka tak pandai bahasa english. lainlah di U nanti sebab di saya banyak kemudahan nak mahirkan English.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-11-06 10:03


Saya fikir masa kecil baik penuhkan masa belajar, mengaji al quran, bahasa Arab, Hadis sahih yang ada 9000++ tu. adab, akhlak, tauhid, English ini kita mahirkan di U nanti, masa kecil ni baik kita mahirkan bahasa arab sebab nak faham isi kandungan Al Quran, kalau tidak gejala sosial akan bertambah. saya rasa mereka yang tahu English tetapi tak tahu mengaji al quran akan rasa malu bila tahu yang mereka tak tahu mengaji al Quran. pada saya english ni tak sukar mana, masuk saja U ,insyaAllah boleh kuasai English. Kaedah bahasa English dengan Bahasa arab tak banyak bezanya. biasanya jika tahu Bahasa Arab tak sukar nak tahu English, tu pengalaman sayalah.cuma bahasa arab lebih lengkap. kalau english ada present tense, past tense, future tense, maka bahasa arab ada fi'lun madhi, fi'lun mudhori'. harfu jar, serta banyak lagi. sebenarnya kedua bahasa ni tak sukar mana jika Allah beri petunjuk serta dapat bimbingan guru yang baik. Cuma saya fikir waktu kanak-kanak perlu banyakkan belajar al quran, Al hadis, adab, akhlak, Tauhid, sirah, nahu sorah, usul fiqh serta pelbagai lagi. sebab ilmu ini yang nak dibawa ke alam barzarkh, bukannya nak speaking English dengan mungkar nangkir. saya Alhamdulillah tahu Arab serta English. hasil didikan mak abah, guru-guru yang baik. sebenarnya masa saya sekolah rendah, bukannya pandai mana English ini, cuma masa belajar di Falahiah serta KIK, baru dapat kuasai Arab serta English.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 19:43


:-)
Saya tabik anda, Saifuddin

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 20:47


banyak perkara yang kita hanya mampu melihat..
tetapi tafsiran yang kita buat adakalanya tak tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku...

meletakkan diri kita di tempat pelajar dan guru-guru akan membantu kita memahami senario sebenar yang berlaku sekarang...

wallua'lam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 22:23


sistem pendidikan sekarang dah macam kelam kabut..sentiasa berubah2..
tiada perancangan yang teliti & tiada perlaksanaan yang mantap..semua org pun jadi keliru...

pendapat akh saifudin ada jugak kebenarannye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 00:31


Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dot, dot, dot..

Harakahdaily
Mon | Nov 20, 06 | 04:56:14 PM
Oleh Azhar Salowi

Assalamualaikum
Saya ingin mengutarakan pendapat peribadi saya sendiri tentang isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Perkara ini mungkin belum pernah lagi disentuh oleh media atau pun pihak yang membangkang isu penggunaan bahasa inggeris di dalam pembelajaran matapelajaran tersebut.

Kita lihat pada sejarah purba. Temadun-temadun purba seperti temadun Mesir, temadun Greek, temadun Mayan di Amerika Selatan dianggap satu temadun atau bangsa yang termaju pada zaman mereka. Saya bukanlah ahli bahasa tetapi dari pengetahuan sejarah, didapati bangsa-bangsa ini mempunyai sistem bahasa yang maju.

Hasil tulisan yang terdapat pada piramid-piramid Mesir masih lagi menjadi bahan kajian ahli sejarah tentang temadun Mesir. Secara langsung atau pun tidak, bahasa dikaitkan dengan kemajuan temadun purba tersebut. Perkara ini juga terbukti di zaman moden ini.

Bangsa-bangsa yang dianggap maju, mempunyai bahasa mereka sendiri yang telah maju. Kita perhatikan bangsa Jepun, bangsa Cina, bangsa Eropah (Jerman, Perancis dan Itali) dan termasuk juga bangsa Ingerris sendiri. Pihak kerajaan tidak silap untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di dalam matapelajaran sains dan matematik.

Isu untuk memahirkan orang Malaysia berbahasa Inggeris khasnya bangsa Melayu (yang ramai tidak mahir berbahasa Inggeris ) bukanlah matlamat dalam proses pembelajaran tersebut. Pihak kerajaan sebenarnya secara tidak langsung mengiktirafkan bahawa bahasa bangsa Inggeris sebagai bahasa yang maju.

Ini kerana banyak istilah-istilah sains dan matematik datangnya dari bahasa tersebut walaupun sebenarnya istilah tersebut datangnya dari istilah Greek atau Latin. Jika proses pembelajaran tersebut berlangsung untuk tempoh yang lama, kejayaaan boleh dicapai oleh pelajar-pelajar kita di dalam mendapatkan ilmu sains dan matematik.

Bagi saya, ini bukanlah isunya. Insyaallah, kejayaan akan tercapai jika pelajar kita sabar dan cuba memahami apa yang dipelajari. Isu yang patut kita ketengahkan di sini adalah matlamat mencapai bangsa maju atau negara maju pada tahun 2020. Seperti yang kita tahu dari sejarah, sesebuah bangsa boleh maju apabila bahasanya maju.

Jadi persoalannya di sini, adakah bangsa Malaysia khasnya bangsa Melayu akan maju sekiranya bahasanya sendiri dipinggirkan ? Negara kita telah merdeka hampir 50 tahun. Selama itu bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan.

Jikalau umur 50 tahun itu dibandingkan dengan seorang manusia, tiada seorang pun yang dapat mengatakan manusia tersebut maju. Ini kerana bahasanya sendiri masih pada tahap budak berumur 2 tahun. Kita perhatikan sahaja ahli-ahli politik berucap. Berapa ramaikah di antara mereka menggunakan seratus peratus bahasa Melayu? Ini adalah ahli-ahli politik yang berbangsa Melayu, bagi kaum yang lain pula tidak hairan lagi kalau mereka menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak semasa berucap.

Mereka yang berpendapat kita (pelajar) cepat mengalah apabila diajar dalam bahasa lain kerana tidak mahir dalam bahasa tersebut sepatutnya berfikir dua kali. Kementerian Pendidikan Malaysia yang sepatutnya dipihak yang mengaku kalah di dalam isu ini kerana menganggap bahasa Melayu tidak patut digunakan untuk mengajar subjek sains dan matematik. Apakah fungsi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka?

Istilah-istilah sains yang baru harus dicipta atau diambil dari bahasa lain seperti yang dilakukan oleh bangsa Inggeris terhadap bahasa mereka. Orang Inggeris sendiri tidak mengajar bangsanya dengan bahasa lain. Tetapi menceduk dan menukar istilah bahasa lain ke dalam bahasa Inggeris.

Proses memajukan bahasa mereka mengambil masa berabad lamanya, selari dengan bangsa mereka. Berapa banyakkah karya ilmuan Arab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Bukan bangsa Inggeris sahaja melakukan perkara yang sama, bahkan bangsa Perancis dan Jepun juga. Kita sepatutnya meniru langkah ini.

Saya harap pejuang-pejuang bahasa Melayu tidak menyerah kalah walaupun kerajaan tetap akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam subjek sains dan matematik.

Bahasa Jiwa Bangsa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-11-06 15:57


Kita bukan tidak sokong penggunaan English dalam pengajaran sains dan matematik, cuma janganlah di usia awal kanak-kanak, biarlah kanak-kanak faham konsep sains dan matematik di usia kanak-kanak dikuasai dalam bahasa melayu campur sikit sikit English(bagi istilah sains yang bunyi english seperti fotosintesis dll) bila pelajar dah faham konsep sains, dan matematik, mereka akan secara berterusan akan belajar sains dan matematik ikut English bila mereka diusia 17 hingga 18 tahun, yakni di matrikulasi atau diploma atau sijil. masa tu mereka ada banyak pendedahan kepada English. sebab saya berkata demikian, saya lihat pelajar kampung anak petani kurang didedahkan dengan English di usia kanak-kanak sebab, mak ayah cakap melayu. lainlah anak doktor, engineer di bandar yang selalu speaking sejak kecil, biarlah kita ajar adab serta akhlak ikut bahasa arab serta melayu di usia kanak-kanak. kita tahu bahasa melayu banyak ambil kalimah dari bahasa arab, sehingga perkataan "dan" itu sendiri adalah bahasa arab asalnya sila rujuk ayat al Quran, bila saya rujuk terjemahan "dan" ya'ni huruf dal, alif nun maknanya perkara yang berdekatan atau hampir. seperti ayat begini, "saya dan abah saya", maknanya saya dengan abah saya ada perhubungan yang dekat. Perkataan melayu yang di ambil dari bahasa arab, seperti perkataan Abah, kalau bahasa arab kita sebut Ya Abati, maknanya wahai Ayah saya, ta marbutoh, bila kita nak sebut kita hilangkan pronoun baris di akhir kalimah, maka kita sebut Abah. Huruf Ta ada dua jenis satu Ta marbutoh, satu lagi Ta maftuhah.

saya sendiri tesis akhir tahun Ijazah, ditulis dalam English. saya duduk di England dua tahun. saya ingatlah kita guna english ni sampai 55 tahun saja, bila kita dah tak berkhidmat, bersara katakan kita masa tu perlu sibuk belajar tafsir al Quran serta Hadis sebab nak mengadap Allah di alam akhirat. sayanglah kau kita masa usia 56, atau 60 tahun tak tahu bahasa arab, lagi sedih kalau masa tu kita tak pandai baca al Quran dengan tartil. Imam al Ghazali di akhir usianya banyak hafaz hadis sahih dalam bahasa Arab, kita ni kalau hafaz biasanya hafaz dalam bahasa melayu saja. sikit-sikit adalah dalam bahasa arab. seperti hadis ni " At Taibu minal zanbi kama lah zanbalahu" , anda tahu makna terjemahannya. dalam kalimah zanbi tu ada hukum iklab, pronoun dia bunyi begini zambi. ada yang tahu makna hadis ni. kalau nak tahu rujuk dalam buku Maza ya'ni intima'i lil Islam. atau nanti saya beri tahu.

Saya amat respect Ustaz yang tahu baca kitab syarah hadis dalam Bahasa Arab, Kita juga tahu al Qur'anun Arabiyin. jadi kita harap supaya nanti suatu masa ramai rakyat negara ni boleh faham al Quran serta al Hadis.

dalam pengajian tasrif ,nahu serta sorof bahasa Arab, kalimah seperti:
jama'- plural
musanna, - untuk dua orang
ismu tafdil- superlative
jama' muzakkar salim- plural
jama'muannas salim- plural
dhomair 14- gantinama 14
jama' taksir.- plural
fathah,- baris atas
dhommah- baris di depan
kasrah,- baris di bawah
harfu jar- sendi nama seperti di, atas, bawah
fi'lun bina majhul- perbuatan,verb bagi ayat pasif seperti kalimah "dibina"
fi'lun mudhori'- perbuatan SEMASA PRESENT, ATAU AKAN DATANG, FUTURE
fi'lun madhi-past, dah lepas seperti semalam
fi'lun ammar- perbuatan menyuruh,perintah. yang ni English tak ada.
mufradat- kalimah, vocabulary
ismun- nama,noun
nothing'il- perbuatan,verb
ismun nothing'il-nama pembuat- yang ni english tak ada
masdar-kata terbitan
maf'ulumbih-benda yang kena buat, seperti bola yang kena tendang oleh pelajar,
serta banyak lagi
saya masih belajar, cuma untuk guru nya sukar nak jumpa.
sebenarnya sesiapa ada tulisan arab boleh buka kelas bahasa Arab dalam ukhwah ni terutama Ustaz atau Ustazah pengajian bahasa Arab atau Syariah.

itulah serta sedikit bab bahasa Arab, yang penting cari guru yang baik serta rajin berusaha, insyaAllah kita berjaya.
[ Telah diedit oleh: Saifuddin pada 22-11-06 16:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-11-06 16:23


saya kasihan anak saudara saya dia ni anak petani, suatu masa tu saya suruh dia baca buku, lalu dia baca buku sains, dalam english buku teks tersebut, dia tengok saja buku tu, dia tak faham. dalam buku tu ada cerita konsep sains bagaimana kapal selam, submarine itu berfungsi, bagaimana kapal selam boleh terapung di atas permukaan air, bagaimana kapal selam itu boleh menyelam di air, ada teori fizik bab ketumpatan, density. jikalah terus begitu maka guru di tingkatan 1 perlu bekerja keras mengajar sains dan english serentak dalam satu masa, jika guru tak berkerja kuat, kemungkinan pelajar akan ketinggalan, hari semalam ada kenyatan di televisyen mempersoalkan keberkesanan guru mengajar sains dalam english.

Saya lalu menerangkan satu persatu makna perkataan seperti submarine, densiti, water, contain, serta banyak lagi vocabulary yang perlu diketahui oleh anak saudara saya. saya suruh dia beli kamus. tengok kamus satu persatu perkataan yang dia tak tahu. saya lihat minat pelajar akan berkurangan bila dia tak faham apa yang dia baca in English. nak tahu bagaimana saya jawab soalan english masa darjah tiga, saya tak baca pun saya main tanda saja, sama ada A,A,C, atau D, bila result keluar saya dapat 29/100. . habis masa tu saya nak belajar dengan siapa, guru mengajar tak berkesan masa di di sekolah di Chenor Pahang. saya sekolah rendah di Chenor, Maran. Bila Menengah saya Sekolah Arab Falahiah Pasir Pekan, Tumpat. berkat usaha Allahyarham Cikgu Hj Ishak saya mula faham grammar. sejak tu saya mula minat English, result SRP saya jadi pelajar terbaik sekolah bersama dua pelajar lagi. sejak tu saya sudah mula rajin tengok kamus.

Alhamdulillah saya dapat belajar dengan Allahyarham Cikgu Hj Ishak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

cahayakuiman
WARGA SETIA
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23268
Posting: 832

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-11-06 16:50


isu pembelajaran dalam BI ini sebnarnya adalah masalah bangsa kita,lebih menyedihkan adalah kanak-kanak pada umr rendah dan diluar bandar mereka menjadi mangsa keadaan,ana bukanlah menolak niat untuk memahirkan anak bangsa kita dalam bahasa inggeris,tetapi masalah yang lain pula timbul,..ana juga kasihn pada ibu bapa yang kurang berkemampuan tidak mampu mghantar anak2 tuisyen bagi memahirkn anak mereka didalm BI,maslah yang timbul ialah pelajr perlu menguasai 2 bebanan masalah dalam 1 masa,maslh untuk memahami subjek dan memahami makna BI,...terdapat kawan-kawan ana yang mengsyorkan adalhlebih baik diadakan kelas tamabahn BI yang khas untuk memahirkan pelajar dalam BI,di dalam kelas itu mereka dijar untuk bercakap,memahami,dll...agar ia nya tidak menggangu pemahaman pelajar....niat suci untuk melihat anak bangsa kita mahir BI adalah sangat terpuji dan ana amat mnyokongnya,tetapi dr segi yang lain ianya amat mnyedihkan....


p/s yang memahami..dan cuba menghayati perasaan anak2 bangsa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayakuimanProfil   Hantar PM kepada cahayakuiman   Pergi ke cahayakuiman's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 19:25


Melayu perkasa jika boleh kuasai lebih dari satu bahasa

Fri | Nov 24, 06 | 04:39:47 PM
Oleh Shaiful Bahri Saidin


Isu Bahasa Inggeris (BI) sebenarnya bukannya perkara baru di negara kita. Cuma yang membezakannya ialah kaitan isu BI dengan suasana politik dan sosial semasa.

Jika di zaman sebelum merdeka isu BI ini lebih menjurus kepada pegangan akidah dan sentimen agama kerana kita pada masa itu masih dibelenggu kuasa penjajah British. Sehinggakan ada pihak yang mengeluarkan fatwa sesiapa yang belajar di sekolah aliran BI adalah kafir dan bukan Melayu lagi.

Bahasa Melayu dan orang Melayu amat kuat pautannya antara satu sama lain. Sudah tentu ada kebaikan dan keburukannya. Baiknya bahasa kerana ianya menunjukkan kekuatan jati diri dan semangat kebangsaan sesuatu kaum.

Sifat bangsa yang kuat pada adat dan istiadat yang mendaulatkan Bahasa Melayu, telah memberi kesan yang begitu kuat sekali. Sehinggakan boleh ditakrif sesiapa yang memperlekehkan Bahasa Melayu akan ditentang dan dikritik dengan begitu kuat dan padu sekali.

Walaupun ketika ini hangat diperkatakan penggunaan BI dalam mata pelajaran matematik dan sains itu telah menjurus kepada kemerosotan mata pelajaran berkenaan dalam pencapaian murid yang menduduki UPSR tahun ini, kita tidak seharusnya cepat malatah dengan memdesak kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan tersebut yang mewajibkan subjek matematik dan sains di ajar dalam BI. Dengan kata yang lebih keras lagi, mereka mahu kerajaan menarik balik pembelajaran subjek tersebut dalam BI dan kembali kepada asal iaitu diajar dalam Bahasa Melayu.

Pada pendapat saya, sememangnya terdapat suatu semangat yang cepat berputus asa di hati dan fikiran segelintir orang Melayu. Akibat sikap dan sifat orang Melayu yang malas membaca dan mengejar ilmu menyebabkan isu BI menjadi penyebab utama pencapaian pelajar merosot.

Sedangkan dasar tersebut lebih kepada penguasaan bahasa lain kepada pelajar agar generasi seterusnya boleh mengusai lebih dari satu bahasa terutamanya orang Melayu.

Ilmu matematik dan sains jika sudah ada asas dalam BI amat memudahkan anak-anak kita untuk pergi lebih jauh lagi ke pembelajaran sains tulen dan teknologi kerana dua subjek asas ilmu teknologi ini amat kurang bahan rujukan dalam bahasa Melayu.

Itulah yang diimpikan oleh kita semua untuk melahirkan generasi Bangsa Malaysia yang berilmu tinggi untuk bersaing dengan pasaran global.

Sepatutnya ahli politik Melayu yang hebat bersuara dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, yang mahukan BI dalam subjek sains dan matematik dikaji semula perlu menekankan supaya kajian terpeinci dilakukan untuk mencari sebab kelemahan tersebut dan bukannya menghapuskannya.

Orang Melayu sepatutnya iri hati terhadap diri sendiri kerana hanya kita sahaja yang sebahagian besarnya mempunyai kemahiran menguasai satu bahasa berbanding dengan kaum lain di negara ini.

Kaum Cina dan India kebanyakannya boleh menguasai dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Tamil atau Mandarin. Lebih beruntungnya lagi mereka yang boleh menguasai BI sudah menjadi jumlah 3 bahasa yang dapat mereka kuasai. Sedangkan kebanyakan orang Melayu masih tertinggal jauh dengan hanya boleh menguasai Bahasa Melayu sahaja.

Jelas menunjukkan kita sebenarnya sudah tewas dalam soal bahasa di negara kita sendiri. Bagaimana harapan yang gagah dicanangkan untuk melihat orang Melayu menjadi "glokal" di persada dunia?. Tujuan murni supaya anak bangsa mahir dalam BI amat jauh sekali untuk melihat pencapaiannya.

Melayu yang malas membaca dan menimba ilmu adalah salah satu sebab mengapa kita tidak berjaya menguasai lebih dari satu bahasa. Melayu harus malu dengan kaum Cina dan India di negara kita sendiri.

Lebih buruk lagi akibat sindrom malas dan cepat berpuas hati dan ditambah dengan kedudukan kita yang selesa kerana terlalu berharap sangat dengan bantuan kerajaan, sudah ramai orang Melayu sendiri yang tidak boleh bertutur dalam bahasa suku kaum mereka sendiri.

Kini nama Jawa, Banjar, Bugis dan Minang (sebagai contoh) hanya tinggal nama sebutan dan megah sahaja kita berketurunan suku kaum tersebut tetapi hakikatnya langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa tersebut. Jika bahasa ibunda suku kaum dan keturunan sendiri pun kita sudah gagal untuk menguasainya, maka tidak hairanlah orang Melayu malas untuk belajar dan menguasai bahasa "kaum lain".

Lebih hebat lagi masih ada mentaliti yang kuat ditanamkan kepada anak-anak kita bahawa belajar BI adalah menyokong dan menggalakkan kembali Inggeris menjajah kita. Pemikiran kuno sebegini masih ada di kalangan segelintir orang Melayu.

Malah ada yang mengaitkan mempelajari BI bermakna kita semakin hampir dengan agama Kristian. Walaupun kita sudah hampir 50 tahun merdeka dan sudah enam tahun memasuki abad ke 21, mentaliti sebegini sebenarnya masih ada dikalangan orang Melayu.

Apakah kuat sangat jati diri dan semangat kebangsaan orang Melayu sehinggakan soal bahasa menjadi isu pokok untuk menilai jati diri dan keMelayuan seseorang?. Jika benar kita kuat sangat dengan sifat dan semangat sebegitu di tambah pula dengan ugama Islam yang kita anuti, berapa ramai pula dikalangan orang Melayu yang faham dan boleh menguasai bahasa Arab?.

Kita jangan malu untuk mengakui hakikat bahawa ramai orang Melayu yang beragama Islam yang hanya tahu membaca tulisan Arab di dalam Al Quran tetapi langsung tidak tahu maknanya dalam Bahasa Melayu.

Jika saya katakan ramai orang Melayu sudah seperti burung kakak tua kerana hanya tahu mengikut dan menghafal apa yang diajar tetapi tidak tahu makna sebenarnya, pasti ramai yang akan mencela saya. Mengapakah tiada inisiatif dalam diri kita sendiri untuk belajar maksud dan terjemahan Bahasa Arab di dalam Al Quran dan ditambah dengan belajar menulis dalam tulisan Arab?.

Tulisan Jawi yang suatu ketika dahulu menjadi perlambangan orang Melayu pun semakin terhakis. Sehinggakan akhbar tunggal tulisan Jawi terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. Syukur juga kerana kini kita masih dapat membaca dalam tulisan Jawi walaupun diterbitkan sebagai sisipan seminggu sekali. Kajilah berapa ramai yang boleh menguasai dengan membaca dan menulis Jawi?

Itulah gambaran dan budaya orang Melayu yang malas membaca dan menuntut ilmu. Jika dikaji begitu maka tidak hairan generasi kini seperti sudah "kematu" dan terikut-ikut dengan tradisi buruk orang Melayu sendiri sejak dahulu lagi.

Tidak hairan kita susah sangat untuk merelakan diri kita supaya boleh menguasai bahasa lebih dari satu kerana bahasa pertuturan harian apabila kita menghadap Allah pun kita abaikan dan tidak tahu apa sebenarnya kita tuturkan. Kerana malas belajar bahasa lain, ramai yang boleh berbahasa Arab semasa sembahyang dan majlis doa selamat tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan.

Kehidupan seharian kita yang dikelilingi oleh bangsa lain pun masih tidak mahu kita manfaatkan untuk belajar "secara percuma" bahasa kaum lain. Jika satu hari satu perkataan bahasa Tamil dan Mandarin yang kita belajar dari rakan atau jiran kita, kiralah berapa banyak sudah kita belajar dan mendapat ilmu bahasa?.

Pokok pangkal diri kita sendiri. Orang Melayu perlu mengubah sikap untuk belajar bahasa lain selain dari bahasa Melayu. Bahasa Inggeris yang diajar di sekolah kepada anak-anak kita yang meliputi subjek Bahasa Inggeris itu sendiri, sains dan matematik sewajarnya kita memberi galakan kepada anak-anak kita menguasainya.

Memang benar ada ibu bapa yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Tetapi apakah kita mahu anak-anak kita mengikut tradisi yang kita warisi itu?. Berubah demi kenaikan tidak akan mengurangkan identiti kita sebagai orang Melayu walaupun belajar Inggeris, Tamil dan Mandarin.

Sifat kuno dan ketinggalan zaman yang bermaksud belajar bahasa bangsa lain boleh membuatkan kita "menjadi bangsa" tersebut perlu dihakis. Belajarlah sebanyak mana pun bahasa lain selain dari Bahasa Melayu. Belum cuba belum tahu. Anda akan merasa lebih selesa sebagai manusia jika anda boleh mengusasi lebih dari dua bahasa. Percayalah.

- HARAKAHDAILY


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 21:05


Kenapa Sains dan Matematik Di inggeriskan?    
Fri | Nov 24, 06 | 04:45:45 PM
Oleh Gobi, Cardiff, United Kingdom

Assalamualaikum
Saya tertarik untuk mengulas isu ini yang walaupun telah lama di bangkitkan tetapi tampak semakin hangat kini. Membaca dan mendengar komentar daripada kedua-dua pihak, yang satu mengunjurkan keperluan bahasa Inggeris untuk kemodenan dan yang sebelah lagi melontarkan premis bahasa jiwa bangsa.

Saya percaya kedua-dua pihak mempunyai niat terbaik – agar umat Melayu dan Malaysia maju jaya , jadi saya simpulkan ini adalah persefahaman pertama antara kedua-dua pihak. Persefahaman kedua yang saya dapat simpulkan daripada rentetan perdebatan lantang di media ialah betapa pentingnya bahasa Inggeris sebagai lingua franca kini dan juga bahasa Melayu sebagai lidah rasmi negara.

Persefahaman terakhir yang saya dapat noktahkan, ialah betapa pentingnya kefahaman dalam subjek Sains dan Matematik sebagai pemangkin kemajuan bangsa dan negara.

Bertolak daripada ketiga-tiga persefahaman ini, saya percaya perselisihan utama sebenarnya adalah kaedah untuk mencapai matlamat suci ini dan dengan penjernihan persefahaman ini, saya percaya diskusi tentang kaedah untuk mencapai matlamat ini akan lebih sirna.

Pada pendapat saya, langkah kerajaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar Sains dan Matematik adalah satu langkah yang terkebelakang, melunturkan ketiga-tiga persefahaman di atas yang akhirnya boleh membantutkan tercapainya matlamat kemajuan Melayu dan Malaysia.

Ini kerana kedua-dua subjek yang di eksperimenkan ini, Sains dan Matematik adalah subjek yang memerlukan daya cerapan, pemahaman dan minat yang tinggi untuk di selami. Bahkan saya percaya, masalah kekurangan minat pelajar terhadap subjek-subjek ini telah beberapa kali di war-warkan semenjak tahun 1990-an lagi.

Jadi, adakah dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam subjek ini boleh meningkatkan minat, cerapan dan kefahaman pelajar terhadap subjek ini? Saya olah semula persoalan ini dalam situasi kini, adakah dengan penggunaan bahasa Inggeris lintang pukang oleh guru yang beliau sendiri tunggang langgang boleh meningkatkan minat, cerapan dan kefahaman pelajar generasi pendukung bangsa kita?

Kajian UNESCO dan ahli-ahli akademik sebelum ini jelas menyimpulkan kepentingan bahasa pribumi (native tongue) dalam menyampaikan dan menarik minat tunas-tunas muda terhadap subjek teknikal sebegini terutama yang datang daripada golongan kurang mampu.

Saya cuba untuk tidak menjadi terlalu pesimis tapi saya percaya hasil yang akan kita lihat nanti ialah kedua-dua subjek ini akan menjadi subjek yang paling tidak popular di sekolah, dan mereka yang mempelajarinya akan berbalik kepada budaya hafalan kerana kurangnya kefahaman terhadap teks dan juga ketidakupayaan guru untuk menerangkan dengan jelas persoalan yang timbul oleh minda muda ini.

Hasil akhir yang akan kita lihat ialah negara pada masa depan akan menghadapi krisis kekurangan tenaga saintis, jurutera, doktor, ahli farmasi dan lain-lain sarjana sains akibat kedangkalan kita kini yang gagal menerapkan ilmu sains dan matematik sebaiknya kepada mereka. Lantas, apakah kerjaya mereka di masa depan? Barangkali pemandu pelancong atau operator telefon di syarikat multinasional.

Oleh itu, langkah terbaik untuk memajukan bangsa dan negara kita, di samping memastikan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat kita tidak lain tidak bukan ialah dengan bertanya kembali, di manakah pincangnya usaha pengajaran bahasa Inggeris kita di sekolah selama ini?

Adakah lapan jam seminggu masih tidak cukup? Adakah guru-guru bahasa Inggeris kurang terlatih? Adakah teknik pengajaran mereka kurang betul? Adakah bahan pengajaran kita tidak betul?

Sekiranya kita telesuri kembali, warga Malaysia sebenarnya telah di ajar bahasa Inggeris sebanyak lebih 3000 jam semenjak sekolah rendah sehingga ke peringkat SPM, jauh lebih banyak daripada kursus persediaan bahasa Jepun, Perancis atau Russia untuk pelajar Malaysia yang akan ke negara-negara terbabit untuk melanjutkan pelajaran – jadi di manakah silap kita?

Kelemahan-kelemahan sedia ada inilah yang harus di perbaiki dan di pertingkatkan dan bukannya menebuk labu lain.


http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=5370&Itemid=48


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 21:07


Martabatkan Kembali kedaulatan Bahasa Melayu    
Fri | Nov 24, 06 | 04:33:36 PM
Oleh Mohd Rezwan B Alias

Syabas dah tahniah diucapkan kepada semua calon yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini dan telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Peperiksaan UPSR merupakan penilaian yang dianggap amat penting khususnya bagi pelajar sekolah rendah bagi mengukur tahap pencapaian akademik setelah 6 tahun belajar di sekolah rendah.

UPSR tahun ini telah menunjukan peningkatan yang amat baik iaitu seramai 42,029 daripada 496,439 telah memperolehi 5A.Ini menunjukan peningkatan keputusan calon sebanyak 8.5 peratus berbanding 7.3 peratus pada tahun dahulu.

Daripada hampir 500 000 calon yang menduduki UPSR lebih kurang 20 000 mendapat keputusan grad D dan E. Perkara ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran , Datuk Dr Ahamad Sipon ketika mengumumkan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun 2006. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada calon UPSR.

Apa yang perlu kita tinjau dan analisa bagaimana pencapaian keputusan calon UPSR bagi subjek Sains dan Matematik yang kini telah diajar dalam bahasa Inggeris.

Walaupun statistik menunjukan pencapaian hampir 80 hingga 90 peratus calon mendapat grad A,B dan C bagi sekolah kebangsaan (sekolah) dan sekolah jenis kebangsaan (sejak) bagi kedua-dua subjek, namun kementerian , guru serta ibu bapa tidak seharusnya menarik lafas lega dan berasa bangga dengan angka-angka tersebut.

Ini kerana pelajar-pelajar sekolah rendah masih lagi ditahap percubaan bagi subjek Sains dan Matematik (S&M) yang sedang diajar dalam bahasa Inggeris. Maknanya kejayaan pembelajaran S&M dalam bahasa Inggeris hanya diukur pada keputusan UPSR tahun 2008.

Justeru, penilaian ini haruslah dibuat dengan teliti apabila membincangkan isu bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

Persoalannya apabila S&M diajar dalam bahasa Inggeris, apakah kayu ukur atau tanda aras bagi kejayaan dasar tersebut? Hal ini boleh kita lihat pada reaksi pelajar dan guru itu sendiri.

Berapa ramaikah pelajar yang menjawab dalam dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris? Adakah guru benar-benar mengajar S&M dalam bahasa Inggeris secara menyeluruh di dalam kelas?

Bahasa Melayu Bahasa Berdaulat

Realiti masyarakat Malaysia sekarang kurang peka atau cakna tentang bahasa Melayu.Mungkin atas sebab kesan penjajah dan globalisasi. Mereka terlalu mengagung-agungkan bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun atau bahasa Jerman berbanding bahasa Malayu itu sendiri.

Penulis tidak pula menidakkan kepentingan bahasa asing. Bahasa Inggeris kebetulan merupakan bahasa yang digunakan di peringkat antarabangsa namun jangan pula ada di kalangan kita 'memuja' bahasa tersebut sehingga memandang rendah bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sebenarnya telah berperanan besar dalam pembangunan negara kita iaitu Malaysia tanpa kita sedari. Jika disoroti lipatan sejarah, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca semasa kesultanan Melayu.

Dengan adanya bahasa Melayu yang merupakan bahasa komunikasi yang utama kepada para pedagang pada ketika itu. Maka, ramai pedagang dari Arab dan India berdagang di sini. Pedagang-pedagang ini bukan sahaja berdagang semata-mata tetapi telah berjaya membawa Islam meresap masuk ke alam Tanah Melayu.

Seharusnya kita patut bersyukur kerana secara tidak langsung bahasa Melayu turut membantu mencampakkan agama Islam dalam hati kita.

Peranan bahasa Melayu tidak terhenti di situ, setelah kita merdeka, martabat bahasa Melayu telah diangkat dan dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah diberi amanah yang cukup berat khusunya menyatupadukan kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India.

Adakah kita fikir bahawa toleransi antara kaum yang kita kecapi pada hari ini datang dengan bergolek? Kedamaian serta perpaduan di Malaysia yang dinikmati semua kaum adalah hasil jasa bahasa Melayu yang telah menjadi alat perpaduan.Bahasa Melayu juga telah berjaya menjalankan amanahnya sebagai pembina negara "nation builder".

Sebagai contoh, walaupun jiran kita Indonesia mempunyai pelbagai kaum, namum meraka telah dapat disatukan dengan bahasa Indonesia, tidak kira kaum Melayu atau kaum Cina, di sana mereka semua bertutur dalam bahasa kebangsaan mereka.

Begitu juga dengan Thailand,tak kira agama atau bangsa, Thailand telah dapat menyatukan rakyat mereka dengan semangat "Siamnya" melalui bahasa Siam. Adakah wujud bahasa lain yang boleh memupuk semangat kekitaan di negara kita selain bahasa Melayu? Jawapannya tentu tidak!

Mengangkat Martabat Bahasa Melayu

Dalam mengangkat martabat bahasa Melayu ke satu tahap yang tinggi, maka saluran pendidikan merupakan saluran yang terpenting. Ini kerana melalui pendidikan ia dapat membentuk sikap, jati diri, idealisme,dan mampu mencorak generasi muda yang unggul yang boleh menjiwai semangat cintakan tanah air.

Oleh yang demikian, bahasa Melayu haruslah 'disaluti' dengan ilmu. Di mana karya-karya penterjemaha,sistem pembelajaran di sekolah, matrikulasi,universiti perlulah menjadikan bahasa Melayu sebagai medium bahasa penghantar pembelajaran.

Menurut Abdullah Munsyi dalam pandangan beliau mengenai isu pendidikan menyatakan bahawa ,sesebuah bangsa akan maju sekiranya ilmu yang disampaikannya dalam bahasa mereka sendiri.

Ini jelas menunjukan bahawa bahasa Melayu perlu digunakan sebagai bahasa ilmu dalam institusi pendidikan kita sekiranya kita ingin melihat negara kita maju. Pandangan beliau ini telah dibuat sejak seabad yang lalu dan ternyata beliau seorang berpandangan jauh.

Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah dimulakan sebelum merdeka lagi. Antaranya penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah ditubuhkan pada tahun 1956. DBP telah berperanan besar dalam memperjuangankan nasib bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu sekaligus mendaulatkan bahasa Melayu.

Martabat bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan Laporan Penyata Razak pada 1956 yang mengusulkan bahawa bahasa ini digunakan sebagai bahasa penghantar pendidikan.Secara tidak langsung ia dapat mengikis trauma kesan dari penjajahan dan memupuk semangat keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri.

Hal ini telah berjaya dibuktikan apabila Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Melaysia pada tahun 1981 menunjukan bahawa kemahiran penggunaan bahasa Melayu meningkat dengan mendadak dan bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.

Namun, sikap masyarakat kita pada hari ini kurang yakin dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kita tidak seharusnya mengenepikan bahasa Melayu dan mengambil jalan pintas dengan meletakkan bahasa asing sebagai bahasa ilmu untuk maju.

Harus diingat bahawa tiada jalan pintas untuk sesebuah negara itu maju. Tamadun Eropah misalnya terpaksa menunggu beribu-ribu tahun untuk berjaya pada hari ini.Hasil ilmu mereka peroleh dari orang Arab diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris.

Tidak dapat dinafikan bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa ketika ini. Pelbagai ilmu serta maklumat harus kita terokai. Tetapi ini bukanlah alasan untuk kita meletakan bahasa Melayu pada kelas kedua.

Justeru itu, pelbagai langkah boleh diambil untuk memupuk minat bahasa Inggeris dikalangan pelajar pada masa yang sama menjadikan bahasa Melayu sebagai peranan utama dalam bahasa penghantar.

Antara usaha yang boleh dibuat adalah dengan mewujudkan kembali program-program yang boleh membantu pelajar-pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris seperti Bulan Bahasa Inggeris yang pernah dilaksanakan pada 1979.

Pengantarabangsaan bahasa Melayu

Melangkah alaf ke 21, bahasa Melayu kini perlu diperkasa.Ini kerana cabaran pada alaf ini begitu hebat.Masyarakat Malaysia perlu berjiwa besar untuk memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Kita perlu optimis bahawa sekiranya usaha yang kuat dan seluruh tenaga digembleng maka tidak mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa dunia. Masyarakat luar akan berlumba-lumba untuk belajar bahasa Melayu.

Pada waktu itu, tidakkah kita berasa bangga dengan bahasa kita?Ini kerana bahasa Melayu kaya dengan nilai sosio budaya yang secocok dengan budaya rakyat Malaysia.

Justeru,generasi muda hari ini adalah dilihat perlu berperanan dalam mempertahankan bahasa Melayu.Golongan muda khususnya mahasiswa perlu menjadi tulang belakang dalam memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.

Satu ketika dahulu, golongan mahasiswalah yang banyak terlibat dalam memartabatkan bahasa Melayu sampai ke tahap yang tinggi.Sebagai contoh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya(PBMUM), Gabungan Penulis Islam Malaysia (GAPIM) dan ramai lagi.

Jadi usaha mereka yang terdahulu haruslah disambut oleh oleh generasi hari ini dalam mempastikan survival bahasa Melayu.

Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Sekalung budi seuntai bahasa
Pusaka warisan budaya bangsa.
- Prof Emeratus Dr Nik
Safiah Karim
, 23 Disember 1997)


http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=5367&Itemid=48


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-11-06 09:44


bantah tukar balik ke bahasa melayu

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-11-06 16:57


nasib baiklah USA, UK dan kebanyakkan negara maju yang lain yang bahasa pengantarnya english tidak kuat pegangan dengan agama kristian...atau dengan lain perkataan mereka memusuhi pihak gereja ataupun langsung tidak beragama.

kalaulah ditakdirkan negara2 berkenaan kuat pegangan agamanya terhadap kristian....gamaknya sudah pasti umat melayu-Islam malaysia ini dengan mudah sahaja menukar agama kepada kristian kerana ingin menjadi maju.....mudah sahaja cair disebabkan leka, berkhayal, dan tertipu dengan keindahan dunia.

wallahua'lam

p/s: dlm2 negara2 berkenaan tak kuat pegangan kepada kristian pun...ramai umat melayu-Islam menukar agama kepada kristian...niekan pulak kalau mereka kuat pegangan....rasanya perlembagaan malaysia akan menukar bahawa malaysia negara kristian lepas itu.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 26-11-06 16:59 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 29-11-06 21:25


Komen balas isu Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Harakahdaily
Wed | Nov 29, 06 | 11:32:05 AM
Oleh Abd Majid Sulaiman

Assalamualaikum
Saya hendak tekankan disini bahawa bahasa jiwa bangsa dan bahasalah yang merupakan lambang utama sesebuah bangsa. Sesuatu bangsa itu bukanlah dinamakan bangsa Melayu jika orangnya tidak bertutur dalam bahasa Melayu.

Sepertimana juga bangsa Amerika ialah bangsa Amerika kerana mereka menggunakan bahasa American English. Bangsa Arab ialah bangsa Arab kerana mereka menggunakan bahasa Arab. Orang Afghanistan juga bangsa Arab kerana mereka bertutur dalam bahasa Arab.

Orang Mesir bukan Bangsa Arab kerana mereka tidak bertutur dalam bahasa Arab. British adalah bangsa/orang Inggeris kerana mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Tapi bagaimana bangsa Inggeris ini maju?

Sebab mereka memanfaatkan bahasa mereka sebagai bahasa ilmu. Sebab inilah mereka mereka menjadi bangsa dan bahasa yang maju. Tidak ada bangsa yang maju tanpa mengiktiraf bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Contohnya Amerika, Perancis, Jepun , Korea dan China.

Janganlah kita jadi bangsa yang maju sedangkan bahasa Melayu hanya sebagai bahasa yang digunakan di kampung-kampung orang asli. Jika keadaan itu berlaku, maka kita akan maju sebagai bangsa Inggeris kerana kita sudah tidak biasa lagi bercakap dalam bahasa melayu.

Ini bermakna perjuangan bermati-matian orang terdahulu yang ingin memartabatkan bahasa Melayu hanyalah sia-sia.

Apalah yang susah sangat, tafsirkanlah semua buku-buku ilmuan ke dalam bahasa Melayu, dan jualkannya. Kemudian, perintahkan semua saintis-saintis dan ilmuan-ilmuan supaya menggunakan bahasa Melayu dan setiap kajian serta buku-buku yang dihasilkan.

Haramkan penggunaan selain daripada bahasa Melayu dalam surat menyurat dan semua kegiatan rasmi. Orang Korea pun boleh guna komputer dan telefon bimbit dalam tulisan mereka.

Kalau ada teringin nak belajar bahasa Inggeris, belajar macam biasa di sekolah-sekolah. Yang malas nak belajar bahasa Inggeris tu, biarkan. Tak adapun dalam AL-Qu'ran yang mewajibkan kita belajar bahasa Inggeris kalau nak maju.

Jadikanlah bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Sebenarnya boleh, bukan tak boleh. Cuma nak atau tak nak. Bahasa Cina, Inggeris, Jepun , Korea , Perancis, Melayu Indonesia, semuanya semakin maju dan semakin ramai yang mempelajarinya.

Tapi bahasa Melayu, semakin lupus dan bercakappun mencampur adukkannya dengan bahasa Inggeris.

Jadi, bukanlah alasan bahawa bahasa Melayu itu ketinggalan zaman. Kenyataan itu cukup tajam.

Saya berasa sangat malu apabila ada pelancong datang ke Malaysia, meraka hanya perlu bercakap dalam bahasa Inggeris untuk berhubung dengan penduduk tempatan lebih-lebih lagi pelancong yang sedang atau sudah dapat bertutur bahasa Melayu dengan baik.

Mungkin mereka akan rasa menyesal sebab susah-susah belajar bahasa Melayu, padahal orang Melayu sendiri boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Dulu, tulisan jawi dihapuskan dengan menukarkannya dengan tulisan rumi, kalau UMNO terus memerintah, takut-takut penggunaan bahasa Melayu digantikan sepenuhnya dengan bahasa Inggeris.

Kepada saudara yang menghantar komen balas tentang isu ini, saya rasa kalau anda ada pada zaman 30-an, tentu anda akan menyokong usul Malayan Union yang diperkenalkan oleh British sebab ada diantara anda mempunyai sifat-sifat yang sama seperti orang-orang yang menyokong Malayan Union


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-11-06 08:27


erm..tak sangka sampai tahap ni isu BI diperdebatkan..

memang terdapat pro and kontra bilamana M3 dan Sains di inggeriskan..

sebagai individu,secara jujur, saya memang menerima....sebab ia banyak membantu menguasai lebih banyak perbendaharaan kata..

tetapi, jika saya letakkan diri sebagai pejuang bangsa, saya akan rasakan diri saya hina bilamana bahasa bangsa tidak diiktiraf sebagai bahasa kemajuan malahan di anggap mundur!

penguasaan bahasa bukan terletak pada penukaran..adakah matlamat kita nak suruh semua org pandai BI..so, semua kena tukar BI?

mungkin esok lusa..sebab nak bagi semua pandai ARAB..semua subjek boleh lah tukar kepada Arab..begitu juga kalau nak pandai bahasa Jerman..Perancis..method terbaik, tukar bahasa pengajaran kepada bahasa yang diingini..kononnya, bahasa tersebut mendahului zaman..

org melayu memang lemah..sikap melayu memang lemah..mungkin tak sanggup nak hadapi cabaran dan tempuhi setiap dugaan..

tetapi, mungkin kerajaan kita lupa..siapakah mereka?dr manakah mereka berasal..bukankah mereka semua daripada melayu konservatif?pengajaran mereka sastera budaya tulen?bukan inggeris alirannya..tetapi mereka tetap mampu gegarkan dunia..

bahkan diri kita..generasi 70an..80an..90an..semuanya tetap dapat majukan diri..bila semakin dewasa..persekitaran kita sebenarnya membantu untuk tingkatkan diri..jika kita mahu, semua boleh..

nak seribu daya..tak hendak seribu dalih..jika kita pertahankan BI dalam pengajaran subjek tersebut..kita tetap harapkan input yang diterima memang tegar dikuasai adik-adik kita..minta jauh jika adik-adik kita terus ketinggalan..

nak seribu daya..tak hendak seribu dalih..jika pertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa budaya, bahasa perpaduan sebagai mana termaktub dalam perlembagaan..kita jua perlu perjuangkan bahasa ini melalui bantuan yang mampu..perlu ada gerakan2 pelajar menjadi penterjemah untuk mana-mana buku ilmiah.usaha ini perlu untuk membantu generasi seterusnya lebih memahami ilmu..

komenan peribadi sendiri :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 30-11-06 11:19


Rasanya lebih baik Kementerian Pelajaran memikirkan tentang silibus atau kaedah baru untuk mengajar BI di sekolah-2 supaya murid-2 dapat menguasai bahasa tersebut ... tekankan pada perbendaharaan kata (vocabulary), menulis dan bertutur ... jika ini berjaya maka diharapkan mereka takkan menghadapi masalah di peringkat IPT bila mana mereka terpaksa berhadapan dengan bahan-2 rujukan BI ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

salleh_y
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1068
Posting: 215
Dari: :: Tanah ++ ::

china  


posticon Posting pada: 30-11-06 12:22


huhuhu..
di hari itu p seminar..memang patut kerajaan kaji semula..
sebab fakta sejarah menunjukkan bhawa Ingggeris membawa kemajuan sc dan math adalah kurang tepat dan retorik..

ada tokoh kita pernah ditugaskan menyediakan taqwim untuk kerajaan arab saudi satu ketika dulu... :-o :-o :-o :-o


-----------------
Senaraikan Laman Web Islam Disini



Bookmark and Share

    


  Member Information For salleh_yProfil   Hantar PM kepada salleh_y   Pergi ke salleh_y's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 30-11-06 23:39


Sains, Matematik dalam BI: Kajian Unesco tidak dipeduli
    
Oleh LanH
Harakahdaily
Fri | Nov 24, 06 | 04:47:03 AM
Pertukaran bahasa bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ketika itu (2003), Dr Mahathir Mohamad, dilaksanakan tanpa sebarang kajian perintis (pilot study) atau perbincangan.

Sehubungan itu, ia dikhuatiri akan menuju kegagalan sekalipun ada pihak mendakwa negarawan yang memperkenalkannya mempunyai prihatin iklas berhubung kemerosotan mutu bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.

Selepas hampir empat tahun dilaksanakan, rakyat dan pemimpin Malaysia masih kabur mengenainya. Bayangkan di Parlimen baru-baru ini seorang wakil rakyat BN bertanya apakah kemerosotan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini disebabkan oleh penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Wakil rakyat tidak buat 'homework'

Jelas sekali wakil rakyat ini tidak membuat 'homework'nya. Dia seolah-olah tidak meneliti perkembangan semasa sebelum melontarkan pertanyaannya kepada Menteri Pelajaran atau wakilnya. Dia juga hampir pasti tidak mempunyai anak di sekolah rendah, jika tidak masakan dia bertanyakan soalan itu. Jika dia ada anak di sekolah rendah, dikhuatiri dia tidak mengambil tahu perkembangan anak-anak di sekolah rendah.

Sebenarnya UPSR tahun ini tiada kaitan langsung dengan pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. UPSR tahun ini (dari segi penggunaan bahasa) adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Jadi soalan wakil rakyat BN itu tidak relevan sama sekali.

Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, yang menjawab soalan itu berkata kemerosotan mutu UPSR tahun ini tidak ada kaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini kerana murid Tahun Enam yang mengambil ujian itu masih mengikuti mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu dan bahasa ibunda di sekolah Cina dan Tamil.

Kumpulan murid pertama yang akan menduduki UPSR membabitkan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris kini berada dalam Tahun Empat. Tahun depan (2007) mereka akan berada dalam Tahun Lima dan pada UPSR tahun 2008-lah mereka akan menduduki kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris.

Jika wakil rakyat BN itu membuat 'homework'nya, mungkin dia tidak akan bertanyakan soalan itu. Seorang guru atau bapa yang prihatin tentulah tahu bahawa subjek bahasa Inggeris diperkenalkan pada tahun 2003 kepada murid-murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu.

Jadi kumpulan pertama dari sekolah rendah akan menduduki UPSR dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2008 manakala kumpulan pertama sekolah menengah menduduki PMR dengan subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tahun lalu (2005).

Kumpulan pertama di sekolah menengah itulah yang kini menghempas pula belajar bukan saja subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi juga subjek berkaitan seperti Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia.

Berdasarkan artikel, surat pembaca dan laporan akhbar, sejumlah orang yang tidak peka tentang perkara ini turut mengulas isu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini. Contohnya pada 24 November, dalam sepucuk surat pembaca dalam Berita Harian dengan tajuk 'Usah pertikai kepentingan bahasa Inggeris', penulisnya antara mencatatkan: "Walaupun penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kini hangat diperkatakan, ia lebih menjurus kepada kemerosotan mata pelajaran berkenaan dan pencapaian murid yang menduduki UPSR tahun ini."

SMI bermula dengan murid Tahun Dua, Tingkatan Dua?

Rencana tulisan Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia pada 12 November 2006 dengan tajuk 'Jangan separuh jalan' lebih teruk apabila beliau antara lain menulis: "Dasar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (SMI) diperkenalkan tahun 2003, bermula dengan murid tahun dua bagi sekolah rendah serta tingkatan dua dan enam bagi sekolah menengah dan matrikulasi."

Bagaimana Ku Seman mendapat maklumat ini tidaklah diketahui. Hakikatnya SMI bermula pada tahun 2003 membabitkan murid-murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu. Kalau fakta yang penting ini pun salah, bagaimana Ku Seman dapat berhujah dengan meyakinkan dalam rencananya itu.

Pada 'intro'nya beliau menulis: "Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan dasar pengajaran SMI dikekal seperti dirancang. Eloklah selepas tidak ada pihak yang cuba membangkitkan isu dasar SMI yang pernah dipersetujui sebelum ini.

Persoalannya siapa persetujui perkara ini? Seperti dinyatakan sebelum ini, ia adalah idea perdana menteri yang kini tidak lagi berkuasa. Banyak pihak menentangnya tetapi kebanyakannya tidak disiarkan akhbar berbahasa Melayu. Yang disiarkan ialah persetujuan pak turut dan kaki ampu pemimpin politik Umno, yang kini mulai sedar seperti yang dibuktikan melalui resolusi Umno Johor.

Berbanding rencana dan surat pembaca yang kurang kritis yang disiarkan akhbar berbahasa Melayu, pandangan pembaca bukan Melayu dalam akhbar bahasa Inggeris lebih rasional dan kritis.

Kajian Unesco

Dalam surat kepada pengarang di akhbar the Star, bertarikh 14 November 2006, penulisnya K Arumugam dari Petaling Jaya antara lain menulis: "After three years of implementation, questions are being raised if the language switch has been effective. There are now calls for the move to be reviewed.

"Everyone is free to discuss the issue. But one must comment with honesty and substantiate any argument with some base findings.

"WE ARE TALKING ABOUT OUR CHILDREN AND THE FUTURE GENERATIONS OF OUR COUNTRY. IT IS CERTAINLY NOT AN ARENA FOR POLITICAL MILEAGE AND PATRONAGE.

"Three years is too short to determine the full impact of the switch in primary schools. On the other hand, if we wait to realize the full impact of the move, it may be too late to remedy the situation.

"It will be a sad case of missed opportunities and a costly waste in HUMAN CAPITAL (modal insan?) and material. Unesco's findings include a comprehensive research review carried out for the World Bank in 1997.

"The most important conclusion drawn from this research says: "...when learning is a goal, including that of learning a second language, the child's first language (i.e. his or her mother tongue) should be used as the medium of instruction in the early years of schooling.

"The first language is essential for the initial teaching of reading, and for comprehension of subject matter. It is the necessary foundation for the cognitive development upon which acquisition of the second language is based.

"Unesco quotes from 'Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries (Staff Working Papers, New York, Unicef': "In a situation where the parents are illiterate...if the medium of instruction in school is a language that is not spoken at home the problems of learning in the environment characterized by poverty are compounded, and the chances of drop-out increase correspondingly."

Penulis K Arumugam mengemukakan hujahnya berdasarkan kajian Unesco, tetapi adalah amat malang sekali pemimpin negara dan kuncu-kuncunya termasuk penulis Melayu membuat sesuatu tindakan tanpa sebarang kajian. Selepas itu ia disokong bulat-bulat tanpa sebarang rujukan.

Kementerian Pelajaran melalui Menterinya, Hishammuddin Hussein selepas diasak oleh cendekiawan Melayu dan Umno Johor, berkata dasar SMI mungkin akan dikaji selepas kumpulan pertama pelajar UPSR menduduki peperiksaan itu pada 2008.

Tahun 2008? Ohh, tidak tahulah penulis betapa lambatnya Melayu bertindak. Jika prestasi bagus, dasar akan diteruskan; jika tidak, akan berpatah balik? Ohh, alangkah malangnya Melayu, hasil kajian Unesco sudah ada di depan mata tidak dipedulikan tetapi pemimpin Melayu bertindak berdasarkan rasa syok sendiri.

Kepilan artikel sebelum ini

Kembalikan penggunaan bahasa Melayu dalam Sains, Matematik

Sebagai seorang bapa yang mempunyai beberapa anak di sekolah rendah dan menengah, penulis begitu prihatin dengan prestasi mereka terutama apabila mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003.

Ketika cuti raya baru-baru ini penulis berpeluang berinteraksi dengan sejumlah guru yang terbabit dalam pengajaran subjek berkenaan dan cabangnya seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

Seorang guru Biologi memberitahu daripada tujuh kelas Tingkatan Empat di sekolahnya, hanya sebuah kelas saja yang murid-muridnya berupaya menjawab kertas ujian Biologi dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kelas ini menempatkan pelajar-pelajar terbaik. Enam lagi kelas, pelajarnya tidak dapat menjawab langsung.

Ertinya, yang boleh menjawab hanya 1/7 iaitu kurang 15 peratus. Itu yang boleh menjawab, belum lagi yang 'pass' kertas itu. Demikian betapa buruknya senario yang melanda dunia persekolahan anak-anak masa kini.

Guru tergigil-gigil mengajar

Seorang guru lain memberitahu, seorang guru Matematik sekolahnya tergigil-gigil dan menjadi kaku, tidak dapat berkata apa-apa ketika mengajar apabila menyedari sekumpulan pemerhati daripada jabatan pendidikan negeri sedang memantau kelasnya.

Akibatnya dia terpaksa dikaunseling dan dihantar berkursus untuk 'menajamkan' lagi bahasa Inggerisnya yang lintang pukang. Jika guru tidak mahir dalam bahasa Inggeris, bagaimana dia mahu mengajar anak muridnya dengan berkesan.

Seorang lagi guru memberitahu, kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), memilih menjawab menggunakan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik.

Ketika ini kertas peperiksaan masih menggunakan dwi-bahasa (Inggeris dan Melayu) sebelum bahasa Melayu 'dihapuskan sepenuhnya' dalam tempoh beberapa tahun lagi. Beliau berkata sekalipun menghadapi masalah istilah dan terma (di sekolah subjek berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris), kebanyakan pelajar tidak peduli, mereka 'pakai hentam saja', asalkan boleh jawab soalan menggunakan bahasa Melayu.

Anak-anak Melayu makin ramai menuju ke 'longkang'

Masalah guru dan murid-murid yang 'merana' akibat pembelajaran subjek Sains dan Matematik semakin kronik, tetapi anehnya pegawai dan orang politik terus menghebahkan bahawa rancangan Dr Mahathir Mohamad itu mendapat kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. Apa yang cemerlang itu tidak tahulah, tetapi yang jelas anak-anak Melayu semakin ramai menuju 'ke longkang'.

Apa tidaknya, kata guru Biologi tadi, apabila murid-murid tidak memahami apa yang diajar, mereka jadi bosan. Mereka tidak ada minat untuk belajar dan bagi menghabiskan masa di sekolah, mereka terbabit dalam gejala kurang sihat seperti menjadi samseng, kaki pukul, kaki buli, mat rempit dan kaki rokok.

Beliau terlalu bimbang anak-anak Melayu sekarang semakin parah. Beliau ketawa apabila diberitahu bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, mencadangkan pihak sekolah mendenda, menggantung persekolahan atau membuang pelajar-pelajar yang terbabit dalam aktiviti mat rempit.

Katanya, budak-budak sekarang ini lebih suka jika pihak sekolah menggantung atau membuang mereka daripada sekolah. Perkara ini ketara di kalangan pelajar Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas.

Selepas mereka mendaftarkan diri untuk menggambil peperiksaan PMR, SPM atau STPM, mereka masih boleh menduduki peperiksaan berkenaan sebagai calon sekolah sekalipun mereka telah digantung persekolahan.

"Akibatnya," kata guru berkenaan, "pada hari peperiksaan, akan muncullah calon-calon yang berpakaian tidak senonoh, berambut panjang dan penampilan yang teruk, duduk di kerusi sebagai calon."

Katanya, jika tidak digantung pun, ramai pelajar tidak lagi hadir ke sekolah terutama pada penghujung tahun ini. Pelik tetapi benar kerana ada yang sudah bekerja, ada yang 'sekejap ada, sekejap tiada', ada yang jika datang ke sekolah pun hanya menyakitkan hati guru dengan mempamerkan gelagat samseng mereka.

Sementara itu, seorang bapa yang ditanya melahirkan rasa kecewanya, kerana anaknya yang kini bersekolah di sebuah sekolah yang kerap melahirkan bilangan ramai pelajar UPSR yang cemerlang sudah mula tidak terbawa subjek Matematik dan Sains.

Menurutnya, sebelum ini anaknya dalam kelas-kelas persendirian, tuisyen serta latih tubi yang diberikan dapat menjawab soalan-soalan subjek berkenaan dengan cemerlang, tetapi apabila dihadapkan dengan versi alih bahasa, semua soalan berkenaan tidak dapat difahaminya.

"Bukan dia tak tahu nak jawab, cuma bahasa dan istilah yang menjadi penghalang. Guru pula kerap mengajar dalam dalam bahasa Melayu dan pihak sekolah tidak mahu mengadakan sebarang kelas tambahan terutamanya dalam meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.

"Itu kelas pertama, kelas yang diletakkan harapan oleh sekolah, murid-murid yang memang telah dipilih, macamana pula dengan nasib rakan-rakannya di kelas-kelas yang lain,"jelasnya panjang lebar sambil melahirkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku.

PM perlu bertindak segera selamat generasi muda

Guru-guru ini berharap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dapat berbuat sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan generasi muda, terutama anak-anak Melayu yang hanyut selepas tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah disebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Kata mereka, jika Abdullah 'berani' menyanggah sesetengah tindakan Mahathir, tidak ada sebab beliau tidak dapat berbuat perkara yang sama mengenai bahasa dalam dunia pendidikan, apatah lagi hampir semua pihak termasuk cendekiawan tidak menyetujui langkah drastik penggunaan bahasa Inggeris yang dipaksakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Mahathir sebelum melaksanakan rancangan 'syok sendiri'nya itu tidak pun mengarahkan pakar membuat kajian impirikal, cuma berdasarkan pandangannya mengenai kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.

Selain guru, ibu bapa juga berpendapat, Abdullah perlu bertindak segera kerana jika hal ini dibiarkan berlarutan, semakin hanyut dan rugilah anak-anak Melayu. Tidak ada sebab untuk tidak kembali ke pangkal jalan.

Kata mereka, jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat 'fit', mat 'stone' serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah? tanya mereka.




-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 24-12-06 02:09


Bekas Menteri Pelajaran bimbang masa depan bahasa Melayu

KUCHING 22 Dis. – Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini akan terancam jika sistem pembelajaran masa kini terus membenarkan penggunaan bahasa lain untuk diajar dalam subjek tertentu di peringkat sekolah.

Bekas Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yakub yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970 berkata, jika diteruskan bahasa Melayu hanya digunakan sebagai subjek untuk lulus peperiksaan sahaja dan tidak dapat dipertingkatkan lagi peranan bahasa tersebut.

‘‘Saya tak setuju dan tetap berpegang bahawa bahasa pengantar utama tetap bahasa Melayu tetapi tak salah kita guna sedikit bahasa Inggeris kerana Inggeris pun ada pinjam bahasa lain, ada Greek dan Arab,’’ katanya kepada Bernama di sini.

Abdul Rahman, 78, yang menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, mengambil contoh negara di Asia seperti China, Jepun dan Korea yang telah mencapai kemajuan menggunakan bahasa ibunda sendiri.

‘‘Kita ambil contoh China dan Jepun, masing- masing maju dalam pelbagai bidang antaranya senjata dan teknologi malah lebih berjaya berbanding negara maju di Barat. Kenapa kita tidak melihat kejayaan tersebut?’’ katanya.

Abdul Rahman berkata, pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dilakukan setelah kajian mendalam dilakukan berikutan perlunya mengangkat bahasa itu bukan hanya sebagai bahasa kebangsaan malah sebagai bahasa ilmu.

Beliau berkata, hasil kajian mendalam tersebut, Kabinet Persekutuan pada ketika itu bersetuju dengan pelaksanaannya.

– Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

fauzy_fx86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves

malaysia  


posticon Posting pada: 24-12-06 06:15


keranda bertulis "152" bakal diusung semula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fauzy_fx86Profil   Hantar PM kepada fauzy_fx86   Pergi ke fauzy_fx86's Website   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 26-12-06 23:53


Masa depan bahasa Melayu makin tergugat - Awang Sariyan        
Mohd Sabri Said

itu | Dec 26, 06 | 09:01:24 AM

BUKIT MERTAJAM, 26 Dis (Hrkh) - Status bahasa Melayu kini umpama 'telur di hujung tanduk' walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermati-matian mahu memartabatkan kedudukan bahasa ibunda.

Pensyarah Univesiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Awang Sariyan menyifatkan, kemelut bahasa terus menjadi-jadi sehingga menimbulkan kerumitan di kalangan pelajar Melayu terutamanya di kawasan pedalaman.

"Pengabaian dasar bahasa memungkinkan timbul kemerosotan yang berterusan status pelajar Melayu di negara ini. Sekarang ini pun keputusan peperiksaan menyaksikan kejatuhan dalam dua pelajaran utama iaitu Sains dan Matematik, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Bahasa dan Pendidikan Islam Membangun Peradaban Ummah sempena Kongres Umat Islam Se Malaysia (Kuisma) di Komplek An-Nahdoh, Kubang Semang, Bukit Mertajam baru-baru ini.

Katanya, jika benar kerajaan mahu menyanjung kedaulatan bahasa Melayu mereka juga kena bersama-sama mempraktik kaedah seperti mengadakan mesyuarat atau urusan rasmi dalam bahasa Melayu sepertimana yang termaktub perkara 152 dalam perlembagaan.

Menurutnya, bagi merealisasikan semula status bahasa Melayu agar tidak ketandusan maka kena kembali menyuarakan bahasa termasuk menukarkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.

Ini kerana, selepas diperkenalkan dalam peperiksaan mutu keputusan makin rendah seolah perangkap samar yang boleh meragut nyawa dalam jangka masa panjang.

Lagi pun, bahasa ibunda tidak menghalang kecapi kemajuan sebagaimana Jepun, Korea dan China.

"Kita jadi takut dan bimbang tidak memperolehi kemajuan seandainya tidak mengamalkan bahasa Inggeris. Sedangkan, negara maju seperti Jepun, Korea, China, Russia tidak pun mengutamakan bahasa Inggeris tetapi tetap maju dan terus berpotensi sehingga kini, " jelasnya dalam program anjuran Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Sekretariat Jaringan Muafakat Pertubuhan-Pertubuhan Islam Perak (JAMA'IY).

Turut sebagai ahli panel dalam agenda Memperkukuhkan Pendidikan Islam- Satu Penilaian Untuk Melakar Masa Depan Ummat' ialah Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Univesiti Islam Antarabangsa (UIAM), Profesor Dr Aziz Bari dan Pensyarah Kuliyyah Pendidikan Islam UIAM, Profesor Madya Dr Sidek Baba. - mr


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

pharmaton
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2005
Ahli No: 21480
Posting: 118
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 27-12-06 00:45


ada apa dengan ENGLISH??

Bookmark and Share

    


  Member Information For pharmatonProfil   Hantar PM kepada pharmaton   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 27-02-07 21:36


;-)
Bahasa Melayu boleh kuasai sains
Oleh: W. RAHIMAH DRAMAN
(Utusan Malaysia, 27 Februari 2007)

BERBICARA mengenai sains dan teknologi, umum akan terarah kepada Barat dan Eropah. Seolah-olah hanya negara blok berkenaan sahajalah yang maju dan bertamadun.

Negara seperti Amerika Syarikat dan Britian yang berpaksikan bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan pasti terpahat di minda meskipun Jerman, Perancis, Rusia, Jepun, Itali dan Korea yang berkembang dan maju melalui bahasa ibunda masing-masing jauh lebih maju.

Sedangkan Islam melalui bahasa Arab yang jadi pencetus penemuan sains dan tamadun keilmuan dalam peradaban manusia moden terus terpinggir, dipinggir dan meminggirkan diri.

Soalnya benarkah bahasa Inggeris bahasa ilmu yang dominan dan penemu kepada inovatif keilmuan dalam sains?

“Tidak ada satupun negara yang telah maju sekarang mengguna bahasa asing (bahasa Inggeris) dalam meneroka dan membina kemajuan mereka.

“Semua negara maju ini sekarang mengguna bahasa ibunda yang berteraskan adat budaya setempat masing-masing apabila mereka cipta dan mengembangkan kemajuan sains dan teknologi mereka,” kata Profesor Ir. Wan Ramli Wan Daud.

Pengarah Institut Penyelidikan Sel Bahan Api Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sebaliknya berkata, bahasa ibunda yang berteraskan nilai-nilai budaya asal negara masing-masing adalah pencetus dalam keilmuan sains.

AS dan Britian maju kerana mereka mengguna bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeris. Jerman, Perancis, Jepun, Korea, Itali dan Rusia yang jauh lebih hebat inovasi keilmuannya dalam sains adalah hasil penggunaan bahasa yang berteraskan budaya asal nenek moyang masing-masing.

“Tetapi bahasa Inggeris digunakan untuk menjual inovasi hasil keilmuan melalui penterjemahan daripada bahasa ibunda asal mereka,” katanya.

Malah tegas Wan Ramli, ilmuwan dan saintis anak jati Amerika dan Britian sendiri mungkin tidak ada jika tiada para sarjana luar yang berhijrah dan bermastautin ke negara berkenaan atas pelbagai faktor, terutama dari negara Arab dan ilmuwan Islam.

Di Malaysia katanya, bahasa Inggeris tidak diperlukan dalam penerokaan bidang sains kerana semua sumber, istilah dan rujukan dalam bahasa Melayu sudah lebih dari mencukupi.

Malah saintis dan ilmuwan bertaraf profesor di Malaysia jauh lebih banyak dan berinovatif berbanding Singapura yang tidak sampai 20 peratus saintisnya bertaraf profesor.

Beliau berkata demikian ketika membicarakan mengenai ‘Penyelidikan Sains di Malaysia; Antara Keperluan Tempatan dan Tuntutan Antarabangsa’ pada seminar Penguasaan Sains sebagai suatu kefarduan: ke arah penyuburan budaya ilmu yang Islami.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas ketika menyampaikan ucaptama pada seminar dua hari itu berkata, Bahasa Melayu disifatkan sebagai bahasa mantiqi, seperti bahasa Arab, Farsi mahupun Yunani yang jadi pencetus peradaban dan pembina tamadun.

“Tetapi bila kita mengubah bahasa Melayu asal yang tepat dan betul. Ini bermakna kita mengubah pengenalan diri kita dan tidak lagi mencermin dan mendidik akal fikiran bangsa kita mengikut acuan mantiqi,” tegasnya.

Seramai 13 ilmuwan dan sarjana Islam (Melayu) melontarkan pandangan masing-masing pada seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kira-kira 100 peserta menghadiri seminar dua hari pada 13 Februari lalu.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Dzulkifli Abdul Razak bagaimana pun berkata, perkembangan ilmu dunia Islam termasuk di Malaysia sering diperkecilkan oleh barat.

Beliau yang juga ahli pemikir, perunding dan ahli sains di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pengerusi Naib Canselor Universiti-universiti Malaysia menambah, konsep sains adalah untuk mencari kebenaran bagi keadilan yang berteraskan al-Quran.

“Untuk maju dan membina tamadun peradaban, sesuatu bangsa itu mestilah menguasai dan mengguna bahasa ibunda tulen mereka sendiri dalam penguasaan ilmu serta menjadi peneroka ilmu baru seperti tokoh sains Islam silam bukan sebagai pengikut,” katanya.

Kemajuan sains hasil inovasi saintis moden yang dimajukan barat kini bagaimanapun katanya, gagal memanusiakan manusia kerana tiada amalan perkongsian ilmu sebaliknya berkonsep kuasa keilmuan serta lari dari tabie alam semesta yang menjadi sumber dan punca dalam penerokaan sains seperti digariskan Islam.

Dzulkifli berkata demikian dalam pembentangan mengenai ‘Saintis Muslim yang mengikut atau yang meneroka dan merekacipta?’.

Pengarah Pusat Sains dan Teknologi IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail pula menegaskan, sains tabie (natural science) dan semua disiplin ilmiah yang dimajukan harus serasi dengan apa yang telah disabitkan atau fitrahnya.

“Saintis (Islam tentunya) kena faham tabiat asal sumbernya dan perlu ada kaedah pendekatan sesuai dengan tabienya seperti digariskan al-Quran dan sunah.

“Sains Islam bersifat saintifik iaitu terbuka, bukan saintistik iaitu mutlak dan ideologi untuk didewakan (saintisme) serta dijadikan neraca keilmuan sebagaimana menjadi amalan ilmuwan barat,” jelasnya dalam kertas kerja bertajuk, `Alam semesta sebagai ayat Allah: Panduan ilmuwan untuk saintis Muslim.’

Menurutnya, sains berkait terus dengan akal budi manusia di mana penerapan alam diserapkan untuk ditafsir dan diolah bagi kepentingan sejagat.

Ini tambah beliau ditegaskan dalam firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran ayat 190 yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang yang berakal..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-11-08 10:29


bila lah nak dikembalikan subjek fizik kimai biologi tingkatan 4, 5 ke dalam BM... SPM dah lah sukar disukarkan pula dengan English.


kasihan anak melayu di kampung yang mana mak abahnya adalah petani.


saya bukan apa...ramai nak saudara yang akan menempuh SPM subjek sains matematic dalam English.

kasihalan kami wahai Dato' Seri Hisyamuddin Husin yang baik hati...percepetkan proses kembali ke BM...kita ni umat melayu jawi yang duduk di Tanah Melayu.


kalau Mat Kilau masih hidup dia mungkin nak SPM dalam BM sebab anak cucunya nak ambil SPM...


pensyarah saya masa di UPM adalah anak cucu Mat Kilau.
jika Hisyamuddin Husin Menteri Pelajaran dapat kembalikan BM dalam peperiksaan SPM ...rakyat pasti akan ingat jasa beliau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 10:39


Sebelum ni dah ada topik ni, saya pastekan pendapat saya di sini.

Ini Dr M kata semalam,

He said the amount of new knowledge was coming out "fast and furious" and Malaysians needed to grasp the knowledge, which were mostly in English.

"I hope I can stop the government from going back to using Bahasa Malaysia to teach Maths and Science but I am no more in power. We have to accept whatever the decision although it may not be that good for the country."

He said the reason that Malaysia lacked teachers to teach the two subjects in English should not be an excuse because teachers could be substituted by computer software, "which is better than teachers sometimes".

Memang tiada salahnya belajar apapun dalam BI. Tetapi layakkah semua murid itu belajar dan diajar dalam BI. Sejauh mana kemampuan mereka mencerna ilmu yang diajar jika mereka berfikir dalam BM?

Korea dan Jepun mampu melahirkan tamadun tinggi lebih baik daripada barat, pernahkah mereka dari peringkat permulaan (primary) diajar dalam BI. Mereka bertungkus lumus menterjemah semua ilmu asas ke dalam bahasa ibunda mereka. Ketika di peringkat pertengahan barulah mereka diperkenalkan dengan bahasa asing. Setahu saya bahasa asing langsung tidak termasuk dalam sukatan pelajaran diperingkat rendah. Mereka perlu belajar sendiri untuk menguasai bahasa asing.

Prasarana penterjemahan di Malaysia perlu lebih maju. Segala ilmu asas perlu diterjemahkan ke dalam BM. Itulah wawasan syarikat saya Intens Idea International S/B demi merealisasi idea bangsa.

Ada tak sesiapa yang nak jawab, meningkatkah penguasaan pelajar dalam BI setelah 6 tahun Matematik dan Sains diajar dalam BI? Atau siapa boleh jawab syarikat siapakah yang untung daripada arahan ini?

Saya boleh politikkan perkara ini sebab saya mempunyai asas yang kukuh bahawa PELAJAR TIDAK BEROLEH MANFAAT LANGSUNG DARIPADA PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BI, TETAPI PUSAT TUISYEN, SYARIKAT PENERBITAN TERTENTU DAN SYARIKAT YANG MENJALANKAN KURSUS kepada KEMENTERIAN PELAJARAN SAHAJA YANG MENDAPAT MANFAAT KEWANGAN.

Maaf sayang_semuanya latarbelakang kita tak serupa walaupun sebangsa. Anda mungkin membesar dalam suasana BI. Beruntung boleh berfikir dalam BI dan berupaya mencerna informasi dalam BI. Namun, 75% Melayu di Malaysia tidak sebegitu bertuah. Memang menguasai bahasa asing akan menempatkan kita lebih kehadapan, tetapi pendekatan yang lebih pragmatik harus dilakukan tanpa ada penyelewengan oleh ahli politik yang rakus.

Orang Islam perlu sedar bahawa mereka harus menguasai bahasa asing. Rasullullah sendiri menyarankan agar kita berdakwah melalui "bahasa mereka" agar ajaran Islam mudah diterima. Tetapi, belajar Matematik dan Sains dalam BI di peringkat rendah tidak dapat memenuhi sebarang matlamat ini. Mereka harus menguasai BI melalui pelajaran BI serta aktiviti kokurikulum yang berkesan. Latihan berkomunikasi dalam BI yang berterusan serta membudayakan komunikasi BI di sekolah. Saya rasa itu lebih berkesan dan tiada impak negatifnya. Di rumah mereka berkomunikasi dalam BM / bahasa ibunda mereka di sekolah dalam BI untuk selama 6 tahun mereka akan fasih. Selepas itu barulah boleh diajar dan belajar dalam BI.

Saya memerhatikan, bakal PM kita tidak begitu berkaliber apabila berbahasa Inggeris begitu juga Menteri Pelajaran. Pemilihan perkataan yang tidak tepat serta intonasi yang tidak jelas walaupun mereka terdidik dan membesar di luarnegara. Bagaimanakah 75% murid dapat memahami matapelajaran Matematik dan Sains dengan sempurna sedangkan mereka tidak langsung terdidik dalam BI?

Saya akui mantan PM Tun M memang jurucakap yang berkesan dan penguasaan BI yang boleh mendidik. Berjaya menyampaikan mesejnya dalam intonasi dan perkataan yang tepat dan seimbang. Berapa ramaikah guru BI, Mataematik dan Sains yang mempunyai karakter sedemikian? Kenapa tidak dipertingkatkan keupayaan pendidik hingga setinggi itu?

Wang yang telah dibelanjakan itu sepatutnya diberikan kepada semua pelajar IPT untuk mengambil tuisyen BI. Itu cadangan saya.


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 10:52


APA KITA BOLEH BUAT UNTUK TUKAR KEMBALI PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS KE BM?

Tolong beri cadangan.

Rapat umum? Bantahan beramai-ramai persatuan pelajar serentak dengan bantahan beramai-ramai pendukung BM? Kalau nak terjadi macam di Thailand jadilah! Asalkan dapat tukar. Cadangkan cepat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 27-11-08 10:58


nak buat macam mana sistem pendidikn Malaysia ni tak standard, tukar saja menteri lain, akan berlaku perubahan walaupun planning menteri yang sebelum tu tak tlaksana lagi... tapi yang pelik tu kebanyakan menteri2 malaysia ni hantar anak-anak mereka ke sekolah international... tak tahu lah Kenapa, maybe teruk sangat agaknya pendidikan negara kita ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-11-08 11:10


selesai anda di tingkatan 5 selepas SPM...cuba fikirkan

sudah berapa ayat Al Qur'an telah aku baca, hafal, faham amalkan

sudah berapa Hadis sahih yang telah aku hafal faham amalakan
sudah berapa doa yang telah aku hafal serta faham amalkan


sudah berapa Ulama' muktabar yang telah aku baca kisah hidupnya



sudah berapa kemahiran aku kuasai untuk bekerja by myself...



sudah berapa adab telah aku pelajari seperti adab berbicara sesama muslim adab muamalat...adab makan...adab dengan jiran


adab dalam berbahas

takkan bahas dibalas dengan penumbuk....

bagaimana adab nak berbahas menggunakan kalimah mantik yang tinggi seperti Pak Kiyai hamka
adakah aku sudah faham apa dia makna taqwa...

adakah aku sudah amalkan taqwa dalam hidup aku


bagaimana sifat mahmudah yang diletakkan dalam Taqwa
amanah...tanggungjawab ....


adakah aku masih suci dari tabiat merokok...


perlu aku bertaubat dari tabiat merokok...


adakah aku tahu berapa jumlah hadis...berapa hadis hassan sahih...berapa hadis gharib hassan


adakah aku sudah hafal sanad...matan hadis...
adakah aku sudah study syarah hadis...


dhaifnya aku...


cuma aku berterima kasih kepada mualim yang telah menyampian ilmu yang meletakkan aku pada landasan Islam...

hanya pandangan Insan Dhaif...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 27-11-08 16:49


kalau nak bincang pasal pengajaran sains dan math dalam bi ini.. semua pendapat yang diutarakan ada pro dan kontra nya.. tapi isu ni jadi isu politik yang dihangat kan.. apa lagi jadi panas lah.. masing-masing mengatakan dia saja yang betul..

tapi pada aku bukan sebab belajar dalam bahasa english itu hilangnya jati diri melayu.. mundurnya bahasa melayu.. kan bagus kalau boleh kuasai banyak bahasa.. terutamanya bahasa melayu, arab dan english ini..

ilmu islam yang terkenal dulu mereka ni cari ilmu sungguh-sungguh;.. kita hari ini cari ilmu harapkan disekolah saja.. pokok pangkalnya pada empunya diri itu sendiri.. kalau bersungguh2 semuanya jadi.. insyallah..

hari ini kita lebih banyak bercakap dari berbuat.. dok cakap susah belajar dalam BI.. tapi orang lain yang terus belajar terus maju kehadapan.. yang kita tak habis-habis dok bercakap.. akhirnya kat situ juga.. tak kemana pun pergi nya.. kalau kita nak berjaya macam-macam usaha kita akan buat..

apa pun pada saya untuk kita terus maju dan mudah mendapat ilmu yang kita pelajari ada adabnya.. patuh lah pada adab itu insyallah Allah kan permudahkan.. patuh pada guru, berdoa sebelum belajar, bersungguh2 menutut ilmu, jaga makanan dan macam-macam lagi lah adab sebagai seorang pelajar ini..

apa pun tepuk dada tanya iman anda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-08 09:47


Jika kita lihat negara jepun...maju industrinya melalui bahasa jepun...ramai orang jepun yang kurang mahir english cuma mereka masih maju dalam teknologi...
sama dengan korea...mereka maju dalam teknologi walau mereka kurang mahir dalam english...


saya fikir baik ikut sistem lama yang mana kemahiran english banyak kemudahannya semasa belajar di U


semasa tingkatan 5...anak melayu kampung kurang kemudahan untuk menguasai English...


bukan saya tidak setuju dengan English cuma cara nak kuasainya timing nak kuasainya....


ada famili yang sejak usia 5 tahun sudah ajar anaknya dengan english...itu dia punya hal sebab dia lebih tahu akan hal anaknya


cuma pandangan saya masa kecil better di ajar bahasa Arab supaya faham isi Al Qur'an...bila remaja baru kuasai English


semua bergantung kepada didikan famili...


timing untuk kuasi English sehingga mahir pada saya adalah di U...masa itu...kebanyakan bahan rujukan di library adalah dalam English...masa itu siswa siswi akan bersungguh untuk kuasai english sebab ingin dapatkan ijazah


nak kuasai English tidak sukar jika asas tatabahasanya telah dikuasai di peringkat menengah...


dukacita anak melayu kampung ialah kurang kemudahan untuk menguasai english...adakalanya guru sainsnya sendiri kurang mahir english...



berlainan dengan umat cina...mereka ini hantar anak ke tuisyen...mereka bangga bila boleh speaking in english...

anak melayu kampung pula lebih best bila bicara dalam bahasa ibunda...

cuba speaking english...adalah member yang sindir...

lain padang laian belalang...
kita diskuss ini supaya peluang anak melayu masuk U tidak terjejas lantaran perlu menjawab subjek sains matematik di dalam English semasa level SPM...


saya sendiri mahir english semasa di U...


fikir timing yang sesuai...khuatir anak melayu tercicir dari peluang nak masuk U....


hal ini perlu ada kajian statistic oleh Prof U akan kajian penguasai english di kalangan anak melayu


respondence boleh kita ambil pelajar tingkatan 1 hingga 5. di banyak sekolah. pensempelan perlu melibatkan banyak murid sekolah dan banyak sekolah...do desa, kampung , pekan dan bandar...
jua ambil result SPM

buat analisa ..pakai SPSS.


sekurangnya 20 percent dari populatiom murid sekolah sebagai persempelan...


analisa.
diskussion
kesimpulan...


dengan data statistic ini boleh memberu hujjah akan kewajaran subjek sains dan matematik perlu dijawab dalam BM di level SPM...



saya hanya khuatir anak melayu remaja di kampung...kerana kurangnya penguasai English akan menjejaskan peluang mereka untuk belajar di U...sedangkan mereka ini pada hakikatnya tahu akan sains....cuma sukar untuk jawab dalam periksa SPM kerana medium English.



masa saya SPM subjek fizik kimia biologi masih dalam BM...21 tahun lalu di sekolah berasrama penuh...itu pun terketar saya nak menjawabnya..

Alhamdulillah dengan result 15 aggregate saya further study di UPM...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 10:23


Betul tu Jaei, memang tak dinafikan menguasai bahasa Asing terutamanya English itu juga penting. Memang setakat belajar Matematik dan sains tu tak akan melunturkan jati diri bangsa.

Apakah matlamat pembelajaran matematik dan sains dalam BI ni? Tercapaikah matlamat itu?

Satu ujian yang saya jalankan kepada murid darjah 4, 5 dan 6. Anda pun boleh melakukannya.

Tunjukkan gambar ayam, lembu dan ikan. Tanpa bertanyakan kepada pelajar itu apakah perkataan yang keluar daripada mulut mereka.

Tidak ada di antara mereka yang menjawab; Chicken, cow dan fish.

Samalah saya tuliskan 1 hingga 10. Mereka terus teriak

Satu, dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh, mengapa mereka tidak sebut one two three four....

Sebab mereka sentiasa berfikir dalam BM. Jika mereka nampak data, otak mereka mentafsirkan dalam BM kemudian baharulah menterjemahkannya dalam BI. Maaf cakap ya, cikgunya pun sama keadaannya.

Maksudnya, mereka masih menghadkan penggunaan BI itu dalam keadaan yang terhad sahaja. Maka tidak akan berhasillah matlamat yang hendak dicapai melalui sistem ini.

Terdapat banyak cara yang lebih mudah dan murah untuk membudayakan BI di sekolah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 10:38


Ini masalah bahasa di malaysia,
jika terjemahan bahasa Inggeris (dalam bidang teknologi termasuklah sains dan matematik) tidak dibuat.. macam mana nak jadi jepun... pakar-pakar bahasanya terjemahkan dengan begitu banyak sekali..
jadi tiada masalah untuk rujukan..
bahasa melayu pun jadi bahasa antarabangsa ketika dahulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-08 11:02


dewan bahasa telah menterjemahkan banyak buku english ke BM sejak merdeka kita sudah mula menterjemah english ke BM bagi tujuan untuk meningkatkan teknologi di negara ini...telah banyak duit di belanjakan untuk terjemahan ini...kita ada institute terjemahan negara...


prof di negara ini terutama di UKM telah menghasilkan banyak kajian serta terjemahan perkataan english ke kalimah BM...


tiba-tiba cet det telah menukarkannya...sama dengan cet det menukarkan masa di Sabah...nak disamakan dengan masa di semenanjung. walhal hakikat sebenar masa adalah bergantung kepada pergerakan pusingan bumi di atas paksinya....

cet det tak tahu akan hal tersebut atau dia nak seragamkan masa....


beza setiap degree di garisan lajur adalah 25 minit....

cet det telah seragamkan masa di Sabah dengan masa di Semenajung wal hal ikut pusingan gerakan bumi di paksi ada perbezaan penerimaan matahari...
sabah akan terima dulu matahari...kemudian bari semenanjung terima cahaya matahari setiap hari....

tiba tiba tahun 1985 (seingat saya) cet det seragamakan masa semenanjung dan sabah...wal hal hakikatnya sabah dulu terima pancaran matahari setiap hari....


cet det lah penyebab anak melayu kampung terkejut kerana terpaksa jawab SPM dalam English...belajar di tingkatan 4, 5 dalam english untuk subjek fizik ,kimia, biologi...
soalnya adakah timing usia remaja pada 16, 17 tahun sudah bersedia untuk menerima pembelajaran sains dalam English....


jika ikut di zaman saya kira 21 tahun lalu saya belajar fizik saya dapat C3 kimia saya dapat C4 biologi saya dapat C3 dalam BM...


Alhamdulillah
memang masa tu saya tak berapa mahir english saya dapat C5 untuk subjek english


metematik saya dapat A2...


saya nak kisahkan masa saya belajar di tingkatan 5 di Kisas. dulunya KIK


saya setuju sekiranya english di rancakkan penggunaan di U demi untuk beri peluang anak melayu kampung dapat masuk U...


sebab saya lihat anak melayu kampung kurang penguasaan english ketika usia 16, 17 tahun level form 4, form 5...
nak temu buku cerita novel dalam english...memang tak ada.

mak abah kerja petani, penoreh getah, penaman padi

maka ramai yang menjurus ke bidang pengajian islam dan bahasa arab...atau sastera....


sedangkan bidang pekerjaan di bidang sastera terhad...


maka peluang untuk further study di U akan terhad untuk anak melayu kampung...
panahpena telah buat ujian ringkas di kelas dimana muridnya adalah anak melayu.


cuma buat ujian di sekolah methodish, satu Thomas, satu anderson atau saint...


bila di tunjuk gambar rumah...murid akan spontan jawab...house


meraka yang terdiri dari anak cina...anak melayu yang bapa mereka yang berkerja doktor, lawyer...dengan mudah menyebut setiap gambar di dalam english...

mereka ini memang mahir english walaupun usia baru 7 tahun darjah satu


mean lain padang lain belalang
...
cuma nasihat saya kepada murid melayu di form 4, form 5...jika english jadi medium di level SPM..anda perlulah tingkatkan usaha untuk mahir english...


cuma hairan Kenapa murid melayu diusia 15,16,17 tak minat nak belajar english...disuruh belajar buat tak reti...cikgu yang lebih usaha dari pelajar sendiri...


di suruh banyak kali suruh baca buku english di musim citu sekolah...buat tak reti...nak tengok kamus tak rajin...


sebenarnya kesedaran dalam diri yang utama dalam nak kuasai bahasa...

hanya pandangan Insan dhaif...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 11:03


Maaf saudara panahpena... Secara profesionalnya saya tidak bersetuju dengan
saudara... Bak kata nenek moyang kita lebih beratus-ratus tahun dahulu "Nak
seribu daya, tak nak seribu dalih." Itulah yang saya pegang, dikatakan oleh
orang Melayu sendiri pepatah itu... Kalau dilihat pembelajaran yang berkaitan
dalam Matematik dan Sains di universiti, sama ada dalam jurusan kejuruteraan,
perubatan, farmasi, kimia, fizik, bioteknologi, biokimia, virologi dan
lain-lain lagi hampir semuanya menggunakan English hatta di peringkat
matrikulasi pun (saya tidak tahu bagaimana dengan Tingkatan Enam kerana saya
memang tidak mengikutinya-Im from matriculation)... Ketika saya di matrix dan
tahun pertama ijazah, ramai pelajar Melayu dalam jurusan tersebut terkinja-kinja
dan tergagap-gagap untuk menguasai subject mereka dan apa yang mereka lakukan,
termasuk saya sendiri??? Kami berusaha belajar dan korbankan tidur, sangat-sangat
korbankan tidur dan bersengkang mata semata-mata untuk menguasai bidang kami
dan bersepah-sepah lecture note dibaca... The students must have strong command in
English language to acquire knowledge and adapt to the global environment...

Katakan esoknya presentation, adakah
kami mahu memalukan dan mengaibkan pelajar Melayu di hadapan bangsa Cina dan
India dengan present secara terkinja-kinja dan tergagap-gagap sedangkan
sudah belajar English dari Darjah Satu--Enam (six years) dan Tingkatan Satu--
Lima (five years)... Eleven years learning English!!! Sebelas tahun!!! Saya pernah
disoal, katakan selama sebelas tahun belajar Bahasa Arab, takkanlah masih
terkinja-kinja? Saya ulang, peluang yang kita dapat sebelum berumur 18 tahun
adalah 11 tahun mempelajari English... Saya sendiri menyesal kerana tidak benar-
benar memanfaatkan tempoh tersebut... Sebab itu saya ulang, hendak seribu daya,
tak nak seribu dalih... Saya sendiri bekerja dalam bidang swasta dan interview
dengan company Melayu sendiri pun menggunakan English... Usah cerita lagilah
kalau Chinese company... Maka terpulanglah sama ada untuk berusaha hidup dalam real
working environment especially in private companies dengan mempelajari bahasa
lain terutamanya English ataupun masih mahu di takuk sendiri... Itu terpulang...

p/s: Bapa saya sendiri adalah guru Sains dan saya sendiri melihat daya usahanya
sendiri untuk menguasai cara pengajaran dalam English... Pun seribu daya juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-08 11:12


memang nowaday..english diguna secara meluas terutama company swasta...surat ditulis dalam english...

interview dalam english...


sebenarnya masa 11 tahun dari darjah satu sehingga form 5 adalah masa untuk belajar english terutama tatabahasanya...
dukacita anak melayu kampung kurang minat nak belajar english...


bila kwan mula speaking..ada member yang cuba ejek...
berlaian dengan ore eropah sendiri...jika kita speaking...mereka suka...tiada ejekan langsung seperti yang selalu dikatakan oleh pelajar melayu sesama sendiri...


saya ni ore kelate...sebelum nak capai te tahap ini...banyak usaha dilakukan untuk mahir dalam english...


pernah disindir pada 21 tahun lalu oleh sahat...mu kecek english bunyi kelate...


dia jua yang nasihat supaya saya rajin lihat kamus english melayu pada 21 tahun lalu
dengarnya dia berjaya jadi doktor lulusan UM...memang dia pelajar cemerlang...


saya memang kurang mahir ketika diusia 16 tahun...jika tak tahu saya selalu bertanyakawan yang mahir english...sebab dia banyak hafal perkataan english...


akhirnya saya ambil usaha untuk hafal perkataan english...selalu rujuk kamus...


usaha adalah penting untuk kuasai bahasa english....bahasa arab....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 15:53


Pada 20-11-06 09:47 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

kasihan anak melayu, sains, matematik English ketinggalan, jika dulu english saja yang sukar nak mahir, ni dah tambah dua lagi kesukaran nak faham yakni sains serta matematik. setahu saya jepun belajar sains, matematik, teknologi ikut bahasa jepun, maju juga bangsa jepun.


sokong2....adik ana sendiri pun hadapi masalah yang sama...dulu hantar tuisyen BI saja tapi sekarang nak tambah 2 subjek lagi lah nampaknya iaitu Matematik dan sains.....

Jepun tak mengutamakan BI sangat kan?? tapi maju jugak bangsa Jepun ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 15:56


Pada 28-11-08 11:02 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

dewan bahasa telah menterjemahkan banyak buku english ke BM sejak merdeka kita sudah mula menterjemah english ke BM bagi tujuan untuk meningkatkan teknologi di negara ini...telah banyak duit di belanjakan untuk terjemahan ini...kita ada institute terjemahan negara...


prof di negara ini terutama di UKM telah menghasilkan banyak kajian serta terjemahan perkataan english ke kalimah BM...


tiba-tiba cet det telah menukarkannya...sama dengan cet det menukarkan masa di Sabah...nak disamakan dengan masa di semenanjung. walhal hakikat sebenar masa adalah bergantung kepada pergerakan pusingan bumi di atas paksinya....

cet det tak tahu akan hal tersebut atau dia nak seragamkan masa....


beza setiap degree di garisan lajur adalah 25 minit....

cet det telah seragamkan masa di Sabah dengan masa di Semenajung wal hal ikut pusingan gerakan bumi di paksi ada perbezaan penerimaan matahari...
sabah akan terima dulu matahari...kemudian bari semenanjung terima cahaya matahari setiap hari....

tiba tiba tahun 1985 (seingat saya) cet det seragamakan masa semenanjung dan sabah...wal hal hakikatnya sabah dulu terima pancaran matahari setiap hari....


cet det lah penyebab anak melayu kampung terkejut kerana terpaksa jawab SPM dalam English...belajar di tingkatan 4, 5 dalam english untuk subjek fizik ,kimia, biologi...
soalnya adakah timing usia remaja pada 16, 17 tahun sudah bersedia untuk menerima pembelajaran sains dalam English....


jika ikut di zaman saya kira 21 tahun lalu saya belajar fizik saya dapat C3 kimia saya dapat C4 biologi saya dapat C3 dalam BM...


Alhamdulillah
memang masa tu saya tak berapa mahir english saya dapat C5 untuk subjek english


metematik saya dapat A2...


saya nak kisahkan masa saya belajar di tingkatan 5 di Kisas. dulunya KIK


saya setuju sekiranya english di rancakkan penggunaan di U demi untuk beri peluang anak melayu kampung dapat masuk U...


sebab saya lihat anak melayu kampung kurang penguasaan english ketika usia 16, 17 tahun level form 4, form 5...
nak temu buku cerita novel dalam english...memang tak ada.

mak abah kerja petani, penoreh getah, penaman padi

maka ramai yang menjurus ke bidang pengajian islam dan bahasa arab...atau sastera....


sedangkan bidang pekerjaan di bidang sastera terhad...


maka peluang untuk further study di U akan terhad untuk anak melayu kampung...
panahpena telah buat ujian ringkas di kelas dimana muridnya adalah anak melayu.


cuma buat ujian di sekolah methodish, satu Thomas, satu anderson atau saint...


bila di tunjuk gambar rumah...murid akan spontan jawab...house


meraka yang terdiri dari anak cina...anak melayu yang bapa mereka yang berkerja doktor, lawyer...dengan mudah menyebut setiap gambar di dalam english...

mereka ini memang mahir english walaupun usia baru 7 tahun darjah satu


mean lain padang lain belalang
...
cuma nasihat saya kepada murid melayu di form 4, form 5...jika english jadi medium di level SPM..anda perlulah tingkatkan usaha untuk mahir english...


cuma hairan Kenapa murid melayu diusia 15,16,17 tak minat nak belajar english...disuruh belajar buat tak reti...cikgu yang lebih usaha dari pelajar sendiri...


di suruh banyak kali suruh baca buku english di musim citu sekolah...buat tak reti...nak tengok kamus tak rajin...


sebenarnya kesedaran dalam diri yang utama dalam nak kuasai bahasa...

hanya pandangan Insan dhaif...


maaf saudara, sebenarnya terjemahan tersebut kurang, bagi buku-buku rujukan tinggi, kita sebenarnya tertinggal jauh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 16:00


tak silap saya.. bila subjek ni ditukar kepada bahasa inggeris, gred untuk subjek pun jatuh.. tidak ada kualiti lagi.. memang lah dr segi kelulusan tu lulus tapi kualiti tak ada..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-08 17:11


by: Jue_Effendy

!!! QUOTE !!!


sokong2....adik ana sendiri pun hadapi masalah yang sama...dulu hantar
tuisyen BI saja tapi sekarang nak tambah 2 subjek lagi lah nampaknya iaitu
Matematik dan sains.....

Jepun tak mengutamakan BI sangat kan?? tapi maju jugak bangsa Jepun ni....

Puan Jue_Effendy yang dimuliakan,
Sebab itu saya katakan dalam posting saya di atas nak seribu daya tak nak
seribu dalih... Ada usaha ada hasilnya... Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit...
Itu maksud saya... Belakang parang lagikan diasah pasti tajam hulunya.

!!! QUOTE !!!


Ketika saya di matrix dan
tahun pertama ijazah, ramai pelajar Melayu dalam jurusan tersebut terkinja-kinja
dan tergagap-gagap untuk menguasai subject mereka dan apa yang mereka lakukan,
termasuk saya sendiri??? Kami berusaha belajar dan korbankan tidur, sangat-sangat
korbankan tidur dan bersengkang mata semata-mata untuk menguasai bidang kami
dan bersepah-sepah lecture note dibaca...

Tunku Abdul Rahman sendiri berjalan kaki ke sekolah sejauh 2KM (equal to 2000
meters) dan bercahayakan lampu minyak tanah lagikan boleh mengadapatasi suasana
pembelajaran yang lagi sukar, inikan pula kita yang bolehlah yang nak dikatakan
ada meja, kerusi, bilik bacaan, buku teks percuma, buku rujukan dan lain-lain
lagi tidak boleh melakukannya...

Yaa... Saya lihat Puan mahu membandingkan bangsa kita dengan Jepun. Puan, mereka
itu dibandingkan dengan mentaliti kita jauh bezanya... Sebagai contoh, beza quality
assurance and quality management bagi giant companies seperti Honda, Toyota,
Nissan, Mitsubishi dan sebagainya adalah jauh lebih gah dari Proton dan Perodua...
Ketika Perang Dunia Kedua (World War II) pun engineers Jepun sudah menghasilkan
kereta kebal (the tanks) sendiri seperti Type 87 Chi-I medium tank, Type 89 Chi-Ro
medium tank dan Type 95 Ha-Go light tank... The Japanese are sharp, precise,
harworking, highly-capable dan berminda lebih pandangan luas dari rakyat negara kita
ini... Setakat parking lot pun, mereka sudah ada parking lot robotik yang bertingkat-
tingkat selain amat mementingkan kebersihan dan service quality dalam sesuatu
perniagaan atau urusan... Sebab itulah mereka langsung, dan tak hairan langsung
dan bertambah-tambah tak hairan dengan bahasa lain. Kita niie nak belajar dari yang
lain, sebab itulah jangan disombong-sombongkan langsung tak mahu belajar bahasa luar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-12-08 12:19


Saya setuju...dengan usaha gigih..InsyaAllah pasti berjaya kuasai english...cuma dukacita...usaha selalu kurang dikalangan pelajar melayu...mungkin tiada kesedaran...


akan kepentingan bahasa english di zaman ini...


Usaha ...pasti berjaya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 14:20


Pada 28-11-08 17:11 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

by: Jue_Effendy

!!! QUOTE !!!


sokong2....adik ana sendiri pun hadapi masalah yang sama...dulu hantar
tuisyen BI saja tapi sekarang nak tambah 2 subjek lagi lah nampaknya iaitu
Matematik dan sains.....

Jepun tak mengutamakan BI sangat kan?? tapi maju jugak bangsa Jepun ni....

Puan Jue_Effendy yang dimuliakan,
Sebab itu saya katakan dalam posting saya di atas nak seribu daya tak nak
seribu dalih... Ada usaha ada hasilnya... Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit...
Itu maksud saya... Belakang parang lagikan diasah pasti tajam hulunya.

!!! QUOTE !!!


Ketika saya di matrix dan
tahun pertama ijazah, ramai pelajar Melayu dalam jurusan tersebut terkinja-kinja
dan tergagap-gagap untuk menguasai subject mereka dan apa yang mereka lakukan,
termasuk saya sendiri??? Kami berusaha belajar dan korbankan tidur, sangat-sangat
korbankan tidur dan bersengkang mata semata-mata untuk menguasai bidang kami
dan bersepah-sepah lecture note dibaca...

Tunku Abdul Rahman sendiri berjalan kaki ke sekolah sejauh 2KM (equal to 2000
meters) dan bercahayakan lampu minyak tanah lagikan boleh mengadapatasi suasana
pembelajaran yang lagi sukar, inikan pula kita yang bolehlah yang nak dikatakan
ada meja, kerusi, bilik bacaan, buku teks percuma, buku rujukan dan lain-lain
lagi tidak boleh melakukannya...

Yaa... Saya lihat Puan mahu membandingkan bangsa kita dengan Jepun. Puan, mereka
itu dibandingkan dengan mentaliti kita jauh bezanya... Sebagai contoh, beza quality
assurance and quality management bagi giant companies seperti Honda, Toyota,
Nissan, Mitsubishi dan sebagainya adalah jauh lebih gah dari Proton dan Perodua...
Ketika Perang Dunia Kedua (World War II) pun engineers Jepun sudah menghasilkan
kereta kebal (the tanks) sendiri seperti Type 87 Chi-I medium tank, Type 89 Chi-Ro
medium tank dan Type 95 Ha-Go light tank... The Japanese are sharp, precise,
harworking, highly-capable dan berminda lebih pandangan luas dari rakyat negara kita
ini... Setakat parking lot pun, mereka sudah ada parking lot robotik yang bertingkat-
tingkat selain amat mementingkan kebersihan dan service quality dalam sesuatu
perniagaan atau urusan... Sebab itulah mereka langsung, dan tak hairan langsung
dan bertambah-tambah tak hairan dengan bahasa lain. Kita niie nak belajar dari yang
lain, sebab itulah jangan disombong-sombongkan langsung tak mahu belajar bahasa luar...



saudara Owl_UM yang di hormati...terima kasih atas teguran dan nasihat saudara, bukan maksud ana langsung tak mahu belajar bahasa luar, memang BI ni merupakan satu cabang ilmu
dan menuntut ilmu itu amat dititikberatkan dalam agama....sebab tu lah ana hantar adik2 ke tuisyen BI, Maths & sains supaya mereka dapat menguasai mata pelajaran ni dengan lebih baik setelah di ajar dalam BI....apa yang ana sokong tentang pernyataan saudara saifuddin ialah berkaitan dengan bangsa Jepun yang sangat maju tanpa perlu meguasai bahasa inggeris....dan
terima kasih atas penjelasan dan info saudara di atas berkaitan dengan bangsa Jepun secara lojiknya tentang tahap kemajuan bangsa mereka berbanding kita di malaysia....
Syukran....
:bunga: :bunga:


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 15:36


Ya betul pendapat kamu owl_UM. Tak pernah pula saya perlekehkan kepentingan bahasa asing terutama BI. Maka sebab itu saya beri cadangan penguasaannya perlu diselaraskan lebih komprehensif agar mereka selesa dengan BI itu.
Dengan perlaksanaan pembelajaran dalam BI ketika 75% pelajar dan pendidik tidak menguasainya adalah terlalu sukar untuk memenuhi matlamat malah mungkin memudaratkan pelajar.
Mempelajari bahasa itu mesti berperingkat-peringkat. BI dalam pembelajaran adalah di peringkat 'intermediatary level'. Di sekolah rendah, berapa peratus pelajar yang berada ditahap itu? Maka di sekolah rendah kita kayakan pelajar dengan BI melalui sistem perbualan dan pelajaran tubi. Ia dapat menggalakkan mereka berusaha lebih jitu dan membentuk minat yang lebih mendalam kepada penguasaan BI mereka.
Setelah mereka selesa selama 6 tahun bertutur dan saling menggunakan BI, barulah mereka itu boleh diajar dalam BI. Nak ajar apapun dalam BI ajarlah. Tetapi mereka harus tahu asasnya dalam bahasa ibunda mereka dahulu di peringkat rendah.
Cukupkah belajar BI di 'kindergarten' selama setahun dan ketika di rumah bertutur dalam bahasa ibunda mereka mampu melahirkan tahap 'intermediatary' dalam BI ketika di darjah satu?

Apa yang saya dapat perhatikan ialah BM saja yang telah diperlekehkan dengan kata-kata 'bahasa mundur' 'ketinggalan zaman' dan 'bukan bahasa kemajuan'. Dan yang sedih sekali 'kita tidak boleh kehadapan jika kita tidak menguasai BI' DS Najib.

Nak kata orang German dan Peranchis tu lagi lah taksub dengan bahasa ibunda mereka hinggakan jika ada yang gunakan bahasa inggeris akan dipulau lagi.

Di Peranchis, jika kita tak tahu French lebih baik guna bahasa isyarat daripada BI, kerena mereka tidak akan layan kita jika guna BI. Kebanyakkan kedai lah tak semua. Eh bukan ke kerajaan Malaysia beli kapal selam di Peranchisssssssss..... jeng jeng jeng!

Walaupun pendirian mereka terhadap BI sebegitu jumud, tetapi mereka boleh menghasilkan teknologi tinggi dalam segala bidang. German, Peranchis, Korea dan Jepun yang mempunyai budaya terhadap penterjemahan yang tinggi. Mereka ajar anak-anak mereka melalui bahasa ibunda mereka, setelah besar baharulah mereka belajar sendiri BI. Tahap pencapaian BI orang Melayu sekarang lebih tinggi daripada mereka, tetapi pembangunan kita masih ditahap negara membangun. Bermakna BI bukanlah bahasa kemajuan. BI bukanlah bahasa ilmiah. BI bukanlah punca sesuatu bangsa maju. BI cuma sekadar bahasa komunikasi antarabangsa. Jika kita hendak lebih maju, adalah kita perlu belajar French, German, Korean dan Japanese?

Kita sibuk pandang ke timur, Kenapa tak belajar Math dan Science in Japanese? Tentunya Jepun mempunyai teknologi termaju ketika ini.

Untuk sebab yang tidak munasabah inilah saya bantah pembelajaran di peringkat rendah dalam bahasa asing. Ini semua diusahakan oleh orang yang rakus wang rakyat. Beban kepada rakyat yang perlu membayar tuisyen tambahan dia tak lihat. Di pusat tuisyen pula adakah Kementerian memantau pembelajaran mereka? Dalam bahasa apa dan bagaimana caranya? Terjemah dan ajar atau penyampaiannya juga dalam BI? Kenapa tak di selidik? Kenapa tiada perangkaannya?

Saya perhatikan jiran Tionghua saya tak pernah belajar di rumahnya dalam BI? Mereka membuat terjemahan dan penyampaian guru di sekolah lebih kepada Mandarin. Sampaikah matlamat Kementerian dalam agendanya?


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 15:45


Satu soalan... Tunku dulu jalan kaki ke sekolah? Anak Raja Kedah berjalan kaki sahaja ke sekolah? Setahu saya, Tunku adalah anak kepada isteri yang paling disukai oleh Sultan Abdul Hamid, Manjalara, anak pembesar Siam. Ada kisah disebalik kelahiran Tunku yang menjadikan dia terlalu istimewa kepada Sultan walaupun dia di antara berpuluh anak sultan itu.

Kalau tiada kenderaan tentu dia diusung pergi dan balik...?


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 16:01


salam'alaik..
sekadar pendapat diri yang daif..
tak salah belajar bahasa luar..digalakkan sebab senang kita nak bina hubungan dan rapatkan silaturahim..malahan bahasa juga salah satu cara untuk kita dekati mad'u yang pelbagai..
NAMUN..
harus diingat..kita punya identiti tersendiri..bahasa melayu wajib dimartabatkan..
kepada sahabat-sahabat sekalian, kalau bagi 'posting' pun tolong lah jangan rojakkan bahasa melayu dan bahasa inggeris..
cintailah bahasa kita..
kalau bukan kita sendiri yang nak pertahankan bahasa melayu, siapa lagi yang nak pertahankan..
wallahu'alam



Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 17:17


owl_UM...
"hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" yang hendak untuk apa dan siapa yang berdalih?

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

baraq
Warga Rasmi
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35996
Posting: 17
Dari: skudai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-08 20:38


assalamualaikum
saya nak kongsi pendapat..
pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris memang bagus..
sebab, terlalu banyak reference book and 'kitab2' pasal sains dan math dalam BI..
especially kat U nanti..
there are so much terms in this field that cannot be translated into malay words..
kalau translate pun macam tak sesuai saja..
tapi, mula-mula sekali penguasaan bahasa inggeris tu sendiri kena dimantapkan dulu..
then, barulah student senang-senang saja nak apply english untuk math and sains..


*sorry for mixing malay and english, just nak sesuaikan dengan tajuk..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For baraqProfil   Hantar PM kepada baraq   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-12-08 22:44


pendapat peribadi naruto-san:

1. pengajaran sains dan matematik dalam english adalah KURANG TEPAT. sepatutnya syllabus bahasa inggeris di sekolah yang patut dirombak. cikgu2 bahasa inggeris di sekolah perlu dilatih di luar negara seperti di UK, US, australia, new zealand dan canada supaya SLANG bahasa inggeris mereka betul-betul seperti british people....bukan slang macam english-malaysia or english-cina-india slang.

2. orang2 perancis kalau cakap inggeris betul-betul guna slang macam british people. hampir kesemua orang belgium boleh bercakap dalam bahasa inggeris guna slang orang2 british. orang holland cakap inggeris guna slang english yang betul. orang2 cina dari tanah besar china cakap inggeris guna slang yang betul iaitu slang orang2 british....(yang cakap pelat cina-english itu hanya kat hongkong, taipei and malaysia)....orang2 jepun yang betul-betul belajar english slang mereka seperti british people.

3. negara2 kat atas semuanya mengekalkan pengajaran mata pelajaran di sekolah dalam bahasa ibunda mereka. tidak pun ditukar kepada inggeris. sebab mereka tahu dan sedar yang sains dan matematik TIADA KENA MENGENA langsung dengan bahasa inggeris......dan sememangnya bahasa tiada kena mengena dengan sains dan matematik.

4. ditekankan sekali lagi....syllabus bahasa inggeris lah yang patut dirombak...perlu diperbanyakkan latihan percakapan dari teori grammer semata-mata.....guru2 bahasa inggeris perlu kreatif dalam menceria dan meningkatkan suasana belajar bahasa inggeris dalam kelas supaya tidak bosan.....perlu ditekankan unsur IMITATION dalam belajar apa-apa subjek bahasa supaya SLANG BAHASA tersebut betul-betul ikut orang asal yang bercakap bahasa berkenaan.

p/s: budak-budak malaysia yang belajar aviation kat moscow aviation institute (MAI) & national aviation university, ukraine....terpaksa belajar dalam bahasa rusia....Kenapa MAI tak ubah syllabus pengajaran kepada english JIKA BETUL sains dan matematik adalah MILIK bahasa inggeris???

p/s ke-2: daripada mengajar sains dan matematik dalam english....rasanya better diajar dalam bahasa jepun saja....sebab jepun memang superb advanced dalam sains, matematik dan teknology....mengalahkan orang putih....or ajar sains dan matematik dalam bahasa german sebab automotive technology di german adalah yang paling hebat di dunia....or mengajar sains dan matematik dalam bahasa dutch....sebab orang2 holland paling hebat dalam civil technology lebih-lebih lagi dalam pembinaan empangan.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 00:05


salam'alaik...
sedikit tambahan..
bila mana keadaan memerlukan kita berbahasa inggeris..
maka tak salah berbahsa inggeris andai itu perantara yang boleh memudahkan komunikasi dengan PELANCONG ASING dan yang sewaktu dengannya...
ramai saja sahabat-sahabat dan kawan-kawan saya yang belajar dalam bahasa inggeris (walaupun uia)
tapi ketika berbahasa inggeris,memang mantap..

agak setuju dengan pandangan naruto-san..
pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris ketika sekolah wajar dimansuhkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-12-08 09:45


pada saya slang tak jadi hal...yang utama ilmu sampai kepada murid...


japan+english=japlish


hal slang brittuish ke amerika ke...itu soal kecil...
yang utama ilmu sampai kepada murid...

jikalah disebabkan english...maka murid tak faham konsep bagaimana kapal selam berfungsi...maka tak berfaedah jua...

lebih baik cikgu yang mahir jelaskan konsep bagaimana kapal selam berfungsi in BM...



yang penting ilmu dapat disebarkan kepada rakyat...baru hilang kejahilan di kalangan penduduk negara...



seperti konsep Allahu Wahidul Qahhar...

Allah is ONEness


Allah Satu...Allah Esa...


yang Utama ilmu dapat disebarkan

memang saya setuju English sebagai bahasa communication.
sebab di pakai di merata tempat...


jika kita pergi study di University Yaman...pelajaran Sains diajar dalam bahasa Arab sehingga semua nama planet di sebut dalam Bahasa Arab...


di zaman Baghdad cemerlang tamadunnya...ilmu ditulis dalam bahasa Arab...


dizaman tersebut bateri sudah diciptakan...


sedangkan negara Amerika yang kita katakan maju ialah sebuah negara yang baru muncul 200 tahun lalu...bukannya suatu tempoh yang lama...
slang brittish di antara negeri di united kingdom jua berbeza... di Hull Utara..slang lain jika di bandingkan di Bristol bahagian selatan

maka slang tak menjadi hal yang besar...


Jepun yang utamakan bahasa ibundanya lebih maju dari UK di sudut teknologi...


perlu diingat United Kingdom sudah menjadi negara maju sekitar tahun 1970an lagi...


kita semasa tahun 1970an..kita dah tahu kan...
cuma Alhamdulillah nowaday. negara kita sudah hampir menyamai UK dari sudut kemudahan infrastruktur...


kemudahan sudah banyak di negara ini...

Alhamdulillah...kita cuma perlu tingkatkan penghayatan kita dalam Islam serta pembangunan Insan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 11:52


Saya terjumpa kenyataan parlimen dan komen orang kuat dalam industri penerbitan di Malaysia.

Mula:
Friday, May 16, 2008
Laporan dari Parlimen: kos Pelaksanaan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik
Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail, dalam parlimen hari ini telah memperincikan jumlah perbelanjaan bagi melaksanakan dasar mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Mengapakah Timbalan Menteri itu tidak mahu mendedahkan nama syarikat yang diberi kontrak bernilai RM2.1 bilion itu? Kepada siapakah beliau takut? Kepentingan siapakah yang beliau lindungi?


Kita mendesak Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Hishamuddin Tun Hussein, supaya segera memberitahu nama syarikat itu kepada rakyat Malaysia yang membayar cukai.

Berikut adalah butiran yang diterangkan oleh Timbalan Menteri.

(i) Perbekalan peralatan dan perkakasan ICT = RM2.1 billion (Timbalan Menteri itu enggan memberitahu syarikat yang mendapat kontrak tersebut).


(ii) Perbelanjaan ICT = RM2.4 juta

(iii) Latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris kepada guru-guru = RM317 juta

(iv) Elaun tambahan kepada guru-guru yang sanggup mengajar M&S dalam bahasa Inggeris = RM638 juta

Tamat:

Ini pula perangkaan rasmi dari portal EMiS, Kementerian Pelajaran.
Data seperti pada 30 Jun 2008)

Jumlah sekolah rendah di Malaysia 7644.    

Bilangan Murid (Enrolmen)
S. Rendah     3,153,027
S. Menengah 2,311,724

Jumlah         5,464,751

Bilangan Guru
                    Rendah     Menengah
L                 65,626        52,754
P             145,286     106,262

Jumlah         118,380     251,548


Saya yang terlibat dalam industri buku negara menganggarkan:

Jika harga pasaran buku untuk kedua2 M&S RM30(anggaran maksima)
kos penerbitan buku untuk 6 tahun (th1 hingga th6 = 3,153,027 pelajar)
cuma RM94,590,810.00.

Peralatan ICT apakah yang diperlukan untuk M&S hingga menjangkau RM2.1b? Ada lebih RM2b lagi tu?

Itu satu isu. Yang berikut isu lain berkenaan tajuk yang sama.

Mula:
Tuesday, December 02, 2008
Isu PPSMI: Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran (KPM) Tidak Membaca Laporan Penyelidikan Saintifik
Di bawah adalah hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Ratnawati Mohd. Asraf dan Prof. Dr. Ismail Sheikh Ahmad dari UIA. Penyelidikan beliau dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah skim IRPA (Intensification of Research in Priority Areas). Laporan kajian ini terbit dalam jurnal Reading in Foreign Language Vol. 15, No.2, Oct. 2003.

The issue of English proficiency has always been of concern among Malaysian teachers, academics, and Ministry of Education officials because students' lack of proficiency in English deprives them of the opportunities open to those who are able to use the language well. This is especially so for rural school students, whose failure rate in national standardized English examinations is twice that of their urban counterparts. Many rural school students have difficulty understanding English, and few are able to use English in simple conversation.

Terjemahan: Isu penguasaan bahasa Inggeris sentiasa menimbulkan keprihatinan guru-guru, ahli akademik dan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana penguasaan rendah (pelajar luar bandar) menyebabkan mereka terhalang daripada mendapat peluang-peluang yang yang dinikmati oleh pelajar-pelajar yang pandai bahasa itu. Situasi ini lebih nyata bagi pelajar-pelajar luar bandar, di mana kadar kegagalan mereka dalam peperiksaan peringkat nasional adalah 2 kali lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar dalam bandar. Banyak pelajar luar bandar tidak faham bahasa Inggeris, malah sangat sedikit yang dapat bercakap dalam bahasa Inggeris.

Tamat.

Bacalah dan fahamilah. Kalau ada yang berkata 'hendak seribu daya', memang benarlah perkataanmu, yang hendak menipu tu dah berjaya menyalurkan sebegitu banyak dana rakyat kepada...? masih mencari siapa dalangnya.


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-08 12:04


Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


Nota: Bagi pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah doa setiap kali selepas terbaca nama 'Nabi Muhammad'.

Isu PPSMI: KPM Menentang Strategi Linguistik Nabi Muhammad
Nabi Isa lahir di Baitul Laham (Bethlehem) di Palestina. Pada waktu itu Palestina barada di bawah jajahan kuasa tentera dan kuasa politik bangsa Romawi, yang masih belum masuk Kristian, sebaliknya masih pagan.

Nabi Muhammad pula lahir sekitar 600 tahun selepas Nabi Isa. Pada waktu beliau dilahirkan, bangsa Romawi sudah masuk Kristian. Hanya semenanjung al-Jazeerah, di mana terletaknya Mekah dan Madinah, yang masih belum dijajah oleh tentera Empayar Romawi.

Pada masa kelahiran Nabi Muhammad, kawasan yang sekarang dikenal sebagai Mesir, Iraq, Syria, Jordan, Lybia, Algeria, Morocco, Lubnan, Palestina, Bahrain, Kuwait, Turkey, dan seluruh Eropah Barat dan Eropah Timur sudah ditakluki oleh penjajah Rome.

Hanya bangsa Parsi (Iran) sahaja yang masih dapat mempertahankan tanah air mereka daripada ditakluki oleh tentera Rome. Semasa Nabi Muhammad hidup, dua kali Rome memerangi Parsi bagi menaklukinya. Kali pertama Parsi menang, kali kedua Rome menang.

Selepas Nabi Muhammad pindah ke Madinah, beliau berperang menentang percubaan tentera Romawi Kristian mahu memerangi orang-orang Islam di Madinah dan seterusnya menakluki Mekah dan seluruh semenanjung al-Jazeerah. Perang dahsyat itu (yang melahirkan Khalid bin Walid) berlaku di Muktah, kini sebuah bandar di Jordan di mana banyak pelajar Malaysia sedang menuntut di Universiti Muktah.

Nabi Muhammad hidup semasa Empayar Romawi adalah kuasa dunia. Bangsa Romawi adalah bangsa yang paling maju, paling kaya, paling berilmu. Bahasa Latin adalah bahasa dunia, bahasa yang paling besar kepustakaannya. Dalam buku-buku bahasa Latin terkandung segala ilmu-ilmu dunia yang menjadikan bangsa Romawi bangsa paling berkuasa di dunia.

Namun, dalam mendepani ancaman kuasa dunia bangsa Romawi, Nabi Muhammad tidak menggunakan strategi yang berdasarkan keyakinan: "Supaya kita dapat bersaing dengan bangsa Romawi, kita mesti menguasai sampai fasih bahasa Latin."

Nabi Muhammad tidak pernah belajar bahasa Latin, iaitu bahasa Empayar Romawi. Beliau membangunkan kuasa ketenteraan dan politik bangsa Arab dengan menggunakan bahasa Arab.

Terbukti, dalam tempoh tidak sampai 50 tahun, tentera dan kuasa politik bangsa Arab telah dapat mengalahkan bangsa Romawi dan bahasa Latin, yang jauh, teramat jauh, lebih besar daripada bangsa dan bahasa Arab.

Dalam tempoh tidak sampai 100 tahun kemudian, bahasa Arab menjadi bahasa ilmu paling terkedepan di dunia, sehingga bahasa Latin terpaksa menterjemah ilmu-ilmu termaju daripada buku-buku Arab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-12-08 12:10


rural student memang akan menghadapi masalah untuk kuasai English


urban student akan kurang sedikit untuk mahir dalam english language...

apa hal jua ...kita perlu fikir pelajar kita untuk peluang memasuki IPTA


saya masih berpandangan better kita kembali di zaman 21 tahun lalu dimana sains dan matematik diajar dalam BM diperingkat SPM demi untuk membuka peluang pelajar kita masuk IPTA.


dulu saya ada kawan sebilik di Kolej Pendita Zaaba UPM matriculation yang dapat A1 untuk subjek matematik tambahan sedangkan dia dapat f9 untuk subjek english diperingkat SPM...

berasal dari Bukit Ibam negeri apa hal...
dengarnya dia dapat ijazah engineering di UPM pada 14 tahun lalu...dia


cuba fikir jika pelajar dikampung yang memiliki kekuatan mental arithemetik yang tinggi tetapi kurang mahir english...

apa akan jadi kepada pelajar ini akibat constraint untuk beliau kuasai english telah mengurangkan peluangnya untuk ke IPTA

cuba fikir nasib pelajar kampung kesan dari pengubahan pengajaran sains dan matematik dalam english.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 11:32


salam'alaik..
negara lain begitu tega mempertahankan bahasa masing-masing..tapi negara kita???

ayuhla teman-teman sekalian..
sain lah petinsyen kat laman web ni..

SELAMATKAN BAHASA MELAYU!!!
http://www.petitiononline.com/ppsmi08/petition.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 11:44


Kenapa ya Lina Mursyidah dah berubah ye? dulu tidak pula bersemangat sebegini.

Maaf off topik.

Yang merah itu saga, Yang lorek itu kendi, Yang indah itu bahasa, Yang elok itu budi, Orang berbudi kita berbahasa


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-12-08 12:30


Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Saghir Abdullah
PENULIS masih lagi membicarakan mengenai karya-karya Sheikh Ahmad al-Fathani. Sebelumnya penulis menyebut bahawa karya-karya beliau dibahagikan kepada tiga.

Bentuk pertama iaitu tulisan-tulisan beliau dalam bahasa Arab telah dibicarakan. Maka dilanjutkan pula tentang bentuk-bentuk lainnya, iaitu:

1. Tulisan dalam bahasa Melayu

2. Kitab-kitab yang ditashhihnya, terdiri pula kepada dua bahagian iaitu dalam bahasa Arab dan dalam bahasa Melayu.

Tulisan dalam Bahasa Melayu

1. Nazham Nuril Anam, diselesaikan penulisannya pada hari Rabu, 15 Syaaban 1287 H/10 November 1870 M. Hanya terdapat sebuah salinan yang lengkap, disimpan oleh Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (masa 764). Salinan yang lain, iaitu hanya petikan beberapa bait akhirnya, diusahakan oleh Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif al-Fathani (Tok Kelaba). Salinan Tok Kelaba ada dalam simpanan penulis. Puisi yang terdiri daripada lebih 500 bait beliau selesaikan penulisannya dalam usia lebih kurang 15 tahun.

2. Puisi Pada Kitab Hidayatus Salikin, ditulis dalam tahun 1298 H/1880 M. Terdapat pada semua edisi cetakan Hidayatus Salikin (edisi Timur Tengah), tetapi tidak terdapat pada edisi Bombay. Puisi ini terdiri daripada 21 bait, terletak di halaman akhir kitab itu. Pada halaman muka terdapat lagi tujuh bait, juga dalam bahasa Melayu.

3. Puisi Pada Kitab Furu ul Masail, digubah dalam tahun 1300 H/1882 M, terdiri daripada 13 bait. Terdapat pada cetakan-cetakan mutawal kitab tersebut.

4. Puisi Pada Kitab Syarah Hikam Melayu, digubah dalam tahun 1300 H/1882 M. Terdapat pada semua cetakan kitab tersebut, tetapi yang menjelaskan bahawa puisi tersebut dicipta oleh Sheikh Ahmad al-Fathani hanya terdapat pada cetakan kedua oleh Mathbaah at-Taraqqil Majidiyah, Mekah, dalam tahun 1330 H/1912 M. Puisi tersebut terdiri daripada lapan bait.

5. Puisi Pada Kitab Kasyful Litsam, terdapat hanya sebuah manuskrip dan dicetak di kitab tersebut. Tetapi pada cetakan yang ada tidak menyebut nama penggubah puisinya. Malah ada yang keliru kerana ditulis nama Sheikh Muhammad Shalih bin Sheikh Zainal Abidin al- Fathani pada kitab tersebut. Puisi tersebut terdiri daripada 19 bait. Puisi digubah tahun 1301 H/1884 di Mekah.

6. Luqthah al-Ajlan mimma Tamassa ilaihi Hajatul Insan, diselesaikan penulisannya pada waktu Zuhur, hari Selasa, 22 Ramadan 1301 H/16 Julai1884 M di Mekah. Cetakan pertama dan kedua kitab ini diusahakan oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, hanya ditemui beberapa lembar sahaja. Cetakan ketiga diusahakan oleh percetakan yang sama, dalam tahun 1330 H/1911 M. Selain itu terdapat edisi cetakan Persama Press, Pulau Pinang dan edisi-edisi cetakan di Patani.

7. Puisi Pada Kitab Bidayatul Hidayah. Puisi yang terdiri dari 9 bait ketika beliau mentashhih karya ulama Aceh itu hanya terdapat pada cetakan-cetakan mutawal saja. Seiringan dengan puisi pada bahagian tepi kitab tersebut terdapat taqrir Sheikh Ahmad al-Fathani yang boleh dianggap sebagai suatu karya dan pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani juga, tahun 1303 H/1886 M di Mekah.

8. Tarikh Turki Utsmani, diselesaikan penulisannya pada hari Isnin,18 Syawal 1303 H/20 Julai 1886 M di Mekah.

9. Bisyaratul Amilin wa Nazaratul Ghafilin, diselesaikan penulisannya pada malam Ahad, 14 Rabiulakhir 1304 H/10 Januari 1887 M. Hanya ditemui cetakan The United Press,

10. Idul Juman fi qaidil Iman, diselesaikan penulisannya pada 6 Muharam 1306 H/13 September 1888 M. Cetakan pertama kitab tersebut diusahakan oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1317 H/1899 M dan terdapat beberapa edisi lainnya. Pada masa sekarang kitab ini tidak beredar lagi.

11. Saadatul Mutanabbih fil Maut wa ma Yataallaqubih, diselesaikan penulisannya, pada 29 Rejab 1306 H/1 April 1889 M di Mekah. Ditemui sebuah manuskrip asli tetapi tidak berjudul. Judul ini diberikan oleh Haji Wan Ismail bin Hawan (menantu cucu kepada Sheikh Ahmad al-Fathani) sewaktu kitab tersebut akan dicetak.

Cetakan pertama kitab tersebut atas usaha Haji Wan Ismail di Muslim Press, Patani, tanpa catatan tarikh cetakan. Pada cetakan tersebut terdapat kata pengantar daripada Haji Abdul Qadir bin Abdul Muthallib al-Mandaili al-Indunisiyi, guru yang mengajar di Masjidil Haram Mekah.

12. Badrut Tamam wan Nujumuts Tsawaqib, diselesaikan penulisannya pada waktu Dhuha, hari Jumaat, 19 Rabiulakhir 1307 H/13 Disember 1889 M. Cetakan mutawal yang telah ditemui oleh Math-baah al-Miriyah, Mekah, dalam tahun 1309 H/ 1891 M.

Selain itu terdapat lagi kitab yang edisi cetakan Saudara Press, Patani, dalam tahun 1377 H/1957 M atas usaha anak beliau Kadi Haji Wan Ismail al-Fathani.

13. Hadiqatul Azhar war Rayahin, diselesaikan penulisannya pada hari Sabtu, 15 Syaaban 1307 H/6 April 1890 M. Cetakan pertama dan kedua kitab tersebut dilakukan oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, tahun 1307 H/1890 M dan 1321 H/1903 M. Cetakan keempat diusahakan oleh Persama Press, Pulau Pinang, tahun 1377 H/1958 M, dan terdapat beberapa edisi cetakan lainnya termasuk cetakan di Istanbul.

14. Bahjatul Mubtadin wa Farhatul Mujtadin, diselesaikan penulisannya pada hari Jumaat, 13 Rabiulakhir 1310 H/4 November 1892 M, di Mekah. Cetakan pertama dilakukan oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah dalam tahun 1310 H/1892 M.

Cetakan ketujuh kitab tersebut dilakukan oleh Patani Press dalam tahun 1385 H. Kitab ini masih digunakan sebagai bahan mengajar.

15. Tuhfatul Ummah ala Nabiyiha Nabiyur ar-Rahmah, diselesaikan penulisannya pada waktu Dhuha, hari Jumaat, 5 Syawal 1310 H/22 April 1893 M.

16. Kumpulan Doa, tahun 1311 H/1894 M.

17. Thaiyibul Ihsan fi Thibbil Insan, diselesaikan penulisannya pada waktu Dhuha, hari Isnin, 3 Zulhijjah 1312 H/28 Mei 1895 M di Mekah. Cetakan pertama dan kedua kitab tersebut dilakukan oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, dalam tahun 1313 H/1895 M dan 1332 H/1913 M. Selain itu terdapat lagi edisi yang dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang.

18. Faridatul Faraid fi Ilmil Aqaid, diselesaikan penulisannya pada waktu Dhuha, hari Isnin, 12 Rabiulawal 1313 H/2 September 1895 M di Mekah. Cetakan pertama diusahakan oleh Mathbaah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1313 H/1895 M dan cetakan ketiga tahun 1317 H/1899 M.

Pada Rabiulawal 1325 H/April/Mei 1907 M percetakan yang sama mencetaknya lagi tetapi tidak menyebut cetakan yang keberapa. Semua cetakan itu dilakukan ketika pengarangnya Sheikh Ahmad al- Fathani masih hidup.

19. Unwanul Falah wa Unfuwanul Falah, sesudah Asar, hari Jumaat, 7 Syawal 1319 H/16 Januari 1902 M di Mekah.

20. Aqidatu Ushuliddin, tahun 1321 H/1904 M di Mekah.

21. Mir-atul Aajib fi Jawabi Sualil Majazib, tahun 1324 H/ 1906 M di Mekah.

22. Puisi Shufi, diselesaikan penulisannya sesudah kitab nombor 21 di atas, iaitu dalam tahun 1324 H/1906 M. Puisi tersebut terdiri daripada 28 bait.

23. An-Nurul Mubin

24. Sejarah Lampung Pecah.

25. Al-Fatawal Fathaniyah, tanpa catatan tarikh. Hendaklah diperhatikan bahawa Al-Fatawal Fathaniyah ini berbeza dengan Al-Fatawal Fathaniyah yang beliau tulis dalam bahasa Arab.

Cetakan pertama kitab ini dilakukan oleh Printing Company pada tahun 1331 H/1913 M dan tidak berapa lengkap kerana beberapa jawapan Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bahasa Arab belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Cetakan pertama yang lebih lengkap yang diusahakan oleh anak pengarangnya, Kadi Haji Wan Ismail al-Fathani dicetak oleh Mathbaah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan, pada tahun 1354 H/1935 M. Cetakan yang ketiga oleh Patani Press dalam tahun 1377 H/1957 M tersebut adalah yang paling lengkap.

Berdasarkan Pendahuluan Kadi Haji Ismail al-Fathani pada cetakan kedua oleh Patani Press, menyebut bahawa cetakan di Kota Bharu, Kelantan juga dari cetakan yang pertama hingga ketiga, hanya memuat separuh jawapan Sheikh Ahmad al-Fathani sahaja.

Sebenarnya cetakan terakhir kitab tersebut oleh Patani Press, juga belum lengkap kerana beberapa jawapan Sheikh Ahmad al-Fathani yang saya temui setelah Kadi Haji Wan Ismail al-Fathani meninggal dunia (1958) masih banyak dan belum dimuat dalam kitab itu.

26. Fatwa Puasa Dengan Hisab Taqwim Dan Rupayah, tanpa dinyatakan tahun selesai penulisan.

27. Sejarah Patani Melawan Siam atau dengan judul yang lain Fadhilah Ahmad Fathani, belum ditemui sehingga sekarang. Judul ini diketahui hanya berdasarkan cerita yang mutawatir.

28. Puisi Pada Kitab Ad-Durrits Tsamin. Puisi pada kitab tersebut terdiri daripada 10 bait, terdapat pada cetakan-cetakan mutawal kitab itu.

29. Puisi Pada Kitab Zahrah al-Murid, terdiri daripada 13 bait.

30. Puisi Pada Kitab Sabil al-Muhtadin, iaitu selain puisi berbahasa Arab yang telah disebutkan terdapat lagi puisi dalam bahasa Melayu, yang terdiri dari 28 bait.

31. Puisi Pada Kitab Al-Jauharil Mauhub, selain puisi dalam bahasa Arab yang telah disebutkan terdapat lagi puisi dalam bahasa Melayu, yang terdiri daripada 14 bait.

32. Puisi Pada Kitab Maurid azh-Zhammaan, selain puisi dalam bahasa Arab yang telah disebutkan terdapat lagi puisi dalam bahasa Melayu, yang terdiri daripada 10 bait.

33. Nazham Fikir Pelita Hati, ditemui manuskrip salinan Tok Kelaba. Cetakannya ditemui dalam dua karya Sheikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani, iaitu Nurul Abshar dan sebuah lagi karya tashihan, iaitu Miftahul Murid, cetakan pertama Mathbaah at-Taraqqil Majidiyah, Mekah, 1330 H. Puisi tersebut terdiri daripada sembilan bait.

34. Daftar Cakap Melayu, iaitu daftar perkataan-perkataan Melayu yang dimulai dari huruf Alif hingga huruf Ya. Hanya ditemui sebuah salinan Tok Kelaba, tetapi tidak lengkap. Tok Kelaba al-Fathani selesai menyalinnya pada tahun 1354 H/1935 M.

35. Dan lain-lain.

Kitab-kitab yang ditashhih

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani adalah orang pertama menjadi pentashhih sama ada kitab berbahasa Arab, mahupun kitab berbahasa Melayu.

Istilah tashhih untuk pemeriksaan kitab diperkenalkan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam tahun 1288 H/1871 M. Hingga ke hari ini istilah itu masih dipakai di seluruh dunia. Ini bererti kata tashhih adalah ciptaan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani berasal dari kata Arab.

Di bawah ini penulis senaraikan kitab-kitab yang ditashhih Sheikh Ahmad al-Fathani, iaitu beliau baca kitab tersebut secara keseluruhan dari halaman awal hingga akhir, sama ada yang bahasa Arab mahupun yang bahasa Melayu.

Kitab-kitab yang terdapat kesilapan atau kurang tepat menurut jalan bahasa, maka beliau tambah, menghilangkan kalimat yang kurang sempurna mahupun mengubah dan memberi komentar.

Bagi yang berbahasa Melayu, apabila terdapat kata-kata yang tidak popular pada zaman itu, maka kata-kata tersebut beliau hilangkan.

Seumpama karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang mencantumkan bahasa Patani, karangan ulama Banjar yang mencantumkan bahasa Banjar dan lain-lain daerah, maka beliau ganti dengan bahasa Melayu yang berlaku di tanah Jawi/Asia Tenggara pada zaman itu.

Menurut istilah Sheikh Ahmad al-Fathani ialah Bahasa Tengah. Pekerjaan tashhih juga dikerjakan dalam dua perkara iaitu;

A. Kitab-Kitab bahasa Arab, dan

B. Kitab-Kitab bahasa Melayu.


dipetik dari http://ulama-nusantara-baru.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-12-08 14:26


cerita yang naruto-san dengar.....antara sebab mengapa Dr. M bertindak mengubah dasar pengajaran sains & matematik dalam english ialah....

waktu itu...masa deligasi beliau ke new york or paris....tak pasti...yang penting...ada beberapa pegawai yang ikut serta deligasi itu memalukan Dr. M bila bercakap dalam english semasa berkomunikasi dengan pegawai2 event....slang english macam apek kat pasar....plus grammer berterabur.

p/s: sudah menjadi pengetahuan umum....Dr. M memang pantang dimalukan di khalayak orang putih.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 15:00


Tapi orang Kementerian Pelajaran kata 'yang indah itu bahasa inggeris' tetapi bila mereka izinkan penggunaan buku bergred dari Australia, satu lagi menampakkan di Kementerian tu ada penyelewengan dalam skala yang jelas dan nyata.
Selama ini dunia menggunakan UK English sebagai medium P&P, tiba-tiba Kementerian beli buku Bahasa Inggeris dari Australia? Kalau nak kata harga berbanding kualiti, bagus sangat ke buku2 Australia tu jika dibandingkan dengan keluaran Oxford, Harvard atau BBC? Bukan nak memBritishkan tetapi orang US dan Eropah gunakannya dengan meluas dan lebih baik kerana UK English adalah kriteria asas Bahasa Inggeris.
Siapa pula yang nak dikayakan oleh Kementerian untuk pembelian ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 22:01


kita sendiri yang buat bahasa kita jadi tak bermaye...
teman rasa teman ada buka topik pasai bahasa ni, nanti kejap teman cari kat Ukhwah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 04-12-08 04:05


kasihan kat cikgu2....
masa yang ada bersama keluarga selama ni terpaksa dikobankan sebab ujung minggu selalu ada kursus....

kasihan kat pelajar2...
perubahan istilahwatkan mereka susah nak kuasai subjek...
tengok budak-budak sek pun mak ayah yang tolong buat kerja sek...
mereka yang sek rendah ni bukan semua pandai...
bukan semua pandai guna kamus...
kamus pun tak ada kadang-kadang...
pengalaman aku kerja kat taska dulu...
budak-budak yang datang belajar fardhu ain minta tolong ajar buat kerja sek sains dan math...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-12-08 09:24


ngapa beli buku dari Australia...

siapa yang dapat tender beli buku dari australia tersebut...kaya lah mereka itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 11:50


Selamatkan Bahasa..

Bahasa lambangkan Bangsa, Jangan Rosakkan Bangsa Kerana Bahasa Asing

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-12-08 15:14


Pada 04-12-08 09:24 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

ngapa beli buku dari Australia...

siapa yang dapat tender beli buku dari australia tersebut...kaya lah mereka itu...


Tu lah nak siasat betul-betul ni. Siapa ada kenal orang KPM yang prihatin, yang dapat menyalurkan bukti yang boleh dibawa ke pengadilan?

Harap tampil membantu. Identiti anda akan dirahsiakan dengan syarat mereka yang rakus dapat diadili.

Pemimpin UMNO bukannya telus dalam perkara "Bahasa Jiwa Bangsa" ni. Maaf cakap, jika mereka betul-betul nak kan orang Melayu bijaksana. Dipetik daripada Dasar Buku Negara, 27/11/1985 :

"Menyedari pentingnya tenaga profesional penerbitan dibina maka dicadangkan Sekolah Penerbitan (School of Publishing) diadakan di Malaysia. Sekolah ini akan melatih...." m/s 27

Dari 1985... 2008 dah nak pergi, ada pemimpin UMNO dengar apa yang telah dicadangkan?

Jika hendak maju bukan kerana belajar M&S dalam BI tetapi, indeks jumlah judul buku setahun sepatutnya 26000 judul untuk 26 juta penduduk, seperti di Jepun, Korea, US, England Sweden Denmark Australia. Tetapi dari 1997 hingga 2006 (10 tahun) Malaysia hanya mengeluarkan tidak lebih 9000 judul sahaja setahun.

Mengapa kerajaan tidak menggalakkan penerbitan buku daripada 1985 hingga sekarang? Nak beli buku dari luar negara saja?


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pengajaran Matematik & Sains dalam BI dibantah

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.163635 saat. Lajunya....