
Saya nak minta pendapat dan nasihat dari pembaca2 sekalian.
Saya kerja dalam sebuah syarikat Cina sebagai seorang yang menyediakan dokumen2 untuk export dan import makanan haiwan.
Syarikat saya merupakan sebuah syarikat yang menjual makanan haiwan. Syarikat saya juga menternak khinzir. Salah satu makanan haiwan yang syarikat saya sediakan juga untuk makanan khinzir.
Persoalan saya sekarang, adakah gaji yang saya terima dari syarikat ni, halal? Saya telah bertanya kepada seorang rakan saya. Dia berpendapat, kerja yang saya lakukan ni halal. Lain dari arak, anjing dan khinzir adalah haram di sentuh ketika basah.
Tapi saya masih ragu dan mohon pendapat dari kawan-kawan sekalian.
-aini-