Bismillah...
, ikhwah dan akhawat....
Dugaan cinta ialah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja. Cinta yang fitrahnya kudus dan suci selalu disalah erti dan diselewengkan jauh daripada falsafah asalnya. Ramai orang cakap, saya menyukai awak kerana Allah. Sebenarnya kita hanya menggunakannya sebagai nama hiasan untuk nafikan kalalaian cinta .Kadang-kadang manusia salah anggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.