Peragut bermaharajalela.......

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://ukhwah.com:443/ukhwah/



Oleh: nera ( [email protected] )
Ditambah: 11-12-2009
Markah: 10



Salam...

Sekarang ni nak kata baru tak baru tapi dah lama... cuma semakin teruk...
RAGUT.... Jenayah yang semakin menjadi2 sekarang...
Terbaru suami isteri diragut semasa menaiki motosikal dan si suami mati... Apa nak jadi dengan dunia sekarang.... Di corong radio hebat dibincangkan apakah kesalahan yang harus dikenakan kepada peragut... Bagaimanakah hendak mengatasi masalah ini...
Ada yang menyalahkan kaum hawa kerana suka menggalas beg tangan.. Ada yang mencadangkan supaya kaum hawa tidak membawa beg tangan tetapi hanya bawa macam kaum adam.. selit dalam poket belakang...
Paling mengejutkan ada jugak peragut adalah dari kalangan kaum hawa... Semakin liar dan berani mereka..
Kadang-kadang kita sendiri rasa tak selamat.. nak pergi shopping, bawa famili berjalan2, beriadah, rasa macam tidak diliindungi..
Peragut pulak akan cuba buat apa saja untuk meragut... Sampai ada yang sanggup memecahkan cermin pintu kereta...
Biasanya peragut adalah dari golongan penagih dadah, mat rempit, penganggur dan ada jugak dari kalangan pelajar ipta/ipts.
Mereka tak berhati perut ke??? mangsa mereka ada yang ibu mengandung, warga emas, dan dikalangan oku pun ada...
sama-samalah kita berdoa supaya segala gejala ini dapat dibendung dan supaya Allah membuka hati peragut ke jalan yang benar...