patutkan penunggang berserban di tangkap

A Portal Komuniti :: Ukhwah.com Pendapat/Ulasan

http://ukhwah.com:443/ukhwah/



Oleh: akil78 ( [email protected] )
Ditambah: 03-02-2009
Markah: 10



Assalamualaikum....
salam ukhwah kepada semua..
nak minta pandangan tuan-puan semua.

Patutkah seseorang yang berserban bila menunggang motosikal di tangkap, adakah punca berserban menyebabkan berlakunya kemalangan?

Cuba kita renung statistik dari dulu sampai sekarang. Ada tak kemalangan motosikal adalah orang yang pakai serban? Semua yang terlibat dalam kemalangan adalah yang memaki topi keledar.

Pemakaian serban tak menyebabkan berlakunya kemalangan.

Apa salahnya kita pakai serban untuk menaiki motosikal? Serban adalah Sunnah Pemakaian Rasulullah. Apabila kita pakai serban, maka dengan sendirinya kita akan berhati-hati bawa motosikal.

Lagipn Allah akan jaga kita bila kita pakai serban sebab Allah suka hambanya pakai serban.

Apa pandangan anda semua?