IBU
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://ukhwah.com:443/ukhwah/
Tarikh: Rabu, 10 Disember 2003 @ 10:56:49
Topik: Umum
ibu....
kau seorang wanita yang tabah
kau menyinari hidup anakmu ini
kau ratu sanubari dihatiku....
kaulah wanita yang terbaik dalam hidupku
ibu....
kau mampu mendidik anak-anakmu
menjadi seorang yang berguna kepada bangsa dan negara
kau mendidik anak-anakmu dengan keagamaan
kau hiasi kehidupan anak-anakmu dengan sempurna
kau tidak pernah merungut walaupun penat
kau tak pernah biarkan anak-anakmu terabai
ibu....
kini anak-anakmu telah berjaya
kau kini mampu tersenyum dengan lebar melihat kejayaan anak-anakmu
anak-anakmu kini sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri
ibu...kini anak-anakmu sedar bahawa tanpa didikanmu
kami tak berjaya
terima kasih ibu,pengorbananmu tak dapat ku balas.