Penyelewengan Al-Kitab, Kebenaran Al-Quran...
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://ukhwah.com:443/ukhwah/
Tarikh: Isnin, 29 September 2003 @ 14:54:15
Topik: Semasa
Begitu pun usaha untuk memburukkan Islam, perjuangan menaikkan syiar Islam mestilah diteruskan. Islam memerlukan nafas yang baharu untuk semua umatnya. Adalah penting bagi umat Islam mengkaji semula kesucian Al-Quran kerana Islam adalah agama yang diterima Allah.
Agama Islam adalah disifatkan sebagai kesinambungan agama nabi-nabi terdahulu termasuklah Kristian sendiri. Ini berdasarkan Taurat dan Injil sendiri meskipun telah diolah semula oleh paderi-paderi Yahudi dan Vatican. Masih terdapat lagi ayat yang boleh ditafsirkan Islam itu sebagai agama kesinambungan Kristian yang mesti dilaksanakan.
Menurut Al-Kitab:
"Humans all spoke one language at one time. These humans were trying to build a tower to see God. God Warned them to cease building the tower, yet they disobeyed God and continued to build the Tower" (Old Testament; Genesis 11:1)
Ayat yang menarik perhatian saya ialah ayat yang pertama bermaksud; "Tatkala kesemua manusia (beribadat) menggunakan satu bahasa dan masa." Ini secara tidak langsung merujuk keatas agama Islam yang hanya memfokuskan ibadah dalam bahasa Al-Quran sahaja. Tiada satupun agama lain yang memfokuskan penggunaan satu bahasa ibadah selain Islam.
Terdapat lagi sebuah ayat lagi yang menyebut:
"For then will I turn to the people a pure language, that they may all call upon the name of the Lord, to serve him with one consent."
(Old Testament; Zephaniah 3:9)
Berdasarkan ayat ini, Tuhan (Allah) akan menghalatujukan ibadah dalam satu bahasa (Bahasa Arab di dalam Al-Quran) dan satu arah (Kaabah). Ini boleh dilihat sebagai kesilapan pemutarbelit penulis Injil kerana "terlepas dari penapisan" yang dibuat sebelum ini.
Jelaslah ini merupakan sandiwara yang bermula oleh paderi-paderi Yahudi sendiri. Tetapi adalah amat pelik mengapa Kristian bukan Yahudi amat rapat dengan orang Yahudi dalam memerangi Islam. Dari segi fahaman agama mereka, Kristian bukan Yahudi amat menyanjungi Al-Masih, tetapi bagaimanakah mereka boleh menerima orang Yahudi sebagai rakan karib yang pernah menghina dan membunuh Al-Masih sendiri? Wallahu'a'lam.
Kebangkitan Islam yang semakin tenggelam, memerlukan masa pemulihan yang amat panjang. Pendakwahan Kristian terhadap Islam mesti disekat kerana Kristian sebenarnya bertujuan untuk mengkafirkan orang Islam. Persediaan ini perlu diambil bermula dari sekarang tanpa melengahkan masa lagi. Firman Allah;
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras memusuhi orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan golongan musyrik" (Surah Al-Ma'idah: 82)
Berhati-hatilah dengan golongan yang bermuka-muka untuk mengkafirkan kita secara tidak sedar. Mereka mempunyai perlbagai cara untuk memutarbelitkan agama Islam. Mungkin mereka ingin bertanya dan belajar tentang agama atau menunjukkan kebaikan agama mereka. Walau bagaimana pun misi mereka ialah memurtadkan umat Islam.
Penulis ingin menasihatkan supaya bersama-samalah kita melihat dan membaca kandungan Al-Quran. Sebaik-baiknya membaca bersama tafsiran yang menarik. Kemudian kita perlu mengkaji kitab Injil untuk dibandingkan. Tidaklah haram untuk memegang Injil selagi kita mencari kebenaran Islam.
Ingatlah usaha pendakwah kita yang ingin dilaksanakan sebelum kita terlewat di akhir zaman.
Allahu Ta'ala a'lam...