INFO PENYAKIT : ASMA

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Ahad, 21 Mac 2010 @ 13:15:36
Topik: Umum



Fakta penyakit asma

Sedekad lalu saintis beranggapan asap diesel dan pencemaran lain sebagai penyakit epidermik asma.kini,peranan factor genetic dikenal pasti mungkin menjadi puncanya.di Malaysia,kekerapan di kalangan kanak-kanak sekolah rendah yang menghidap asma adalah sebanyak 13.8% manakala masing-masing 9.6% dan 4.1% bagi kanak-kanak yang berusia antara 13 hingga 14 tahun dan orang dewasa.Tidak hairanlah asma muncul penyakit yang paling ketara menyebabkan ketidakhadiran kanak-kanak di sekolah(52%) manakala kehilangan kerja adalah sebanyak 31% !

Gejala asma yang teruk

•    Bibir menjadi kebiru-biruan
•    Pucat lesi
•    Pernafasan yang laju
•    Denyutan nadi yang kencang
•    Tidak menunjukkan respons terhadap rawatan asma
•    Kesakitan yang teramat sangat

Punca asma

•    binatang seperti lipas,bulu kucing dan burung
•    tumbuh-tumbuhan seperti debunga dan kulat
•    debu seperti debu rumah dan hama
•    pencemaran alam seperti asap rokok,bahan kimia seperti klorin dan ammonia,gas atau wap busuk
•    ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan beta-blocker untuk merawat arthritis,masalah jantung dan glukoma.
•    Bahan miang sewaktu melakukan pekerjaan tertentu seperti debu kayu dan semburan sintetik
•    Alahan makanan seperti perisa tambahan terutamanya monosodium glutamate(mesej) dan sulfite(garam asid sulfur)
•    Gangguan perubatan seperti gangguan adrenal,kebimbangan,gula darah rendah,tekanan,refluks gastroesofageal(GERD),sinus atau penyakit pernafasan.
•    Perubahan suhu yang mendadak iaitu udara yang sejuk,rebut petir,kekeringan melampau,kelengasan atau kelembapan.
•    Senaman di mana sesetengah orang hanya mendapatkan asma disebabkan oleh senaman dan berbeza daripada sama alahan biasa.asma jenis ini biasanya berlaku apabila senaman dilakukan dalam udara yang sejuk atau kering.
•    Perubahan hormone di mana wanita biasanya akan mengalami turun naik dalam keterukan serangan asma sejurus sebelum atau semasa haid.
•    Tekanan perasaan atau gelak ketawa.

Merawat asma

•    Ubat kawaln jangka panjang yang diambil setiap hari termasuk ubat-ubatan antiradang seperti kortikosteroid yang disedut dan bahan-bahan kombinasi.ia mencegah gejala-gejala dan mengawal asma.Asma juga boleh dikawal dengan menjauhkan diri daripada agen perangsang.


•    Ubat-ubatan pelega yang dipanggil bronkodilator atau ubat sedut biru pantas bertindak dan digunakan untuk memberikan kelegaan yang cepat kepada gejala-gejala asma apabila terdapat serangan.


Langkah-langkah membantu pesakit di serang asma

•    Pesakit hendaklah diletakkan dalam posisi duduk dan selesa.
•    Longgarkan bajunya dan ambil pelega(inhaler) dan biarkan pesakit itu menyedutnya beberapa kali.
•    Elakkan daripada menyapu sebarang minyak kerana tindakan itu akan menyempitkan lagi saluran pernafasannya apalagi kalau ia alahan terhadap bahan-bahan itu.
•    Dapatkan pertolongan kecemasan.Jika tiada pam pelega,hantar pesakit ke klinik terdekat dengan segera.