Jawapan Sebuah diari sepi

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Ahad, 22 Jun 2008 @ 21:39:59
Topik: Karya



Teman,
Di waktu awan kelabu,
hati jadi resah,
namun masa melewati barisnya tanpa menunggu
Takdir menjadikan kita hak menerima

Teman,
Tiada insan mahu dilupakan,
Jika ikhlas hati pasti dikenang ke hujung nyawa
namun cukuplah Dia sahaja menilainya

Teman,
Di hujung usia memori semalam datang mengamit rasa
sesuatu yang dilupakan terasa amat pedih
namun cukuplah Dia sahaja menilainya
cukuplah ketenangan jadi teman jalan hidup
cukuplah keredhaanNya jadi tiang kedamaian

Teman,
Percayalah sesuatu yang suci hati
tetap melahirkan keabadian, kesetiaan, dan kasih sayang
sesungguhnya, bagi Dia adalah hambanya yang paling beriman dan bertakwa..