Indahnya alam

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 28 Januari 2008 @ 21:15:33
Topik: Karya



tatkala cahaya bulan menyinari kegelapan malam,
bisikan unggas, berzikir memuji Ilahi,
ketika itu. Aku sujud kehadrat-Nya,
aku memohon, agar diriku sentiasa dirahmati,

sayup-sayup kedengaran laungan azan subuh,
langit yang tadinya gelap, kini dihiasi fajar siddiq,
tiba-tiba, hujan turun membasahi bumi,
perasaanku semakin sayu tatkala menghadap ilahi,

aku merenung ke langit,
dari titisan-titisan hujan terbit pula pelangi,
subbahanallah, indahnya ciptaan Allah,
keindahan pagi itu, meningkatkan rasa kehambaankn kapadaNya.

siang malam silih berganti,
fenomena alam akan terus berlaku,
aku yang daif, hanya mampu berdoa,
agar kedamaian dan keindahan alam mampu dirasai generasi mendatang