Wahai Diriku..

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Selasa, 29 Mei 2007 @ 12:00:46
Topik: Karya



Wahai diriku..
Adakah kau tahu matahatimu sedang menderita kerana ditinggalkan setelah sekian lama..
Wahai diriku..sudah lama kau tak bercakap dengan mata hatimu…
Adakah kau tahu “dia” sentiasa menunggu mu untuk mulakan bicara..
Adakah kau tahu“dia” sedang mencari jalan untuk membawamu pulang ke pangkal jalan..

Wahai diriku..
Airmatamu sudah tidak semurah dulu,
Sujudmu juga tak sepanjang zaman remajamu..
Kenapa ye wahai diriku..adakah kau sudah layak berdikari sehingga kau “buang” Tuhanmu yang Satu..

Wahai diriku..
jika kau sedar akan kedudukan mata hatimu nescaya kau akan tinggalkan segala apa yang kau kejar ..
tidakkah kau merasakan ia menderita mencari sinar bahagia..
Kau tak pernah tahu bahawa matahatimu itu sentiasa menuntut keadilan..
sentiasa mencari peluang dan ruang untuk lebih mengenalimu..
Kenapa kau seakan lari ye wahai diriku…
kau tak seperti dulu…
kau bukan dirimu yang ku kenal…
kau sudah lupa meminta pertolongan..
engkau takkan mampu mencapai matlamat yang samar..

Wahai diriku..
mata hatimu penuh dengan dendam..
Mata hatimu sarat dengan kebencian..
Mata hatimu melimpah dengan dengki dan percanggahan..
Kau lupa bahawa sudah lama kau tinggalkan matahtimu keseorangan..
ia tiada teman, tiada kawalan sehingga membuat onar tanpa segan..
Mata hatimu penuh cinta terlarang…
amanah dan panduan seakan kau tinggalkan di belakang..
Apa yang kau mahukan wahai diriku…
Apa yang kau cari sehingga kau lupa asal kejadian..
Pengalaman dan teman bukan melebihi kepentingannya dari Tuhan..
Keyakinan pimpinan bukan sehebat kecintaanmu pada Tuhan..
Sejak kita bermula di daerah perkampungan yang indah engkau sudah mula diajar untuk menjadi wanita solehah..
Sejak seawall kau didik ibu dan ayah , engkau sudah ditanam mendamba cinta Pencipta sekalian alam…

Wahai Diriku..
Tidakkah kau ingat dirimu tercampak ke daerah asing seawal usia remajamu..
Kepayahan ditanggung keseorangan, kematangan dicari sebagai perisai kekuatan..
Tika saat itu aku llihat dirimu kuat menahan ombak ..
biar hujan, biar rebut kau tetap cekal bertahan ..
kini sepatut nya kematangan mengatasi dulu..
namun entah Kenapa kekuatan yang kau timba dulu makin pudar menyesakkan perjalanan..
sudah berapa kali aku ingatkan dirimu jangan mudah hilang pertimbangan..
sudah berapa kali ku ulang bahawa engkau Cuma pasir ditepian lautan…
Mengapa ya wahai diriku..
Kenapa kau hanya membisu..
Kenapa matahatimu kaku..
Kenapa kau tak seperti dulu…

Wahai diriku…
Aku sedih melihat dirimu..
Aoa yang perlu lakukan wahai tuhanku..
Matahatiku seakan menolak kepulanganku..
Ia beku, kaku dan membatu..
Tuhanku..
Aku sekadar meluah rasa..
Namun aku takkan berputus asa..
Seringkali Kau bawa ku pulang mengadap-MU..
Seringkali juga KAU menegur perlakuan salah ku ..
Ia mebuatkan aku amat yakin pada-MU..
Tuhanku..
Matahatku sedang keseorangan..
Matahatiku memerlukan pertolongan..
Aku yakin hanya jalan-MU yang membuka ruang,
Hanya diri-MU yang sentiasa memberi peluang..
Ku harapkan diri ini akan sentiasa diberi kepercayaan untuk memikul amanah Tuhan kerana aku tahu kejadianku adalah sebaik2 kejadian..
Ameen…

Tinta ,
Ratusyahadah_uiam ~16/07/2005~1.17 a.m