Bingkisan Ramadhan

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://ukhwah.com:443/ukhwah/



Tarikh: Isnin, 18 Oktober 2004 @ 13:10:09
Topik: Tazkirah



1] Penuh Kebaikan

Rumah pada setiap keadaan khususnya di bulan Ramadhan sepatutnya dipenuhi dengan kebaikan. Semua ahli berlumba-lumba untuk melakukannya. Salafussoleh pernah berkata: “Jika kamu mampu, pastikan jangan ada yang mendahului kamu dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah.”

Malah Allah sendiri berfirman di dalam al Quran yang bermaksud: “Berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan.” FirmanNya lagi: “Orang yang saling berlumba-lumba (dalam kebaikan), maka mereka itulah orang-orang yang hampir kedudukannya (di sisi Allah).

Alangkah indahnya jika setiap rumah menyusun pertandingan dalam melakukan kebaikan sesama ahli keluarga; tidak kira pada aspek perilaku ataupun akhlak, sedekah, tilawah al Quran dan juga ibadat-ibadat yang lain.

Lailatul Qadar

Bagi orang Islam ia merupakan malam yang penuh dengan kemuliaan, kebesaran dan ganjaran yang berlipat kali ganda iaitu menyamai 1000 bulan atau 83 tahun! Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al Quran) ini pada malam Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apakah itu Lailatul Qadr? Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun Malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara

(yang ditakdirkan berlaku pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al Qadr: 1- 5)

Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan hadis bermaksud: “Sesiapa menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan (ganjaranNya), maka baginya keampunan dosa-dosanya yang lalu.”

Baginda saw juga bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatul Qadr pada 10 hari yang terakhir (daripada bulan Ramadhan).”

Aisyah berkata kepada baginda saw: “Kalalulah aku diberi peluang menemui Malam Lailatul Qadr, maka apakah yang aku perlu aku katakan? Baginda menjawab: “Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunilah dosa-dosaku.”


TAHUKAH ANDA?

Disamping menjadi bulan Ibadat dan membanyakkan taqarub kepada Allah, ia juga adalah bulan jihad dan bulan kemenangan kepada umat Islam seperti yang tercatat indah di lembaran sejarah. Antaranya ialah:


PEPERANGAN DAN TARIKH
1. Badar Kubra, berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah
2. Fathu Mekah, berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah
3. Peperangan Al Qadisiyah berlaku pada tahun 15 Hijrah
4. Pembukaan Andalus berlaku pada tahun 92 Hijrah
5. Peperangan Ain Jalut berlaku pada 658 Hijrah
6. Pembebasan Sinai dari cengkaman Yahudi berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah

Ikhlas dari: BAHTERA Consultant Sdn Bhd





--------------------------------------------------------------------------------
Tulisan ini datangnya daripada Massej OnLine
http://massej.info/v3/