|
Login
|
|
|
|
Mutiara Kata
|
|
|
|
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh... -- Seminar
|
|
|
Menu Utama
|
|
|
|
Keahlian Ukhwah.com
|
|
|
|
Sedang Online
|
|
|
|
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52
|
|
|
Yang Masuk Ke Sini
|
|
|
|
Laki yang BAIK untuk perempuan yang BAIK, benarkah (Markah: 1) oleh shaharatul_qibtiah pada Jumaat, 23 Disember 2005 @ 0:09:57 | Laki yang BAIK untuk perempuan yang BAIK", benarkah
Sekufu apakah itu ?
Bunyi macam pelik juga kan? tapi sbnnrya tak ada la pelik sangat dan kebanyakan masyarakat hari neh dah boleh faham dan tahu maksud perkataan tersebut. Sekufu ni maksud dia KESAMAAN TARAF lah lebih kurang nak maksud yang lebih tepat, rasanya boleh bukak kamus marbawi or kamus dewaan, hehe. Andai kata bukan itu skalipun maksud dia, tak kesah lah, sebab memang nak dibincangkan kat sini ialah maksud KESAMAAN TARAF itu sendiri iaitu SEKUFU menurut konteks apa yang saya nak cerita neh
Bila bincang pasal sama taraf dan sepadan ni.. tak lain dan tak bukan, mesti orang akan terbayang pasal pasangan hidup, suami isteri dan lain2 tapi sejauh mana pemahaman orang terhadap istilah tu agaknya ek?
Apa yang orang selalu pegang dan fahami ialah >> apabila seseorang itu baik, maka dia akan mendapat pasangan juga seorang yang baik ataupun setaraf dengan dia, manakala seandainya dia tergolong dalam kategori jahat, maka akan dapat pasangan yang jahat la jugak,.. begitu la alkisahnya
Maka ekoran dari timbulnya kefahaman sedemikian, timbul juga lah beberapa riwayat or nas yang entah dari mana datangnya seperti at-toolibu li tholibaat dsb tanpa langsung mengambil kesah taraf periwayatn itu sendiri yang mana RasuluLlah telah memberi amaran keras :
barang siapa yang berdusta atas namaku, maka sesungguhnya dia telah menempah tempat duduknya di dalam api neraka (au kama qool)
tak dinafikan, sememangnya ada terdapat dalil yang sah dari AQ sendiri iaitu dari surah Nur : 26 Citation: maksudnya :
" (Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya), perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
Dan kebanyakan orang mengambil dalil tersebut untuk memperkatakan konsep sekufu ini. Namun sepatutnya dilihat juga bagaimana ulamak mentafsirkan ayat tersebut dan sebagai contoh, lihat sahaja tafsir pimpinan Rahman yang cukup poular di Malaysia. (sebagaimana tafsiran di atas)
Ayat di atas kalau dilihat skilas pandang, orang akan mentafsirkannya laki2 baik untuk perempuan yang baik . dsbtanpa dilihat kepada tafsiran sebenar para ulamak
Ayat tersebut tak lain dan tak bukan ialah merupakan suatu ANJURAN ALLAH SWT dan juga merupakan suatu pernyataan tentang KEBIASAAN yang berlakuyg mana, sudah tentunya, selalulanya dan lazimnya, sudah tentu lah orang yang baik itu akan mencari pasangan yang baik sebagai peneman hidupnya.
Bukan sahaja orang baik, malah kalau ditanya kepada orang jahat skalipun, sudah tentunya mereka juga akan mengatakan yang mereka mahukan pasangan mereka adalah terdiri daripadamereka yang baik2 tak percaya? Percayalah saya sendiri (walaupun bukannya baik sangat) jika ditanya sudah tentu akan mengatakan yang saya mahukan seorang pasangan yang baik untuk dijadikan teman hidup tak kan ada orang yang mahukan orang yang jahat2 untuk dijadikan pasangan ? huh betul tak ?
Dan seperkara lagi kita juga perlu melihat situasi reality semasa dengan isu yang kita sedang bincangkan ni dalam dunia reality hari ni, tak ada sesiapa boleh menafikan yang wujudnya pasangan di merata2 tempat dalam dunia ini yang mana suami dan isterinya tidak sehaluan ada yang isteri baik, tapi suami bak setan durjana ada yang suami macam malaikat, tapi isteri pula buat hal tak dinafikan bukan?
Contoh terdekat hari ni hari Jumaat kat rumah saya ni pun dah ada buktinya. Isterinya seorang yang bertudung labuh dan memakai niqab (purdah) begitu juga anak2nya yang soleh serta baik2 namun ayahnya? sembahyang jumaat pun tak pergi akibat dari nak menegjar kekayaan dunia punya pasal saya hanya mampu melihat dan berdoa agar dia berubah
Dan banyak lagi kes2 lain kalau nak dihimpunkan di sini so, tak kan kita nak mempertikaikan dan membuat kenyataan ALLAH MENIPU dengan KALAM-NYA !!
WaliyazubiLlah sesungguhnya apabila ada orang yang secara sedar membuat kenyataan demikian, tak dinafikan lagi bahawa KEIMANAN dia masih belum sempurna dan ROSAK. Bagaimana mungkin ALLAH itu menipu dengan kata-kata NYA ?sedangkan kita patut beriman sepanjang masa bahawa ALLAH itu tidak pernah memungkiri janjinya sesuai dengan asma husna NYA yang baik2
Maka jawapannya cuma satu
Tidak ada jaminan dan janji bahawa seseorang yang baik itu akan mendapat pasangan yang baik, dan sebaliknya seseorang yang jahat akan mendapat pasangan yang jahat
Hal ini penting untuk difahami dan dimaklumi oleh kita semua kerana seolah-olah dah muncul suatu kaedah mudah yang dipakai sesetengah orang,
>> saya nkkan pasangan yang baik, maka saya mestilah jadi baik terlebih dahulu, nanti KONPEM saya akan dapat pasangan yang baik
Ataupun
>> saya ni jahat saya tak kan dapat pasangan yang baik ataupun ada juga yang macam ni
>> saya ni dah soleh/ah (jenis yang perasan) so, saya tak payah risau lah, sebab nanti saya akan dapat pasangan yang baik2 juga
dan banyak lagi tanggapan salah berkenaan dengan isu SEKUFU ini
Kita tak berhak untuk membuat tafsiran dan tanggapan sedemikian kerana sememangnya tidak ada jaminan khusus daripada ALLAH tentang KESEPADANAN dalam isu pasangan ni apa yang termampu untuk kita lakukan hanyalah satu MEMANJATKAN DOA kepada NYA agar kita benar-benar dikurniakan dengan pasangan yang baik.. soleh dan solehah agar dapat menjadi peneman setia kita ke akhir hayat dan andai kata kita masih belum BAIK sepenuhnya, adalah diharapkan nanti , insya-ALLAH dengan memiliki pasangan yang baik, akan dapat membantu kita untuk turut MENJADI BAIK (ceh cakap macam dah nak kahwin saja ...huhu)
tak dinafikan, usaha sesetengah orang untuk menjadi baik adalah suatu usaha yang elok dan perlu diberi pujian dan sangat2 lah dituntut untuk semua UMAT ISLAM namun apabila wujud niat di sebalik usaha tersebut iaitu semata-mata untuk mendapatkan pasangan yang SEKUFU @ baik itu adalah tak berapa wajar Justeru disarankan, berubahlah ke arah kebaikan kerana ALLAH(nasihat untuk diri saya juga neh)
Rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata ayun, wajalna lil muttaqiina imaama
amiin
Segala salah dan silap harap dimaafkan sesungguhnya ana adalah manusia yang lemahmmudah-mudahan bermanfaat..
Sekian
WA
Ditulis oleh : Wan pergi (Disember 2004) -ihsan dari wan-pergi...untuk dikongsi bersama... |
]
|