Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-03-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
aye: 39 hari yang lalu

Hukum Wanita Memegang Tampuk Pemerintahan.
 Posted on Isnin, 15 Mac 2004 @ 11:24:10oleh Engku_Salina
Semasa ismi_safiza menulis Dalam fikh Islami perbahasan ini boleh didapati dalam bab Wanita dan Wilayah Umum (al-a'mmah). Sejauhmana wanita boleh terlibat dalam politik? Bolehkah mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan seperti hakim, menteri atau perdana menteri, presiden atau khalifah?Implikasi kepada persoalan ini ialah jika wanita memegang jawatan tersebut adakah syariat akan mengambil kira keputusan-keputusan yang keluar dari mereka? Apa jawatan yang boleh disandang dan apa pula jawatan yang tidak boleh disandang? Setakat mana pula penglibatan yang diizinkan kepada mereka ?

Apakah Hukumnya Wanita Memegang Tampuk Pemerintahan?

Wanita dan politik

Dalam fikh Islami perbahasan ini boleh didapati dalam bab Wanita dan Wilayah Umum (al-a'mmah). Sejauhmana wanita boleh terlibat dalam politik? Bolehkah mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan seperti hakim, menteri atau perdana menteri, presiden atau khalifah?Implikasi kepada persoalan ini ialah jika wanita memegang jawatan tersebut adakah syariat akan mengambil kira keputusan-keputusan yang keluar dari mereka? Apa jawatan yang boleh disandang dan apa pula jawatan yang tidak boleh disandang? Setakat mana pula penglibatan yang diizinkan kepada mereka ?Kajian ini akan menjelaskan perspektif pandangan Islam yang menjadi asas kepada tanggungjawab setiap individu masyarakat - lelaki dan wanita - dalam merialisasikan maksud syarak. Ia melupuskan pandangan "membahagikan tugas kemasyarakatan" dengan makna mengkhususkan peranan wanita kepada tugasan sosial dan lelaki dengan tugasan politik. Sebaliknya ia menampakkan di sana ada peranan bersama di samping perselisihan skop dalam arena kehidupan masyarakat dan kenyataan sejarah secara terangkum tidak dalam bentuk persamaan automatik ala barat. Ia juga tidak memisahkan dunia wanita dari dunia lelaki, sebaliknya saling memainkan peranan, secara bersepadu dan bertanggungjawab.

Hak Berpolitik

Untuk memahami dengan lebih jelas intipati perbahasan ini kita harus memahami terlebih dahulu apa itu "ahliah siasiah" (kelayakan politik):

Ahliah siasiah terbahagi kepada tiga kategori:

1. Ahliah (kelayakan) umum.
Ahliah ini mencakupi keahlian semua anggota masyarakat dalam perkara wajib ain, seperti baiah umum dan syura umum. Ahliah ini berhubung kait dengan penglibatan politik harian yang melibatkan masyarakat umum. Di atas tapak itu dibina asas tanggungjawab individu dalam menyuruh makruf dan mencegah mungkar, mempertahankan hak, mengawal neraca keadilan dan menjaga maqasid syarak.

2. Ahliah umum dan khusus.
Dua ahliah dalam satu masa. Contohnya semua perkara fardhu kifayah yang menjadi fardhu ahliah khusus ain seperti jihad. Walaupun jihad adalah kewajiban umum tetapi ia memerlukan persiapan dan latihan untuk meningkatkan keupayaan (kafaah) masyarakat umum. Oleh kerana itu ia menjadi umum dan khusus dalam masa yanag sama.

3. Ahliah khusus.
Iaitu kewajiban-kewajiban bersifat fardhu kifayah seperti tugas-tugas kepimpinan. Ia memerlukan kemampuan semulajadi, dan aspek-aspek kelayakan yang boleh dipelajari dan diusahakan dengan cara kajian, pengalaman dan tindakan. Ia tidak sesuai kepada semua orang, tanpa mengira perbezaan dari segi pencapaian akal.

Kelemahan Yang Menjejaskan

Di sana ada kelemahan yang dikategorikan sebagai kelemahan semulajadi dan kelemahan yang dikategorikan sebagai kelemahan jenis.(sifat keperempuananya)

Kelemahan semulajadi

Yang dimaksudkan dengan kelemahan semulajadi ialah kelemahan dari segi daya intelektual seperti bodoh, bebal, gila dan sebagainya. Perkara-perkara ini boleh menjejaskan ahliah. Tidak termasuk dalam perkara tersebut "kewanitaan" kerana wanita memikul tangungjawab syarie, jenayah, sivil dan tugas kepimpinan umum. Dengan itu kewanitaan tidak menjejaskan ahliah (kelayakan) khusus.

Kelemahan jenis Iaitu kelemahan fitrah yang mendatang secara berkala seperti haid, nifas dan ketika mengandung. Ia tidak menjejaskan ahliah. Ada juga kadang kadang kelemahan fitrah yang bersifat mendatang tetapi panjang tempohnya seperti ganguan masa mengandung, beranak dan menyusu, terperap dalam rumah, terputus dari dunia luar yang menyebabkan mereka terkongkong dan tidak peka dengan dunia luar. Kelemahan ini boleh di atasi dengan meningkatkan kesedaran. Di samping itu, ia sukar berlaku dalam suasana seperti hari ini.Walaubagaimana pun untuk memahami masalah ahliah politik bagi wanita tidak sempurna kecuali dengan mempastikan jenis-jenis keahlian, jenis-jenis wanita dan tabiat tanggungjawab syarie berkenaan (politik). Dengan erti kata lain mengetahui wanita mana, dalam bidang apa adalah kunci untuk memahami hukum penglibatan politik tertentu.

Definasi skop perbincangan

Sebelum kita menghurai punca perselisihan ulama, terlebih dahulu perlu kita sepakat dalam mendifinisikan skop khilaf. Perbahasan ini secara tepatnya berlegar sekitar hak berpolitik bagi wanita dalam Islam. Ia bermaksud: Hak-hak yang pada kehendaknya memberi kepada anggota masyarakat hak untuk berkongsi dalam urusan pemerintahan dan negara seperti hak mengundi, menyertai pungutan suara, menjadi calon dalam parlimen, kepimpinan negara dan hak-hak perjawatan.Mazhab ulama dalam masalah ahliah (kelayakan) potitik wanita.

Dalam persoalan ini ada tiga mazhab di kalangan ulama:

Pertama: Kebanyakan ulama silam dan sesetengah ulama kini berpendapat bahawa wanita tidak ada ahliah sama sekali

Kedua: Kebanyakan ulama zaman kini berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan hak-hak politik bagi wanita kecuali menjadi presiden. Tetapi mereka mengganggap bahawa suasana tidak sesuai

Ketiga: Sebahagian ulama kini berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan sama sekali hak politik bagi wanita. Oleh kerana itu masalah-masalah adalah merujuk kepada persoalan sosial, ekonomi dan politik

Sebab berlaku perselisihan.

1. Firman Allah bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. (Surah an-Nisa' 34)
Ulama berselisih pendapat dalam memahami kehendak ayat di atas. Ada yang mengatakan ia memberi erti bahawa al-qiwamah/kepimpinan adalah hak mutlak lelaki oleh faktor kekuatan aqal, jiwa dan tubuh badan.

Dijawab: Ada pula golongan yang mengatakan bahawa asas hubungan antara lelaki dan wanita adalah al-wala. Qiwamah yang dikhususkan kepada lelaki adalah dalam urusan rumah tangga sahaja bukan dalam urusan-urusan lain dari bab mengutamakan yang lebih layak bukan menafikan kelayakan daripada wanita.

2. Sunnah

a. Qauliah (kata-kata).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak berjaya mana-mana kaum yang melantik wanita menjadi pemimpin.
Berdasarkan kaedah "pengajaran itu diambil dari lafaznya yang umum bukan sebabnya yang khusus". Hadis ini memberi erti bahawa mana-mana kaum melantik wanita menjadi pemimpin adalah kaum yang gagal. Menafikan kejayaan dalam konteks hadis ini bererti tegahan.

Dijawab: Hadis ini disanggah dengan cerita Balqis yang berjaya memimpin kaumnya, walaupun beliau seorang wanita. Ini mendorong setengah pihak mengkhususkan hadis kepada wilayah tertinggi iaitu khilafah. Ada juga golongan yang mengkhususkan kepada kes berkenaan sahaja dengan qarinah (bukti).

b. Fikliah (perbuatan).
Tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam sama ada di zaman nabi atau zaman-zaman selepasnya, perempuan dilantik menjadi qadi atau pemimpin wilayah. Jika ia diharuskan oleh syarak tentu sekali ia tidak akan di abaikan apa lagi jelas keperluan dalam kehidupan bermasyarakat.

Dijawab: Bahawa tidak berlaku perkara tersebut adalah disebabkan tabeat kehidupan masyarakat pada waktu itu. Ia tidak menjadi dalil untuk menafikan kelayakan wanita sebagai pemimpin.

3. Maslahah
Setengah menganggap bahawa kepimpinan wanita bercanggah dengan kehendak maslahah daripada dua aspek:

a. Maslahah umat
Politik memelukan ketegasan dan ketangkasan. Sifat semulajadi wanita yang cenderung kepada sentimen mendedahkan umat kepada kemusnahan. Ini adalah mudarat yang terlarang. Disamping tanggungjawab sebagai pemimpin memerlukan….. adalah amat berat. Ia bertanggungjawab memelihara agama, menyelesaikan perselisihan, menjaga generasi, melaksanakan hudud, mengukuhkan pertahanan , jihad dan mengimamkan solat. Sesetengahnya ditegah daripada wanita melakukanya oleh syarak. Oleh itu penglibatan mereka dalam kepimpinan hendaklah dihadkan di bidang kemasyarakatan, pendidikan dan perubatan atau paling tinggi kementerian wanita.

b. Maslahah keluarga.
Wanita yang menceburkan diri dalam politik akan mengabaikan tanggungjawab rumahtangga dan akan menyebabkan runtuhnya rumahtangga. Kalau pun ia mampu dilakukan oleh setengah wanita, perkiraan dalam menghukum ialah kumpulan ramai dan yang kebiasaan bukan yang jarang-jarang berlaku.

Dijawab: Bahawa itu semua berlaku atas andaian wanita yang tidak ada kelayakan. Kita sedang berbincang mengenai wanita yang layak. Lagi pun contoh dan gaya kepimpinan yang disebut adalah gaya pemerintahan individu, kita berbicara dalam dimensi pemerintahan yang mengamalkan syura dan melaksanakan syariah dengan kefahamannya yang betul. Mengenai kepentingan keluarga, memang benar perkiraan dengan keadaan yang biasa. Oleh kerana itu kita bercakap mengenai kepimpinan yang hukumnya fardhu kifayah tidak wajib kepada semua orang.

4. Saddu zariak (Menghindari Kemungkinan Lebih Buruk)
Pemimpin harus ke depan dan mengambil tanggungjawab. Ini bersalahan dengan kehendak syarak yang menetapkan bahawa wanita tempatnya di rumah dan membawa kepada percampuran yang membawa fitnah.

Dijawab: Pandangan ini disanggah dengan menganggap bahawa arahan tinggal di rumah itu adalah perintah khusus kepada isteri-isteri nabi s.a.w. Ia tidak kena mengena dengan wanita umat ini. Sunnah amali menunjukkan mereka terlibat bersama lelaki dalam semua bidang kehidupan termasuk ibadah, muamalah, menuntut ilmu, jihad dan bidang-bidang perkerjaan. Yang dilarang oleh syarak ialah, mendedahkan aurat, mengucapkan kata kata yang menggoda, merenung atau bertentang mata, dan berkhalwat.

Kesimpulan

Sesungguhnya kepimpinan umum memerlukan keupayaan khusus. Ada di kalangan wanita yang memiliki keupayaan tersebut dan layak untuk memikul tanggungjawab fardhu kifayah ini. Hujah untuk menafikan hak mereka tidak kuat. Walaubagaimana pun kita beranggapan bahawa bilangan wanita yang mampu memikul tanggungjawab rumahtangga dan kepimpinan tidak ramai. Walaubagaimanapun ketandusan ini tidak memberi makna bahawa penglibatan wanita di bidang politik dan kemasyarakatan lemah. Apa lagi bila dilihat dari perspektif penyertaan politik mengikut kaca mata Islam. Islam melihat penglibatan wanita di bidangnya yang khusus seperti mendidik anak dan menguruskan rumah tangga memberi kesan besar di bidang politik dan kenegaraan. Wallahu aalam.

 

  Semasa


Komen


"Hukum Wanita Memegang Tampuk Pemerintahan." | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Hukum Wanita Memegang Tampuk Pemerintahan.
oleh rijaluddin pada Ahad, 04 Jun 2006 @ 12:11:00
(Info AHLI)


Pandangan ini disanggah dengan menganggap bahawa arahan tinggal di rumah itu adalah perintah khusus kepada isteri-isteri nabi...

assalamualaikum..
Kenapa dalam soal ini perkataan MENGANGGAP dijadikan sandaran untuk membuat hujah....pada ana prkataan itu diletakkan tanpa merujuk nas2 yang tepat atau mungkin ijtihad yang tak ada rujukan..hanya menggunakan pandangan sendiri...

maafkan ana...bukan maksud ana untuk sanggah pendapat nanti or sesiapa pun yang mmperjuangkan hak wanita....tapi jangan sampai kita terlalai dan terikut-ikut dengan pjgn barat yang mengutamakan hak asasi manusia menurut cara mereka.sbaiknye kita ikut cara ummul mukminin yang merupakan ibu orang mukmin...sudah tntu mereka boleh dijadikan idola dan ikutan zaman ini dan sampai bila2...disini tidak wujud unsur diskriminasi wanita kerana sirah nabi telah mmbuktikan bahawa saidatina a'ishah telah menjadi rujukan oleh para sahabat..pada masa yang sama,saidatina a'ishah juga mengamalkan apa yang nabi ajar(yang dikatakan HANYA UNTUK ISTERI PARA NABI SAW)..jadi tak menjadi masalah dalam meniru cara para isteri nabi dalam segala hal..janganlah kita mengmbil contoh lain untuk jdkan hujah,pada masa yang sama menafikan contoh lain yang wujud pada zaman tersebut juga....bagi ana,islam da letakkan satu tempat yang tinggi kepada wanita dalam usaha mereka untuk mendidik generasi yang akan datang...jadi gunakan platform yang tersedia untuk memaksimakan kemampuan yang ada....
bukan apa,jk dilihat sekarang,lndasn untuk mndapat hak kesamarataan oleh kaum hawa mmbawa hingga kepada ingin mengubah ayat2 Allah di dalam al-quran...ana rasa mungkin nanti tau pkr ni dan ptubuhan mana yang ana mksdkan..
ana kurang ilmu..jk salah,mhn dibetulkan..

sejujur hati ana,ana amat hrmati kaum hawa....
walau pepn,bagi pihak yang tlibt dengan pjgn wanita,jangan sampai mengenepikan hak Allah dalam memutuskan sesuatu prkra...kerana DIA lebih TAU KEMMPUAN HAMBA2NYA MENURUT KADARNYA...

sama-sama kita menuju ke arah pmbentukan muslimah yang intelek dari segi sahsiah dan pmikiran menurut acuan al-quran....
moga dihindari daripada acuan orientalis barat yang mghendaki kehancuran muslimah....
wallahu a'alam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.471826 saat. Lajunya....