Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 141
Ahli: 0
Jumlah: 141




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Mahasiswa kurang berkualiti!!
 Posted on Jumaat, 05 Mac 2004 @ 9:45:21oleh Engku_Salina
Umum gadishijau menulis Assalamualaikum...artikel yang akan saya coret ni.. taklah merupakan ARTIKEL yang hebat.. tetapi sekadar coretan idea yang muncul tiba-tiba... semoga apa yang cuba saya ungkapkan disini.. difikirkan.. diuraikan.. yang penting semoga... kita trsenarai sebagai mahasiswa yang berkualiti.. menyumbang sesuatu kepada ISLAM... bangsa dan negara.. insyaALLAH...

Keluarnya sijil SPM..sambung ke matrikulasi..kemudian ke IPT awam mahupun swasta..itupun sekiranya dapat...masatu..masing-masing dah rasa gah dengan kedudukan yang ada...jiran tetangga pun asyik mengucapkan tahniah atas kejayaan menempatkan diri ke IPT..masyaALLAH..betapa bangganya kita kerana dianugerahkan oleh ALLAH rezeki yang menjadi idaman semua pelajar...

Semua ahli keluarga memberikan dorongan..yang tidak terhingga..tidak cukup duit..lembu pun sanggup digadaikan untuk membayar keperluan si anak...kitalah anak yang paling disanjung dan dihormati..

Sesampainya ke 'Menara Gading'...bermulalah episod diri bergelar mahasiswa..tika ini..pengurusan masa amatlah penting.kalau dulu ada juga masa disediakan untuk 'prep..'kalau dah masuk universitini..pandai-pandaila curi masa untuk study..mana dengan aktiviti pesatuannya...aktiviti kokurikulumnya..assingment yang banyak...kelas yang banyak..lecturer yang berbahasa luar biasa..maklumla kadang-kadang lecturer foreingner..hmm..tak terkejar..dengan tekanan nak habis silibus dengan cepat..

macam-macamla tekanan yang dianggap 'berat'oleh pelajar..itu belum masuk lagi bab personal 'tension' lagi..yang cantik..dikejar jejaka..yang handsome dikejar awek..yang tak kuat imannya...akan hanyut..'berpautlah pada dahan-dahan yang kukuh...(carilah teman yang dapat membawa kita ke arah kebaikan...)kadang-kadangtu terdapat juga pelajar yang hanyut dibawa arus 'kemodenan' ciptaan sendiri..ikut kehulu-kehilir...masyaALLAH...macammana ilmu nak berkat...

Renungkanlah...masatu...dugaanyang datang semakin hari semakin hebat..dengan usia yang masih 20-an...banyak perkara baru yang dipelajari..khususnya..ilmu dunia...ilmu akhirat???susahnya kita nak meluangkan masa ke arah itu....hmmm ada yang berpendapat lepas keluar nanti masih sempat untuk belajar...hmmm..ikutlah..jangan sampai yang dipegang takdapat..yang dikendong berciciran...

setelah memerah otak masa examination...masing-masing berdebar untuk menerima keputusan...hasilnya...sungguh hebat..ada yang dapat 4 flat..siapa??ala...saudari Siew Lan tu...ramai juga yang dapat 'three pointer lebih..'..siapa??siapa lagi kalau bukan geng-geng suka bertanya lecturer itu dan ini...kita??dapat berapa??kalau baik...Alhamdulillah...sujud syukur...kalau tidak baikk??habis sampai naik sem baru pun masih menyesal...siapa yang bersalah..aku..dia..kawan-kawan..lecturer yang tak pandai mengajar??masyaALLAH..semua orang dipersalahkan...diri sendiri turut diperlekehkan...sehinggakan ada yang berputus asa...

Naik sem baru..perangai lama tidak berubah juga..masih lagi berfoya-foya..membuang masa untuk itu dan ini..tak cukup masa..masa study telah dicuri untuk berdating..hmm..entahlah..yang gemar menelaah terus dengan stadinya..tidak kurang juga yang lokek dengan ilmu yang ada..hanya 'senyum'melihat rakan yang lalai....begitulah pada hari seterusnya..begitu sopan dalam kelas..sehinggakan diam membisu..tanpa memberi reaksi ketika lecturer menanyakan soalan...tak tahu..atau..buat-buat tahu..WALLAHu'ALam..habis kelas..semua buku trtutup..maklumla banyak agenda lain yang perlu diutamakan...

exam menjelang lagi...stady-study-study....ramai juga yang dah biasa mengamalkan Last minute ni..hmm..yang histeria pun tidak kurangnya...bersolat hajat...untuk dapatkan keputusan yang cemerlang..."Semoga Ilmu yang dipelajari sebelumni..diberkati.."begitulah...sehingga naik tahun 1,2,3,4...dah sampai masa...keluarlah kita daripada IPT yang telah banyak memberi kita ilmu...

persoalannya banyakkah yang telah kita dapat???ilmu dunia..akhirat..semua pensyarah telah dikenali??suadah berterima kasih dengan ilmu-ilmu yang dicurahkan??ilmu yang bagai lautan...kalau tidak dicari..diamalkan..sedikit pun sudah tidak berguna..

Masuk pula dunia baru..mencari..terus mencari..pekerjaan yang 'sesuai'..kualiti??adakah kita seorang yang sesuai untuk bergelar mahasiswa??..antara sifat mahasiswa..berani..bijak berkomunikasi..pandai mengendalikan majlis..mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari...entahlah..tak kurang juga yang telah lupa dengan apa yang dipelajari...tak layak bergelar..doktor..engineer..lawyer...sijil yang dianugerahkan mungkin hasil dari menipu..iaitu meniru ketika peperiksaan dan sebagainya...dimanakah kita??berkuaLITIKAH KITA...

sekiranya hanya ada sekeping sijil pengiktirafan ijazah..tetapi mengambil ringan soal rasuah...tidak pandai berorganisasi..senang kata..mahasiswa yang tidak frofesional!!bagaimana?sudahnya taraf akedemik yang cukup-cukup makan...akhlak yang entah apa-apa...masyaALLAH...

marilah bersama kita renungkan...jadikan doa sebagai senjata...ya kita ada doa sebagai senjata..perkemaskan diri..sebelum menempuh alam pekerjaan yang pasti lebih mencabar..berbagai-bagai jenis orang..bukan semua yang sekepala dengan kita...kita perlu akui kelemahan yang ada..pada masa yang sama..cuba perbaiki...muhasabah...

Ya Allah...berilah kekuatan kepada kami untuk menempuhi segala ujian yang Kau lemparkan kepada kami...dengan gelombang fitnah disana sini..dimana lagi tempat untuk kami mengadu..hanya kepada MU..mengharap kasihMu..walaupun taubatku sering ku mungkiri...tapi..aku tahu..kasih sayangMu tidak bertepi...yaALLAH...semoga hati-hati kami lembut untuk menerima kebaikan...keras unutk menerima hasutan syaitan..kami ingin menjadi insan yang soleh dan solehah..kami ingin menjadi mahasiswa yang diberkati olehMu...berkatilah perjuangan kami....AMIN...

Semoga coretan ini..tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak..marilah kita bersama komen..saling nasihat menasihati..niat saya hanyalah untuk berkongsi...kerana saya juga adalah balkal bergelar mahasiswa....sekian terima kasih...

 

  Umum


Komen


"Mahasiswa kurang berkualiti!!" | Login/Mendaftar | 7 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Mahasiswa kurang berkualiti!!
oleh juriza pada Jumaat, 05 Mac 2004 @ 10:08:21
(Info AHLI)


assalammualaikum. memang ada betul nyer mengenai mahasiswa yang di study diu. memang study di u,memerlukan semangat yang kuat,klu x pandai control diri sendiri, silap2 di u x membawe ape2.klu kita dah berada di u , kite kene ingat niat kita dtg kat u, belajar krn ape?.sbb Allah adalah kunci nyer,time kasih kpd yang mengutarakan rencana ni, mengingatkan saya sbg seorang student di u. untuk menjadi insan yang baik,
Hidup Biarlah Berjasa!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Mahasiswa kurang berkualiti!!
oleh hafiz_along_83 pada Ahad, 07 Mac 2004 @ 15:59:07
(Info AHLI)
assalamualaikum.. ana kat sini just nak ceritakan sedikit pengalaman yang ana dapat dari cerita siswa siswi kat kampus sintok ni.. memang kita dapat tengok macam2 jenis student kat sini dan kat u mana2 pun.. yang ana nampak pasal pelajar matrik.. sebab ana pun bekas pelajar matrik.. depa ni kat matrik result memang bagus.. kalau 2 sem kat matrik tu memang takde sape yang boleh challenge dia.. semua subjek dialah yang paling top.. selalu dapat nama.. selalu pensyrah puji.. kadar kembangan hidung toksah nak ditanya lagi..
tapi bila masuk ke u depa lupa yang ada kat u tu bukan semuanya pelajar matrik cam dia.. ada budak bekas diploma.. stpm pun tak kurang juga.. sepanjang pengajian kat u, masih ngan cara di matrik.. masih sama cam sekolah menengah.. sem 1 ngan 2 ok lagi.. alih2 sem 3 dapat LB.. dapat 'surat cinta' dari HEA.. kalau tak elok2 jugak keputusan, tahun depan jgn harap jumpa kat u ni lagi.. sebab satunya yang ana nampak faktor suasana kat u ni yang memang sungguh menarik perhatian dan sentiasa mencabar kewibawaan nafsu.. (betul ke ayat ana ni?).. terlalu banyak benda2 yang menyeronokkan nafsu.. mungkin dlm tahun 1 tu kita boleh tahan lagi.. tapi dah dekat tahun 2 n 3, kita dah mula sedikit demi sedikit hanyut dengan alunan keseronokan hidup kampus yang biasa kita tengok dalam filem2 dulu la.. betapa indahnya hidup dalam u ni digambarkan oleh penerbit2 yang tak sedar akan bahayanya kesan filem yg mereka hasilkan itu kepada sebil remaja.. hinggakan yang dulu bekas pelajar sekolah agama pun jadi teruk.. teruk dari budak sekolah biasa.. matrik dah nampak sikit2 dah ke'teruk'annya tu.. kita kena ingat.. mengaji agama bukan sebab untuk mendapat hidayah Allah.. semuanya ikut pada Allah.. Dia nak bagi, Dia bagi la.. banyak ke.. sikit ke.. Dia tak nak bagi, pun ikut kehendak Dia.. kita cuma kena usaha je.. dan mengaji agama pun salah satu usaha.. cuma penghayatan kena lebih la sikit..
]


Re: Mahasiswa kurang berkualiti!!
oleh zinniratunnajua pada Selasa, 02 Ogos 2005 @ 23:44:49
(Info AHLI) http://yahoo.com
Assalamualaikum... Memang betul apa yang anta cakap. Ana pun budak matrik (baru taun ni!) memang mencabar keimanan betul dok sini. Baru baper bulan tapi cm2 fenomena maksiat seperti dating yang boleh dilihat dengan jelas dan nyata. Tulah yang merosakkn prestasi akademik dorang semua. Mostly memang orang melayu. Peliknyer bebudak bangsa lain tak plk buat macam ni. Ish konfius btulla!bila dah terkantoi xm barula nak sedar konon. tapi ana memang sedih lah nengok dorang ni.apapun student zmn sekarang ni tula masalah sebenar-benarnye yang ana rasa jadi penyebabnye. Malas dan leka dengan mende2 tak berpekdah. betul tak? Mesti anda semua setuju dengan ana kan. So ana harapla kita semua sentiasa terpelihara dpd bende2 macam ni. Yang pntg sekali adalah diri kita sdiri yang kena kuat hadapi perjuangan jihad ini. memang banyak dugaan kan. OKla doala ana berjaya dengan cemerlang kat matrik ni dan niat ana sentiasa terpelihara olehNYA... Wassalam.
]


Re: Mahasiswa kurang berkualiti!!
oleh gadishijau pada Ahad, 04 September 2005 @ 9:13:27
(Info AHLI)
waalaikumussalam..
sedar tak sedar dah tahun akhir,marilah kita bersm menunjukkan contoh y trbaik...sama ada dalam kampus mahupun di luar..kerana kita senantiasa membawa imej Islam di mana jua,saling ingat mengingati sesama kawan...'tidk ada seseorang itu membuat maksiat ketika dalam keadaan beriman'-tafsiran ulama,akan trcabutnya iman selagi belum bertaubatnya kepada Allah di atas maksiat yang telah dilakukan..
9kalo salah tolong betulkan..)wallahu'alam
]


Re: Mahasiswa kurang berkualiti!!
oleh dyah pada Selasa, 13 September 2005 @ 11:51:28
(Info AHLI)
assalamualaikum...bagi saya sebagai pelajar matrix di salah satu kolej matrix di malaysia fenomena ni memang ada ber laku ..Kalau couple2 tu memang ada. sebenarnye tak salah nak couple tapi kena pandai bawak dirila..sebenarnye pelajar matrix atau palajar stpm ke same saja...yang penting cara mereka pandai bawa diri.mungkin bila sampai u diorng rasa macam besar diri pula sebab tak ada siapa yang nak kawal kita.so pegangan iman yang kukuh saja yang dapat jadi pendinding .
]


Re: Mahasiswa kurang berkualiti!!
oleh hangkas ([email protected]) pada Rabu, 30 Ogos 2006 @ 8:12:52
(Info AHLI)
ada kebenaran bahawa mahasiswa kini kurang berkualiti tetapi masih ada di kalangan mereka di antara yang terbaik dan cemerlang. Mereka ini tahu di mana mereka berada, tahu matlamat hidup dan jalan yang hendak dituju.
bagi mereka yang tidak sedar, fikir-fikirkanlah, apa tujuan kita ditakdirkan menuntut di U. penukuhan benteng iman, ingat amanah yang diberikan oleh Allah. Ingat pesan ibu, ingat pesan ayah. jadikanlah diri umat Muhammad yang memberi kemuliaan dan memperolehi kedudukan tertinggi kerana berilmu dan beramal.
wasalam.
]


Re: Mahasiswa kurang berkualiti!!
oleh akina pada Sabtu, 11 November 2006 @ 10:22:57
(Info AHLI)
malas belajar punca utma...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.150019 saat. Lajunya....