Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 211
Ahli: 0
Jumlah: 211




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Kisah 3 sekawan bertemu JIN
 Posted on Isnin, 19 Januari 2004 @ 17:40:01oleh littlemuslimah
Umum nur_irah menulis Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu berkepit kemana saja. Tapi ketiga-tiga mereka mempunyai kegemaran berlainan. Si A suka main segala jenis perempuan, si B pula suka minum segala jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan benda-benda yang berasap.

Satu hari ketiga tiga sahabat ini berjalan jalan ditengah tengah padang pasir. Tiba tiba ketiga-tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek (macam cerita Aladdin). Lalu salah seorang mengutipnya lalu menggosok-gosok cerek tersebut. Tak semena-mena keluar asap berkepul-kepul dari corong cerek tersebut dan asap tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang menggerunkan iaitu seekor Jin yang ganas. Lalu jin tersebut ketawa dan berkata, "Ha ha ha ha. Aku lah jin Aferit. Oleh kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan setiap satu dari kamu."

Tiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing-masing yang mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap-tiap mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing masing.

Berkata si A, "Aku mahu seberapa ramai perempuan muda dari berbagai bangsa dari seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Pufff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, "Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing seperti mana yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, bila terbuka saja maka keluarlah si A dengan keadaan kurus melidi, berdiri pun tak boleh kerana tak larat nak gerak lutut sebab hari-hari main. Tiba tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati.

Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka, maka keluar si B dengan perut yang tersangat buncit kerana hari-hari mabuk. Jalan pun terhuyung hayang. Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati.

Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba tiba si C keluar dengan keadaan sihat seperti sedia kala dan terus menampar si Jin sambil memaki hamun si Jin dengan berkata....

"Celaka kau jin... kau bagi aku rokok tapi tak bagi aku api... macam mana aku nak merokok... 10 tahun aku tunggu tak buat apa-apa kau tau!"

Saya ingin mengajak sahat sahabiah semua untuk memikirkan apakah pengajaran dari kisah ini... Sama-samalah kita berfikir untuk memantapkan diri kita.

 

  Umum


Komen


"Kisah 3 sekawan bertemu JIN" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Kisah 3 sekawan bertemu JIN
oleh Prof_Muslim ([email protected]) pada Isnin, 19 Januari 2004 @ 22:50:30
(Info AHLI)


Seronok baca.....
ingatkan yg A ...dapat ramai anak pinak...rupanay tidak....
dan fikir B dan C akan mati dulu...
rupa-rupanya.......C panjang umur...

.......p/s: Ambil ktibar
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Kisah 3 sekawan bertemu JIN
oleh syed ([email protected]) pada Ahad, 25 Januari 2004 @ 22:11:01
(Info AHLI)


cerita yang menarik..ana rase semua yang dim intak oleh ke3 pemuda tadi benda yang memudharatkan diri mereka dan cerita ni ade yang logik dan tak logik banyak lak..jadi klau nka buat cerita buatlah yang logik ttp dalam tak logik cerita ni menarik jugak..wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117466 saat. Lajunya....