|
Penemuan menakjubkan
|
|
 |
Posted on Jumaat, 24 Oktober 2003 @ 13:34:38oleh Hanan
|
|
|
hanzaalah menulis Assalamualaikum
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, Kenapa dengan keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah
beliau. Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia,
Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup
tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana
baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri
daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang
Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau
menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan
dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut,
perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul
air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar,
tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)
rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata
"banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya
hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari
sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),
bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik
melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya
"Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin
semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan
menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
bertanya "Berikan saya sebab Kenapa awak berkata air itu adalah air
zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini"
Jawab Pensyarah.
Profesor berkata "Saya tak tahu sama ada betul atau tidak air zam-zam
itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata
dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu
seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah
dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah
seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan
Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan
berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula,
jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan
jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wassalam.
|
|
| |
|
|
|
|
|
Berita
|
|
|
|
Artikel yang paling banyak dibaca dalam Berita:
Impian & HarapanRecent News About Berita:
Misc
|
|
|
Komen
oleh alifmimyanun pada Selasa, 27 Januari 2004 @ 14:10:56
(Info AHLI)
pernoh dengor ustaz saye cerite.
tp yg lain tak pernah lg kot.
oleh mannan pada Rabu, 11 Februari 2004 @ 4:03:56
(Info AHLI)
nota : sendikit perkongsian ilmu > supaya orang kasih pada kita bacakan basmallah 1000x pada kemudia beri minum pada orang...insya-Allah!!!
#Sila rujuk drp org yg lebih alim jika rasa was-was
oleh haiza pada Jumaat, 25 Jun 2004 @ 11:43:00
(Info AHLI)
kalau air beracun yang diminum dibacakan dgn bismillah nescaya racun tsbt tdk dpt memudaratkan diri kita. insyaallah.
oleh mannan pada Rabu, 11 Februari 2004 @ 4:04:02
(Info AHLI)
oleh Tetamu pada Khamis, 12 Februari 2004 @ 1:39:50
menunjukkn kemuliaan ayat2 suci al Quran n membuktikn kebenaran Islam..
oleh raudhatulaqilah pada Jumaat, 21 Mei 2004 @ 13:12:26
(Info AHLI)
oleh ilhammusafir pada Rabu, 31 Januari 2007 @ 22:39:11
(Info AHLI)