|
batasilah pergaulanmu......
|
|
 |
Posted on Sabtu, 17 Mei 2003 @ 16:19:22oleh SaLaFiaN
|
|
|
khalifah menulis Syariat mengawal dan akhlak menjadi penyeri pergaulan.........
Batasilah pergaulanmu...
Tudung yang disarung dikepala melambangkan keayuan si pemakai.bukan sahaja tampak cantik bakan ia menutup aurat dan ia adalah kewajipan ke atas setiap muslimat. Tudung yang di pakai bagi �menyembunyikan� mahkota diri. Dilabuhkan menutupi leher serta bahagian dada. Pakaian yang dipakai tidak lagi menamoakkan bentuk tubuh badan. Tetapi ia mestilah tidak nipis,dan tidak direnjis dengan pewangi yang boleh menyesakkan nafsu lelaki. Semuanya telah dikira sempurna dan banyak pula hikmahnya.
Namun begitu, hikmah di sebalik pemakaian yang menutup aurat ini tidak akan terasa jika soal pergaulan masih tidak terjaga. Bertegur sapa, berbual mesra, ziarah meniarahi dan saling memohon kemaafan, perlu dibuat dalam batas-batas yang ditentukan sebagaimana peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sekiranya ianya dilakukan tanpa penghayatan, dorongan iman, dan tanpa ilmu pengetahuan, hikmahnya tidak akan terasa.
Dari satu sudut, umat Islam disuruh mewujudkan kemesraan atau ukhwah sesama Islam, namun dari sudut yang lain pula syariat meletakkan batas-batas yang ketat, antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Sebagaimana contohnya, senyum dan bertegur sapa, mestilah bertempat, tidak sebarangan, apa lagi berlebih-lebihan. Sebenarnya di situlah letaknya keindahan seni pergaulan dalam islam.
Syariat mengawal akhlak menjadi penyeri pergaulan. Lelaki dan wanita bukan muhrim boleh berbincang dan bergaul, namun hendaklah dalam lingkungan pergaulan yang terjaga disamping mengelak perlanggaran syariat yang boleh menyebab timbulnya dosa.
Banyak hikmah yang dapat dicungkil dari peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT antaranya adalah mengelak daripada berlakunya fitnah dan memelihara kemuliaan maruah. Jelaslah bahawa dalam Islam segalanya mest diletakkan kena pada tempatnya. Di sinilah seni pergaulan yang dikawal oleh akhlak. Barulah datangnya hikmah daripada peraturan yang Allah SWT bekalkan ini...
|
|
| |
|
|
|
|
|
Tazkirah
|
|
|
|
Komen
oleh nuriz ([email protected]) pada Ahad, 18 Mei 2003 @ 15:46:33
(Info AHLI)
AsSaLaMmUaLaIkUm.....
terima kasih atas artikel yang bermanfaat ni
oleh nisaulfadhilah ([email protected]) pada Ahad, 13 April 2008 @ 19:50:43
(Info AHLI)
ana menyokong artikel ini..bukan mudah untuk menjadi seorang muslim yang tulen jika diri sendiri tidak di pelihara..sesungguhnya,islam itu indah dan allah sukakan keindahan..
oleh halesolurun_84 pada Khamis, 22 Januari 2009 @ 10:50:52
(Info AHLI) http://halesolurun.blogspot.com/
Jaga lah diri kamu.. kerana syaitan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melalaikan kamu..