Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-07-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 102
Ahli: 0
Jumlah: 102




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 8 hari yang lalu
the_brOtherz: 36 hari yang lalu

Qiam di bulan Ramadhan
 Posted on Sabtu, 29 Ogos 2009 @ 22:49:08oleh Hanan
Tazkirah zubaralhadid menulis 1.Dalilnya

1.1 Dari Abu Hurairah .a, Rasulullah S.A.W bersabda “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. “
(Hadits Muttafaq ‘Alaih)

1.2. Dari Abdurrahman bin Auf .a bahwasanya Rasulullah S.A.W menyebut bulan Ramadhan seraya bersabda “Sungguh, Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku sunatkan solat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu karena iman dan mengharap pahala, niscaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya.’
(hari. An-Nasa’I )

2. Hukumnya:
Qiam Ramadhan (solat malam Ramadhan) hukumnya sunnah mu‘akkadah (ditekankan), dituntunkan oleh Rasulullah S.A.W beliau menganjurkan serta menyarankan kepada kaum muslimin serta diamalkan juga oleh Khulafa’ Rasyidin dan para sahabat dan tabi’in. Seharusnya seorang muslim sentiasa mengerjakan solat tarawih pada bulan Ramadhan dan solat malam pada sepuluh malam terakhir, untuk mendapatkan Lailatul Qadar

3, Keutamaannya:
Qiamul lail (solat malam) disyariatkan pada setiap malam sepanjang tahun. Keutamaannya besar dan pahalanya banyak.

Firman Allah Ta’ala
“Lambung mereka jauh dan tempat tidurnya “( Maksudnya mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, untuk mengejakan solat malam) , sedang mereka berdo’a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dan rizki yang Kami berikan kepada mereka. “(AsSajdah: 16).

Ini merupakan sanjungan dan pujian dari Allah bagi orang-orang yang mendirikan solat tahajjud di malam hari. Dan sanjungan Allah kepada kaum lainnya dengan firman-Nya
“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka momohon ampun (kepada Allah) . “ (Adz-Dzaariyaat: 17-18 )
“Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (Al-Furqaan: 64).

Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Abdullah bin Salam, bahwa Nabi S.A.W bersabda “Wahai sekalian manusia, sebarkan salam, berilah orang miskin makan, sambungkan tali kekeluargaan dan solatlah pada waktu malam ketika semua manusia tidur, niscaya kalian masuk Surga dengan selamat.

Juga diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Bilal, bahwa Nabi S.A.W bersabda: “Hendaklah kamu mendirikan solat malam karena itu tradisi orang-orang soleh sebelummu. Sungguh, solat malam mendekatkan dirimu kepada Tuhanmu, menghapuskan kesalahan, menjaga diri dan dosa dan mengusir penyakit dari tubuh”

Dalam hadits kaffarah dan derajat, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Dan termasuk darjat: memberi makan, berkata baik, dan mendirikan solat malam ketika orang-orang tidur’: dinyatakan shahih oleh AI-Bukhari dan At-Tirmidzi)”

Dan sabda Nabi S.A.W “Sebaik-baik solat setelah fardhu adalah solat malam. “(hari. Muslim).


4. Shalat Tarawih:
Solat tarawih termasuk qiam Ramadhan yang mana kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam memperhatikannya serta mengharapkan pahala dan balasannya dari Allah. Malam Ramadhan adalah kesempatan yang terbatas bilangannya dan orang mu’min yang berakal akan memanfaatkannya dengan baik tanpa melengahkannya.

Jangan sampai ditinggalkan solat tarawih, agar memperoleh pahala dan ganjarannya. Dan jangan pulang dari solat tarawih sebelum imam selesai darinya dan dan solat witir, agar mendapatkan pahala shalat semalaman. Hal ini didasarkan pada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam

“Barangsiapa mendirikan solat malam bersama imam sehingga selesai, dicatat baginya solat semalam suntuk. “
(hari. Para penulis kitab Sunan,dengan sanad shahih) Lihat kitab Majalisu Syahri Ramahan, oleh Syekh Ibnu Utsaimin, him. 26-30.

Solat terawih adalah sunat dilakukan dengan berjama’ah. Demikian yang masyhur dilakukan para sahabat, dan diwarisi oleh umat ini dan mereka generasi demi generasi. Shalat ini tidak ada batasannya. Boleh melakukan shalat 20 raka’at, 36 raka’at, 11 raka’at, atau 13 raka’at; semuanya baik. Banyak atau sedikitnya raka’at tergantung pada panjang atau pendeknya bacaan ayat. Dalam solat diminta supaya khusyu’, bertuma’ninah, dihayati dan membaca dengan pelan; dan bukannya dengan cepat dan tergesa-gesa. Dan lebih baik apabila solat tersebut hanya dilakukan 11 raka’at.(Yaitu berdasarkan hadits Aisyah radiallahu’anha yang artinya : “Tiadalah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menambah (rakaat), baik di bulan Ramadhan atau (di bulan) lainya lebih dan sebelas rakaat”. (hari. Al-Bukhari dan An-Nasa’i)


5. Solat Witir
Termasuk solat malam: witir, paiing sedikit satu raka’at dan paling banyak 11 raka’at. Boleh melakukan witir dengan satu raka’at saja, berdasarkan sabda Nabi S.A.W “Barangsiapa yang ingin melakukan witir dengan satu raka’at maka lakukanlah. “ hari. Abu Dawud dan An-Nasa’i.

Atau witir dengan tiga raka’at, berdasarkan sabda Nabi S.A.W “Barangsiapa yang ingin melakukan witir dengan tiga raka‘at maka lakukanlah. “(hari. Abu Dawud dan An-Nasa’i).
Keadaan ini boleh dilakukan dengan sekali salam, atau solat dua raka’at dan salam kemudian solat raka’at ketiga.

Atau witir dengan lima raka’at, dilakukan tanpa duduk dan tidak salam kecuali pada akhir rakaat.
Berdasarkan sabda Nabi S.A.W “Barangsiapa ingin melakukan witir dengan lima raka’at maka lakukaniah. “(hari. Abu Dawud dan An-Nasa’i).

Dan Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau mengatakan:
“Nabi S.A.W biasanya solat malam tiga belas raka’at, termasuk di dalamnya witir dengan lima raka‘at tanpa duduk di salah satu raka‘atpun kecuali pada raka’at terakhir. “(Hadits Muttafaq ‘Aiaih).

Ketiga hadits tersebut dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban.

Atau witir dengan tujuh raka’at; dilakukan sebagaimana lima raka’at. Berdasarkan penuturan Ummu Salamah radhiallahu ‘anha “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasanya melakukan witir dengan tujuh dan lima raka ‘at tanpa diselingi dengan salam dan ucapan. “(hari, Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

Boleh juga melakukan witir dengan sembilan, sebelas, atau tiga belas raka’at. Dan yang afdhal adalah salam setiap dua rakaat kemudian witir dengan satu raka’at.
Solat malam pada bulan Ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan atas solat malam lainnya.

6. Waktunya:
Solat malam Ramadhan mencakup solat pada permulaan malam dan pada akhir malam.

 

  Tazkirah


Komen


"Qiam di bulan Ramadhan" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Qiam di bulan Ramadhan
oleh musafirsufi (humaira @yahoo.com) pada Rabu, 09 September 2009 @ 8:28:26
(Info AHLI)


assalamualaikum..alhamdulillah dan syukran jazilan kepada yang sudi berkongsi ilmu ini kepada semua pembaca dan ahli ukuwah.ilmu ini amatlah berguna dan boleh dimanfaatkan kepada semua..tahniah!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.077882 saat. Lajunya....