Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 142
Ahli: 0
Jumlah: 142




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 14 hari yang lalu
the_brOtherz: 41 hari yang lalu

Novel Bersiri: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
 Posted on Khamis, 21 Ogos 2008 @ 15:36:04oleh syahidatul
Karya waniesyaz menulis Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.

"Tak apa lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.


"Arrggh... rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,> abang tak nak tengok ke apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbatkesukaan abang," luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu," pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti disapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura," bisik hati kecilnya. Aargghh... rindunya Nura pada abang. Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang.

Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikankekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang." Nura cuba bermanja sambil menambah, "Abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada presentation dan hendak cepat. Mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh... rindunya Nura pada abang.
--------------------------------------------------------------------------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.

"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat lah, kasihan bini kau." Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan pelan tu. Aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00. Aku balik pun bini aku dah tidur." Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja saja cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek. Aku tak tahu Kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah," terang Hilmi.

"Well. Aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau. Aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?" usul Zikri.

"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
--------------------------------------------------------------------------
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijabkabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduriini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. Lima tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?" tanya Nura lima tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura," janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas lima tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh... rindunya Nura pada abang.

--------------------------------------------------------------------------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti di situ.

"Tetapi Kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" celah Zikri.

"Bukan macam tu. Aku kasihan dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah. Aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya," terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkah Zikri.

"Entahlah Zek. Aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia. Aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?" kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata anda ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup," ujar Hilmi.

--------------------------------------------------------------------------

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir lima bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.

Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh... tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh! Rindunya Nura pada abang.

--------------------------------------------------------------------------

"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I Kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

--------------------------------------------------------------------------

"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ke? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." Jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgghh... rindunya Nura pada abang.

Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari. Aargh... rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang." ujar Nura dengan lembut.

"Eh.. dah pandai menjawab," perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya.

"Dulu abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada," bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan?" Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

to be continue...

 

  Karya


Komen


"Novel Bersiri: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1" | Login/Mendaftar | 12 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh everlastingeternity pada Ahad, 24 Ogos 2008 @ 13:53:40
(Info AHLI)


wah...suspennye...
bla nak ada smbungan ini?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh shimaku ([email protected]) pada Rabu, 27 Ogos 2008 @ 12:07:53
(Info AHLI)
"ya Allah maha suci engaku yang menjadikan kami berpasang-pasangan dan maha suci juga engaku mengadirkan kami seorang insan bernama sumai yang mampu melindungi kami..namun ya Tuhan apalah kudrat kami apabila tidak di hargai oleh suami."

** membaca cerpen ini tersentuh di hati saya...tak sabar menantikan sambungannya...tulisan yang agak baik dari pandangan saya..teruskan usaha anda saudaraku 'everlastingeternity'
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh ladylolida_aina pada Khamis, 28 Ogos 2008 @ 17:06:16
(Info AHLI)
lambat lagi ke sambungannya... tak sabar nak menunggu.. sedih saja cerita ni..
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh qistina_mardhiah pada Selasa, 14 Oktober 2008 @ 16:09:35
(Info AHLI)
cerita ni dah ada episod 2 ke belum?=)
em...best...
tajuk dia "rindunya abang pada Nura" tu, mesti last2 abang dia rindukan Nura pula...
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh nadia_khalit pada Sabtu, 22 November 2008 @ 21:20:55
(Info AHLI)
erm, sedih baca tapi best juga boleh tau feel bila tak dapat zuriat..
tau life mereka dan macam mana nak settle masalah macam ni..
nak sambungannyer..bila ye..huhu
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh nooreny pada Isnin, 01 September 2008 @ 14:28:30
(Info AHLI)
best lah cerita ini, cepat-cepat lah buat sambungan...
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh MARIAH_SMILE ([email protected]) pada Selasa, 16 September 2008 @ 7:56:47
(Info AHLI)
huhu.. sedih betul.. rasa nak nangis j. anak penyeri rumahtangga, selepas ini lahirkanlah anak ramai-ramai ye..
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh imni_1612 (imni_0601) pada Jumaat, 19 September 2008 @ 9:27:03
(Info AHLI)
hehe..
nak nangis rasanya baca walaupon baru episod 1..
cepatlah episod seterusnya,,
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh puteri_sofea pada Ahad, 07 Disember 2008 @ 18:49:03
(Info AHLI)
sedihnya...macam kisah ana...kekasih ana dkahwnkn dengan pilihn keluarga tapi selepas kahwin, kekasih ana bercerita isterinya langsung tak boleh mengandung...Ya Tuhan....ana tidak tau apa ini yang dikatakan ana harus tabah mnnti jodoh ana sama ada tetp bersm dia atau tak...ana tau dia terlalu bersedih kerna dia terlalu mnginginkn zuriat....dia selalu bercerita dan mmbygkn wajah anak2nya persis wajah kami berdua...tapi sayang...ana bukan isterinya...tapi ana insan yang telah dan masih mnanggung kecewa sepnjng hidup ana....

semoga cerita nura dan hilmi diteruskn..ana ingn tau kesudahnnya...apakah sama dengan kisah ana...atau sebaliknya..
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh qudwah ([email protected]) pada Isnin, 05 Januari 2009 @ 19:02:29
(Info AHLI)
bila nak sambung ni????
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh ilahnurani pada Khamis, 08 Januari 2009 @ 14:53:00
(Info AHLI)
dah nak menitis air mata tapi tak jadi sebab cerita ni to be continue pula...bila nak sambung cerita ni?
]


Re: Rindunya Abang Pada Nura - Episod 1
oleh kasihbalqis ([email protected]) pada Selasa, 17 Februari 2009 @ 14:11:33
(Info AHLI)
waaaa.... sedihnya... cepatla sambungkan kesudahannya...
]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085228 saat. Lajunya....