Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 150
Ahli: 0
Jumlah: 150




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

~* KECANTIKAN TANPA BIAYA *~
 Posted on Sabtu, 09 Ogos 2008 @ 13:22:29oleh simpLe_sHida
Tazkirah syahiditusuci menulis ~* KECANTIKAN TANPA BIAYA *~

Bismillah lah Rahman lah Rahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu wamaghfiratuhu waridhwanuhu.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, dengan izin KEKASIH HATI maka dikurniakan selapangan masa dan kesejahteraan kesihatan ‘alayya untuk melakarkan citra kalam buat akhowat fillah yang ana hargai fillah, bersempena genapnya ½ tahun jejak ‘ilmiah ana di perantauan pada hari ini, 18 Ogos 2005 bersamaan 13 Rejab 1426H.

InsyaALLAH, ilham pena ana bagi Augustus 2005 ini bakal mencoretkan perihal alat-alat dan kiat-kiat bagi mencapai kejelitaan insaniah; ia merangkumi keseluruhan aspek dalaman dan luaran yang terjelma daripada nawaitu nan tulus suci dan lahiriah murni seorang insan. Taraan nilainya tiada dapat di’akad jual beli dengan mana-mana matawang duniawi kerana wacana kecantikan ini bukannya bersifat fizikal semata-mata.

Bismillah..

Khassun ila hadhrathi akhowat fillah,
As alukum billah...

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai ramai.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Qur’an dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyu’kan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

8. Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhoan-NYA.


Wa akhiran..

9) Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan.

Wallahu’alam bishowab.

Demikianlah...perkisaran kecantikan tanpa biaya..yang dapat ana tintakan ikhlas lillah.

Segala yang bermanfa’at itu adalah satu fitrah yang dikaruniakan ILAHI atas hamba-NYA, manakala yang berpalit kesilapsalahan itu adalah satu ujian dan peringatan awal dari Al Khaliq ke atas anak Adam, sebelum dirinya menyembah bumi untuk segera sedari dan perbaiki diri.

Asifli ‘ala kulli hal.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Coretan pena,
Al mukhlisah Syahiditusuci,
13 REJAB 1426H (Khamis).
Auckland City, New Zealand.

~*~ ~*~ ~*~ ~*~

**Akhowat fillah, andai antum ada klapangan, jemputlah menziarah:

url> " http://syahiditusuci.blogspot.com "

* saksikan updates terbaru antaranya, “mengapa wanita mudah menangis?” etc.

**Biniyyatul Ikhlas lillah...tafadholi masykuroh. ISLAM NO.1, kini
dan selamanya..insyaALLAH! ALLAHUAKHBAR 3X!. wasalam.

 

  Tazkirah


Komen


"~* KECANTIKAN TANPA BIAYA *~" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: ~* KECANTIKAN TANPA BIAYA *~
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Selasa, 09 September 2008 @ 12:28:49
(Info AHLI) http://sakinah2803.blogs.friendster/


insyaAllah sama-sama amalkan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: ~* KECANTIKAN TANPA BIAYA *~
oleh adieq85 (adieq_shaniez) pada Khamis, 30 Oktober 2008 @ 13:39:20
(Info AHLI)


langkah-langkah yang senang tapi sukar dilakukan bagi orang-orang yang tak mampu..orang-orang yang hanya memandang kecantikan dengan biaya..insyaALLAh jika jika ikhlas dan bersungguh-sungguh melakukan ini,kita akan perolehinya..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.173571 saat. Lajunya....